Sunday, May 24, 2009

HZ Auto : Sejarah Penubuhan


Masih dalam peringkat permulaan, kira blog azie ni baru dapat sentuhan awal oleh pemiliknya.... so, byk menda laa azie nak share... hehehe...
Salah satu wonderful story, about my business...

  1. Hazinan Auto Service
  2. Restoran & Kafe Rasa D'Timur Barat
  3. zeeN'S kreatif Enterprise

Firstly, azie nak kongsi ngan u all tentang HAZINAN AUTO SERVICE, kira ni main business Azie n this business yg banyak support business azie yg lagi dua tu....
Sejarah penubuhan erkk... macamana nk citer.

Okeh, actually Hazinan Auto lahir atas desakan hidup kami anak beranak waktu tu. Uwaaargghhh, kalau nak citer satu persatu, bisa buat air mataku gugur... uhukss huksss....
Nak tahu tak pasal apa... pasal permulaan utk buat semua ni, terlalu byk dugaan dan rintangan yg azie sendiri tempuh.
Masa tu seingat Azie tahun 2004, hby masih lg bekerja kat PROTON EDAR , dealer KIAN TAT kt jln Semenyih. Kat situ hby berjawatan ketua technician atau dengan kata lain Supervisor laa...
Hby merupakan org harapan company dia la masa tu, Azie pun xtau naper, maybe sebab hby satu2nya staff kat situ yg berbnagsa melayu kot. So…. Dia bole laa menjadikan hby sbg senjata utk menarik customer2 yg berbangsa melayu utk support business dia…. Itu andaian azie laaa, hehhee...... (x baik kan, berfikiran -ve mcm nih)
Idea utk memiliki business/workshop sendiri adalah berpunca dari azie sendiri, terdesak dan tersepit dgn satu situasi yg cukup azie tak suka….

Al-kisahnya…..
Semua org sedia maklum, hidup kat bandar /k.lumpur dengan hanya gaji -+rm3k sebulan mana laaah ckupkan, tambah2 bg yg dah berumah tanggan n ada nak bini, so…. , atas alasan itu kot hby sllu menghabiskan waktu hujung minggu (sabtu n ahad) utk, buat partime. Hahaa… partime ni, bkn pi keja kat wshop lain, ini kes dia angkut anak bini sekali, pegi repair keta kat umah customer2 dia… (dari kalangan kawan2 dia jugak), anak bini dia x lain n x bukan adalah azie n abg long yg masa tu masih baby.
Sedihhh kan….. huwaaarggghhhh….
Azie pun x faham knpa laaah hby nk kena bawak azie sekali bila nk repair keta kat umah org tu. mungkin salah satu faktor dia nk ada teman utk hilang rasa segan dia jugak kot, sbb azie sendiri faham yg hby ni, PR dia kurengg sket, nak dibandingkan dgn bini dia yg mesra alam nih. heheheee.....
Bukannya apa, azie x kisah sgt pun setakat nak ikut dia, azie hormat dan hargai hasrat murni dia utk tambah pendapatan isi rumah kami sekeluarga bt masa tu, tapi yg x besh n x syoknya bila kami terpaksa berlama2 kat rumah org, maklum je laa abg long masa tu tengah menyusu badan. Sungguh x selesa !!!
Antara dialog perbincangan kami yg masih azie simpan kat kotak fikiran ni….

Azie : Abg, minggu ni mama x nak ikut abg pegi repair keta umah org tu, bole tak....
Hby : Alaaa…. Nape laa mama ni, ikut jer la. Bukan apa sgt pun, mama duduk jer…. Tunggu abg bt keja...
Azie : Xde laaa… bukan apa, lgpun adik(panggilan kpd abg long masa tu) asyik x sihat je ni
Hby : Xpe mama… lagipun kakak tu (wife customer) ok jer… mama borak2 laa ngan dia nnt. (alasan yg sama setiap kali ckp menda yg sama...)


Begitulah situasi yg akan berulang2 setiap kali azie cuba berhasrat utk tdk mengikut,nya. Dan setiap kali itu juga… azie x penah berjaya.
Korang faham laa kan, azie bukan x nak ikut sbb apa,… azie sbnarnya nak jugak waktu libur bersama2 dia… jalan2 ker…. Pusing2 naik keta bawak abg long, amik angin, jln2…. Nak shopping jauh sekali laa, ye laaa, dlm fasa pembentukan naik taraf ekonomi rumah tangga katakan masa tuh.
Alhamdulillah …. Usaha azie support hby, dgn duit partime dia tu bole laa kami berbelanja lebih sedikit klau nak dbandingkan dgn org2 lain yg setaraf dgn azie ni.
Tapi, sampai satu tahap… azie fakir ianya x mampu azie lakukan sbb azie rasakan sampai bila hby nak mcm ni. Azie tahu… dia pun bkn suka sgt nak partime2 kat umah org, tapi mungkn lbh kpd rasa bersalah jika terpaksa menolah permintaan kawan2 dia tu….

Pada satu hari yg azie x ingat tarikh dan hari apa…. Azie cuba mencetus idea yg azie duk angan2 mat jenin sorang selam ni…

Azie : Abg, mama ingtkan… apa kata klau kita bukak workshop sendiri, bole ker…?

Hby : Isk… apa laa mama ni, mengarut jer. Mama ingt senang ker…. Modal besar tu. Mahu ratus2 ribu tuh!

Azie : Looor abg ni, bknnya kita nak buka besar2 mcm ProtOn Edar tu, kita bukak wshop kecik2 dah laa…

Hby : tahu tu… tp x yah laaa, leceh laaa…. Sape laa nak dtg kedai kita, nak byr sewa kedai lagi, nk employe staf pulak…mcm2 nk kna piker. Raymond (merujuk kpd bos dia yg berbangsa cina) yg kedai besar camtu pun pening tau. Pastu xkan abg nk berenti keja.

Azie : Alaaa abg ni,…. Kita carik laa kedai kecik2 yg sewa murah, pastu senang laa abg buat keja ujung2 minggu. X yah lagi pegi2 umah org. klau nak repair keta suh dia dtg kedai jer. Pastu abg buat laa bilik kecik satu, nnt mama bole tggu abg, sampai mlm pun x per… mama nak baring2 ker, tdo ker… kan best. Abg x yah laa berenti keja, keja je cam biasa… dah ok2 sket, baru berenti. Nnt kalau dah ada kedai tu, bila2 masa abg bole bt keja… mlaam2 pun boleh.. x yah la nk tggu ujung mggu jer. Kan?

Hby : nanti2 laaa…..

Azie tak sedar yg azie luahkan kat hby sebnarnya terlalu jauh, angan2 azie yg berbaur motivasi itu x sedikitpun menarik minat hby sebenarnya…. Akhirnya perbincangan kami berakhir begitu … hurrrmmmmm….
Situasi pertama diatas masih berulang dari minggu ke minggu… Semakin hari semangat dan hasrat azie td semakin kurang percentage nya….uwwaarrggghh!!!!
Hby pulak, bila sllu bt partime n balik lewat2 mlm, prestasi kerja pun agak terjejas, yer laa… dtg keja sllu terlambat, maybe jugak dia menunjukkan mood yg x baik kat tempat keja, azie pun x tahu…. sbb dia x penah becerita pun.
Tapi setiap kali dia merungut dgn boss nyer yg agak kerekk tu, azie dah dpt mengagak ada sesuatu yg x kena.
Distulah peranan azie, utk memberi penwar yg sepaptutnya…,

Azie : Kan mama dah ckp abg, abg bukak je wshop sendiri. X yah pening2… xde sape pun nk marah abg, nak arah2 abg…

Hby : Mama ckp senang laaa….

“Hanya itu yg aku mampu….”

Cadangan dari seorang kenalan, merangkap customer hby… dan agak rapat jugak dgn kami sekeluarga, pada satu hari yg indah….. azie x ingt jugak tarikh dan harinya…. Azie namakan insan yg baik hati ni
abg ha

Abg ha : zie, abg suka laa tgk nan buat keja. Bagus laa dia...

Azie : tu laa abg, minat dia kot. Zie pun xtau laa…. Azie yg penat bang, ngikut dia kehulu ke hilir… dia mana nak pegi kalau sorang2 repair keta kat umah org ker… kat mana2… nasib baik dia x angkut azie sekali bawak g keja…. (biasalah aku, terlebih mesra….. org Tanya sepatah, aku jawab 10 patah…)

Abg ha : Azie try laa carik2 tempat, better nan bukan sendiri laa, x payah keja ngan org. tgk ni… x menang tangan haaa, abg nk mtk dia tgk keta abg pun x sempat2

Azie : Azie pun fikir gak bang. Nan tu, dia x nak laa. Hehehe… modal pun xde bang. Macamana?Tgk laa nnt kot2 ada rezeki kami,

Abg ha : Bukan apa zie, kepuasan makan gaji n kerja sendiri ni berbeza tau! Abg rasa kan, kalau nan bukak sendiri, bole carik makan ni. Dia pun dah ramai kawan dah…. Cust2 dah ada… bukak jer dulu. Lagipun org melayu sekrang dah percayakan org kita jugak dlm business2 ni, x mcm dlu2…., azie try laa tnya2, byk bole dpt loan skrang.. MARA, PUNB, SME… (dan bebrapa agensi lain dia sebut tp aku dah lupa…)

Kata2 semngat dan sokongan dari abg ha inilah yg buat hati aku semakin kuat. Itulah bisa kata2 dari seorg yg berpengalaman. Azie salute jugak abg ha, seorg usahawan bumiputera yg agak sucsess. Abg ha ni ada butik pakaian muslimah dan jamu traditional.


"Aku tekad! Aku akan lunturkan kekerasan hati hby….. " azie nk ubah hidup kami.

Tak lama selepas itu, aku telah memulakan langkah pertama yg tanpa pengetahuan hby. Azie amik cuti n pergi KL, register business kat The Mall. Masa tu azie memang xtau apa2 prosedur pasal nk memulakan business. Abg ha lah, yg byk guide azie dlm bab2 mcm ni. Thanks a lot bro!

Masa tu dlm tahun 2004, kalau pegi SSM utk register business, sehari suntuk… system nyer x secanggih sekarang. So.. azie sendiri tertipu jgk. Bkn apa, punya laa malas nak menunggu lama2 azie telah di offer oleh agen utk tolong buat registration ni… hahahhaa… xtau rupanya ala2 tertipu gitu! bayangkan laa eh, utk buat2 semua tu sehingga sattle… kos yg sebnarnya lebih kurang rm60 sahaja, azie pulak pi bayar kat agent u RM250 lebih kurang…. Byk nyer dia mengaut keuntungan…..uwarrrggghhh… xpe la, anggap je x de rezeki…

So, apa lagi bila dah dpt sijil tu, bukan main lagi seronok…. Akhirnya tanggal 23 September 2004, tertubuhnya..... HAZINAN AUTO SERVICE, ........ pd awalnya pemilikan tunggal oleh PN ROZILA BT NAWAWI. Kagumm tak? sebuah pusat service kenderaan dimilki oleh seorang wanita! Aku lah orangnya…… ;-)

Dengan bangga, azie tunjuk kat hby….. huhuhu….. hby x heran sgt pun, dia bt x tau jerk…

1. ;-(

2. ;-(

3 ;-(

tapi x per.....

Langkah setrusnya, proses mencari lot kedai. azie puas jgk meneroka lokasi yg sesuai, sebenarnya lokasi tu azie letak no.2, apa yg lebih penting kedai yg azie nk sewa ni biar laa murah sket. Yer laa mana la ada duit, kan azie ckp azie bermula dgn zero. Akhirnya azie jumpa jugak, area Taman Kajang Utama, "ok laa gaknya tempat ni..... " Menganalisa dgn otak aku sendiri…..

Antara factor yg buat azie tertarik :
1) Sewa murah RM800/month kalau nak bandngkan dgn area Bandar Baru Bangi yg sewanya sehingga rm3500/month
2) Lokasi yg x jauh sgt dari umah klau nk berulang alik
3) kami penah stay kat taman ni, masa menyewa mula2 kawin dulu, dan ramai jugak member2 yg masih tinggal kat area sini, so… harap2 dorang bole support business kami.

Maka, azie meneruskan dgn langkah ketiga, azie call no tel yg tertera kat dpn kedai yg tulis “For RENT’, then....set appointment!
Balik umah malam tu…. Azie cuba tackle hby… perbualan mlm tu agak tragis jugak… x jugak azie ingt akan tarikh, hari dan masanya…..

Azie : abg, blk keja esok kita pegi Kajang Utama ea….

Hby : nk bt apa?

Azie : Mama nk tgk kedai la, mama ingt nk try survey2…. (padahal masa tu azie dah mintak tolong member ajak pegi survey ptg tadi…)

Hby : Alaaa, x yah la mama. Mama da fikir btol2 ke ni, setakat gaji abg yg mama rasa x cukup ni, abg dah bole sediakan semua laa mama. Tgk!... kita dah bole beli rumah ni (merujuk kpd Apartment yg kami stay kat sg chua), keta pun dah abis byr…. Kalau abg ckp, jgn degil la mama. Abg tahu laa…. Esok mcm2 bole jadik. Bukan senang nk niaga sendiri….

Kata2 hby mlm tu, buat air mata azie gugur… sedih bila usaha murni azie dtolak bulat2. Azie xtau mcmana, kusut sbb dah buat appointment utk ptg esoknya dgn mr danny td, tapi xpe laaa……
Esoknya, lps jumpa Danny, azie bersetuju dgn kadar sewa yg kami bincang, dan azie telah membuat keputusan separa sedar bila belakangkan hby, azie bersetuju utk sewa kedai td tu… n ptg esoknya sekali lg jumpa danny utk amik kunci. Pening kpla…. Lagi sekali otak ligat berfikir, mana nak dpt duit deposit kedai, utilities n sewa yg berjumlah lbh kurang rm3500, isskkk… byk tu masa tu, sbb kita mana laaa menyimpan sgt, ekonomi pun baru nk stabil…
So, korek punya korek ada cukup laaa simpanan azie setkat nk selesaikan masalah yg agak kritikal tu.

Tapi…hby?????? Macamana……. (yang ni lagi kritikal)

Azie : Abang…. Esok ea, blk keja nk g kajang utama tau. (dgn suara dan gaya manja...) * baik korang jgn imagine kan.....

Hby :Ye laa mama, kita pegilah, tgk laa kalau2 ada yg ok. Tapi, Jadi apa2 abg xtau. Mama nak sangat bukak kan?
Kata2 hby buat aku takut…. Berbaur ugutan…..

Azie sebenarnya x salahkan hby dlm bab ni, dia sebenarnya bukan xde kebolehan, bkn x bole lakukan… sebenarnya dia kurang keyakinan diri. Mungkin jugak, dia dah terlalu selesa dgn kerja makan gaji dia masa tu, cukup makan pakai dan segalanya…. Aku jugak syukur, Cuma yg buat azie btol2 terdesak bukan kerana wang…. Azie nk business ini mampu membeli masa emas yg dia telah gadaikan dgn keja2 partime dia tu. itu saja….
Walaupun wang adalah segalanya….. bukankah lebih harmoni jika jiwa tenang, happy sokmo, hidup bhgia…. ;-)
Sebenarnya azie masih xde kekutan utk berterus terang tntang azie dah sewa kedai tu tanpa pengetahuan dia, penolakan demi penolakan, alasan yg bermacam2….hujah berganti hujah2… buatkan argument kami x penah selesai… semangat azie semakin lama semakin berkurang. Gusar hati bila fikir ttg sejumlah wang yg telah azie laburkan utk sewa kdai tu, tp… xkan nak cancell semula kan. Tak kan owner tu nak bg balik sebab agreementpun dah tgh proses…. So, azie hnya mampu doa moga2 hby akan terima dgn senang apa yg azie dah buat…. Sedih sesangat, bila org yg paling dkt dgn kita x support apa yg kita lakukan…. Selama perkara ini berlanjutan,kedai yg disewa masih belom beroperasi, rugi kan!

