Tuesday, May 26, 2009

argument... adussss!!!!


Walaupun keadaan sebegini seringkali kita elakkan, tapi ianya kadang2 berlaku tanpa sedar. Rasa ketidakpuasan hati antara dua pihak, samada dr segi melakukan apa2 perkara sekalipun, memberi pendapat atau dlm membuat sesuatu keputusan. Argument akan timbul bila xde sikap tolak ansur dalam diri masing2. So, kena laa ada give n take. Nanti kalau dah terlalu kerap sgt berlaku kat kita x pasal di cop "keras kepala" atau seangkatan dengan nyaa.... EErrrrggHhh.. x sanggup,kan?
Argument tidak begitu bagus sebenarnya sebab, bila timbul keadaan itu, maka segala keburukan dan kekerasan hati kita terpaksa dizahirkan. Isshhkk... sungguh x sopan kan, tambah2 kepada seorg wanita / perempuan. ...huhuhu....

Argument : Dalam kehidupan seharian azie yg terpaksa berdepan dgn pelbagai keadaan ni, ianya ada jugak berlaku, tanpa sedar. Secara positifnya azie melalui situasi ini, bilamana azie terpaksa pertahankan apa yg azie rasa azie betul, bukan salah azie, atau azie nak kesempurnaan sesuatu perkara/benda.

Dengan saper???

Dah tentulah, sape lagi kalau bukan hby. Perkara yg sering kami argue kebanyakan berkaitan dgn keja. Selalunya bila timbul satu2 problem kat wshop samaada melibatkan kerja2 teknikal, staf ataupun masalah yg timbul dari customer. Biasa laa, kalau dah laki bini keja satu tempat, satu ofis. Huhuhu.... bukak mata nampak dia, bersiap nak g keja pun sama2, pegi keja jer lain2, sbb kena bawak dua keta, sampai ofis kul 9am pi bfast sama n kat opis sampai laa kul 7pm pun sama2... tiba tghari lunch sama n balik umah, samada dinner kat umah atau kat luar, pun sama2.... apa saja perkara yg berlaku dlm kehidupan seharian azie, 90% adalah perkara yg sama berlaku kat hby. Mana tak timbul argument nyer... sapa lagi yg dia nk ajak bergaduh kalau dah Azie ni 24jam kat depan mata dia! Tapi nasib baik azie ni dikurniakan dgn sifat2 positif, pemaaf, mudah kesian, tidak suka berdendam then azie dah set mind dgn menda2 yg positif (minda serikandi laaa katakan! ahak~) so, azie x nak argument tu jadi satu yg memudaratkan. Walaupun hby ni sedikit berkeras, lelaki x terlepas dr sikap ego.. so, azie nak kena mainkan peranan sebagai softlan la! huhh.... mencabar tak??

Pada kawan2 azie yg baik hati semuanya....

Azie harap kalau sape2 yg sering melalui situasi kalut dan rumit ni, tambah2 yg suka sgt argument apa2 pun... hrp kita bole ubah kan. Walaupun pasangan kita tergolong dlm golongan yg susah nk bertolak ansur... x salah jika kita yg mengalah. Kita mesti banyak memberi dan jangan terlalu harap utk menerima sahaja!
ok laa... sblm azie chow azie nk bgtau, dpt idea psl argument ni sbb mlm td jerr jadik kat azie. Ini kira sessi meluahkan perasaan ni. Sumer ada : marah/ sedih/ menyesal / kelakar / geram n etc.


Kes mlm tadi :
Restoran Rasa D'Timur Barat yg azie usahakan tu, azie serahkan kat adik azie yg no. 2 utk uruskan (Chef Din). Kira dia Manager la kat situ. Lagipun dia ni bekas chef. Dulu sbl uruskan restoran dia penah keja dgn beberapa hotel sekitar KL ni, yg last sekali kat Mines Resort n Spa. Azie salute gak kat dia, walaupun dia belajar sampai SPM jer, tapi dia ni org yg kuat keja, rajin, dan berbakat (macam kak long dia ni... hehehe) so, masa dia keja hotel dia sempat laa merasa pangkat yg best jugak. Azie nk citer pun x faham sgt bab2 org keja hotel ni mcmana.

ok continue....

Azie sllu pesan ngan dia, as a manager / bos, byk menda yg kita kena jaga utk majukan syarikat / restoran. First sekali produk (bermutu dan bagus) customer (layanan yg baik) dan pekerja (jaga kebajikan). Setakat ni nampaknya dia masih bole diharap, hampir setahun restoran beroperasi, x byk masalah yg timbul. Dari segi kemajuan dan sambutan pun, nampaknya ckup membanggakan.

