Saturday, August 15, 2009

Permulaan HEBAT : IRKMJ Day 3

SEBELUM BACA ENTRY NI, SILA BACA DARI BAWAH UTK DAY 1 & 2 , TQ.

Day 3: 09 Aug 2009
Oh…. Sekejap sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik udah masuk hari ke-3, merupakan hari terakhir Azie bersama ramai ilmuan dan jutawan.
Bangun pagi tu, pun lebih lambat dari hari ke-2. Iskk… x tau leer pasal. Penat sangat ker? Rasanya tak jugak….Tapi seingat Azie malam tu, x lena sangat tido. Majukkkkkkkkk…. Sentap lagi.....! Sape yang buat Azie majuk? Sape yang buat Azie sentap? Sendiri mau ingat laaa…. Hahaa…
Ahh… aku ni pun satu. Cuba guna minda sket. Asyik guna akal jerk…. Huhuhu….

Pagi tu, kami tak sempat bfast. Minum pun idak… tapi, Alhamdulillah, dapat mengikuti dan pembelajaran ilmu dari Dr Azizan dengan penuh tenaga dan kekuatan. Perut kosong tak terasa… sehingga lah sampai waktu lunch. Lunch dihari terakhir kami, sungguh enak… nyum nyum nyum… lupa lagi yang diriku tengah berpantang. Oh … kedegilan yang tak sudah!
Ohoo… sebelum lunch, Dr Azizan sempat mengumumkan pengalaman peserta yang terpilih sepertimana yg Azie citer dlm entry hari ke-2. Heheeeeeee…. Kehebatan Azie bermula, Azie merupakan salah seorang peserta yang terpilih dan akan kongsi pengalaman tersebut dengan uols…. Insyallah, kalau xde aral melintang Azie akan dijemput untuk diwawancara di media, samada dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini (WHI), Nasi Lemak Kopi O, ataupun media2 cetak. Perancangan dan pelaksanaan akan diatur oleh pihak penganjur, dan kita tungguuuuuuuuuuuuu….. Azie akan inform uols bila dah confirm nnt, k!
Peserta yang tak terpilih tu, bukannya tak hebat, Dr sendiri cakap dia serba salah nak pilih… semuanya hebat2… Cuma dia terpaksa ambil yang terbaik dari yang terbaik,… Syabas kepada semua!!!...

Cepat nyerr masa berlalu, kini sudah hamper ke penghujung. Rasa tak puas meneguk ilmu dari Dr. Azizan. Makin banyak yang kami timba, makin terasa ceteknya ilmu didada. Teknik, penghayatan, muhasabah, pengiktirafan, pengakuan, janji, ikrar…. Kami zahirkan dengan penuh semangat!
Kawan-kawan jutawan semua… apa yang telah kita sama2 rasai dan lalui biarlah menjadi kenangan terindah dalam lipatan hidup kita. Alangkah bertuahnya kita dapat menimba ilmu yg sungguh bermanfaat ini. Hanya jauhari yang mengenal manikam… (Sori cayang… pinjam ayat power!) heheeeeeeeee….

Pada saat2 akhir ini, Dr bekalkan diri kami dgn pemikiran yang sungguh bermotivasi, seolah permulaan yang sentiasa segar… kami perisaikan diri dengan tunjuk ajar dan nasihat dari dr Azizan. Mudah-mudahan keberkatan Allah SWT bersama kami dalam mencapai matlamat dan cita2. Tunggu kami dipuncak jaya! Akan kami buktikan kehebatan diri yang dikurniakanNya….
KAMI SEMUA BERGELAR GRADUAN RKMJ. Sbl balik, kami bersalam-salaman, sempat peluk cium peserta yang lain (pompuan jerk)…. sambil mengucap tahniah dan syabas. Terharu sesangat dan mengatur langkah kami meninggalkan Seri Pacific dengan seribu kenangan. Begitu juga untuk Azie….
Banyak yang terabadi dikotak minda ini, bersama Syam, K.Aza, Abg Mohamed, Fiza, Ina, dan ramaii lagi.

Balik dari program… Azie terus transform diri Azie. Kini Azie sudah berkuasa untuk menolak semua tenaga2 negatif disekeliling Azie dan hanya menarik tenaga yang positif jerk… Beshhh sangat bila menjadi orang yang berfikiran positif, sentiasa cakap menda positif dan buat tindakan yang positif. Peluang demi peluang datang… Sukur Alhamdulillah. Thanks jugak buat sayangggggg… yang tak jemu2, bagi energy positif. Kini frikuensi kami sudah sama! Tunggukan hari bahagia yang indah…. Hohooooo…
Permulaan kita sentiasa hebat. Biarlah gambar2 berbicara…...


Permulaan kami juga tak pernah berakhir, ianya bermula dan bermula dengan LUAR BIASA HEBAT!!!!


Salam sayang..........~Azie

No comments: