Thursday, June 18, 2009

Hindari Wabak Merbahaya

Salam semua...., selamat petang..
Azie nak share satu ilmu / panduan yang Azie dapat malam td, dari seorang pelanggan Azie (nama dia KAK NOR) . Kebetulan kami berjumpa dan bertanya khabar, sempat berkongsi macam2 cerita sehinggalah kepada isu penyakit sekarang dan macam2 isu semasa.
...ahurrmmm...

Dua nama yang agak glamour masakini,

INFLUENZA (H1N1) dan DENGGI ,,,.. iskk harap nama jerr cun

Betul jugak, dalam duk sibuk2 ni, kita semua memang laa nak elak penyakit2 yg agak pelik dan menggerunkan ni. Tapi, berapa orang sgtkah diantara kita yang betul2 menitik beratkan soal2 kesihatan, dan akan betul2 protect diri masing2, melainkan setelah ianya terjadi kpd diri sendiri atau keluarga terdekat.

Pihak kerajaan, melalui salurannya Kementerian Kesihatan Malaysia sering mengingatkan kita semua akan kepentingan menjaga dan mengawasi penyakit2 yang berjangkit ini, so.. apa yang mampu sama2 kita laksanakan. Antaranya, menitikberatkan soal kebersihan., menjaga pemakanan, mendapatkan maklumat dan ilmu serta info2 kesihatan terkini, menjaga persekitaran, berhati-hati dan sentiasa berjaga2 bila berada dalam kelompok awam, yer laaaa.... nak2 duk tengah kota K.lumpur / Lembah Klang ni kann, ...

So, perkara2 di atas tu, sama2 laah kita perhatikan dan cuba apply dalam aktiviti seharian, especially menjaga kebersihan. (diri atau pun kediaman / tempat tinggal/ sekeliling) - ianya cukup senang bagi seorang yang pembersih, so... spend ur time!

Selain tips2 diatas, lagi satu...

semalam KAK NOR sempat berkongsi ilmu, yang dia dapat masa tazkirah kat ofis dia. Ada satu ayat dalam surah Yaasin, yang boleh kita amalkan. Ayat ni bertujuan untuk mengelakkan / protect diri kita dari penyakit wabak / berjangkit.

Ayat ke-58, Surah Yaasin (Salaamun qaulann minrrabbirrahim........) - Maaf, keypad Azie tak tersedia untuk huruf/tulisan jawi.

~Baca sebanyak 28 kali, setiap hari. Tidak kira bila2 waktu samada siang ataupun malam. Insyaallah, kita akan dilindungi dan terhindar daripadi penyakit berjangkit / wabak.

Kepada kawan-kawan semua,
Kalau perkara yang semudah ini tak mampu juga kita lakukan, maka anda fikirlah apa sahaja perkara yang lebih baik untuk kesejahteraan sejagat.
Semoga kita sama2 dilindungi oleh-Nya, aminn...
moral : sampaikan ilmu dan pengetahuan yang baik, tanggungjawab moral bersama.

No comments: