Saturday, August 20, 2011

Akan Terus Ku Ketuk Pintu TUHANKU

Akan Terus Ku Ketuk Pintu TUHANKU
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Di kala mata-mata sedang lesu beradu
Akan ku seru namamu
Di penghujung waktu yang sunyi dan sayu

Akan Terus Ku Ketuk Pintu TUHANKU
Sekalipun tanganku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu Tuhanku
Tidak pernah menghalau tamu
Yang datang bertamu
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunannya meliputi segalanya

Akan Terus Ku Ketuk Pintu TUHANKU
Tanpa jemu tanpa malu
Selagiku memanggilnya Dia Maha Tahu
Aku hanya seorang hamba ada dosa, ada pahala...
Namun Dia Maha Mulia
Limpahan kemaafan tiada  tepian
Kerana DIA Tuhan Ar-Rahman
Sedangkan aku penuh kedhaifan

Akan Terus Ku Ketuk Pintu TUHANKU
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yang letih
Jangan aku DIKAU sisih
Dalam kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istighfar
Terimalah tasbih
Amin.......
Nukilan: Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA)

No comments: