Monday, December 28, 2009

Ceritera 3 hari 3 malam

Entry kali ini agak panjang lebar... harap sudi layann. 3 in 1... sbb nk jimat masa, jimat idea n jimat tenaga elektrik.. heheheheee.....

Assalamualaikum WBT
Salam perjuangan, salam kasih sayang to all bloggers dan viewers...

Dua tiga hari yang berlalu ni aku betul2 busy. Dalam saat2 akhir menghabiskan cuti sekolah, menyediakan persiapan utk abg long ke standard 1, meneruskan tugas2 seharian dirumah dan ofis, menyelesaikan urusan client dan customer... Uhhh, sangat penat rasanya. Tapi, inilah aku.. selagi ada kudrat dan kekuatan.... kasih sayang dan sokongan insan sekeliling... ketegaran aku seorang serikandi tdk pernah menjadikan kesibukan itu sbg halangan. Sesekali aku juga tdk terlepas pandang dlm mnyempurnakan kewajipan dan tjawab pd family terutama buat abg long n adik...

Last friday, 25 Dis
with Zura go to KL.. convince mmber Zura utk joint dan hantar stok DCL... Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Hahaaaa... aku ngan Zura ambik kesempatan shopping2 ke SOGO n  Jalan TAR, bayar zakat hujung tahun kata Zura... Y.E.S yang ntah haper2... mengempiskan wallet aku ptg tuh.. huhuuuuu....

Belah malam pulak... aku bgegas ke Putrajaya... jmpa property customer untuk urusan tanah lot banglo. Nasib baik bawak budak2... so, boleh jadikan reason utk aku tidak berlama2 dan berbual2 dgn dia n d geng.. tambah2 aku mmg penat gileer. Takut woooo tgk abg tuh dgn geng dia, ala2 castello tuh. Hebatt... hebat... yg sebetulnya depa ni, broker gak.... Pepun, hopefully aku boleh relase property ni as soon as possible. Insyaallah...
Selesai urusan ngan depa.... bawak budak2 main keta control n bola kat Dataran Putrajaya. Hurmmm budak2 ni.. mmg x penah2 boring. Nak wat canerr... layann ajork..........








Esoknya Sabtu 26 Dis,
Aku bangun seawal 5.45am. Selesai solat subuh dgn tenang... doa aku agak panjang hari ni. Ntah aku x tahu knpa... mcm ada sesuatu yg tidak kena. Hati aku sedikit meruntun sayu. Padahal beberapa hari sblmnya aku cukup bersemangat mennatikan tarikh 26 Dis ini, utk aku hadir ke International Convention DCL. urmmmm... alaa, biasalah aku. Sering sgt bermain dgn gerak hati.
Sampai di Stadium Melawati kurang lebih jam 11am pagi itu... aku seperti belasan ribu tetamu pagi itu sgt teruja dgn majlis yg agak besar dan julung kali diadakan dan dihadiri oleh aku sendiri.
"Ibu.... cantik laaa ibu"... pujian abg long terngiang2 masa aku nk keluar umah pagi tu. Anak ibu sudah pandai memuji. Dress yang aku pakai hari tu agak kontroversi dan menjelesskan Ateh n Cik De... heheeeeeeee. Inilah kali pertama aku pakai dress tu selepas hampir setahun memilikinya. "You look cute.." kata akak  Lyn masa jmpa di stadium. Haaa... baru aku confident yg dress aku ni sedapp pada mata memandang. Sorry x snap pix pun cozz... sepanjang majlis tu sampai malam.. aku agak moody.
Kenapa??? susah nk subscribe jiwa lara aku kali ni. Sebenarnya lebih kpd sakit hati. Dalam majlis2 spt ni, nak2 dalam majlis anjuran syarikat MLM... biasanya kita akan lihat pemimpin (upline) akan menguruskan anak buah nyer dan saling memberi sokongan. Ini idakk... upline aku main sorok2. Siap x jawab call n aku rasa mcm tak dihargai langsung. Menda2 sebegini lah kadang2 menjadi semangat aku turun dan turun... sampai paras tumit kaki!!!! Sori terpaksa melepaskan ketidak puasan hati aku kat sini... sbb aku betul2 terasa dgn sikap dia kali ni. Nasib baik abg2 dari GlobaLine... abg yatim, Azrol, Abg Rizal n CA Azmi yang sllu support dan bg semangat kat aku, Zura, n dline aku kt sini. Really appreciate them n aku janji akan buat yg terbaik dalam bisness ni.

Utk upline aku td... aku still positive thinking... aku bagi chance n maybe dia alasan tersendiri. Wishing him gud luck n aku tahu... kejayaan kita dlm this bisness MLM ini lebih kepada sikap kita sendiri, kesungguhan sendiri... bukannya terlalu bergantung harap pada org lain, terutama upline. Apa yg penting... kita sendiri mesti memnjadi pemimpin yang baik dan jujur terutama kpd rangkaian dibawah kita, atau dgn kata lain... jaga downline kita tanpa memandang apa yang org atas dapat or buat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui ttg apa yang aku rasa dan aku usahakan... semoga mendapat ganjaran dan keberkatan dariNya.
Dgn rasa bangga juga... aku berinspirasi dgn kejayaan 8 orang Duta Juta CA DCL yang di nobatkan pd hari tu dgn mendapat peransang utk aku melakar sejarah tersendiri dimasa2 akan datang.

Majlis berakhir jam kurang lebih 6pm... perjalanan menaiki bas ke BC Kajang agak lama terasa walaupun dari Shah Alam ke Kajang shj. Maybe keadaan traffik yg sedikit slow... tambah2 hati aku x berapa keruan dan hari itu tambah meruntun jiwa lara aku dgn huja renyai2. Seharian dalam majlis sebegini, boleh buat badan penat jugak... Esoknya aku kena joint lagi family day atau majlis ramah mesra ahli DCL group GlobaLine dibawah pimpinan CA Azmi. Maybe sempena meraikan kejayaan Ca Azmi yang baru dinobatkan Duta Jutawan. Pepun, aku terharu n bbesar hati atas jemputan dan pelawaan dorang walaupun aku sedikitpun xde kaitan ngan group dorang. Haaa.... ni lah best nyerr DCL yang sgt memntingkan ukhwah, kasih sayang, dan tidak mngira kita dari rangkaian mana. Apa yg penting, sama2 ikhlas utk bantu antara satu sama lain, bukan pandai cakap tapi....  cakap x serupa bikin!

Semalam Ahad, 27 Dis
Support aku pada GlobaLine utks sama2 memeriahkan family day di Dusun DCL, Janda Baik, Pahang. Kawasan perkelahan ini, mmg dinamakan sedemikian sbb ini tanah yang dibeli dan dibangunkan, diperelokkan dan dipercantikkankan oleh pihak pengasas DCL sendiri, Dato' Stapa n Dato' Azlina. Mmg cantik sgt kawasan air terjun ni. Perghhh.... seharian program yang sgt meriah... mmg  puas berada disini. Betul2 dapat releaskan tension dan jiwa aku yg sblmnya agak kacau. Kah kah kah... Aku, abg long n adik beserta abg yang sama2 ikut....
Seawal jam 8.30 berkumpul di Gombak dan ala2 konvoi ke Janda Baik... Sampai jerr abg long n adik teruja utk mandi. Aku pun sama.... heeeeeeee....;D
abg long n adik mmg amat suka dgn aktiviti mandi, x penah bosan walaupun tiap2 minggu kami mengahbiskan masa dgn aktiviti seumpama ini. Last week baru pegi Sunway Lagoon... sampai kecutt, pucat lesi.. pun still OK. Heeee........

Selain mandi2, semalam jugak mcm2 yg kami semua buat.... sukaneka, BBQ, taaruf n makan2.... gambar2 ini akan berbicara n layannnn.....




















Huuuuhhhh....
Best kann...!
Dan hari ini, 28 Dis aku meneruskan kerja2 kat ofis ni dgn mood yg sgt ok setelah dapat recharge sepanjang hari semlam. Hari2 yg sgt happy dan bermotivasi. Mlm tadi jugak, got SMS from CA Zainal yang juga sering bagi support kat aku, buat aku sedikit terharu. Aku tak akan pernah jemu meneruskan perjuangan ini walau apa sekalipun yang berlaku. Ada sesuatu yang perlu aku buktikan pada seseorang, ada bahagia yang perlu aku bawa... Tugas aku as a property negotiator juga semakin baik dan baik, syukur dgn rezeki Allah Taala. Cuma banyak listing aku yg x dapat upload. Kat rumah line internet agak 'mengong'.... so, waktu yg terhad dan curi2 masa kat ofis ni, agak membataskan aku. Tunggu aku dapat broadband n full ccntrate then...

To all my friends, my kids n my love..... u are my soul n my heart. Luv u all..........

No comments: