Thursday, January 7, 2010

Rutin Hidup Yang Berubah

Utk mendapat income 5K sebulan, beliau meminta dipinjamkan masa oleh suami beliau sebanyak 3 jam sehari, seterusnya utk mencapai sasaran mendapatkan income 10k sebulan, beliau telah meminta dipinjamkan masa oleh en suami beliau sebanyak 5 jam sehari, mencapai income 20k sebulan beliau telah diberikan masa 24jam sehari oleh suami beliau, namun... berkat keizinan dan kasih sayang suami, Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah, kini berpendapatan -+RM50k sebulan! - Kisah seorang Duta Jutawan DCL, CA Hjh Hayati.

Salam kasih sayang, salam perjuangan...
Itulah kata2 perangsang dan nilai pengorbanan yang aku jadikan pedoman! Utk berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan kasih sayang... bukan sesuatu yg mudah. Tapi jika diusahakan dgn istiqamah dan yakin, janji Allah adalah benar utk mereka yang sanggup dan tidak mengenal putus asa.

Dgn bermulanya episod n perjalanan abg long ke tahun satu, adik beraktiviti sepenuhnya sbg kanak-kanak tadika, aku sbg seorang ibu, usahawan, isteri, anak, kakak dan hambaNya susah tentu menjadi org yang paling sibuk pada hemat aku.

24 jam sehari, sebenarnya bukan utk kita keluhkan yg waktu itu tidak cukup utk kita. Allah maha mengetahui setiap apa yang Dia jadikan, maka kita sbg hamba jangan sekali2 kufur dgn nikmat masa yang dianugerahkan. Apa yg penting kena bijak merancang, peringatan utk aku sendiri.

Semalam, 04 Jan 2010 : Seawal 5.45pagi.... agak segar badan aku rasakan. Ye laaa... tidur seawal 9pm, mmg terlebih cukup sebenarnya. Aku teragak2 utk buatkan abg long bekal ataupun tidak. ahhh... xpe la, hari ini aku plan utk temankan dia di sekolah sampai waktu rehat. Bukan risau dia menangis atau apa... saja nk tgk keadaan dan memeriahkan suasana sekolah. Heheeeee.... 
Hari pertama abg long di sekolah kebangsaan, excellent performance. Bangun awal, gosok gigi 2 round, sikat rambut skima gaban, pakai stoking dan kasut sendiri. Siap bukakk gate lagi, punya laa semngat nak g sekolah. Di SKKU, abg long kena bersaing dgn ramaiiii murid yang lain. Insyaallah... ibu sentiasa yakin dgn anak ibu, go go n go.... boy!

Abg long balik dari sekolah pkul 1pm, lps take lunch... bersiap2 pulak ke sekolah agama. Abg long nampak ok jer... xde pulak macam penat ker apa. Agaknya masih teruja, so.. semngart pun still berkobar2.
After antar abg long ke sekolah agama, baru lega n smpat jenguk ofis. X sempat nk buat apa pun, pantau2 gituu jerk, tup tup udah petang... amik abg long n terus balik umah. Arrange abg long n ajar ngaji. Lps maghrib kuar lagi pegi restoran, tolong mama apa2 patut n balik umah lagi... tidurkan abg long n adik seawal 9.30 malam. Padat betul.... dan dalam waktu2 selang diantara waktu2 berikut sempat aku jumpa customer, prospek, client... pasal property n DCL. Hua huaaa.... mmg iron lady seh! ;D

Pepun aku seronok n sgt2 enjoy melalui hidup2 seperti ini, pengalaman dan pengajaran baru yang kita kutip setiap hari sbenarnya adalah guru yang paling besar sumbangannya utk menjadikan kita manusia yang lebih baik dari semalam.

Meh kita tgk.... keletah n kerenah abg long hari pertama n kedua di SK Kajang Utama. Layannn....


Trafik di depan sekolah yang sesak hari pertama persekolahan

Beratur masuk kelas

abg long sudah ada peminat

eh ehh.... adik tu dah lending... baru pukul 8.30 pagi ;D

rest time... hari pertama tanpa bekal.. so, beli kat kantin je.


Dapat buku teks, abg long teruja tunjuk pandai... heheee


with Raudah Bahirah... best friend abg long

Doa ibu sentiasa mengiringi abg long dan adik, semoga menjadi anak2 yang mendengar kata, taat perintah Allah dan ayah ibu. Menjadi anak yang cerdik pandai dan dapat memeberi sumbangan kepada masyarakat di hari kelak. Ibu n ayah berusaha pada tahap paling maksima, memberikan yang terbaik utk kalian, ilmu dunia akhirat agar tidak pincang dan tempang keperibadian anak2.. dalam meniti arus kehidupan kini dan masa2 mendatang. Aminn...

With luv.... Azie

Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tinggal Kenangan - 2009

Salam...
Hari ini sudah masuk hari ke 5 tahun 2010.
Mengikut pengiraan masihi... berganjak lagi setahun yang aku lalui dalam hidup ni, pejam celik pejam celik... oh, sekejapnya masa berlalu!

Mengimbau 2009 yang berlalu,
Pastinya ada masa dan saatnya yang kita tinggalkan dgn pelbagai ceritera. Cam tu jugak dgn aku. Cuma 2009 ni, tiada sejarah besar utk aku kenang, apatah aku sendiri yg ciptakan sejarah tersebut. Walau bagaimanapun, kalau udah aku khabarkan tahun 2009 adalah tahun yang terbaik dalam hidup aku... bukankah ianya cukup bagus???

Okes.... aku cuba imbas... Maaf diatas kekhilafan. sesungguhnya pada masa ini kotak memori aku sgt lembab utk mengulang tayang kenangan2 lepas. pepun, aku cuba refresh setakat yg termampu, mana yang kurang aku top up balik. heheee... aci tak?


Januari:
Operasi Hazinan Auto Service sedikit terganggu, kerana masa ni kami baru pindah ke kedai baru, iaitu ke corner lot, selang beberapa buah kedai dari kedai asal.
11 Januari : Aku berada di Johor Bahru, for 1st time with papa Ajiem, banyak dealing antara kami n semuanya berjalan lancar. Bersama papa Ajiem, seorang kawan yg amat2 memahami susah payah, dan apa shj yang kami lalui. Meeting for Syam also, hubungan kami bertambah ok slps bebrapa lama n salah faham sbl itu. Really love for our relationship.

Februari :
Aku diuji dgn satu peristiwa yang aku tak akan lupa hingga akhir hayat aku. Pastinya tarikh yg lepas menjadi igauan ngeri utk aku ingat. Tapi Alhamdulillah... banyak perkara sudah selesai dan aku sedar, apa jua dugaan yang Allah datangkan kepada hambaNya adalah utk megukur sekuat mana tahap keimanan dan kesabaran kita.

Mac :
Tak de menda sgt laa aku nk ingat.

April :
Aku stop buat bisness E-Dymium, memandangkan banyak masalah dalam kumpulan kami dan syarikat pada masa tu. Gud luck pada kawan2 yang masih bertahan.
03 April : Besday abg long yang sederhana tapi agak meriah.

Mei :
For 1st time aku attand program Dr Azizan di Melaka, WRTL. Bersama Syam masa tu... nampaknya ilmu baru yg kami dapat byk support for our business n friendship jugak. Alhamdulillah. 28 May, Syam besday just giving him cute purse....

June :
Selalu turun JB for support business matter. Masa ni jugak kami attand for advance class WRTL, Dr Azizan at M-Suite Hotel.

July :
Majlis Perkahwinan Siti Aisyah (my cousin) di Kelantan, berjalan lancar. Alhamdulillah...

Aug :
11 Aug my besday.................... xde apa yg menarik. Tapi, tarikh yg sgt bermakna jugak bila kita bersama org2 yg tersayang yg sgt2 supportive.
Attnd for RKMJ 3 hari di KL. Tahun ni... boleh dikatakan tahun berilmu... sbb banyak menda baru yang aku belajar n dapat. Semoga aku dapat apply dan amalkan dgn penuh barakah n mendapat manfaat!

Sept :
Sepanjang bulan puasa. Nothing special to share... but, keindahan Ramadhan tahun ni... x perlu diceritakan. Alhamdulillah... aku rasa aku sudah lakukan yg terbaik berbanding tahun2 sebelumnya....
Aku start buat rawatan muka di Nexth Herb utk menghilangkan jerawat n parut2 jeratwat. Kos kurang lebih RM2000. So far alhamdulillah... nmpak byk improvement walaupun sbnarnya aku yakin muka aku pulih disebabkan support dari produk DCL. Sure!

Oct :
Berperang dgn bisness DCL.... ini jugak salah satu support aku pada syg yg x pernah luntur. Apa saja yg dia buat, pastinya akan ada aku sbg penyokong utama.
Akhir Oct, baru aku confident utk jadikan DCL sbg business yg serius, n aku pastikan ianya tidak akan mnjejaskan tugas aku as a property negotiator yg baru aku jalankan jugak. Kenalan dari Johor minta aku jualkan property, agriculture land 36 ekar with 5.4 million. Aku tgh usahakan utk dapatkn buyer...

Nov :
"Setiap peluang yang datang, akan hadir bersamanya cabaran..."
Begitulah aku, macam2 ragam manusia yang aku jumpa dan lalui sepanjang meneruskan tugas as a property negotiator & MLM player.
Aku diuji dari kiri, kanan, depan dan belakang... Ya Allah, kuatkan lah ahati aku. Disaat aku perlukan sokongan, kadang2 org yang sbl ini amat memahami kita bisa menjauh dan menjauh... aku x faham!
Wahh... wahh... indah dan best jugak cabaran ni. Betul kata org yang berjaya.... setiap cabaran yang kita lalui adalah satu proses yg amat penting sbl kita menikmati kejayaan yang besar. YES.... im got!

Bulan Nov ni jugak, aku menikmati hasil dari usaha aku as a property negotiator... Ohhhh.... Alhamdulillah...
Group DCL aku smkin berkembang n berkembang.

Dec:
Proses pembelajaran aku x pernah berhenti sekalipun aku sering capai apa sahaja yg aku nak, dan ianya hasil dari usaha aku sendiri.
Bulan ini shj, byk program dan seminar yg aku attnd. Alhamdulillah.... aku dilahirkan dgn dkurniakan jiwa lembut yang mendengar cakap, cintakan ilmu dan tidak lokek berkongsi.
Banyak manfaat aku dapat from RTC Seminar anjuran DCL last Dec. Sharing is caring...
Aku mendapat cabaran hebat selepas dianugerahkan plag "Best Presenter-Woman" masa RTC Seminar. Cabran dan tekanan itu aku jadikan batu loncatan utk aku buktikan, akan lahir seorang lagi srikandi dipersada DCL dan semestinya dlm masa yg sama aku berusaha utk menjadi property negotiator yang terbaik... krn aku x pernah leka dgn tjawab yang satu ini juga!


Selamat Tinggal 2009.... I'll miss u!
Bermula 1 Januari hingga ke hari ini... banyak masa2 yg aku lalui bersama anak2. Menumpukan sepenuh perhatian pada abg long yang mula menjejaki kaki ke alam persekolahan tahun satu. Pengalaman yang amat bagus utk aku, apatah utk abg long sendiri. Aku berharap dan berdoa semoga hari2 yang bakal kami lalui, menjanjikan impian indah menjadi kenyataan. Hanya dgn pertolongan mu Ya Allah, moga Engkau permudahkan semua urusanku, menunjukkan aku jalan yang benar. Panjangkan usiaku agar kelahiranku dibumi ini memberi manfaat kepada mereka semua. Aminn Ya Rabb.....