Sebenarnya entri ni Azie buat sebelum sambutan hari bapa tu ari, tapi lupa nak posting... simpan kat draft jerk... hehe..
Assalmualaikum… abang,
Dedikasi ucapan khas kat blog ni, utk tatapan abg. Mama tahu, dalam abg duk sibuk2 kerja, sebenarnya abg sempat menjenguk ke blog mama,kan. Mekasih….,
Alaaa, abg tak abis2 ngan ego tu. Time mama suh abg masuk n tgk blog mama, abg cakap “mana laa abg tau, abg kan buta IT” iskk… saja jer. Padahal.. dalam diam2 abg pandang2, jeling2 jugak. Hahaa… mama boleh check laa sape yg singgah kat bog mama ni.
Hrp abg masih ingat, dlm abg duk cakap2 abg buta IT, sebenarnya abg jgak laa yg bawak mama mengenali dunia IT ni, kiranya mama lagi buta tau! Tapi… itu citer 8 tahun lepas.. hehehe….
Okey abg, kat sinilah mama himpunkan semua rasa hati mama, suka, duka… dan macam2. Tapi apa yg lebih penting disiinilah juga tempat mama abadikan seribu satu cerita dua permata hati kita, a.long n adik. Kalau panjang umur blog ni, moga2 dapat laa jadi tatapan bila diaorg besar nanti. Kat sini jugak laa, wadah perjuangan mama, menyumbang idea dan celoteh membina utk kawan2 mama. Macam tak tahu, mama ni dari dulu kreatif sgt2 dan banyak idea. Ye tak?? Ahakss~
Lagi satu, niat mama mula2 sbb nak attach bisness dan produk mama kat sini. Dunia makin maju, zaman dah berubah, semua pun dah canggih, tanpa sempadan gitu…! So, mama ingat nak gunakan sebaik2nya. Tapi, ye laa... disebabkan masa mama yg agak terhad, mama terpaksa buat satu blog je, dan himpun rojak semua2 tu kat sini sekali…
Harap abg turut berbangga dengan apa saja idea dan usaha mama. Walau jauh dan dekat, mama sentiasa harapkan sokogan dari abg.
OK abg, sempena hari bapa ni… mama nak buat ucapan berani mati secara terbuka kat sini… jeng jeng jeng….
“SELAMAT HARI BAPA, ABANG……” hahahaaa… itu jer…
Ucapan2 lain, nanti laa mama bgtau. Abg kan suka private2 gituuu…. Hehehe…
Pepun, hrp abg akan sentiasa menjadi pemimpin yang terbaik, khalifah yang terhebat! Doa dan harapan mama, semoga abg berbahagia dgn kehidupan yang dianugerahkan ini.
Perancangan kita sbg manusia sudah tentunya yang terbaik, tapi ketentuan dan perancangan Yang Maha Esa, adalah lebih baik dari segalanya…
Best wishes for u…. Amin Ya Rabbal’alaminnn….
Salam kasih sayang.... mama~
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment