Thursday, June 18, 2009

Father's Day Contest : Bicara buat ayah...




Bicara buat bapa, yang ku panggil ‘ayah’

Ayah..Telah jauh penjalanan ayah, meninggalkan kak long di sini. Betapa jauh juga jarak yang memisahkan dua alam kita, namun... ianya hanya sekadar suatu jarak dan waktu. Andai ayah dapat rasakan, betapa dekatnya ayah dihati kak long. Ingin kak long nyatakan rindunya kak long pada ayah,.. rindu akan kemesraan dan kasih sayangmu..
Ayah....Menitip kenangan kita, betapa menyesalnya kak long dengan kenakalan dan kedegilan diri ini. Manja yang tidak bertempat, suka mendesak dan suka mengharap. Satu peristiwa yang membuatkan kak long menjadi insan yang berguna, yg k.long kenang dan jadikan pengajaran sehingga kini.
Suatu petang... pulang dari sekolah, kak long terus memberitahu ayah yang cikgu kak long minta belikan sebuah buku. K.long tak ingt buku apa... sebab masa tu kak long masih awal dibangku persekolahan. mungkin seawal 9 tahun. Ayah tak memberikan apa2 alasan atau sebab utk tidak terus memenuhi permintaan kak long. K.long terus mendesak dan mendesak. Ayah cuma minta k.long sabar, tunggu sehingga hari sedikit petang... sbb masa tu ayah tengah siapkan satu kerja. Kak long tak pernah fikir, mungkin ada sebab lain... apakah ayah tak ada duit, atau ayah tak sihat.. atau apa2 saja yg buat ayah tak boleh ikut kehendak k.long masa tu jugak...yang kak long tahu mendesak dan mendesak.. sehinggalah k.long memprotes, mengamuk dan menangis sekuat2nya... kak long berkurung dalam sebuah bilik dirumah lama kita yg masa tu sudah agak usang. Kak long menangis tanpa mahu mendengar pujukan mama atau sesiapa. Kak long nak sekarangggg!!! macam tu laa lebih kurang desakan kak long. Sambil menangis dan menendang2 dinding bilik. Akhirnya...
Ayah hilang sabar! ayah tanpa belas kesihan dan tak bagi sket chance pun kak long, terus merotan k.long! Terlompat2 k.long kesakitan sehinggalah diredakan mama... Maaf ayah.... agaknya k.long betul2 buat ayah marah masa tu.Bila k.long kenangkan, ada satu menda yang buat hati k.long tersentuh. Ayah yg tengok k.long kesakitan itu.. terus ambik k.long masuk bilik air dan mandi bersih2. K.long takut... ingat ayah nak rotan k.long lagi. K.long lari keliling rumah, ayah kejar dan mandikan k.long semula, sabunkan k.long dan pakaikan baju cantik2. Sikat rambut k.long, pakaikan bedak. Ayah letakkan k.long kat motor... dan terus pegi kedai buku tu kat pekan Jertih, jauh jugak dari rumah kita, lebih kurang 13km. Bila dapat buku, apa lagi kak long suka tanpa memperdulikan kesilapan yg telah k.long lakukan!
Semua org masih mengingati peristiwa itu, termasuk mama, Epol dan Chik.. apa laaa k.long ni kan, memang degil!
K.long bangga punyai ayah yang cukup tegas, kak long diajar bersusah susah, tidak terlalu mewah dan k.long berdikari sejak kecil. Ayah antara insan yang cukup bangga bila kak long selalu mendahului kawan sekelas setiap kali menduduki peperiksaan. Tidak cukup dengan hadiah yang cikgu bagi, ayah akan belikan k.long hadiah atau apa saja utk mengembirakan k.long setiap kali k.long dapat tempat pertama.
Terlalu banyak kenangan kita ayah… k.long tak lupa jugak, ayah bersusah payah menghantar dan menjaga k.long dihospital.Masa kecil2 dulu, kak long sering diserang asma, mewarisi sakit yang ayah hidapi sekian lama jugak. Ermmm… sedih dan pilu menyelubungi hati k.long, betapa kak long amat rindukan kasih dan pengorbanan ayah
Ayah…
Dugaan hebat melanda hidup kita. Ketika kak long menganjak ke alam remaja, kehidupan kita sekeluarga teruji dengan suatu perkara yang cukup meninggalkan bekas dihati kak long. Masa tu ayah mendapat tawaran kerja di Kuala Lumpur, terpaksa meninggalkan k.long dan adik2 di kampung. Penghijrahan ayah ke kuala Lumpur, menambah rezeki kita semua, kerana ayah mendapat pendapatan yg agak ok. Namun, k.long tak sangka episode duka menguji kita. Kehadiran ‘dia’ sebgaia org ketiga antara ayah dan mama, membenih rasa benci dan dendam. Bukan pada ayah, tapi kepada ‘dia’. Namun, tempiasnya sudah pasti ayah terasa. Mama tak pernah mengajar kami utk membenci ayah, tapi kemungkinan akk long dan adik2 tidak boleh menerima seorang yg bereglas ibu tiri, sekaligus merampas kebahagiaan kita semua. Mama orang yg paling kuat, memberi didkan moral yg cukup tinggi pada k.long, mengajar k.long akan erti kesabaran. Lama kelamaan kita k.long dan ayah tidak lagi memendam rasa, malah k.long menjadi pengantara ketika meluahkan perasaan mama. K.long pernah bercerita pada ayah tentang mama, kesedihan dan cinta mama pada ayah,.. dan kita menangis bersama. Betapa kita amat rapat, kak long antara anak ayah yang paling memahami ayah. Ayah di Kuala Lumpur, membanting tulang mencari rezeki, setiap minggu ayah akan mengirimkan wang kpd kami, dan akan balik ke kg bila tiba hujung bulan. Berlarutan sehingga beberapa tahun, sehinggalah k.long tamat belajar kat kolej.
Banyaknya yang nak kak long cerita tentang kita, ayah…. Tapi kak long tak mampu menahan sebak didada ini.
Ayah…
Derita yang ayah lalui tak siapa yang tahu. Yang kami maklum, ayah hanya menghidapi asma… setahun sebelum pemergiaan, ayah sering keluar masuk hospital Kuala Lumpur. Bagaikan rumah kedua, disinilah tempat ayah melawan penyakit yang cukup digeruni. Sehinggalah disaat2 akhir, barulah k.long dan semua tahu yang ayah sebenarnya mengidap sejenis kanser. Sepanjang terlantar dihopspital, kak long sempat menjaga ayah, solat dan mengaji disamping ayah, akhirnya di suatu pagi pada 7 Julai 2006 (14 Syaaban 1427) ayah pergi meninggalkan k.long, mama dan adik2 buat selama-lamanya. Ayah usah gusar… pemergian ayah kami restui dgn hati yang tulus ikhlas, tiada lagi dendam curiga. Kasih sayang kita semua adalah pengikat antara dua jasad yang masih hidup dan kekal di sana. Doa anak-anak ayah sentiasa mengiringi ayah, semoga ayah tenang damai...
Ayah…
Apa yang tinggal kini, kenangan yang cukup indah untuk kak long kenangi. Gelak tawa kita, gurau mesra kita, sering kak long ingati. Ayah seorang yang tegas tetapi pandai mengambil hati kak long dan adik2 dengan lawak jenaka. Ayah tidak pernah merungut akan kesusahan dan apa juga masalah ayah selama ini. Ayah punyai hati waja, seorang bapa yang bertanggungjawab dan pemurah.
Terima kasih ayah, sungguhpun harta benda bukan nilaian.. namun kami adik beradik amat bersyukur. K.long dan adik2 dibekalkan dengan harta peninggalan ayah yang sangat bernilai. Ingat lagi pesan ayah… apa yang ada kongsikan sama-sama. Tak nak anak2 ayah berpecah belah. Rezeki yang dikurniakan inilah, menjadi penyambung niat suci ayah utk kak long usahakan perniagaan sekarang. Kak long pegang amanah ayah yang satu ini, dan tanggungjawab sebesar ini sesekali kak long tidak akan cuaikan.
Ayah…
Lihatlah apa yg kita ada sekarang. Kak long tunaikan janji ayah, dengan rezeki yg k.long dapat ini… dapat juga kak long membantu adik2 sedikit sebanyak. Insyaallah k.long akan majukan dengan jaya. Mama juga gembira. Ayah tahu tak, hidup tak semuanya indah, kadangkala ada awan mendung datang menguji, begitu juga dengan diri kak long. Alangkah bagus jika rasa hati, suka duka, pahit manis kak long dapat kak long cerita dan kongsikan dengan ayah, kan. Apakan daya... namun ayah tahu tak, didikan ayah juga menjadikan kak long seorang yang cukup tabah, kental jiwa dan raga, kak long mampu tersenyum dan sabar dengan seribu satu dugaan hidup yang melanda.
Ayah...
Selama ayah ada disamping k.long dulu, kak long terlalu naif dengan sambutan hari bapa dan seingat kak long, kak long tidak pernah mengucapkannya pada ayah…
Namun, bukan itu ukurannya, pada k.long tiada hari tertentu utk mengingatimu di sana, kiriman doa ini menitip setiap kali kak long mengingati ayah. Namun hati sedikit cemburu kepada mereka yang mendapat peluang ini, untuk berkata “Selamat hari bapa”….

Al-fatihah buat ayah… kak long sayang ayah!
NAMA AYAH : Allahyarham Nawawi B. Ibrahim
Pulang ke Rahmatullah pada 7 Julai 2006 (14 Syaban 1427)
Azie buat coretan ni, memang ikhlas sebagai luahan hati untuk ayahanda tercinta, kebetulan terlihat contest yang dianjurkan oleh Mamamanja, so apa lagi... Azie jadikan bicara ni, sebagai salah satu syarat untuk contest tu. Kepada yang berminat... jom joint!
Macam contest2 lain gak... syarat2 tuk menyertai contest ini ialah:

1. Menjadi FOLLOWER Mamamanja
2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang
4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog.
Dan cara untuk menyertai contest ini adalah:
1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah. (Aku edit balik entry ni... GAMBAR AYAH SEORANG PUN BOLEH - bagi peluang pada yang telah kehilangan ayah cam aku sendiri tuk meluahkan rasa penghargaan mereka)
2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan)
3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya.
4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry ini.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang. Ok, mudah saja kan??? Jadik mari ler kengkawan semua join FATHER'S DAY CONTEST ini.
GOOD LUCK to u all...

3 comments:

Mamamanja said...

terima kasih join contest MM, tapi syarat x cukup... banner contest xde

Mamamanja said...

banner ditepi kiri/kanan blog. tq

miela77 said...

salam...Alfatihah...