Hari ni, Isnin... dah 1hb Jun, sekejap betul masa berlalu. Dalam tak sedar, dah masuk kepertenganhan tahun untuk 2009. Uissshhh....., pejam celik pejam celik... usiapun makin meningkat eaa... tapi tak per, hidup perlu diteruskan.
Setengah tahun yang pertama ni, bagi Azie... byk perkara yg berlaku... pahit manis suka duka sebenarnya ianya menjadi sejarah dan lipatan kenangan yg azie x akan lupa sampai bila2. Hurmmm... nasib baik teringat jugak tentang masa yg dah berlalu ni... terfikir tentang azam untuk diri sendiri bagi tahun ni, yang masih belum menampakkan hasil... tapi xpe, harap2 azie masih diberikan kesempatan untuk semua tu.... yang penting kena usaha, rajin, sabar dan x putus asa! Agaknya tahun ni tahun family kottt.... sbb kebanyakan perkara2 yg berlaku sepanjang 6 bulan yg lps ni, semua berkaitan dan berkisar tentang family jer... hehe...
Dari awal Jan sampai akhir May yg lepas.. byk jugak peristiwa2 bersejarah yg berlaku untuk diri azie sendiri, tapi rasanya azie tak perlu share kat sini kot, demi kebaikan bersama dan utk menjaga hati pihak2 tertentu.... hehehe...
In business pulak, tahun ni agak mencabar utk azie, ini tak lain tak bukan dsebabkan oleh kemerostan dan kejatuhan ekonomi sedunia sejak akhir tahun lepas. Terkesan jugak bila tgk business agak slow pada awal tahun baru2 ni... so, azie terpaksa kerja keras utk memastikan periuk nasi kami sekeluarga tak terjejas.., itu yg selalu bz sebab kena agresif sket utk buat marketing and then create mcm2 idea utk buat promotion. Lebih parah jugak, byk payment 2 sepatutnya azie dpt pd awal tahun tu ditangguhkan oleh mereka yg kurang prihatin... adusss, sedey tau! Macam ni laa kalau keja sendiri, business sendiri..., lain laa u all yg keja govermant atau pekerja swasta, best kan... cukup bulan jer, dpt gaji... x payah pening2 kepala nak survive macam azie, kan. Tapi x mengapa... Allah maha adil dan tidak pernah lokek mengagihkan rezeki2 kepada hambaNya... Alhamdulillah...
Masa yg telah berlalu ni, sedikit sbnyak memberikan azie pelbagai erti dan pengajaran. Teruji kesabaran dan ketabahan seorang aku, dalam getir dan payah melawan setiap perkara yg dihadapi... menjadikan azie matang dlm merencanakan diri dipentas dunia ni...
May yg baru berlalu ini juga mengingatkan azie pada sambutan hari ibu, yang azie buat kejutan kat mama! waaaarggh... syahdunya... paling best jugak, at d same time azie sendiri mendapat kejutan dari adik2 yg sentiasa menyokong dan memeberi semngat. Dapat jugak hadiah dari adik2, sbb tggu abg long ngan adik bg hadiah kat ibu dia ni masih belum boleh lagi, abg long masih kecik dan xde duit poket sendiri. Hehehe.. nasib baik pak cik2 mak cik2 dia boleh wakilkan, hehehe... thanks buat semua! u all memang sporting! Tahun ni, kami sepakat adik beradik untuk sambut Hari Ibu untuk mama secara formal sket, so azie tempahkan satu kek khas utk mama kat King's Confectionary, besh kek tu... da lupa namanya. heheh..., then... dua tiga hari sbl tu sempat collect duit ngan adik2, kami kongsi utk beli satu cincin emas, cantik cincinnya, S.Wan Jewels kat Bangi Utama Kompleks, kebetulan kawan azie keja kat kedai emas tu as a tukang emas... so, dia bagi laa sedikit diskaun. Paling special azie sempat masak special utk mama, walaupun masakan azie tak sesedap masakan mama. Lagi.... ermm, semestinya sekuntum mawar merah khas utk mama. Actually menda2 tu semua bukanlah utk mengukur kasih syg seorang ibu, tapi sekdar membrikan tanda penghargaan. Sekurang2nya mama tahu yg anak2nya tidak pernah melupakan kasih-sayang dan pengorbanan mama membesarkan kami 8 beradik. Sepatutnya azie buat posting pasal story ni, masa sambutan hari ibu tu.. tapi masa tu bz banget! pepun, mama azie is d best mom.... mama yg rajin, kuat, berani, penyayang, dan dialah jiwa raga azie yg sebenar2nya... tanpa mama siapalah kak long hari ini!.... thanks maaa....
Harap2 lepas ni pun, kak long sebagai ibu... akan menjadikan mama sbg contoh dan tauladan yg terbaik, mendidik anak2 sebaik mama mendidik kami semua...
Insyaallah, i'll story about lovely mom for next posting... bye.
salam sayang... Azie~
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment