Sunday, August 30, 2009

Abg Long ft Ayah Su

Salam dan selamat pagi buat semua.....

Pagi yang indah, nyaman dan bertenaga. Syukur hari ni seperti biasa dapat nikmati makan sahur yang sgt beshh walaupun serba sederhana. Dah hampir satu pertiga Ramadhan. Cepat betul masa berlalu...kan.

Hari ni seperti hari2 yg lepas jugak, cuma ari ni agak santai2..... lps solat Subuh jap lagi dah niat nk sambung tido balik. Heheee.... ari ni kan cuti, sessi balas dendam utk dua tiga ari lepas yg sgt2 busy.... mmg tak cukup tido n rehat.
Tadi masa bangun sahur, abg long turut sama bangun mcm smlam dan kelmarin. (Walaupun tak pose) Tapi.... murung n muncung jer dia pagi ni. Herrmmmm..... sian anak ibu. Abg long pun x jamah makan sahur macam smlm dan kelmarin, sebab dia terperasan satu kekurangan ......"Ayah Su dah tak de, Ayah Su dah balik kampung...."

Sejak lima hari lalu, adik bongsu Azie (Adik Emy) datang sini menghabiskan cuti sekolah. Abg Long org yang paling hepii bila ayah su nyer dtg sini. Berkepit sana sini 24jam, macam belangkas. Agaknya abg long belum faham, ayah su itu berstatus pak cik nya... then dia buat ayah su macam geng bas sekolah dia pulak. Tapi, bagus jugak begitu, sekurang2nya hubungan mereka lebih terbuka dan rapat. Walaupun dah masuk 15 tahun, ayah su boleh pulak ngam ngan abg long yg baru berusia 6 tahun tu. Heeee.... kadang kelakar pun ada. Ada byk persamaan sebenarnya antara dorang berdua..... tapi susah Azie nk xplain. Ada beberapa kemungkinan jugak yg buat dorang rapat walaupun jarang2 jumpa.
Adik bongsu Azie ni, penah stay ngan Azie kat Kajang selama 2 tahun. Masa tu dia darjah 3. Hahaaaa... dia dipaksa mama bersekolah kat Kajang, sebab kat kg sana (Kelantan) dia sangat liat nk ke sekolah. Macam2 dah mama ikhtiar, n akhirnya kena eksport jugak ke sini. Sepanjang kat sini, Azie byk support adik Emy belajar. Dari ZERO to HERO gituuu! Hahaaaa.... kadang kesian bila ingat2 masa tu. Azie ni mmg garang gileer time mengajar adik2 belajar. Siap ada rotan kat tangan. Nak2 time tu Azie juga baru resign dari jawatan guru sementara. Adik Emy siap nangis2 lagi bila nk siapkan homework atau hafal apa2. Pepunn... Azie puas hati dan rasa sgt2 berbaloi dgn usaha dan ketegasan Azie tu. Hasilnya..... Adik Emy bole tunjuk improvement hampir 100% kalau nk banding sebelum dan selepas stay ngan Azie. Siap boleh bagi jaminan kat mama. Dia dah rajin belajar dan rajin pergi sekolah. Masuk darjah 5, adik Emy kembali pulang ke kampung sambung sekolah kat sana balik.
Ahaaa...... kaitan nyer ngan abg long pulak. Sepanjang2 adik emy stay ngan Azie, masa tu jugak Azie disahkan mengandungkan anak pertama. ABG LONG. Hari2 melayan kerenah adik emy..... ajar dia belajar, ajar mengaji, marah dia, pujuk dia.... sayang dia, nasihatkan dia.... dan macam2...... agaknya terbawak2 ke dalam kandungan dan mempengaruhi janin abg long masa tu kot! Org tua2 kan sllu ckp cengitu. Yer laaa.... dari awal mengandung sampai laaa lahirkan abg long, adik emy stay ngan Azie. Sampai org pun ingat Azie mengandung anak ke-2, pastu dorang cam heran2..... isk, tak kan kawin awal sgt kot, anak pertama dah besar, mak nyer muda lagi. Heheeee.... pastu puas laa azie nk kena explain. Kalau agak2 malas, iyerkan ajer! Heeeeee.......

See...... sampai sekranag pun, abg long cam banyak ikut sikap adik emy. Muka abg long masa kecik pun cam muka adik emy sket. Dah besoor ni, lain laa pulak. Adik Emy penah cakap, "Napeer abg long tak ensem cam ayah su?" Abg long sengih sambil tayang gusi....... heeeeee.......
Sepanjang 5 hari adik emy kat sini, tak sempat bwk jalan kemana2. Yer laa time pose2 cam ginii.... tak koseer laaa nk jalan2. Cuma kelmarin sempat bawak dia beli kasut raya n dua helai baju raya. Cam biasa laaa..... kak long jugak kena sponsor! Adik emy ni x byk kerenah, itupun paksa2 dia pilih, kalau tak dia tak nak.... semuanya "tak payah laaa.... baju adik dah byk, nnt baju adik ada cikgu beli, nanti ada ustaz beli......" Memang, murah rezeki adik emy sejak stay kat asrama anak2 yatim. Taun lepas ajer berlambak2 dapat pakaian raya, ramai penaja yang baik hati dan dermawan. But, sbg kakak.... Azie nk jugak dia merasa hadiah dari kak Long nyer, bukan selalu pun.

Malam tadi, Adik Emy selamat naik bas sorang2 balik Besut, then ptg karang terus ke asrama. Masa antar adik emy naik bas malam tadi, sayuu jer tengok mama. Berkaca2 mata mama. Macam biasa mama akan sedih bila terkenangkan adik emy yang sorang2 stay kat Kelantan. Sejak tahun lepas selepas mama dan adik2 lain stay kat Kajang sama ngan Azie. Adik emy kat sana, hanya kawan2 seasrama dan satu sekolah yang jadi pengibur dan pendengar setia bila adk ada masalah. Kesian memang kesian, tapi kami bersyukur sangat2 kerana sejak tahun lepas menjadi penghuni Darul Aitam Kota Bharu, byk perkara yang mengubah sahsiah adik Emy. Dia cukup berdikari, matang dan positif. Dia sangat rajin belajar dan faham kesusahan yg dia lalui masa kecik2 kot. Kami semua kat sini doakan semoga adik Emy berjaya dalam PMR tak lama lagi. Tahun depan boleh laa adik Emy hijrah ke sini bersama kami semua n jadi warga Kajang. K alls.... see, abg long n his Ayah Su, in memory!

Gambor ni sekitar jalan2 kelmarin n sepanjang adik Emy kt sini...... layannnnn.... Warrrghhhh.... sungguh tak menahan bila orang pose terpaksa layan kerenah org tak pose makan es krimm... huhuhu....



K alls............... see next entry ya!........ luv all, Salam~

No comments: