Sunday, May 31, 2009

Kisah Abg Long


Hari ni, ibu nak expend sket masa untuk tulis blog ni.. cerita pasal anak2 ibu, permata hati ibu. Nur Zafran Hakimi & Adam Haiqal (abg long & adik). walaupun ibu agak sibuk dengan tugas2 ibu kat wshop, kat restoran dan meeting sana sini, tapi ibu terlalu mengambil berat tentang anak2 ibu ni. Tiap2 hari ibu sentiasa mengikuti n menteliti perkembangan serta pencapaian anak2 ibu. First story ni, ibu just nak ZOOM IN siapa anak2 ibu ni... hik3....



Nur Zafran Hakimi bin Hairul Aznan. Lebih mesra, manja dan suka dipanggil dgn "abg long" Berumur 6 Tahun 2 Bulan (masa ibu tulis blog ni). Abg long anak yg baik, kurang meragam atau buat hal. Patut la, masa mula2 ibu mengandungkan abg long ibu x tahupun yg usia kandungan ibu dah nak masuk 2 bulan. Apa tak nyerr, walaupun anak pertama, ibu sedikitpun x mengalami morning sikness (alahan) Cuma satu hari tu, ibu rasa x selesa, sakit perut lain mcm, ibu ingat ibu salah makan. So, masa pegi klinik utk check sakit perut ibu tu laa, baru ibu tahu yg ibu pregnant. Syukur.... Alhamdulillah. Siang malam ibu doa supaya abg long selamat dlm kandungan ibu, ibu jugak makan dan amalkan semua yg baik2 utk jaga anak ibu dlm kandungan ibu tau! Sejak dlm kandungan jugak abg long senang dijaga, ibu x terlalu mengidam atau nak yg bukan2, semua sederhana. Abg long seorang anak yg sangat aktif, sejak dalam perut ibu lagi. Diakhir2 kehamilan ibu, abg long memang x duk diam sampai ibu pun susah nak tdo mlm... hehehe. Haaa, keaktifan abg long terbukti bila mana satu hari bila ibu pegi buat check up, nurse scan perut ibu n dia ckp baby ibu songsang, isskk.. sedangkan seminggu sbl tu, elok jer kedudukan abg long dlm kandungan ibu. Masa doktor dtg kat ibu, dia explain... "budak ni aktif sgt ni puan, itu yg dia terpusing last2 minute ni. Ok, memandangkan usia kandungan puan ni dah masuk minggu ke37, kita terpaksa scissor aje laa, takut nanti kalau nak tunggu dia kembali normal tak jugak dia pusing balik... dibuatnya puan sakit nak bersalin... lagi susah. Bahaya utk bersalin secara normal ni..." Uissshhh... gusar hati ibu. Demi melihat abg long dilahirkan dgn selamat, dan ibu yg sgt teruja nak tgk baby ibu, ibu ikut sahaja ckp doktor, dan abg long selamat dilahirkan secara pembedahan pada 03.04.2003 jam 8.40am.


1-3 tahun:
Abg long dilahirkan dgn cukup sifat dan dikurniakan dgn wajah yang comey dan cute, ternyata abg long mewarisi ke'comel'an dan ke'cute'tan ibu dia... hehehe...

Abg long breast feeding sejak lahir sehinggalah berusia lebih 2 tahun, seingat ibu abg long berenti menyusu badan sehinggalah ibu mengandungkan adik. Itu jgk laa yg membuatkan abg long amat rapat dan manja dgn ibu. Ibu nak cite yg anak ibu ni sgt survive dalam hidup, sejak kecik lagi.

Masuk usia abg long 3 bulan, abg long mengalami masalah pada sistem pencernaan, yg membuatkan perut abg long kembung sgt2 dan abg long x buang air besar hampir 1 minggu. Bila abg loang dimasukkan ke wad, ibu org yg paling sedih tambah2 bila doktor ckp yg abg long mesti di bedah. Masa tu kat HUKM, hari2 masa ibu jaga abg long ibu bg abg long semangat, ibu bcakap ngan bag long, abg long kena survive, kena lawan sakit abg long... walaupun ibu tahu abg long masih belum mengerti apa2. Arwah tok ki byk tolong kita masa tu tau abg long, dia amik dan hantar ibu utk bwk abg long ke hospital kalau ayah x dapat cuti. Sehari sbl abg long dibedah, abg long dmasukkan ke wad utk mula bpuasa, hati ibu terlalu sayu.... semalaman ibu doa, moga2 anak ibu akan selamat dan cepat sembuh. Ibu tahu, anak ibu dikurniakan ketabahan yg tinggi mcm ibu, itu laa sbb abg long x byk meragam wluapun bhadapan dgn keadaan sesulit itu, nyata anak ibu survive... ibu bangga!

Mlm tu sbl abg long dibedah tu jagk, Dr pakar dtg melawat abg long kat katil mlm tu bwk abg long ke bilik rawatan, dia nak buat last check up. Dia check2 kat abdomen abg long, n dgn tiba2 abg long nangis kuat sgt n dlm ms yg sama najis banyak keluar ikut saluran yg sepatutnya... ibu dan doktor tergamam masa tu, isshhkkk.... tambah risau hati ibu, ibu menitiskan air mata, takut terjadi apa2 kat abg long... rupa2nya doktor cakap "This is gud news... means ur baby x perlu menjalani operation, najis dia dah kuar secara normal. Maybe, ubat2 yg diberi sebelum ni baru berkesan kpd dia dan buat masa ni kita hanya perlu pantau kesihatan dia...." Lega berbaur gembira... doa ibu dimakbulkan olehNya.

Tak lama selepas tu, abg long kembali normal dan sihat... kes abg long kat HUKM pun ditutup dan doktor sahkan yg abg long tdk ada ap2 masalah lagi. Aminn,,.... dan abg long membesar spt kanak2 lain2, dgn aktif dan lasaknya......


4-5 tahun,
Abg long anak yg berbakat dan kreatif. Berani dan sabar, cuma abg long ni sedikit manja... kalau tak dapat apa yg dia nak, atau halang apa sahaja perkara yg dia suka buat dia cepat betul meragam! Tapi, abg long senang dipujuk. Abg long cepat mesra dgn sesiapapun, walaupun mula2 kenal org dia malu2, segan dan kadang2 agak takut2.... tapi kalau pandai tackle dia... dia senang diurus. Seawal usia abg long 4 tahun, ibu dah berniat nak hantar a.long kesekolah memandangkan abg long dah menunjukkan minat utk belajar. Tapi ayah cakap, x payah laa... takut nanti abg long boring, uhhuhhh.... lain pulak dgn pendapat ibu. Tapi setelah ditimbal balik, ada betul pendapat ayah tu, so... kami hold sehingga abg long 5 tahun. So, awal 2008 abg long didaftarkan kat TADIKA MARIA. Hurmm... ibu ngan ayah la yg bt keputusan nk antar abg long kat situ stlah senaraikan beberapa sekolah yg sesuai dan terbaik, walaupun agak mahal perbelanjaannya.., tapi xpe lah, im do the best for u darling! Abg long berjaya menamatkan sesi persekolahan yg pertama hingga akhir 2008.


Sekarang abg long dah 6 tahun, awal sessi persekolahan 2009 ari tu, ibu terpaksa transfer abg long dari TADIKA MARIA to TADIKA KANAK-KANAK BIJAK, ibu terpaksa buat decision ni utk kebaikan a.long. Bukan kata Tadika Maria x bagus, tapi... dkt TADIKA KANAK-KANAK BIJAK ni, ibu boleh tinggalkan abg long kat situ sampai ptg. Kat situ jugak, abg long akan dibimbing utk buat homework, ada aktiviti sampingan pd waktu petang n yang penting ada ustazah yg boleh ajar abg long belajar solat dan mengaji. Kalau dulu, abis sessi pg, abg long akan duk kat ofis ibu sampai ptg... huhu... x bagus la sayang, sbb inviroment kat wshop ni x sesuai, tambah2 utk kanak2 yg sedang membesar mcm a.long. So, im really happy dgn perkembangan abg long sekarang. Abg long dah pandai membaca, malay dan pengusaan bahasa inggeris pun agak baik, sekurang2 abg long dah bole berkomunikasi ngan ibu dgn bahasa omputeh yg ibu sendiri pun agak kurang mahir... hiks hiks... at least dia faham setiap arahan yg dikemukakan kat dia.
For now... abg long semakin cerdik pandai, semoga abg long jadi anak yg soleh, taat ibu n ayah... berjaya dunia akhirat, amin..... Love u so much!
Continue story about Adam Haiqal with next posting,.....
Salam sayang, ~ibu

Syurga Cinta


Sebenarnya posting ni, dah delay 1 week… tapi tak pe azie nak jugak share ngan u all pasal azie, abg long, adik n adik2 azie pi tgk wayang last week. Filem Syurga Cinta. Azie xde la xcited sgt nak tgk citer ni, tapi abg long yg sibuk duk ajak azie, ini kes terpengaruh dgn watak si Haziq masa iklan dia tu. Nak2 tang yang haziq ckp tu… “perfect… cantik… kuat berugama… lemah lembut….” Hehe, Adam Haiqal pun pandai menggayakan watak si Haziq tu, bila azie tanya sape yg cantik, yang lemah lembut tu, dia cakap… “ibulah….!” Wwaaaa…. Dah pandai anak ibu membodek erk. So, supaya x menghampakan permintaan abg long yg agak kaki wayang mcm ibu dia ni, azie pegi jugak… alang2 tu ajak adik2 azie sekali, tapi yg x syoknya… kita yg ajak kita yg kena belanja, pastu kalau dorang yg ajak pun, kita jugak yg kena belanja! Huh…. Dalam tegas2 azie ni selalu gak kena buli, kena poww ngan dorang! Xpe laa, adik2 punya pasal. Huhuhu…..
So far citer ni agak ok laaa, dgn jln penceritaan yg baik and pengarah filem ni, pandai membuatkan penonton bermain dgan perasaan. Ada gembira, benci, lucu, marah, dan sedih…., Haahahaa…. Nak2 org yg berjiwa sentimental mcm Azie ni mmg sesuai la sgt. lagi pulak paparan yg digambarkan dlm citer ni mmg agak logic dan masuk akal. Maybe kisah dlm citer tu pun ada berlaku dlm masyarakat kita hari ni. Pada azie pulak, azie ambil beberapa pengajaran dalam filem syurga cinta ni, tersentuh jugak laa bila tgk lakonan Awal yg bersahaja, masa dia insaf tu… dan sedih tgk masa haliza tahu yg dia dipermainkan. Isskk… so kesian! Pepun, happy ending loor cite ni, coz at d last tu Awal kembali kepangkuan jalan dan Heliza dapat maafkan dia… waaaa… romantiknyer, bestnya kalau org purpose kita camtu, ihiks~ teringat zaman cintan cintun dulu2….. “Walaupun cinta saya tak seagung cinta Nabi Muhammad kepada Siti Khadijah… tidak juga seikhlas Zulaikha kepada Yusof, tapi… saya harap awak sudi menjadi permaisuri hidup saya….” Macam tu ker ayat dia??? … hahaha, lebih kurang kot. … waakk wak wak…
Macam pengulas filem pulak, tapi xpe… pepun kami memang enjoy for that’s day. For all friends yg kat luar sana, setakat nak layan2 jiwang bole laa nak tgk citer ni, masih ditayangkan kat pawagam tu, yang baik jadikan pengajaran yg buruk jadikan sempadan, k!

“Cinta saya hanya untuk orang yang benar2 ikhlas untuk mengenali saya, bukannya untuk dipermainkan..!”

So, ingat laa… sape2 yang pernah mainkan perasaan orang tu, sape makan cili dia yang terasa pedass…..
Choowww dulu…. tataa… titiii.. tutuuuu….. bye.
Assalamualaikum….

Thursday, May 28, 2009

20 words to change your life


Hi friends, just take minutes ur time, read n apply this words, time to change our life!


BEGIN - Take change of your life beginning something you're always wanted to do. If your goal seems overwhelming, starts small.

IMAGINE - Your imagination has not boundaries “…..dreaming about something is the first step toward achieving it”
LAUGH – “Laughter is a direct route to the soul, it broadens your perspective, keeps you healthy and makes unbearable situation easier to deal with”

BELIEVE – Set your mind to predict success. Tell you’re self u will succeed at whatever you’re doing at the moment

SEEK - Allow yourself to grow by exposing your vulnerability and insecurity. Don’t live strictly inside tour comfort zone – don’t always play safe

PLAY - We can always find something that “… needs to be done” and we forget how to have fun. Make a conscious effort to take time off – you’ll feel refresh and able to think more clearly afterwards.

TRUST – “…… being paralyzed by indecision is worse than making the wrong decision” You can’t grow if you don’t trust your inner voice.

LISTEN – Try listening carefully to the other person’s point of view first. Without being preoccupied or distracted.

CREATE – Creativity maintains the balance in our lives. The more we use our creativity, the more it develops.

CONNECT – Relationship are what pull as thought the hard times, and make the good times meaningful, take to nurture the connections that uplift you.

TOUCH – Humans need touch to survive that thrives. Don’t forget to hug your love ones. Pat your friends on the back, literally and figuratively.

FORGIVE – Forgiveness is live giving because it puts you in charge. You become empowered.

PRAY – “Praying is asking god to transform the situation and become the heart of your life” Take time each day to nurture this connection.

HOPE – “Hope is knowledge that even in the worst of times we can triumph our hardship and sorrow and grow in spirit” Hope is what sustains humanity.

CHOOSE
– We can always choose our circumstances, but we can choose our attitudes towards them”

APPRECIATE – Admire the good in yourself and in those around you.

GIVE – Happiness involves giving freely to others and not necessarily wanting something in return. ]
READ – Reading removes boundaries.

WRITE – Words are freedom words are power.

RELEASE – Avoid doing something just because everyone thinks you should. Give yourself permission to relax.


Good luck for u all..... with luv~azie




Pesanan kepada diriku


Yakinlah Pada Dirimu....

Rozila,
Ada hari kala kau bangun dari lena dihening pagi,
Keadaan tidak seperti yang kamu harapkan terjadi,
Itulah saat ketika kamu harus beritahu diri sendiri
bahawa keadaan akan membaiki ke arah yang lebih baik...
Rozila,
Ada saat ketika ada orang mengecewakanmu dan membuatmu sedih
itulah saat ketika kamu harus mengingatkan diri sendiri,
utk percaya pada penilaian,
dan pendapatmu sendiri,
utk tetap fokus pada keyakinan diri sendiri,
akan ada tentangan dan perubahan yang harus kau hadapi dalam hidup...

Bagaimana menerimanya? Terserahlah pada dirimu...

Tetapkan dirimu pada arah dan hala tuju yg tepat utk mencapai tujuanmu
memang tidak mudah, tetapi keadaan sulit itu akan menyedarkanmu,
tentang jati diri kamu yang sebenar,
Lantaran itu, tatkala hari2 mu dipenuhi dengan frustasi, kecewa, berduka, tertekan atau sekalipun merana...
Ingatlah untuk tetap yakin pada diri sendiri,
pada harapan dan impianmu,
kerana semua tentangan hanya akan membuatmu lebih faham akan kekuatan dan kesabaranmu,
Yang membantumu ... untuk menemukan bahagia yang diperuntukkan untukmu!

Yakinlah pada dirimu...



Salam sayang~azie

Wednesday, May 27, 2009

BEST FRIENDS

Salam, u all...
Nak cite tentang insan2 hebat. My best friends, yg byk support azie, memberi semangat dan dorongan kejyaan. Kalian jugak sgt baik hati sebab sudi jadi pendengar yg setia, tempat Azie berkongsi suka dan duka. Tambah2 lagi tika Azie berdepan dgn dugaan yg hebat ini.
“Ya Allah…. Lindungilah sahabt2ku ini, murahkan rezeki mereka, permudahkanlah urusan mereka, berikanlah kesenagan utk mereka di dunia dan akhirat, kurniakanlah kebahgian untuk mereka, satukanlah hati kami , jauhkan kami dari sebarang persengketaan dan rahmatilah kami, Aminnn…..

Haaaa, mamat hensem n macho ni, nama dia Sham. Azie kenal dia melalui seorang kawan. Kami mula rapat bila Azie joint dia buat satu business, dia ni hard working orgnya. Seorg yg sgt memahami. Sgt baik hati dan penyabar. Lagi satu, dia suka buat lawak! zeeN’S@kreatif juga sbnarnya business yg azie rancang utk majukan bersama2 dengan dia. Kira dia ni partnership business azie la. Kami selalu akan bincang pasal business bila free, but by phone jer. Sbb dia ni stay nun jauh kat selatan sana. Bila ada apa2 meeting atau event, baru kami akan jumpa. Pepun, walaupun bjauhan… dia ttp caring kat kawan dia yg sorang ni, tnya khabar n everything. "For u Sham , walaupun awak blum capai apa yg awak nak, azie yakin… suatu hari nnt awak akan berjaya. Awak sebenarnya sgt berkebolehan dan sgt bertuah. Percayalah! Azie cabar awak, nk tgk awak berjaya.Tapikan, bila dah sucsess nanti jgn lupa kita pulak, biasalah manusia kan. Bila dah berada kat atas, takut lupa rumput yg pernah dipijak.Ahakss~… k, best wishes for u! Harap awak akan jadi kawan baik saya sampai bila2...."

Hehe, the next special friends is Nazim. Bole tahan macho orgnya, alaa2 model gitu. Nazim is best friend bcoz dia sgt memahami. Azie byk cite n share ngan dia about life n apa2 yg berlaku kat sini . Dia tersgt laa caring n bijak memberi nasihat mahupun pendapat. Macam ustaz pun ada kalau dia beri ceramah. Kadang2 ada juga berlaku salah faham antara kami tapi dia pandai menjaga dan memujuk hati. Thanks my great friend! Azie salute kat dia sbb dia ni seorang yg rajin dan sabar. Orgnya hardworking jugak, siang malam keja. Azie akan syg seluruh yg dia ada termasuk wife n kareer dia. skrang wife dia tgh pregnant, Azie doakan semua selamat, Insyaallah.
For u Nazim, azie doa moga2 awak dpt capai cita2 awak. Azie selalu doakan awak, kasih syg awak sbg seorg teman dan sahabat adalah ion positif yg mengalir dlm diri azie, penguat semangat azie. Terima kasih krn x penah jemu utk memahami azie… Gud luck for u!"

Fidah. Huhuhu….. Rindunya akak kat awak! Dia ni adik angkat azie. Seorg yg manja, Fidah penah stay dan duduk umah azie, masa tu dia mengajar kat Bangi. Sekarang dia dah pindah balik Kedah, sbb dia dah mengajar kt Penang. Bila dia dtg KL, dia akan stay kat Kajang, dan kami akan borak byk menda, mcm2 citer. Azie kenal Fidah sejak kami masing2 bujang, duduk satu umah sewa n kongsi satu katil. Masa tu, nak beli katil bujang sorang satu pun x mampu, kami ada satu jer katil bujang n share berdua. huhuhu... Fidah sgt faham dgn sikap, kerenah dan perangai azie. Azie pun dah faham sgt ngan kerenah dia... mmg banyak kerenah pun. hehehe.... tapi, kami tetap best friend, sampai bila2. Kan? For fidah, hrp fidah sucsess menjadi seorg guru yg terbaik, mendidik anak bangsa menjadi cth dan tauladan. Akak syg kat awak...!"

The next person is Nizah. Ibu mithali sorang ni kawan baik azie jugak. Haaa.... Nizah ni tempat azie citer sumer rahsia2 azie, masalah dan dia jugak laa tempat azie meluah perasaan dan melepaskan geram. Walaupun azie tahu, dia sendiri tak tahu nak tolong azie mcmana. kami kenal scra tak sgaja masa tu kami sama2 tinggal kat flat CITRA, tahun 2002 seingat azie. Sampai sekarang kami rapat dan kami byk tolong menolong. Azie faham sgt ngan dia, dia ni rajin dan x pernah putus asa orgnya walaupun berhadapan dgn mcm2 mslah. Alhamdulillah, azie ada jugak support dia dr segi kewangan. Alaaa... Azie bantu setakat yg mampu jer. Azie harap nizah dapat capai apa yg dia nak dlm waktu terdekat ni, azie akan support! Sekarang dia tgh pregnant for 2nd baby. Semoga selamat dan mendapat baby yg comey mcm aunty azie ni. ihikss... Anak dia yg first nama Raudhah, kawan baik abg long. Dah macam adik beradik pun dorang ni. Dlm posting akan dtg nanti azie akan citer pasal Abg long dan Raudhah pulak. Ok .... best wishes for Nizah, semoga kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, keberkatan dan kesihatan yg sempurna menjadi milik kita. All best for u!



Nanie@Atehh. Adik pompuan azie yg sorang ni best friend azie jugak. Kami punyai karakter yg hampir sama dan kongsi root no. yg sama melalui kiraan tarikh lahir. Seorg yg sgt sensitif dan tegas. Tapi, dia pendengar yg baik utk masalah azie atau tempat bercerita. Kami byk share story masing2. Tapi sejak akhir2 ni dia dah jarang nak citer ngan azie sbb masing2 sibuk, atau dia tgk kak long dia ni xde masa sgt kot. Kami jadi rapat sbb lps dia abis belajar dia stay ngan azie, sampai sekrang pun. Azie ada plan nak buka butik, tapi xtau bila, and org yg azie nampak bole tolong azie dlm business ni adalah dia, sbb dia minat jugak bab2 beautician ni, cuma... dia kurang keyakinan diri jer. Itu no hal, beresss... kak long dia ni bole training tu. Hehe... best for u, Ateh!

Itu laa antara insan2 hebat, sahabat baik Azie. Kepada yg lain, mana yg azie tak post kat sini, bukan kata tak hebat. U all yg lain pun hebat2 jugak. Azie akan senaraikan kawan2 azie yg hebat2 semuanyer dlm posting akan dtg insyaallah..

Salam sayang, ~azie

Tuesday, May 26, 2009

argument... adussss!!!!


Walaupun keadaan sebegini seringkali kita elakkan, tapi ianya kadang2 berlaku tanpa sedar. Rasa ketidakpuasan hati antara dua pihak, samada dr segi melakukan apa2 perkara sekalipun, memberi pendapat atau dlm membuat sesuatu keputusan. Argument akan timbul bila xde sikap tolak ansur dalam diri masing2. So, kena laa ada give n take. Nanti kalau dah terlalu kerap sgt berlaku kat kita x pasal di cop "keras kepala" atau seangkatan dengan nyaa.... EErrrrggHhh.. x sanggup,kan?
Argument tidak begitu bagus sebenarnya sebab, bila timbul keadaan itu, maka segala keburukan dan kekerasan hati kita terpaksa dizahirkan. Isshhkk... sungguh x sopan kan, tambah2 kepada seorg wanita / perempuan. ...huhuhu....

Argument : Dalam kehidupan seharian azie yg terpaksa berdepan dgn pelbagai keadaan ni, ianya ada jugak berlaku, tanpa sedar. Secara positifnya azie melalui situasi ini, bilamana azie terpaksa pertahankan apa yg azie rasa azie betul, bukan salah azie, atau azie nak kesempurnaan sesuatu perkara/benda.

Dengan saper???

Dah tentulah, sape lagi kalau bukan hby. Perkara yg sering kami argue kebanyakan berkaitan dgn keja. Selalunya bila timbul satu2 problem kat wshop samaada melibatkan kerja2 teknikal, staf ataupun masalah yg timbul dari customer. Biasa laa, kalau dah laki bini keja satu tempat, satu ofis. Huhuhu.... bukak mata nampak dia, bersiap nak g keja pun sama2, pegi keja jer lain2, sbb kena bawak dua keta, sampai ofis kul 9am pi bfast sama n kat opis sampai laa kul 7pm pun sama2... tiba tghari lunch sama n balik umah, samada dinner kat umah atau kat luar, pun sama2.... apa saja perkara yg berlaku dlm kehidupan seharian azie, 90% adalah perkara yg sama berlaku kat hby. Mana tak timbul argument nyer... sapa lagi yg dia nk ajak bergaduh kalau dah Azie ni 24jam kat depan mata dia! Tapi nasib baik azie ni dikurniakan dgn sifat2 positif, pemaaf, mudah kesian, tidak suka berdendam then azie dah set mind dgn menda2 yg positif (minda serikandi laaa katakan! ahak~) so, azie x nak argument tu jadi satu yg memudaratkan. Walaupun hby ni sedikit berkeras, lelaki x terlepas dr sikap ego.. so, azie nak kena mainkan peranan sebagai softlan la! huhh.... mencabar tak??

Pada kawan2 azie yg baik hati semuanya....

Azie harap kalau sape2 yg sering melalui situasi kalut dan rumit ni, tambah2 yg suka sgt argument apa2 pun... hrp kita bole ubah kan. Walaupun pasangan kita tergolong dlm golongan yg susah nk bertolak ansur... x salah jika kita yg mengalah. Kita mesti banyak memberi dan jangan terlalu harap utk menerima sahaja!
ok laa... sblm azie chow azie nk bgtau, dpt idea psl argument ni sbb mlm td jerr jadik kat azie. Ini kira sessi meluahkan perasaan ni. Sumer ada : marah/ sedih/ menyesal / kelakar / geram n etc.


Kes mlm tadi :
Restoran Rasa D'Timur Barat yg azie usahakan tu, azie serahkan kat adik azie yg no. 2 utk uruskan (Chef Din). Kira dia Manager la kat situ. Lagipun dia ni bekas chef. Dulu sbl uruskan restoran dia penah keja dgn beberapa hotel sekitar KL ni, yg last sekali kat Mines Resort n Spa. Azie salute gak kat dia, walaupun dia belajar sampai SPM jer, tapi dia ni org yg kuat keja, rajin, dan berbakat (macam kak long dia ni... hehehe) so, masa dia keja hotel dia sempat laa merasa pangkat yg best jugak. Azie nk citer pun x faham sgt bab2 org keja hotel ni mcmana.

ok continue....

Azie sllu pesan ngan dia, as a manager / bos, byk menda yg kita kena jaga utk majukan syarikat / restoran. First sekali produk (bermutu dan bagus) customer (layanan yg baik) dan pekerja (jaga kebajikan). Setakat ni nampaknya dia masih bole diharap, hampir setahun restoran beroperasi, x byk masalah yg timbul. Dari segi kemajuan dan sambutan pun, nampaknya ckup membanggakan.

Cuma sejak bulan lepas, dah 3 org staff berenti. Azie bole terima alsan2 yg dia org nak berenti. Tapi, sedikit pelik jgk... Selepas di risik dan di kaji, baru laa azie tahu akan puncanya. Rupa2nya, dorang x puas hati kat wife adik ni, merangkap adik ipar azie dan dia jugak merangkap bini bos laa. Dia jugak tolong jaga restoran ni sejak 3 bln lps slps berenti dan mndapat VSS dari kilang lama tempat dia keja. Azie ngan adik ipar yg sorang ni mmg cukup rapat, orgnya lemah lembut, bersopan santun... tapi x sangka pulak. Apa yg dia dah buat kat budak2 keja ni sampai dorang x tahan keja kat sini. Azie bincang ngan mama... tanya mama, mungkin mama lebih tahu sbb mama kan hari2 masak kat situ, so... mama bole laa terangkan cite yg sebenar. oh oh oh.....
Antara kesimpulan dan maklumat yg azie dpt antaranya Nor suka tegur2 kalau pekerja buat salah. Hurrmmm... bagus la camtu kan? Tegur kalau buat salah, tapi... agaknya mungkin cara menegur itu yg x kena. Ini laa masalahnya.... byk sumber yg mengatakan dia x bole tgk pekerja duk senang atau rehat2 sket, itu x kena dan ini x kena... yang paling parah, dia suka bebelkan budak2 ni. Adusssss.... bila dah dapat maklumat ni semua, azie cuba nk betulkan keadaan, tapi lain pulak yg jadinya...

Mula2 kami bincang. tapi, bila azie mula menegur, dia dah lain mcm. Dia marah balik azie, ckp azie x suka dia laaa, ckp azie x adil. ntah apa lagi, azie pun da lupa. Azie baru nk bercakap... tapi, dia dulu dah meletup! BOMMM.... Apa lagi, jadi perang mulut laaa... Astghfirullahal'azim...
Sedih jugak, azie x berniat pun nak berkasar. mungkin dia jugak mcm tu, tapi bila masing2 dah x nak mengalah, mcm ni laa jadik. Nasib baik ada mama dan adik2 yg tolong tenangkan... so, kami berenti dari bertekak. Azie cuba cari ketenangan, masuk dalam kereta dan istighfar byk2, lps tu pegi kat dia balik n mintak maaf. Walaupun azie tahu bukan salah azie, tapi biar laa azie yg mengalah dan x nak jejaskan hubungan baik kami spt sbl ini. Alhamdulillah... masing2 dah mengaku silap sendiri, azie jugak faham... yg dia x memahami kehendak azie yg sebenar... xpe laa janji perkara ni dah sattle dan kami pun dah berdamai.

Sbl balik umah azie sempat bertanya kat Ateh (adik yg no 4) tarikh lahir Nor tu, then apa yg azie buat..... hehehe....
Sampai kt uumah, azie bukak balik manual yg azie dpt masa pegi Workshop Dr Azizan (Workshop Rahsia Tarikh Lahir)> WRTL, azie attand last week kat Melaka. Azie belek manual tu dan mula menganalisa. Hahahaaaa... patut laa bole jadik mcm ni, Nor ni, root no. dia 7. Org yg ada unsur no 7 ni, semulajadi mempunyai ciri2 berikut :

Bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, mistik, berfalsafah, artistic, pendendam, kesunyian, moody, depressi, mengira, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan kerohanian.

Terang2 lagi, sikap yg mula2 sekali menunujukkan bertelagah... means org ni suka menegakkan pendirian sendiri, x senang mengalah dan sentiasa ingin menang, ooooooooohhhh.....
kalau laa azie tahu, azie mesti cuba pendekatan yg sesuai masa nk bincang ngan dia... adusss....
Nasib baik azie ni ada ciri2 no 2 = Antara sikap org no 2 ni adalah pendamai, sabar, bersimpati dan suka memafkan... hehehe.... (akan duhuraikan lebih lanjut selapas ini)
tapi xpe, anggap lah ini sbg pengajaran.
*sesapa yg nak tahu lebih lanjut pasal WRTL boleh singgah kat blog Dr Azizan, azie attch kat sebelah blog azie ni.


Kesimpulan dan moral ;
1) Kalau xde sesiapa yg tak nak mengalah, sampai ptg ni pun mungkin kami x bertegur sapa atau masih berlarutan
2) Kena terima kekurangan dan kelebihan diri yg dikurniakanNya
3) Sbg seorg bos, jgn terlalu bersikap bossy.... (ditujukan pada Nor) , kena ada pendekatan utk tegur dan tackle pekerja
4) Gunakan kebolehan utk menkaji sifat seseorg, fahami dia dulu.... sbl dibawa berbincang..... kan bagus kalau tahu awal2 dia mmg ada sikap yg mcm tu.

k laaa.... jumpa lagi, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!
Argument lah utk perkara yang baik2 sahaja.... mcm azie n hby, walaupun kami sllu ber argue tapi kami tetap best friend's... thanks abg!


Salam sayang.... ~azie

WINNER vs LOSSER

~Im is WINNER~

WINNERS VS LOSERS


The winner is always part of the answer;

The loser is always part of the problem.


The Winner always has a program.

The Loser always has an excuse.


The Winner says, "Let me do it for you."

The Loser says, “That is not my job."


The Winner sees a problem for every problem;

The Loser sees a problem for every answer.


The Winner says,” It may be difficult but it is possible."

The Loser Says,” It may be possible but it is too difficult."


When a Winner makes a mistake, he says “I was wrong.”

When a Loser makes a mistake, he says,"It wasn't my fault."


A winner makes commitments

A Loser makes promises.


Winners have dreams

Losers have schemes.


Winners say, “I must do something."

Losers say, “Something must be done”


Winners are a part of the team;

Losers are apart from the team.


Winners see the gain;

Losers see the pain.


Winners see possibilities;

Losers see problems.


Winners believe in Win/Won;

Losers believe for them to win someone has to lose.


Winners see the potential;

Losers see the past.


Winners are like a thermostat:

Losers are like thermometers.


Winner choose what they say;

Losers say what they choose.


Winners use hard arguments but soft words;

Losers use soft arguments but hard words.


Winners stand firm on values but compromise on petty things;

Losers stand firm on petty things but compromise on values.


Winners follows the philosophy of empathy: "Don't do to others what you would not want them to do to you";

Losers follow the philosophy, “Do it to others before they do it to you."


Winners make it happen;

Losers let it happen.



Winners plan and prepare to win.

The key word is preparation.

Note :

" To all my friends...

always thinking like a winner,

imagine n dreaming like a winner,

prepare like a winner,

action like a winner,

work smart like a winner,

sure u are to be WINNER


Monday, May 25, 2009

Site Visit

dan terkini.... Hazinan Auto Service di sini !!!!


Salam u all.....
Kali ni kita buat site visit, kita jengah2 tapak operasi workshop azie. Jom layannnnnn.
Dari tapak kedai lama azie hingga laa ke kedai sekarang ni.
Sape2 yg duk area sini, lps ni bole la jengah betul2, xkan nak jengah kat blog jer... hehehe


Kedai yang kedua.... 2 lot kedai
Gambor ni, azie ngan bebudak kelab myvi, masa ni dorang dtg lepak2 kt wshop





Kedai pertama kami, masa mula-mula berniaga....
Peralatan / support tools pun, semua yang manual jerk.............


Nampak tak... dari awal business sampai tahun 2007, pun azie masih x mampu nak buat ofis sendiri, itu laa meja tempat azie wat keja... hehehe


Inilah kedai pertama kami



itu sahaja, buat setakat ni.

Berjalan-jalan ke Pasir Gudang,

Singgah membeli biji celagi,

Kalau ada umur yang panjang,

Singgah2 lah blog azie lagi...


~sekian~


Sunday, May 24, 2009

HZ Auto : Sejarah Penubuhan


Masih dalam peringkat permulaan, kira blog azie ni baru dapat sentuhan awal oleh pemiliknya.... so, byk menda laa azie nak share... hehehe...
Salah satu wonderful story, about my business...

  1. Hazinan Auto Service
  2. Restoran & Kafe Rasa D'Timur Barat
  3. zeeN'S kreatif Enterprise

Firstly, azie nak kongsi ngan u all tentang HAZINAN AUTO SERVICE, kira ni main business Azie n this business yg banyak support business azie yg lagi dua tu....
Sejarah penubuhan erkk... macamana nk citer.

Okeh, actually Hazinan Auto lahir atas desakan hidup kami anak beranak waktu tu. Uwaaargghhh, kalau nak citer satu persatu, bisa buat air mataku gugur... uhukss huksss....
Nak tahu tak pasal apa... pasal permulaan utk buat semua ni, terlalu byk dugaan dan rintangan yg azie sendiri tempuh.
Masa tu seingat Azie tahun 2004, hby masih lg bekerja kat PROTON EDAR , dealer KIAN TAT kt jln Semenyih. Kat situ hby berjawatan ketua technician atau dengan kata lain Supervisor laa...
Hby merupakan org harapan company dia la masa tu, Azie pun xtau naper, maybe sebab hby satu2nya staff kat situ yg berbnagsa melayu kot. So…. Dia bole laa menjadikan hby sbg senjata utk menarik customer2 yg berbangsa melayu utk support business dia…. Itu andaian azie laaa, hehhee...... (x baik kan, berfikiran -ve mcm nih)
Idea utk memiliki business/workshop sendiri adalah berpunca dari azie sendiri, terdesak dan tersepit dgn satu situasi yg cukup azie tak suka….

Al-kisahnya…..
Semua org sedia maklum, hidup kat bandar /k.lumpur dengan hanya gaji -+rm3k sebulan mana laaah ckupkan, tambah2 bg yg dah berumah tanggan n ada nak bini, so…. , atas alasan itu kot hby sllu menghabiskan waktu hujung minggu (sabtu n ahad) utk, buat partime. Hahaa… partime ni, bkn pi keja kat wshop lain, ini kes dia angkut anak bini sekali, pegi repair keta kat umah customer2 dia… (dari kalangan kawan2 dia jugak), anak bini dia x lain n x bukan adalah azie n abg long yg masa tu masih baby.
Sedihhh kan….. huwaaarggghhhh….
Azie pun x faham knpa laaah hby nk kena bawak azie sekali bila nk repair keta kat umah org tu. mungkin salah satu faktor dia nk ada teman utk hilang rasa segan dia jugak kot, sbb azie sendiri faham yg hby ni, PR dia kurengg sket, nak dibandingkan dgn bini dia yg mesra alam nih. heheheee.....
Bukannya apa, azie x kisah sgt pun setakat nak ikut dia, azie hormat dan hargai hasrat murni dia utk tambah pendapatan isi rumah kami sekeluarga bt masa tu, tapi yg x besh n x syoknya bila kami terpaksa berlama2 kat rumah org, maklum je laa abg long masa tu tengah menyusu badan. Sungguh x selesa !!!
Antara dialog perbincangan kami yg masih azie simpan kat kotak fikiran ni….

Azie : Abg, minggu ni mama x nak ikut abg pegi repair keta umah org tu, bole tak....
Hby : Alaaa…. Nape laa mama ni, ikut jer la. Bukan apa sgt pun, mama duduk jer…. Tunggu abg bt keja...
Azie : Xde laaa… bukan apa, lgpun adik(panggilan kpd abg long masa tu) asyik x sihat je ni
Hby : Xpe mama… lagipun kakak tu (wife customer) ok jer… mama borak2 laa ngan dia nnt. (alasan yg sama setiap kali ckp menda yg sama...)


Begitulah situasi yg akan berulang2 setiap kali azie cuba berhasrat utk tdk mengikut,nya. Dan setiap kali itu juga… azie x penah berjaya.
Korang faham laa kan, azie bukan x nak ikut sbb apa,… azie sbnarnya nak jugak waktu libur bersama2 dia… jalan2 ker…. Pusing2 naik keta bawak abg long, amik angin, jln2…. Nak shopping jauh sekali laa, ye laaa, dlm fasa pembentukan naik taraf ekonomi rumah tangga katakan masa tuh.
Alhamdulillah …. Usaha azie support hby, dgn duit partime dia tu bole laa kami berbelanja lebih sedikit klau nak dbandingkan dgn org2 lain yg setaraf dgn azie ni.
Tapi, sampai satu tahap… azie fakir ianya x mampu azie lakukan sbb azie rasakan sampai bila hby nak mcm ni. Azie tahu… dia pun bkn suka sgt nak partime2 kat umah org, tapi mungkn lbh kpd rasa bersalah jika terpaksa menolah permintaan kawan2 dia tu….

Pada satu hari yg azie x ingat tarikh dan hari apa…. Azie cuba mencetus idea yg azie duk angan2 mat jenin sorang selam ni…

Azie : Abg, mama ingtkan… apa kata klau kita bukak workshop sendiri, bole ker…?

Hby : Isk… apa laa mama ni, mengarut jer. Mama ingt senang ker…. Modal besar tu. Mahu ratus2 ribu tuh!

Azie : Looor abg ni, bknnya kita nak buka besar2 mcm ProtOn Edar tu, kita bukak wshop kecik2 dah laa…

Hby : tahu tu… tp x yah laaa, leceh laaa…. Sape laa nak dtg kedai kita, nak byr sewa kedai lagi, nk employe staf pulak…mcm2 nk kna piker. Raymond (merujuk kpd bos dia yg berbangsa cina) yg kedai besar camtu pun pening tau. Pastu xkan abg nk berenti keja.

Azie : Alaaa abg ni,…. Kita carik laa kedai kecik2 yg sewa murah, pastu senang laa abg buat keja ujung2 minggu. X yah lagi pegi2 umah org. klau nak repair keta suh dia dtg kedai jer. Pastu abg buat laa bilik kecik satu, nnt mama bole tggu abg, sampai mlm pun x per… mama nak baring2 ker, tdo ker… kan best. Abg x yah laa berenti keja, keja je cam biasa… dah ok2 sket, baru berenti. Nnt kalau dah ada kedai tu, bila2 masa abg bole bt keja… mlaam2 pun boleh.. x yah la nk tggu ujung mggu jer. Kan?

Hby : nanti2 laaa…..

Azie tak sedar yg azie luahkan kat hby sebnarnya terlalu jauh, angan2 azie yg berbaur motivasi itu x sedikitpun menarik minat hby sebenarnya…. Akhirnya perbincangan kami berakhir begitu … hurrrmmmmm….
Situasi pertama diatas masih berulang dari minggu ke minggu… Semakin hari semangat dan hasrat azie td semakin kurang percentage nya….uwwaarrggghh!!!!
Hby pulak, bila sllu bt partime n balik lewat2 mlm, prestasi kerja pun agak terjejas, yer laa… dtg keja sllu terlambat, maybe jugak dia menunjukkan mood yg x baik kat tempat keja, azie pun x tahu…. sbb dia x penah becerita pun.
Tapi setiap kali dia merungut dgn boss nyer yg agak kerekk tu, azie dah dpt mengagak ada sesuatu yg x kena.
Distulah peranan azie, utk memberi penwar yg sepaptutnya…,

Azie : Kan mama dah ckp abg, abg bukak je wshop sendiri. X yah pening2… xde sape pun nk marah abg, nak arah2 abg…

Hby : Mama ckp senang laaa….

“Hanya itu yg aku mampu….”

Cadangan dari seorang kenalan, merangkap customer hby… dan agak rapat jugak dgn kami sekeluarga, pada satu hari yg indah….. azie x ingt jugak tarikh dan harinya…. Azie namakan insan yg baik hati ni
abg ha

Abg ha : zie, abg suka laa tgk nan buat keja. Bagus laa dia...

Azie : tu laa abg, minat dia kot. Zie pun xtau laa…. Azie yg penat bang, ngikut dia kehulu ke hilir… dia mana nak pegi kalau sorang2 repair keta kat umah org ker… kat mana2… nasib baik dia x angkut azie sekali bawak g keja…. (biasalah aku, terlebih mesra….. org Tanya sepatah, aku jawab 10 patah…)

Abg ha : Azie try laa carik2 tempat, better nan bukan sendiri laa, x payah keja ngan org. tgk ni… x menang tangan haaa, abg nk mtk dia tgk keta abg pun x sempat2

Azie : Azie pun fikir gak bang. Nan tu, dia x nak laa. Hehehe… modal pun xde bang. Macamana?Tgk laa nnt kot2 ada rezeki kami,

Abg ha : Bukan apa zie, kepuasan makan gaji n kerja sendiri ni berbeza tau! Abg rasa kan, kalau nan bukak sendiri, bole carik makan ni. Dia pun dah ramai kawan dah…. Cust2 dah ada… bukak jer dulu. Lagipun org melayu sekrang dah percayakan org kita jugak dlm business2 ni, x mcm dlu2…., azie try laa tnya2, byk bole dpt loan skrang.. MARA, PUNB, SME… (dan bebrapa agensi lain dia sebut tp aku dah lupa…)

Kata2 semngat dan sokongan dari abg ha inilah yg buat hati aku semakin kuat. Itulah bisa kata2 dari seorg yg berpengalaman. Azie salute jugak abg ha, seorg usahawan bumiputera yg agak sucsess. Abg ha ni ada butik pakaian muslimah dan jamu traditional.


"Aku tekad! Aku akan lunturkan kekerasan hati hby….. " azie nk ubah hidup kami.

Tak lama selepas itu, aku telah memulakan langkah pertama yg tanpa pengetahuan hby. Azie amik cuti n pergi KL, register business kat The Mall. Masa tu azie memang xtau apa2 prosedur pasal nk memulakan business. Abg ha lah, yg byk guide azie dlm bab2 mcm ni. Thanks a lot bro!

Masa tu dlm tahun 2004, kalau pegi SSM utk register business, sehari suntuk… system nyer x secanggih sekarang. So.. azie sendiri tertipu jgk. Bkn apa, punya laa malas nak menunggu lama2 azie telah di offer oleh agen utk tolong buat registration ni… hahahhaa… xtau rupanya ala2 tertipu gitu! bayangkan laa eh, utk buat2 semua tu sehingga sattle… kos yg sebnarnya lebih kurang rm60 sahaja, azie pulak pi bayar kat agent u RM250 lebih kurang…. Byk nyer dia mengaut keuntungan…..uwarrrggghhh… xpe la, anggap je x de rezeki…

So, apa lagi bila dah dpt sijil tu, bukan main lagi seronok…. Akhirnya tanggal 23 September 2004, tertubuhnya..... HAZINAN AUTO SERVICE, ........ pd awalnya pemilikan tunggal oleh PN ROZILA BT NAWAWI. Kagumm tak? sebuah pusat service kenderaan dimilki oleh seorang wanita! Aku lah orangnya…… ;-)

Dengan bangga, azie tunjuk kat hby….. huhuhu….. hby x heran sgt pun, dia bt x tau jerk…

1. ;-(

2. ;-(

3 ;-(

tapi x per.....

Langkah setrusnya, proses mencari lot kedai. azie puas jgk meneroka lokasi yg sesuai, sebenarnya lokasi tu azie letak no.2, apa yg lebih penting kedai yg azie nk sewa ni biar laa murah sket. Yer laa mana la ada duit, kan azie ckp azie bermula dgn zero. Akhirnya azie jumpa jugak, area Taman Kajang Utama, "ok laa gaknya tempat ni..... " Menganalisa dgn otak aku sendiri…..

Antara factor yg buat azie tertarik :
1) Sewa murah RM800/month kalau nak bandngkan dgn area Bandar Baru Bangi yg sewanya sehingga rm3500/month
2) Lokasi yg x jauh sgt dari umah klau nk berulang alik
3) kami penah stay kat taman ni, masa menyewa mula2 kawin dulu, dan ramai jugak member2 yg masih tinggal kat area sini, so… harap2 dorang bole support business kami.

Maka, azie meneruskan dgn langkah ketiga, azie call no tel yg tertera kat dpn kedai yg tulis “For RENT’, then....set appointment!
Balik umah malam tu…. Azie cuba tackle hby… perbualan mlm tu agak tragis jugak… x jugak azie ingt akan tarikh, hari dan masanya…..

Azie : abg, blk keja esok kita pegi Kajang Utama ea….

Hby : nk bt apa?

Azie : Mama nk tgk kedai la, mama ingt nk try survey2…. (padahal masa tu azie dah mintak tolong member ajak pegi survey ptg tadi…)

Hby : Alaaa, x yah la mama. Mama da fikir btol2 ke ni, setakat gaji abg yg mama rasa x cukup ni, abg dah bole sediakan semua laa mama. Tgk!... kita dah bole beli rumah ni (merujuk kpd Apartment yg kami stay kat sg chua), keta pun dah abis byr…. Kalau abg ckp, jgn degil la mama. Abg tahu laa…. Esok mcm2 bole jadik. Bukan senang nk niaga sendiri….

Kata2 hby mlm tu, buat air mata azie gugur… sedih bila usaha murni azie dtolak bulat2. Azie xtau mcmana, kusut sbb dah buat appointment utk ptg esoknya dgn mr danny td, tapi xpe laaa……
Esoknya, lps jumpa Danny, azie bersetuju dgn kadar sewa yg kami bincang, dan azie telah membuat keputusan separa sedar bila belakangkan hby, azie bersetuju utk sewa kedai td tu… n ptg esoknya sekali lg jumpa danny utk amik kunci. Pening kpla…. Lagi sekali otak ligat berfikir, mana nak dpt duit deposit kedai, utilities n sewa yg berjumlah lbh kurang rm3500, isskkk… byk tu masa tu, sbb kita mana laaa menyimpan sgt, ekonomi pun baru nk stabil…
So, korek punya korek ada cukup laaa simpanan azie setkat nk selesaikan masalah yg agak kritikal tu.

Tapi…hby?????? Macamana……. (yang ni lagi kritikal)

Azie : Abang…. Esok ea, blk keja nk g kajang utama tau. (dgn suara dan gaya manja...) * baik korang jgn imagine kan.....

Hby :Ye laa mama, kita pegilah, tgk laa kalau2 ada yg ok. Tapi, Jadi apa2 abg xtau. Mama nak sangat bukak kan?
Kata2 hby buat aku takut…. Berbaur ugutan…..

Azie sebenarnya x salahkan hby dlm bab ni, dia sebenarnya bukan xde kebolehan, bkn x bole lakukan… sebenarnya dia kurang keyakinan diri. Mungkin jugak, dia dah terlalu selesa dgn kerja makan gaji dia masa tu, cukup makan pakai dan segalanya…. Aku jugak syukur, Cuma yg buat azie btol2 terdesak bukan kerana wang…. Azie nk business ini mampu membeli masa emas yg dia telah gadaikan dgn keja2 partime dia tu. itu saja….
Walaupun wang adalah segalanya….. bukankah lebih harmoni jika jiwa tenang, happy sokmo, hidup bhgia…. ;-)
Sebenarnya azie masih xde kekutan utk berterus terang tntang azie dah sewa kedai tu tanpa pengetahuan dia, penolakan demi penolakan, alasan yg bermacam2….hujah berganti hujah2… buatkan argument kami x penah selesai… semangat azie semakin lama semakin berkurang. Gusar hati bila fikir ttg sejumlah wang yg telah azie laburkan utk sewa kdai tu, tp… xkan nak cancell semula kan. Tak kan owner tu nak bg balik sebab agreementpun dah tgh proses…. So, azie hnya mampu doa moga2 hby akan terima dgn senang apa yg azie dah buat…. Sedih sesangat, bila org yg paling dkt dgn kita x support apa yg kita lakukan…. Selama perkara ini berlanjutan,kedai yg disewa masih belom beroperasi, rugi kan!

Masa mula2 hby dpt tahu perkara sebenar, reaksi masih samar. Tapi lebih kpd tdk setuju…. Ada sahaja kata2 negatif yg tak sepatutnya dia luahkan…. Knpa laaa abg xde keyakinan diri!!!...... Azie sering termanggu fikirkan menda ni, penah hby cakap… "xpe laaa mama… mama degil sgt, mama bukak jer laa… nnt mama carik laa budak keja, carik sorang pomen letak sini, pastu mama upah dia…."
Air mata azie gugur lagi…….
Terkadang bila fikir…betul jugak cakap hby. Azie rasa bersalah sebab terlalu degil!
Degil utk berjaya……
Tempohnya tdk begitu lama… hikmah yg tersembunyi telah Allah bukakan hijabnya….
Balik dr keja, pd suatu ptg yg masih jugak azie x ingt tarikh, hari mahupun masanya….

Abg : Mama, abg nk berenti keja laaa, tolong bt resign later, 24 hours. Esok nk kasi Raymond.

Mama : hah! iye bang? Nape?

Abg : Ntah laa…. Bosan la, sumer dah tak kena Raymond tu ngan abg. Banyak bunyi laa dia tu.


Mama : Yer laaaa….. esok mama buat laa. (Hati aku melonjak riang)

Dalam hby kusut mcm tu, azie malas nkbertanyakan lebih2… biar lah dia. Lagipun azie dah dpt mengagak, mungkin dia kerap sgt kena teaw =bebel ngan boss dia yg berbangsa cina tu, berbadan montel tapi x comel, perutnya sedikit boroi…. faktor utama dia dah x besh keja situ lagi.
Korang dapat agak, kan…. Dgn kerelaan hby melepaskan karier dia sbg seorg jruteknik professional (hikss hiksss) kat Proton Edar tu, sekali gus dia terpaksa bersetuju utk menerima jawatan operation manager (jawatan yg azie create sendiri) kat company baru … “HAZINAN AUTO SERVICE” hehehe….. jawatan aku pulak, korang rasa2 apa…..???? hahahahaha…….

Tapi, aku harus sentiasa ingt yg sebenarnya, aku terpaksa berhadapan dgn pelbagai risiko krn dr awal lagi, hby kurang yakin dgn apa yg aku dah buat ni… so… peranan azie menjadi lebih mencabar,, agar buat business dan cuba majukan dgn lebih agresif…. Uwaaarhhhhhggg…. Mana laaa nak menuntut ilmu kebal diri ni? (masa tu laaa….. terfikir)
So, bermula dari situ, kami memulakan business dgn zero, modal utk beli tools dari duit simpanan yg berdikit2…. Wshop kami terlalu dhaif sgt, peralatan serbi serba kurang, masih x ada… tp, hby cakap xpe laaa…kita beli slow2, ….
*nnt ada masa azie post gambor workshop yg azie maksudkan tu, sbb sekarang da pindah workshop baru.

Alhamdulillah, masa berlalu dgn begitu pantas, meninggalkan memori indah, sedih dan pilu itu tanpa sedar…. Yg pasti ianya menjadi sejarah dan kenangan indah azie bersama syarikat tercinta ini.
Apa yang penting…. sehingga ke hari ini, HAZINAN AUTO SERVICE masih bertahan utk memberikan perkhidmatan terbaik, akan mencapai misi n visi dalam masa terdekat, menerajui industri Automotif dengan jaya dan berhasrat menjadi ikon kepada usahawan bumiputera dalam bidang automotif.

Perjalanan HAZINAN AUTO SERVICE yg beronak & berliku akan azie ceritakan dalam bab lain yea…
So kawan2, mana yg baik sama2 kita renung serta fikirkan…~

“Idea yg baik dtg dari imaginasi yang baik,
mencetuskan impian yg baik2,melahirkan kekuatan dan semangat yg baik2 ; kesungguhan, ketekunan, kesabaran…. sudah pastinya membuahkan hasil yang baik….”


~Salam sayang~

Pn Rozila Nawawi,
Pengurus Hazinan Auto Service

~rupa-rupanya, baru kutahu...!

Salam... selamat pagi semua....
hahahaa... jgn cakap azie buang tabiat pulak, buat posting pagi2 buta nih. azie duk godek2 azie punya blog ni, dari ptg td tau .... rekod laa ni, ngadap pc lebih 12jam. tapi, xde laa straight... time mkn, solat, berenti leeer...

rupa2nya... baru kutahu, bukan susah sgt nak create sumer nih, miaahaahaaa.... harap u all x anggap azie ketinggalan zaman laa yeak.
rupa2nya.... baru kutahu, byk menda jugak yg boleh upload n share kat dlm blog ni. Inilah laa yg dinamakan proses pembelajran, dari x tahu... aku kaji.... aku try bt sendiri.. dan akhirnya aku berjaya.... yessss...!!!
sori t0 Majidah (Jid), Norsaritanaini, Fahmi(Mindajutawan)... n beberapa pemilik blog yg sempat azie jengah.... sori, becoz... kalau ada tercuri idea n kreativiti korang,... salute laa kat korang! memasing tersangat laa kreatif.

Azie sendiri sebenarnya byk idea, maybe bfore this azie terlalu bz n anggap ni semua remeh temeh, thats why... x terbuat2 pun.
hahaa... nampaknya, lepas ni kena curah dea2 tu sececpat yg boleh, bak kata cerdik pandai... perkara yang baik tidak elok ditangguhkan...

idea apa?.... tggu ea.....
azie sure, idea n info yg azie akan post kat sini nnt dpt kita manfaatkan sama2. Azie harap everything should be ok, n berjalan lancar.
Azie sebenarnya suka dengan artikel yg berbentk motivasi, n azie harap azie dpt kumpul seberapa byk artikel yg aze mampun share dgn semua...!

rupa2nya..... baru kutahu, kawan2 ku ramai jugak yg dah ada blog sendiri..... dan, baru kutahu... kesiannya kat diri aku!
hahaha.... neway, masih belum terlewat....
so, hrp korang jgn laa pelik sgt, pikir apa2 kalau nampak hari2 azie post smthing kat blog azie nih, hahhaa,.... tgh adict aa katakan!
salam sayang, salam bicara.... dari minda serikandi, ~azziela~