Cuma sejak bulan lepas, dah 3 org staff berenti. Azie bole terima alsan2 yg dia org nak berenti. Tapi, sedikit pelik jgk... Selepas di risik dan di kaji, baru laa azie tahu akan puncanya. Rupa2nya, dorang x puas hati kat wife adik ni, merangkap adik ipar azie dan dia jugak merangkap bini bos laa. Dia jugak tolong jaga restoran ni sejak 3 bln lps slps berenti dan mndapat VSS dari kilang lama tempat dia keja. Azie ngan adik ipar yg sorang ni mmg cukup rapat, orgnya lemah lembut, bersopan santun... tapi x sangka pulak. Apa yg dia dah buat kat budak2 keja ni sampai dorang x tahan keja kat sini. Azie bincang ngan mama... tanya mama, mungkin mama lebih tahu sbb mama kan hari2 masak kat situ, so... mama bole laa terangkan cite yg sebenar. oh oh oh.....
Antara kesimpulan dan maklumat yg azie dpt antaranya Nor suka tegur2 kalau pekerja buat salah. Hurrmmm... bagus la camtu kan? Tegur kalau buat salah, tapi... agaknya mungkin cara menegur itu yg x kena. Ini laa masalahnya.... byk sumber yg mengatakan dia x bole tgk pekerja duk senang atau rehat2 sket, itu x kena dan ini x kena... yang paling parah, dia suka bebelkan budak2 ni. Adusssss.... bila dah dapat maklumat ni semua, azie cuba nk betulkan keadaan, tapi lain pulak yg jadinya...

Mula2 kami bincang. tapi, bila azie mula menegur, dia dah lain mcm. Dia marah balik azie, ckp azie x suka dia laaa, ckp azie x adil. ntah apa lagi, azie pun da lupa. Azie baru nk bercakap... tapi, dia dulu dah meletup! BOMMM.... Apa lagi, jadi perang mulut laaa... Astghfirullahal'azim...
Sedih jugak, azie x berniat pun nak berkasar. mungkin dia jugak mcm tu, tapi bila masing2 dah x nak mengalah, mcm ni laa jadik. Nasib baik ada mama dan adik2 yg tolong tenangkan... so, kami berenti dari bertekak. Azie cuba cari ketenangan, masuk dalam kereta dan istighfar byk2, lps tu pegi kat dia balik n mintak maaf. Walaupun azie tahu bukan salah azie, tapi biar laa azie yg mengalah dan x nak jejaskan hubungan baik kami spt sbl ini. Alhamdulillah... masing2 dah mengaku silap sendiri, azie jugak faham... yg dia x memahami kehendak azie yg sebenar... xpe laa janji perkara ni dah sattle dan kami pun dah berdamai.

Sbl balik umah azie sempat bertanya kat Ateh (adik yg no 4) tarikh lahir Nor tu, then apa yg azie buat..... hehehe....
Sampai kt uumah, azie bukak balik manual yg azie dpt masa pegi Workshop Dr Azizan (Workshop Rahsia Tarikh Lahir)> WRTL, azie attand last week kat Melaka. Azie belek manual tu dan mula menganalisa. Hahahaaaa... patut laa bole jadik mcm ni, Nor ni, root no. dia 7. Org yg ada unsur no 7 ni, semulajadi mempunyai ciri2 berikut :

Bertelagah, cerewet, popular, tarik penyokong, mistik, berfalsafah, artistic, pendendam, kesunyian, moody, depressi, mengira, pemalu, suka mengasingkan diri, analitikal, suka berfikir, kekuatan kerohanian.

Terang2 lagi, sikap yg mula2 sekali menunujukkan bertelagah... means org ni suka menegakkan pendirian sendiri, x senang mengalah dan sentiasa ingin menang, ooooooooohhhh.....
kalau laa azie tahu, azie mesti cuba pendekatan yg sesuai masa nk bincang ngan dia... adusss....
Nasib baik azie ni ada ciri2 no 2 = Antara sikap org no 2 ni adalah pendamai, sabar, bersimpati dan suka memafkan... hehehe.... (akan duhuraikan lebih lanjut selapas ini)
tapi xpe, anggap lah ini sbg pengajaran.
*sesapa yg nak tahu lebih lanjut pasal WRTL boleh singgah kat blog Dr Azizan, azie attch kat sebelah blog azie ni.


Kesimpulan dan moral ;
1) Kalau xde sesiapa yg tak nak mengalah, sampai ptg ni pun mungkin kami x bertegur sapa atau masih berlarutan
2) Kena terima kekurangan dan kelebihan diri yg dikurniakanNya
3) Sbg seorg bos, jgn terlalu bersikap bossy.... (ditujukan pada Nor) , kena ada pendekatan utk tegur dan tackle pekerja
4) Gunakan kebolehan utk menkaji sifat seseorg, fahami dia dulu.... sbl dibawa berbincang..... kan bagus kalau tahu awal2 dia mmg ada sikap yg mcm tu.

k laaa.... jumpa lagi, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!
Argument lah utk perkara yang baik2 sahaja.... mcm azie n hby, walaupun kami sllu ber argue tapi kami tetap best friend's... thanks abg!


Salam sayang.... ~azie

No comments: