Tuesday, June 30, 2009

Kisag 'Abg K' & Manager Workshop

Salam semua......... taraaaaaaaaaaaaaa...... Azie dah sihat ckit... Alhamdulillah...
Ada story beshh nak share... meh layann...

(Sorry, this time Azie terpaksa membiasakan diri dengan panggilan ‘aku’ – supaya nampak lebih ganazzzzzz…. Hahahaha…)
Macam2 ragam manusia…
Walaaweiiiii, dah laa aku tengah sakit kepala sampai ke otak dah! Pak cik sorang ni menambahkan kepeningan kepala aku laa pulak!
Ni haa kawan2… adat seoraang peniaga, pastu merangkap seorang bos (aku lah itu) macam2 aku kena hadap… masalah staff satu hal.. sib baik malaunn sorang tu dah chioowww dari companay aku yg terhormat ni (sowwy terkasar bahase plak!)

Then, kadang2 kena hadap jugak ngan supplier yang agak2 bingung,… tahu nak collect duit jerk… dia bagi kredit barang 45 ari, belum sampai sebulan udah ding dong ding dong minta bayar… apa daaaa….

Ni lagi satu hal, customer yang aku tak tahu nak katagorikan macamana. Isk, kang terkasar bahase tak boleh pulak, periuk nasik ku bergantung kat dorang. Walaaweiii…. Ni laa aku “nak di telan mati mak, nak diluah kang mati bapak”
So, aku hadappp dan hadap macam2 fe’el customer aku ni dgn berpegang pada slogan yang kita pun suka sangat2 kan??? “customer always right” lagi satu “Customer is a king”
woOOoohooooOOo……
Meh tengok king tak king customer aku ni yang aku namakan pak cik tu ‘Abg K’… sowwy yeak Dato’ Siti…. Bukan Dato’ K tau…. harhaRRharrr…

Pada satu ptg, last 2 weeks seingat aku,
'Abg K' dtg servis keta kat workshop. Aku perhati dan tgk dari jauh je staff aku buat keja dgn dedikasi. Aku tak heran apa sgt… staff aku memang bagus. Lepas tukar oil filter dan masuk minyak enjin yang baru, budak Ayie ni check apa2 yang patut kat keta Abg K ni. Itu adalah prosedur kerja yang wajib kami praktikkan kat wshop. Staff aku pun memang dah kalis dah…lepas buat service dorang akan check keempat2 tayar, siap check tayar spare, kalau kurang angin nyer… kami akan top up angin tayar tu, FREE jer…. Then, tambah air bateri secara PERCUMA jugak, check pulak semua lampu2 yang berkaitan, depan belakang kiri dan kanan, abiss dorang kena check, mana yang dah nazak dan koma tuh, kami gantikan dengan kos yang tertentu, check belting luar dan dalam… haharrHarr.. harap korang masih faham bila aku mula sebut spare parts keta ni, check lagi brake system n suspension…, Lps check semua nya.. kami akan panggil customer n advise apa yang patut.
Berbalik kpd kes 'Abg K' tadi, bila di check dengan teliti oleh Ayie, Ayie dapat mengesan timing belt dia yang memang dah nazak tahap tunggu time putus nyawa jer … benang2 kat belt tu dah siap kuar2 dah… uhukss… sian sungguh! Aku mula masuk campur time Ayie advise Abg K tadi… aku offer dia dengan harga yang sgt berpatutan, give 10% diskaun lagik! Ehh ehhh…. Abg K cakap… "uisshhhh tak kan tak boleh kurang lagi cik kak?"… aku hitung kira, itu ajer laa best price yang aku bole kasik, coz aku pun nak gak untung… meniaga tak dak untung baik golek2 atas katil kat umah beb, lagi besshhh!!! Kah kah kahh…

Aku cakap ngan dia, xpe laa abg, kalau abg tak buat ari ni pun tak xpe, esok lusa boleh jugak. Tapi tak boleh lama ni, takut putus tengah jalan kang lagi bahanaaa… langsung kena angkat head. Ayat aku yang menggerunkan tu sedikitpun 'Abg K' tak heran agaknya…
So, aku tak kisah laa coz aku dah buat amal kemasyarakatan.. hahaAaa…
Dia bole cakap… “Xpe laa, bole lagi ni, korang memang semua benda suh customer tukar, sebab korang nak untung” Wallaaweeeiiii… terbakar siuut hati aku, sib baik aku tak fire 'Abg K' tu… kang tak pasal2 jadi Ultromen Taro plak…
Aku sengeh2 jer laa bila dengor dia cakap cangituu.. kasi chance je laa… “Customer always right…” lerr katakan!

Selepas dia bayar kos servis tadi, dia balik dan aku sambung keja cam biasa. Credibility aku sbg “Manager Pompuan sebuah Pusat Servis Kenderaan seolah2 tercabar” hurmmm…

Actually aku dah lupa pasal kes ‘Abg K’ tu ari sebab aku da biasa sgt2 dgn kerenah customer, lebih dari itu pun aku penah hadap.
Sehinggalah tiba hari ini....hadap dia punya kess lagi, buat hati aku cukup bengkak!!! AummmMMmm.... grgGggRrhHh….
Tengah aku syok2 kira stok, tetiba Abg K muncul dgn wajah yg agak keruh dan bengis, dia ckp kat staff aku.. “Dik, keta abg brakedown laah, kat Jln Reko” Budak Latif yg lurus bendul tu tanya leer… “Kenapa bang?” Hangin leer org tu… “Mana laaa aku tau, boleh pegi tengok jap?”
“Macamana bole mati bang?” Staff aku sorang ni sibuk tanya lagik, betul jugak sebenarnya dia tanya. Sebab… kalau diceritakan serba sedikit cara2 kematian keta tu, seorang penyelamat seperti pomen boleh mengagak sebab2 kejadian… “Ntah laa, lepas traffic light tu, nak masuk gear 2 jer, tetiba berenti… pastu aku susur tepi, langsung dah x nak gerak”
Aku yg dengar citer dia, dah boleh agak! Sure timing belt dia yang putus. Aku rasa nak masuk bawah meja n gelak kuat2. Hahahaaa… tak baik kan, aku ni???

Bukan begitu maksud aku…. Rasanya korang boleh mengagak apa yang bermain kat fikiran aku. Sungguh… aku tak penah pun doa kesusahan untuk dia, tambah2 dia tu customer aku. Tapi, aku harap dengan kejadian ni, merendahkan sket ego dia, yang telah mengguris hati aku 2 minggu lepas tuh… Nak nak.. statement dia yang dah aku highlight tu…

Wakk waaakkk… korang pun sama tau… lepas ni kalau aku advise bab2 penjagaan keta ni, jangan pandang rendah kat aku, tau...???
Heheee….

Apa jadi seterusnya….

Keta abg K telahpun di towing masuk workshop aku, ni haa tengok laa staff aku yang sedang meeting gaban untuk selesaikan misi menyiapkan keta dia… siap Abg K boleh cakap…
“Dua hari jer tau, aku tak de keta lain dah pakai”
Then…. Membebel2 pulak tu..
“Korang tak cakap kalau menda ni putus boleh effect engine… aduhh problem betul laa… tak pasal2 kena budget sampai 500 ratus lebih, kira cincai2 jer la…”
Aku rasa bebelan tu ditujukan kat aku… uhukss…~

Aku malas nak amik pusing, then aku mintak Latiff handle kes Abg K ni..
Pepun, aku sentiasa bekerja keras untuk menjaga reputasi workshop dan company yang amat aku sayangi, kerana disinilah aku membanting tulang empat keratku, mendapat rezeki demi untuk membesarkan dua permata hatiku… uwaargghh~
...... dan macam tu laa ragam manusia2 disekeliling ku… yang aku nak citer kat korang semua..... So, apa pendapat korang dengan kess aku ni, adakah patut aku bagi mangkuk hayunn kat Abg K tuh.???.. miahaahaahaaa.... lallalaaa~….


Chioww dlu,... bye... Salam.

No comments: