Thursday, August 20, 2009

Rezeki Ramadhan

Salam n selamat malam buat semua....
Kini kita semua berada diambang ramadhan al mubarak. "Ahlann wa sahlan ya Ramadhann...."

Banyak persediaan yang telah dilakukan sempena ramadhan kali ini. Mental dan fizikal mestilah sentiasa seiring. Penyerahan dan pengharapan hanya padaNya....

Rezeki ramadhan kali ini datang melimpah ruah, pemberian dan anugerah dariNya atas usahaku yang tak putus asa. Syukur dan terima kasih Ya Allah.... memberikan aku ruang dan peluang untuk kesekiannya...

Ari ni Sepul beli 2 biji periuk besar.... ni dia, ambik koo....
Ooh.... semangat aku makin membuak2 untuk meneruskan perjuangan dan ibadat padaNya. Mencari rezeki itu suatu ibadah.... begitu juga dengan kami. Sumber pencarian rezeki kami lebih kepada perniagaan, dan kesempatan ini dtg dengan begitu banyak peluang.

Tahun ni, kami dapat tapak bazar di PKNS Bandar Baru Bangi. Nantikan kemunculan kami di sana. Untung2 korang boleh jumpa Azie. Ahaks~

Setakat ni, perancangan rapi dah dibuat n xde apa2 masalah. Harap semuanya ok sehinggalah hari pertama operasi kami esok hari. Kat sana Azie dah arrngekan dua org staff utk tolong Sepul, berharap jugak rezeki melimpah ruah untuk kali ini.

Kat bazar ramadhan nanti, kami tampilkan menu istimewa dari Restoran Rasa D'Timur Barat iaitu Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa , Aneka Sup & Aneka Kerabu....

For alls, yang tingal area Kajang dan Bandar Baru Bangi, sudi2kan singgah ke gerai kami. T.kasih....
Info niaga bulan ramadhan Restoran Rasa D'Timur Barat:
1) Tapak bazar ramadhan : Tapak bazar PKNS Bdr Baru Bangi
Waktu niaga : 4ptg hingga 7.30mlm (sehingga waktu berbuka)
No gerai : 202
Menu : Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa, Aneka sup & Aneka Kerabu
Penyelia / pengurus gerai :
Chef Saifuddin Nawawi (Sepul) - 012 2643016*

2) Restoran Rasa D'Timur Barat
Waktu niaga : 4ptg hingga 4pg (waktu sahur)
Alamat : No 9, Jln Sek 3/2 Tmn Kajang Utama
Menu : Lauk pauk tradisional, ulam dan kerabu, masakan panas (Tom Yam Thai), Sup, aneka kuih muih.
Penyelia / pengurus restoran :
Rozila Nawawi (Azie) - 019-3311678*

*Sila hubungi pengurus gerai / restoran untuk pertanyaan atau tempahan.
Kesempatan yang ada ni jugak, Azie nak mintak maaf dari semua especially kawan2 blogger kt sini dengan ucapan selamat menjalani ibadat puasa. Semoga keberkatanNya mengiringi ibadat suci ini, aminn.

Salam hormat,
~Azie.

No comments: