Tuesday, December 22, 2009

DCL Road To 2010 Seminar

DCL Road To 2010 Seminar... berlangsung di Empress Hotel, Sepang 19-20 Dec 2009.

Mcm seminar yang lepas2 juga, pengisian kali ini berkisar kepada bina semangat, motivasi dan jati diri. Apa yang lebih best dan bermakna, bila seminar ini turut menampilkan Dato' Stapa dan Dato' Azlina sendiri sebagai penceramah dan motivator sepanjang 2 hari ini. Lihatlah dunia, betapa mulia hati dua insan ini... yang tidak pernah kenal erti penat, putus asa dan kental jiwa raga dalam mempekasakan ekonomi ummah sejagat, terutamanya rakyat Malaysia. "Pemimpin yang berjiwa pengedar"... ungkapan yg sering meniti dibibir para pejuang DCL.

Maka tidak hairanlah, mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan meraih status jutawan melayu terunggul. Sebelum ini, seminar ini dinamakan Road to Crown Seminar, kerana pengisian lebih kepada cara dan pendekatan yang jelas untuk mencapai pangkat dan pendapatan yang tinggi dalam DCL.
Sepanjang kurang lebih 48jam berada dalam program tersebut, minda sarat terisi dgn pelbagai ilmu bermanfaat. Info syarikat, perincian tentang marketing plan, motivasi, perkongsian pengalaman dan macam2. Sesekali jiwa tersentap dgn apa yang disampaiakn oleh penceramah program. Dato' Stapa, CA Hjh Sarina Hashim, Cikgu Mursyidi, Mahaguru Zul, Pak Raja, CA Kamarudin, ... inilah nama2 yang cukup gah dipersada perjuangan ini, mereka yang sering tidak putus asa membangkitkan semangat dan kekuatan kami, agar tidak terus tersungkur dan terus mengharap ihsan Ilahi. Benar! Kejayaan tidak akan kita terpa tanpa usaha dari diri sendiri, pengorbanan yang kita labur bukan sedikit nilainya, ujian mendatang tidak akan putus2 kita hadapi, kasih sayang yang perlu dicurahkan bukan diukur dgn wang ringgit, sudah pasti menuntut keikhlasan dan kejujuran yang jitu, baik kpd diri sendiri, rakan niaga, rangkaian sendiri, keluarga, anak2, dan lebih2 lagi kpd Allah SWT.

Tamat program semalam, tertanam satu azam yang kukuh dan padu dalam hati aku. Aku tak akan rela sedikitpun impian aku berkubur walau datang seribu dugaan, ketepikan kau gunung, ketepi kau laut... aku akan hadirkan diriku biar sampai kehujung dunia. Perjuangan ini tak akan selesai, mengalah tak bererti kalah, aku undur setapak kebelakang adalah semata2 untuk membuat pencutan luar biasa, agar aku bisa menggegarkan dunia.. dan aku tidak akan malu menyatakan akan lahir seorang lagi serikandi dalam barisan perjuangan ini.

Just nak share dgn u all, dalam seminar semalam aku dapat satu penganugerahan. " The Best Presenter - Woman"................. sebenarnya, kemenangan yang lebih bermakna adalah kerana aku berjaya menyahut cabaran untuk tampil dan mengupas isu yang dikemukana. Peserta lain yang sama2 memberi persembahan semalam tak kurang juga hebat. Congrats for all. Dengan kemenagan ini, terpikul lagi satu amanah dan tanggungjwab yang amat besar dibahu. Seperti kata bisikan CA Hjh Sarina, inilah laluan terbaik untuk awak buktikan yang awak memang bakal menjadi pemimpin yang hebat dlm DCL. Ucap tahniah dan dorongan kawan2 bukan harus di pandang enteng. Apatah lagi, bersama plag kemenangan semalam, CA Hjh Sarina turut menyumbang cenderahati yang sungguh bernilai. Sejadah yang cantik, wangi dan bersih... adalah milik beliau sejak tahun 2003. Diatas sejadah itu, beliau menunaikan kewajipan, berdoa dan berharap kpd Allah... sehinggalah hari ini, setelah dikurniakan dengan pendapatan ratusan ribu, dan berjaya dalam karier beliau. Meraih pangkat tertinggi dan menjadi serikandi tersohor dalam DCL. Sejadah yang dihadiakan pada aku itu juga, telah dibawa beberapa kali oleh beliau ke Makkah dan Arafah ketika menunaikan ibadat haji dan umrah. Sewaktu menyampaiakn hadiah sejadah tersebut, teresak2 dia menangis seolah2 tidak sanggup jika aku mengsia-siakan erti besar yang telah dibawa oleh sejadah itu, ada sentimental value yang tinggi katanya.
"Akak... Azie janji, azie akan teruskan perjuangan ini dan buktikan kemampuan azie. Azie akan malu utk jumpa dan mendepani akak tanpa membawa apa2 kejayaan, ITU JANJI AZIE" - Dedikasi juga buat mama, insan tersayang, yang bertanggungjawab membawa Azie ke dunia DCL CA Syam yang dikasihi, anak2... adik2 dan kawan2 yang tak pernah jemu memberi sokongan. Luv u all.....

Bakal pemimpin dan jutawan hebat

Semangat bakal2 CA dan jutawan DCL

Bersama Pengasas 2 Dato' Azlina

Bakal Serikandi CA Azie

Soulmate... Bakal CA Rozi

Pejuang muda DCL bakal CA... Wan Mohd Azizol

Bersama CA Hjh Sarina Hashim

Bersama pemimpin hebat yang dikasihi CA Zainal Bahri (upline)

Mama, abang, along, adik.... adik2 along, kawan2 dan semua... doakan kejayaan saya, terima kasih, alhamdulillah.....

No comments: