Tuesday, January 5, 2010

Selamat Tinggal Kenangan - 2009

Salam...
Hari ini sudah masuk hari ke 5 tahun 2010.
Mengikut pengiraan masihi... berganjak lagi setahun yang aku lalui dalam hidup ni, pejam celik pejam celik... oh, sekejapnya masa berlalu!

Mengimbau 2009 yang berlalu,
Pastinya ada masa dan saatnya yang kita tinggalkan dgn pelbagai ceritera. Cam tu jugak dgn aku. Cuma 2009 ni, tiada sejarah besar utk aku kenang, apatah aku sendiri yg ciptakan sejarah tersebut. Walau bagaimanapun, kalau udah aku khabarkan tahun 2009 adalah tahun yang terbaik dalam hidup aku... bukankah ianya cukup bagus???

Okes.... aku cuba imbas... Maaf diatas kekhilafan. sesungguhnya pada masa ini kotak memori aku sgt lembab utk mengulang tayang kenangan2 lepas. pepun, aku cuba refresh setakat yg termampu, mana yang kurang aku top up balik. heheee... aci tak?


Januari:
Operasi Hazinan Auto Service sedikit terganggu, kerana masa ni kami baru pindah ke kedai baru, iaitu ke corner lot, selang beberapa buah kedai dari kedai asal.
11 Januari : Aku berada di Johor Bahru, for 1st time with papa Ajiem, banyak dealing antara kami n semuanya berjalan lancar. Bersama papa Ajiem, seorang kawan yg amat2 memahami susah payah, dan apa shj yang kami lalui. Meeting for Syam also, hubungan kami bertambah ok slps bebrapa lama n salah faham sbl itu. Really love for our relationship.

Februari :
Aku diuji dgn satu peristiwa yang aku tak akan lupa hingga akhir hayat aku. Pastinya tarikh yg lepas menjadi igauan ngeri utk aku ingat. Tapi Alhamdulillah... banyak perkara sudah selesai dan aku sedar, apa jua dugaan yang Allah datangkan kepada hambaNya adalah utk megukur sekuat mana tahap keimanan dan kesabaran kita.

Mac :
Tak de menda sgt laa aku nk ingat.

April :
Aku stop buat bisness E-Dymium, memandangkan banyak masalah dalam kumpulan kami dan syarikat pada masa tu. Gud luck pada kawan2 yang masih bertahan.
03 April : Besday abg long yang sederhana tapi agak meriah.

Mei :
For 1st time aku attand program Dr Azizan di Melaka, WRTL. Bersama Syam masa tu... nampaknya ilmu baru yg kami dapat byk support for our business n friendship jugak. Alhamdulillah. 28 May, Syam besday just giving him cute purse....

June :
Selalu turun JB for support business matter. Masa ni jugak kami attand for advance class WRTL, Dr Azizan at M-Suite Hotel.

July :
Majlis Perkahwinan Siti Aisyah (my cousin) di Kelantan, berjalan lancar. Alhamdulillah...

Aug :
11 Aug my besday.................... xde apa yg menarik. Tapi, tarikh yg sgt bermakna jugak bila kita bersama org2 yg tersayang yg sgt2 supportive.
Attnd for RKMJ 3 hari di KL. Tahun ni... boleh dikatakan tahun berilmu... sbb banyak menda baru yang aku belajar n dapat. Semoga aku dapat apply dan amalkan dgn penuh barakah n mendapat manfaat!

Sept :
Sepanjang bulan puasa. Nothing special to share... but, keindahan Ramadhan tahun ni... x perlu diceritakan. Alhamdulillah... aku rasa aku sudah lakukan yg terbaik berbanding tahun2 sebelumnya....
Aku start buat rawatan muka di Nexth Herb utk menghilangkan jerawat n parut2 jeratwat. Kos kurang lebih RM2000. So far alhamdulillah... nmpak byk improvement walaupun sbnarnya aku yakin muka aku pulih disebabkan support dari produk DCL. Sure!

Oct :
Berperang dgn bisness DCL.... ini jugak salah satu support aku pada syg yg x pernah luntur. Apa saja yg dia buat, pastinya akan ada aku sbg penyokong utama.
Akhir Oct, baru aku confident utk jadikan DCL sbg business yg serius, n aku pastikan ianya tidak akan mnjejaskan tugas aku as a property negotiator yg baru aku jalankan jugak. Kenalan dari Johor minta aku jualkan property, agriculture land 36 ekar with 5.4 million. Aku tgh usahakan utk dapatkn buyer...

Nov :
"Setiap peluang yang datang, akan hadir bersamanya cabaran..."
Begitulah aku, macam2 ragam manusia yang aku jumpa dan lalui sepanjang meneruskan tugas as a property negotiator & MLM player.
Aku diuji dari kiri, kanan, depan dan belakang... Ya Allah, kuatkan lah ahati aku. Disaat aku perlukan sokongan, kadang2 org yang sbl ini amat memahami kita bisa menjauh dan menjauh... aku x faham!
Wahh... wahh... indah dan best jugak cabaran ni. Betul kata org yang berjaya.... setiap cabaran yang kita lalui adalah satu proses yg amat penting sbl kita menikmati kejayaan yang besar. YES.... im got!

Bulan Nov ni jugak, aku menikmati hasil dari usaha aku as a property negotiator... Ohhhh.... Alhamdulillah...
Group DCL aku smkin berkembang n berkembang.

Dec:
Proses pembelajaran aku x pernah berhenti sekalipun aku sering capai apa sahaja yg aku nak, dan ianya hasil dari usaha aku sendiri.
Bulan ini shj, byk program dan seminar yg aku attnd. Alhamdulillah.... aku dilahirkan dgn dkurniakan jiwa lembut yang mendengar cakap, cintakan ilmu dan tidak lokek berkongsi.
Banyak manfaat aku dapat from RTC Seminar anjuran DCL last Dec. Sharing is caring...
Aku mendapat cabaran hebat selepas dianugerahkan plag "Best Presenter-Woman" masa RTC Seminar. Cabran dan tekanan itu aku jadikan batu loncatan utk aku buktikan, akan lahir seorang lagi srikandi dipersada DCL dan semestinya dlm masa yg sama aku berusaha utk menjadi property negotiator yang terbaik... krn aku x pernah leka dgn tjawab yang satu ini juga!


Selamat Tinggal 2009.... I'll miss u!
Bermula 1 Januari hingga ke hari ini... banyak masa2 yg aku lalui bersama anak2. Menumpukan sepenuh perhatian pada abg long yang mula menjejaki kaki ke alam persekolahan tahun satu. Pengalaman yang amat bagus utk aku, apatah utk abg long sendiri. Aku berharap dan berdoa semoga hari2 yang bakal kami lalui, menjanjikan impian indah menjadi kenyataan. Hanya dgn pertolongan mu Ya Allah, moga Engkau permudahkan semua urusanku, menunjukkan aku jalan yang benar. Panjangkan usiaku agar kelahiranku dibumi ini memberi manfaat kepada mereka semua. Aminn Ya Rabb.....

No comments: