Monday, August 30, 2010

Indah Kasih sayang!


click to create your own

Sapu Sawang Sempena Nak Raya!!!

[Episod nak raya] Sapuuu... sapuuuu..... Isskk... banyak sawang!!! Labah2 sana sini duk bertenggek, ada lagi ker org yg sudi nak jengah blog klau macam ni gaya nyeer! Jap nak intaiiii.... "Eh eehhh, ada jugak visitor..."Hahaaaaaa... jgn xtau, tu leer dia secret admirer Cik Azie... hahaaaaa ... did u know u had a secret admirer???" wink* wink*

Assalamualaikum semua.... ^_______^
eceeeh, bukan main snyum lebar ni!

Wokeyy yg sbenarnya bukan apa, segan sendiri... pasal da lama sgt tggal blog ni. Alih2 macam mati kutu jeer nk start. Tu laa klau perap idea lama2, lain lakk jadinya. heh!

Spanjang tempoh brtenang n merehatkn diri ini, bnyak story yg Azie nk share ngan uols. Wuhuu... citer hepi besday da sttle last time kan... heee. Uols doa2kan Azie moga2 smua impian tercapai, Insyaallah.

Ini time, tatau nk kepoh pasal apa. Just mantion that yg lately Azie amat bz, dgn nk uruskan 3-4 file yg baru close... then sttle up case yg belum stle2 sejak dari awal bulan Ogos. Semputt gak dibuatnya... huhuuu. Dihitung bilang, lorh 5 file lagi yg belum claim. Errrmmmmm (^___^) STRAIGHT FACE... kah kah! - okehh, hopefully will be sttle as soon as possible, for sure with excellent result!!!

Wokesss,
Len2 story, hnya citer Ramadhan yg 2/3 sudah berlalu ni. Uishhh.... cepatnyaa masa berlalu kan. With everything yg kita dah buat n dapat, hope semua ni mndapat keberkatan dariNya. Raya dah hmpir dekat.... as a adult person, keseronakan kita da tentu x sama dgn anak2 kecil. (tapi... seronok kah mereka??? hahaaaa... sure laa kan?? )
pepun,
Tak seseronok zaman kanak2 kita dolu. Azie tgk bdk skrang xde menda sgt yg challenge dalam dorang facing spnjang ramadhan n nk sambut raya. Ntahhh... dun know how to xplain n describe... but, can feel that!
- Maybe bdk2 skrang cam baik2 gituu kot, zaman aku dulu ala2 nakal n kominis skeet, heh! Teringat zaman2 itu.... nak2 time g ikut 'Mok'(nenek) solat terawih kt surau,-time ni leer nk bkumpul geng2 kominis nyeer pun. Mcm2 aktiviti boleh buat. Heh! Pastuu time sibuk ngacauu mama wat kuih raya.... -bauu harumm biskut raya lak tetiba! Budak2 skrang da x rasa sgt pngalaman cenginiii, sbb ramai mak bapak yg hanya rajinn beli biskut n kuih yg dah siap kat kedai, dgn kata lain tak berapa nk rajinn utk buat sndiri kt umah (hahaaaa... ntah2 mak macam aku jer kot!) lagii... kenangan gigih2  buat pelita sendiri, pkai ruas buluh tu, tebuk buat sumbu n masuk minyak tanah. Chanteeekkk n bangga jerk! huuu... budak2 skrang mana ada, semua da moden. Jarang sangat yg pkai pelita ala2 tradisional tuh, balik2 lampu lip lap lip lap.. klau ada pun, pelita ready made yg jual kt kedai. Heh... kesiann... :)

kasi tayang gambor skett... mood raya... mood raya... heh!
Persediaan azie utk smbut raya, masih belum complete 100%. Cumaa agak lega sbb dah sttlekn baju n kelengkapan anak2. Suka bangat abg long n adik. Hari2 asyik belek baju n kasut baru dia. Tu laa mslah nyeer plak klau beli awal sgt. Tp masih bole dihandle. - duk ushaa2 masa bila nii yg sesuai nk g tambah skett lagi brg2. Mggu ni last budak sekolah, mggu depan sure lebih gamatt dan sesakk... Esok??? Oh noo... cuti MERDEKA day yg pasti lebih haru biruu dibuatnya!
---------------oraits, will arrnge that with perfect, sure!

Business dlm bulan Ramadhan tahun ni,
Alhamdulillah... always earn 'BIG REZQ'... Cuma dlm keadaan Azie yg ke hulu ke hilir dgn property apointment, staf2 kat worshop berperang dgn ketaa yg nk kena repair. Klau dah rakyat Malaysia ni terkenal ngan suka wat kejaa last minutes, camni laa jadi. Kadang kesian ngan dorang. Insyaallah, klau dipanjangkan umur, dapat rezeki lebih ni... harap2 boleh bagi insentif tambahan kt dorang. Specially for abang, Ayie n adik Yu. Dorang sgt2 supportive, thanks!!!
Restoran- Beressss sokmo! Tahun ni dapat byk tempahan khas majlis berbuka, rzeki mama & adik2, syukur! Harapnya berpanjangan....
---------------APA YANG KITA SEMAI, ITULAH YANG AKAN KITA TUAI!

Tanamkan seberapa bnyak keikhlasan, senyum dengan lebar dan syukur dgn apa saja kurniaan. Tiada kata terindah utk bab ni, always positive thinking dan memilih utk rasa happy! BAB BALIK KAMPUNG, lokasi tahun ini... Melaka Bandaraya Bersejarah... treeeettttt, tajuk ni dah tamat!! :))

Ahaaaa... nengok, panjang lebar pulak celoteh. jam dah 9.20am... aktiviti pagi ni, pantau2 worshop, melawat debtor's saya...(aka tanya khabar payment)... dgn doa, Azie akhiri coret2 kali ni moga2 kita semua dapat bersua dlm blog MINDA SERIKANDI dlm waktu terdekat. Tak laratt nk cuci sawang banyak2 klau lama sangat tinggalakn rumah blog ni.

Semoga ramadhan yg masih bersisa, mnjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Gud luck for alls... minta permisiii with lot of LUV! :*

~Azie

Wednesday, August 11, 2010

Yang Terindah! Di Hari Lahirku....

Assalamualaikum for all friends n bloggers, came back for u with fully energy rite now... how alls???

*********************************************


Bismillahirrahmanirrahim…..
Aku ROZILA NAWAWI, detik ini, jam 12-08minit pagi, 1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010 pada hari RABU, hari lahir aku! Gagah meneruskan kehidupan dibumi Allah SWT. Syukur krn masih diberi nafas yg segar, masih dikurniakan tubuh badan yg sihat, paras rupa yg sempurna, cantik dan masih muda berseri ( heeeee :)) Dari hujung rambut ke hujung kaki, aku gerakkan anggota tubuh badan satu persatu, masih gagah dan amat sempurna. Syukur padaMu Ya Allah, tak terhingga rasa syukur ini.

Dalam meniti hdup usia semuda ini, aku amat2 bangga dgn diri sendiri, ROZILA NAWAWI. Pada waktu ini aku dikurniakan sebuah kehidupan yg cukup indah. Berada dalam rumah kediaman yg cantik, selesa dan aman, atas perbukitan Persiaran Damai, Taman Kajang Utama. Kediaman ini yg amat aku sukai… sungguh tenang disini, mnghidup udara segar setiap hari, berhibur dgn suara burung dan unggas dari bukit dan hutan nipis,yg masih belum terusik, betul2 mngadap hadapan rumah ini.

Sungguh aku amat bsyukur krn terlalu indah kehidupan ini, dlm meniti semuda dan seusia ini, aku telah pun mmpunyai keluarga sendiri, didampingi seorg suami yg henseemmm, kacak, baik, penyayang, muda dan berjaya. Dikurniakan juga anak2 yg comel, bijak pandai. Abg long dlm darjah satu, seorg murid yg baik, pintar, cemerlang dan sentiasa dihadapan. Adik juga, baru berusia 5 tahun ttp sgt2 aktif, cerdik, pintar dan cemerlang jugak!
Aku juga amat bsyukur masih mempunyai  ibu yg sentiasa ada didepan mata setiap hari, mama yg sihat dan gagah, mama yg sentiasa bersemangat dan masih muda, cantik dan sgt2 penyayang. Tentu sekali mama penuh dgn rasa bangga mmpunyai anak skental kak long, dikelilingi anak2 yg lain (adik2 aku) yg sgt2  bjaya semuanya.

Pada ketika ini juga,
Aku penuh dgn rasa syukur, krn dikurniakan kekayaan dunia yg melimpah ruah, dlm usia yg sentiasa muda ni, aku telah pun mempunyai kediaman sendiri, mmiliki kereta sndiri utk aku dan abg gunakan mncari rezeki, mambawa anak2 & fmly bjalan2 dan bsiar2. Menjana pasif income dari hasil sewaan apartment milik kami,  mempunyai Gold Saving di MBB yg semakin bertambah dan bertambah, mempunyai perniagaan sendiri, 5 syarikat yg aku terajui termasuk satu family business, (Hazinan Auto Service, Restoran Rasa D'Timur Barat, zeeN'S Kreatif & Excellent, HZ Rich Ventures dan Total Resouces Sdn Bhd)  benar2 mndidik kepimpinan jitu dlm diriku, menjadikan aku seorang yg rajin, sentiasa bersemngat, bergerak aktif ke sana sini, sentiasa beljar dan mencari ilmu, sabar, really positive dan tidak lokek utk berkongsi.

Aku sentiasa berdoa & berharap, smoga rezeki Allah ini, mjadikan aku seorg yg lebih beriman, kekayaan dan kejayaan ini harapnya dapat aku berkongsi dan memberi sumbangan kpd anda semua dan ramaiii org. Walaupun bukan skrang, namun pasti utk masa2 akan dtg, Insyaallah...

Ptg tadi, aku smpat menjenguk ofis baru, pejabat urusan HZ Rich Ventures, dibwh bumbung Total Resources Sdn Bhd, adalah wadah perjuangan aku, disinilah juga hrpnya sgla kerja2 pengurusan utk HZ Auto Service, Restoran Rasa DTB & zeeN'S Kreatif & Excellent, dapat bjalan lancar! Legaaaa..... akhirnya impian yg satu ini sudah tercapai!

Pada saat dan ketika ini,
Aku sebenarnya amat bersyukur, di kelilingi dgn suasana dan kehidupan yg sangat2 positif. Setiap hari bjumpa dgn org2 yg baik dan tidak lokek berkongsi pelbagai ilmu, terima kasih buat guru2 dan sifu sekalian, termasuk sahabt2 yg sentiasa mmberi sokongan, anda juga guru saya, tanpa teguran dan tunjuk ajar anda, saya pasti tdk akan semudah ini utk berada pada tahap sekarang. Dalam erti kata lain, menguruskan perniagaan sendiri dan membuat kerja2 perundingan sbg Perunding Hartanah, memerlukan seribu satu kekuatan.

Aku amat yakin, dalam keadaan sekarang aku pasti memberikan sumbangan yg lebih besar kepada lebih ramaiii org2 diluar sana yg memerlukan, pada masa2 akan dtg yg bakal ditempuhi. Insyaallah.

Ucapan buat diri aku sendiri, ROZILA NAWAWI... "Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke17, (Sweet 17 gituuuuu, hhaaahaaa) semoga MINDA anda, minda yg sempurna, minda kaya & berjaya, minda yang memberi kebahgiaan dan keberkatan dunia akhirat! Dari Minda anda yang HEBAT, anda telah hasilkan kehidupan yang LUAR BIASA HEBAT, Tahniah!!!!"

Yang benar,
Rozila Nawawi
11082010