Aku tidak akan memilih menjadi insan biasa
Malah aku berhak untuk menjadi lain dari yang lain
Kini aku mencari-cari peluang bukan jaminan
Aku tidak rela menjadi insan yg terkongkong,
Menjaga diri dengan merendahkan diri dan menipu,
Aku berhasrat mengambil risiko yg terkira,
Untuk bermimpi dan membina, untuk merasai kegagaan dan kejayaan
Aku enggan menukar cita-cita untuk kehidupan yang sepi
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari hanya kewujudan yang sia-sia
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari kehidupan yang terjamin
Kegentaran pencapaian menggantikan utopia yang kaku
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan
Walaupun menggadaiakn maruahku dengan hanya hidup menerima
Aku tidak akan tunduk kepada sesuatu yang mengakui ‘ penguasa’
Atau mudah tunduk jika diancam
Adalah menjadi warisanku untuk berdiri teguh, bangga dan berani,
Untuk berfikir dan bertindak sendiri
Menikmati hasil kejayaan sendiri
Menghadapi dunia ini dengan berani
Lalu berkata “INILAH HASIL USAHA AKU!!!”
Kerana inilah ertinya kehidupan sejati.
No comments:
Post a Comment