Monday, August 10, 2009

Selesai RKMJ


Assalamualaikum WBT

Selamat pagi, seloosai sudah, dengan result yang SUCSESS... dan hari ini, HARI YANG SANGAT SANGAT SANGAT HEBAT... sehebat kawan2 blogger, adik2, kakak2, abang2 yang Azie sayang....... Apa khabar semua...?

Sesungguhnya hari ini sangat indah, sangat ceria dan hari yang sangat bersemangat untuk Azie. Meh share............
Sepanjang 3 hari yang lepas, Azie lalui satu proses pembelajaran yg sangat hebat. RKMJ yang bertempat di Seri Pacific Kuala Lumpur. Terima kasih cikgu, Dr Azizan Osman. Azie tak nakk citer panjang lebar kat sini. Insyaallah, Azie akan share dalam special entry about my experience attand RKMJ ni. So, tungguu..... (Jangan risau cikgu, n kawan2 jutawan sumer,..... rahsia tetap rahsia.... dan biarlah terus menjadi rahsia... perkongsian ini yg terbatas.. ahaks~) -khas kpd yang faham sahaja.... heheeeeeeee...

Wokey, apa yang bole Azie cakap, Azie dapat banyak energy positif dari orang2 disekeliling Azie. Hari yang semua orang bercerita tentang semua perkara yang baik2 dan positif sahaja, dan 3 hari dikelilingi beratus-ratus orang jutawan. Ini bukan auta......... ini FAKTA!

Samaada anda mahu percaya atau tidak, terpulang kpd diri ada sendiri, kerana peluang yang besar akan datang dalam hidup semua orang, bagi yang mampu menilai dengan minda, dia kan memilih untuk mengambil peluang itu..... maka, rugilah mereka yang masih menilai dengan akal apatah lagi jika akal kurniaan yang hebat itu tidak pernah diberi makanan positif dan sering dipengaruhi suara budak kecil yang berbisik2 kepadanya.........

So, fikir2 renung2................****


Hadiah dari Azie untuk semua.....

MENTERA MINDA SERIKANDI:
"Kawan2 Azie semua seorang yang sangat hebat, peluang dan kebaikan selalu datang untuk anda, kesihatan dan kesejahteraan akan sentiasa dikurniakan untuk anda semua, anda sayang ramai orang dan lebih ramai orang sayang kepada anda, anda hidup dalam penuh keseronokan dan kebahagiaan, ramai orang yang anda tolong dan bantu, maka lebih banyak yang diberi kepada anda..... dan anda seorang yang sangat baik, penyayang, sabar.... semuanya itu anda, ANDA YANG HEBAT!"


*********************************************************************


Semalam Azie sampai rumah kurang lebih jam 7.30 mlm. Kepenatan tak terasa bila dapat peluk insan yang sgt2 Azie rindui, Abg long n adik! 3 hari ibu tinggalkan abg long... adik... oh, kesian anak ibu.

Hadiah istimewa untuk anak2 ibu...., malam tadi dapat tidur satu katil sambil peluk ibu sampai pagi. Apa yang menariknya, kesan yang amat positif. Abg long n adik bangun pg tadi... selepas sekali shj di kejutkan. Bangun dgn penuh semangat, langsung tak banyak ragam. Awal abg long bersiap n pakai kasut sendiri. Ibu bangga tengok abg long, seusia 6 tahun ni, abg long mmg cukup bertanggungjawab. Sempat abg long buka beg, cek semua buku2 yg ada dalam beg n pastikan semua lengkap. Ibu rasa... ibu sendiri pun kurang peka praktikkan perkara macam tu. Ibu perhatikan satu2 perubahan dan kesan positif kat abg long n adik....

Itulah dia... anak2 yang kita wajib sayang sepenuh hati kita, agar mereka terkesan dengan mnyerap semua sikap2 positif dan mulia dalam diri mereka. Congrats to abg long n adik!

Sampai ofis pagi ni, azie sempat jengah n jenguk entry semua kawan2 azie.... tahniah kepada kawan2 azie yang melalui macam2 pengalaman yang manis!................... tak de apa sgt yang azie boleh bagi kat uols, hanya entry ni sbg permulaan n i will giv more latter.

Sehingga ketemu lagi................
Azie perlu godek2 UBS system pulak selepas ni, dah banyak sangat tertangguh kerja2 azie.
Salam untuk semua.................... azie sayang kawan2 azie. Gud luck!