Thursday, June 11, 2009

8-10 June : Majlis Perkahwinan Siti Aisyah

Assalamualaikum WBT, kepada semua rakan blogger yang baik2 belaka......., kepada viewers yg sgt prihatin dan budiman... here, im back to Kajang.
Selamat tinggal kampung halamanku yg tercinta, and im back to Kajang utk meneruskan t/jawab dan menyelesaikan misi2 kerjayaku sbg seorang usahawan... hehehe...
3 hari berada di Kelantan, termasuk 2 hari perjalanan pergi-balik, memang amat memenatkan! Tapi, ini jugalah hari2 yg sungguh membahagiakan bilamana kita dapat membahagiakan insan2 yg memerlukan kita. Kepulangan Azie n family kali ni, sbg memenuhi jemputan mak su (adik bongsu mama) bg meraikan majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan anak perempuan sulung beliau, 09 June 2009. (sepupu Azie)

Tahniah n selamat pengantin baru kepada Siti Aisyah & Izam (sorii... xtau nama penuhnya..hehe)
Bertolak dari Kajang awal pg (Isnin, 08 June) sampai di Kg Telaga Papan kira2 jam 5pm. Dah ramai sanak saudara berkumpul, huhuhu... terpaksa melupakan hasrat utk berehat dan melepaskan penat menghabiskan 8jam perjalanan drive dr KL-KEL, uwaarrgghhh...., kena contorl leer, dah ramai sgt org2 kampung dan kota yg berkumpul, so.. ruang2 merehatkan diri tersangat terhad.

Malam sbl kenduri, byk lagi persiapan2 yg perlu dibereskan, termasuk brg2 hantaran kpd pihak lelaki, so... terpaksa laa azie jadi bidan terjun, tukang menggubah dan mencipta gubahan hantaran, ihikss~ inilah bakat dan kreativitiku yg terpendam, dan hasilnya................. hehehe....

inilah antara koleksi sentuhan kreatif azie, no comment yup..ahaks~


Sepanjang majlis dan aturcara berlangsung, Azie hilang kosentrasi sbb terpaksa melayan kerenah adik. Adik tak berapa sihat hari tu... asyik nak ngan ibu jerk. Tp xpe laah, nk buat mcmana. Neway, sempat jugak Azie snap beberapa keping gambar sbg kenang-kenangan Azie n family.


Majlis yang gilang gemilang, dan tentunya menjadi sejarah manis buat pengantin tersebut... bermula dan berakhir dengan baik, Alhamdulillah... Semoga kedua2 pengantin diberkati dunia akhirat, bahagia kehujung hayat, mendapat zuriat yg soleh n solehah, amin...
Sepatutnya, Azie sekeluarga dan adik2 balik ke Kajang pd ptg tu jugak, sbb kedai dah 2 hari ditutup. Uisshh... mana bole rest lama2, lain laa kalau kerja kan. Inikan berniaga sendiri, 2 hari tutup kedai rugi bayak tu, ihikss...
Tapi, aral yg melintang terpaksa diselesaikan dulu, mlm tu kami x dpt bertolak disebabkan beberapa masalah teknikal yg berlaku kpd kereta dan pemilik kereta WBL 4404. Hehee... so, dorang (Chik n Alang), terpaksa carik kedai spare parts n repair keta tu sampai ok dulu.
Perjalanan ditangguhkan kpd keesokan harinya...

10 June, setelah confident dgn condition kereta, jam 11am kami bertolak dari Kg Telaga Papan menuju ke Kajang. Perjalanan lancar walaupun agak lambat, sbb terpaksa berenti n berehat dibeberapa tempat. Lagi pulak, tak gigih laa nak drive... cuaca panas sgt. Byk betul lori2 balak disepanjang jalan terutama area Kuala Krai-Gua Musang-Merapoh. Ingat pesan mama.... bawak keta baik2, jgn laju2, biar lambat asal selamat...
Alhamdulillah, kami selamat sampai Kajang lbh kurang jam 7pm.

Selamat tinggal Kelantan, sedey sbb terpaksa berpisah lagi dgn org2 tersayang, mak cik2 n sedara2 kat sana. Sedey jugak sbb Ateh ngan Cik De pun x mau ikut Azie balik, dia nak stay kat kg dulu, tenangkan fikiran katanya...... suka ati korang laah! Kak long xde kawan nak citer2 n nak gosip2 laa lps ni, ihiks~

Hari ni, 11 June... meneruskan kerja2 yg tertangguh kat ofis ni, dgn mood yg tak berapa ok sgt. Mungkin bercampur aduk dgn kepenatan dan kepeningan. hehe...~ tapi minda serikandi, kena selalu berfikiran positif, ingt jugak pesan dr Azizan... pupuk dan keluarkan energy positif dan yg baik2 pada setiap masa. Hari ni sempat praktikkan skill dari Dr Azizan, mulakan hari dgn Happy, Healthy, Wealthy, Success.....


k, u all.... chiaaoooww dulu....

salam sayang,Azie~

No comments: