Assalamualaikum
Selamat pagi semua...
Tenang dan indah pagi ni,
Azie baru bangun dari tdur, td lps solat isyak terus terlena pulak.
Azie nak share n citer about WRTL Asas & Lanjutan yg Azie attand pd pertengahan bulan lps n awal June baru2 ini.
Firstly, kredit n tabik spring to my great MENTOR, Dr Azizan Osman kerana sudi berkongsi ilmu yg sgt tinggi nilainya. Andai diukur dgn pengorbanan masa, tenaga sekalipun wang ringgit yg dilaburkan utk attand course ni, memang sungguh berbaloi dan sgt bernilai!
Azie xtau mcmana bole tergerak nak attand course ni. Azie selalu jugak terbaca artikel n iklan Dr Azizan kat Metro Ahad, yg sgt menarik dan tertarik. Itu laa pasal.... agaknya getaran ataupun aura iklan tu sendiri yg buat hati azie betul2 gigih nak daftarkan diri. Tambah lagi bila baca testimoni n artikel2 motivasi karya Dr Azizan tu.
Kebetulan pd 09 may smggu sbl attand WRTL, Azie ada attand seminar WANITA 3C, Pn Marsyita ada jugak menyebut2 akan Dr Azizan, dari situ jugak hati azie bertambah gigih nak kenal dan dptkan ilmu dari insan hebat ini. begitu alkisahnya....
So, Azie pun cal n register, krew WRTL yg jwb cal tu tanya Azie, "cik nak dtg sorang ke?" Azie tanya lah balik, "knpa cik? " then dia jawab, kalau cik dtg sorang bayarannya rm180, kalau ada partner or berdua, RM150 seorang, jimat laa kan. So, Azie offer Syam utk sama2 attand. Murah jer RM150 tu, kalau nak banding ngan ilmu yg kita dapat, betulllllllll.....
WRTL ASAS : Bay View Hotel, Melaka. 16 May 2009
Azie dah plan ngan Syam utk dtg awal, tapi lain pulak jadinya. Syam bertolak dari JB seawal 6.30 am katanya, sampai Melaka jam 8am. Kami jumpa kat area Air Keroh, tinggalkan keta azie dgn tawakkal kat Petronas Petrol Pam n naik satu keta ngan Syam. Punya laa confident dgn lokasi yg hendak dituju, alih2 kami tersesat jugak. Rasanya dkt 3 kali pusing2 Bandar Melaka. Hurmmm... kami sampai di meja registration jam 9.35am. Uisshh, bayangkan kami terlewat satu jam dari waktu sebenar program bermula. Sampai2 je, krew yg bertugas tu cakap yg kami dah x bole masuk, sbb program dah berjalan 1 jam lalu, ada ker dia suh kami balik n attand ke lokasi yg akan dtg, masih ada dua lokasi yg akan berlangsung pd Jun (Kuantan n JB) adussss.... cuak jugak! Azie pun apa lagi, cakap laa kat dorang, mintak simpati "... sian laa kami cik , kami dtg dari jauh ni, sorang KL sorang JB" hehe..., akhirnya dorang bg kami masuk tetapi bersyarat, katanya kami kena menyanyi kat depan, isskkk... biar betul!! huwaawaawaaaa.... tapi x pun sebenarnya, masa kami masuk dewan, Dr Azizan tgh syok menyampaikan ilmunya, kami duduk kat belakang sekali...huhu... ramai sgt2 peserta yg attand tu.
Pembelajaran bermula dan berakhir dgn jayanya, masa sessi ptg tu... makin rancak proses pembelajaran berlaku tambah2 bila kami semua diklasifikasikan mengikut kumpulan, berdasarkan unsur2 dalaman diri n root number.
Betul laa kan, semakin banyak yg kita belajar, semakin banyak sebenarnya yg kita tak tahu n kena tahu. Sehari utk program asas pun mmg tidak mencukupi. Byk jugak yg masih nak ditanya...pastukan, Dr Azizan cakap, sebenarnya apa yg dia sampaikan hari tu, terlalu sedikit dan memang terlalu asas, diibaratkan macam kat TADIKA! haaaa..... kitaorg punya laa teruja dgn chasis n root number masing2, itu bole dikatakan tadika... kalau cam tu lagi byk laa mesti tau, kan. waaaawaaaaa..... excited lerr memasing.
Azie tak tau yg sebenarnya WRTL Asas ada kesinambungannya, iaitu WRTL Lanjutan yg akan diadakan pd keesokan hari. Uwaaarrgghh, nape laaa azie x maklum pasal hal ni. Rupa-rupanya ramai jugak yg dah daftar utk pakej asas + lanjutan tu. Huhuhu... xpe laa, Dr bg peluang sape yg nak attand Lanjutan pada keesokannya boleh terus register kat luar pada sessi akhir prog asas. Perrgghh.... ramai jugak yang berebut2 register, semangat semua. Bangga pulak Azie! Macam ni laa semanagat yg kita nak tengok, semangat ingin belajar dan berjaya, Azie bangga sgt2 sebab semua peserta Dr Azizan adalah sebangsa dan seagama dengan Azie.
Azie..??? hehee... Azie ngan Syam ralat jugak sbb tak dpt attand WRTL lanjutan keesokan hari, atas sebab2 yg x dpt dielakkan. 1st, pasal azie nk balik Kajang ptg tu jugak, esoknya azie ada kelas dan nak sttle byk menda, lain laa kalau dah tau awal2, so bole azie plan. cam tu jugak ngan Syam, kami doa dan harap akan berpeluang utk attand masa kat Jb pada Jun 09, masih tinggal lagi 2 lokasi sbl WRTL berakhir utk tahun ni. Tak tau laa bila lagi Dr Azizan akan adakan prog WRTL ni.
Ok... pembelajaran yang padat dan sgt bermakna pada hari tersebut, Azie akan share serba sedikit:
Setiap org ada Tarikh Lahir, melaui tarikh lahir tersebut, sebenarnya terselindung Chasis No. dan Root No kita. Haaa... jgn ingat enjin kereta jer ada chasis no.
Bila dah tahu chasis no dan root no, baru laa kita dapat huraikan sifat dan rahsia2 kita berdasarkan kedua2 elemen tersebut!
Thanks god! Azie dilahirkan sbg seorg yg sgt hebat, diciptakan sebgai makhluk yg sangat sangat hebat, namun segala kelmahan ini akan azie perbetulkan dgn sebaik2nya, Insyaallah....
Bagi mereka yg tidak faham, ada yang menganggap program mengetahui rahsia tarikh lahir ni seumpama menilik nasib gituuu.... harharhaarr, nape laa ada yg masih berfikiriran kuno! Itu laa, bercakap tanpa berilmu...
Sbg mukadimmahnya, WRTL sangat berguna utk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan watak anda. Bukan ker best kalau kita dpt mengesan kelebihan dan kekuatan diri yg selama ni kita tak tahu. Petut laa selama ni ramai yg berfikiran -ve pada diri sendiri:
~ aku ni x guna, aku ni apa nak jadi,
~ aku ni mmg tak berjaya,
~ macam ni laa nasib aku,
~ aku ditakdirkan hidup mcm ni,
~ aku selalu gagal,
~ aku x penah ada peluang....
Ada tak korang penah cakap diri korang macam tu...???
Haaa.... bila dah masuk workshop Dr Azizan ni, org2 yg cakap macam tu tadi, akan mula berkata...
~" oohhh, alangkah hebatnya aku,
~sebenarnya aku mampu,
~betul laa... aku memang bijak, cantik, bergaya, smart dan berjaya,
~aku akan berjaya, akan kaya, aku ada banyak peluang, ....
".....dan seumpanya...
Bukan kata dapat kenal kelebihan dan kehebatan anda, WRTL juga akan bagi signal dan amaran tentang ancaman2 terhadap diri anda , dalaman ataupun luaran! Haaaa.... bukan ker senang kalau anda dah tau ancaman dan musuh2 anda! Maksudnya... musuh bukan semestinya org, ia lebih kpd sifat2 negatif yg ada dlm diri anda sendiri. Alaaaaa.... tau la kan, selama ni x semua org nak mengaku kelemahan diri sendiri, EGO! waakk waa wakkk.... kat WRTL tu, baru laa kita tau, siapa diri kita sebenarnya... ibarat transparent la. patut laa masa baca blog Faisal tu, dia ni peserta WRTL tahun lps punya, dia ckp rasa asyik nak sekeh jer kepala sendiri, bila rahsia diri dia terbongkar! kelakar kelakar, punya laa ego selama ni, hehehe.... azie pun nak ikut cam Faisal gak la, sekeh kepala! desyummmm...... dusshh dusshhh.... Banyak betul aku dah buat silap dlm hidup aku ni!
seterusnya... semua org nak berjaya,kan??? x kira laa kita ni pekerja ker, business sendiri ker, suri rumah, pelajar, anak, isteri, suami, ayah atau sbg ibu... pendek kata, tanya laa sape2 yg ditanya semua cakap nak berjaya.... org gila pun dia nak berjaya kalau boleh!
Tapi ramai yg tak tahu, perkara paling asas utk berjaya : ILMU, MENTOR & SISTEM
Ulasannya azie tak dpt post kat sini, tapi korang boleh faham laa kan dgn 3 perkara tersebut.
Akhir sekali, bila kita dah tahu kelebihan, kekuatan, kehebatan, ancaman dan kelemahan diri.... banyak gunanya:
1) Memudahkan interaksi dgn org lain.
2) Gunakan utk kerjaya
3) Keserasian perniagaan / business yg sesuai
4) Keserasian gabungan dgn pasangan hidup (sangat bagus kpd mereka yg bakal berkahwin / yg dah kahwin pun ok... dpt kenal pasti pasangan kita)
5) Keserasian gabungan rakan niaga
6) Mengenalpasti potensi dan kelebihan anak2 sejak kecil.
Sebenarnya, banyak lagi Azie dan peserta WRTL dapat pd hari tersebut. Azie tak dpt gambarkan kat sini secra details.... dah terbanyak sebenarnya, kalau nak tahu lebih... bole email azie, hehe.
WRTL berakhir dgn jaya, Azie n Syam menuju haluan masing2 dgn seribu harapan ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan sama2. Semoga semua peserta berjaya dlm kerjaya dan business masing2, aminn....
Thanks Dr Azizan, u are great IDOL, wonderful LEADER, gud LISTENER, best MENTOR !!!
Wishing u gud luck n all best for u!
Salam sayang, Azie~
No comments:
Post a Comment