Masa mula2 hby dpt tahu perkara sebenar, reaksi masih samar. Tapi lebih kpd tdk setuju…. Ada sahaja kata2 negatif yg tak sepatutnya dia luahkan…. Knpa laaa abg xde keyakinan diri!!!...... Azie sering termanggu fikirkan menda ni, penah hby cakap… "xpe laaa mama… mama degil sgt, mama bukak jer laa… nnt mama carik laa budak keja, carik sorang pomen letak sini, pastu mama upah dia…."
Air mata azie gugur lagi…….
Terkadang bila fikir…betul jugak cakap hby. Azie rasa bersalah sebab terlalu degil!
Degil utk berjaya……
Tempohnya tdk begitu lama… hikmah yg tersembunyi telah Allah bukakan hijabnya….
Balik dr keja, pd suatu ptg yg masih jugak azie x ingt tarikh, hari mahupun masanya….

Abg : Mama, abg nk berenti keja laaa, tolong bt resign later, 24 hours. Esok nk kasi Raymond.

Mama : hah! iye bang? Nape?

Abg : Ntah laa…. Bosan la, sumer dah tak kena Raymond tu ngan abg. Banyak bunyi laa dia tu.


Mama : Yer laaaa….. esok mama buat laa. (Hati aku melonjak riang)

Dalam hby kusut mcm tu, azie malas nkbertanyakan lebih2… biar lah dia. Lagipun azie dah dpt mengagak, mungkin dia kerap sgt kena teaw =bebel ngan boss dia yg berbangsa cina tu, berbadan montel tapi x comel, perutnya sedikit boroi…. faktor utama dia dah x besh keja situ lagi.
Korang dapat agak, kan…. Dgn kerelaan hby melepaskan karier dia sbg seorg jruteknik professional (hikss hiksss) kat Proton Edar tu, sekali gus dia terpaksa bersetuju utk menerima jawatan operation manager (jawatan yg azie create sendiri) kat company baru … “HAZINAN AUTO SERVICE” hehehe….. jawatan aku pulak, korang rasa2 apa…..???? hahahahaha…….

Tapi, aku harus sentiasa ingt yg sebenarnya, aku terpaksa berhadapan dgn pelbagai risiko krn dr awal lagi, hby kurang yakin dgn apa yg aku dah buat ni… so… peranan azie menjadi lebih mencabar,, agar buat business dan cuba majukan dgn lebih agresif…. Uwaaarhhhhhggg…. Mana laaa nak menuntut ilmu kebal diri ni? (masa tu laaa….. terfikir)
So, bermula dari situ, kami memulakan business dgn zero, modal utk beli tools dari duit simpanan yg berdikit2…. Wshop kami terlalu dhaif sgt, peralatan serbi serba kurang, masih x ada… tp, hby cakap xpe laaa…kita beli slow2, ….
*nnt ada masa azie post gambor workshop yg azie maksudkan tu, sbb sekarang da pindah workshop baru.

Alhamdulillah, masa berlalu dgn begitu pantas, meninggalkan memori indah, sedih dan pilu itu tanpa sedar…. Yg pasti ianya menjadi sejarah dan kenangan indah azie bersama syarikat tercinta ini.
Apa yang penting…. sehingga ke hari ini, HAZINAN AUTO SERVICE masih bertahan utk memberikan perkhidmatan terbaik, akan mencapai misi n visi dalam masa terdekat, menerajui industri Automotif dengan jaya dan berhasrat menjadi ikon kepada usahawan bumiputera dalam bidang automotif.

Perjalanan HAZINAN AUTO SERVICE yg beronak & berliku akan azie ceritakan dalam bab lain yea…
So kawan2, mana yg baik sama2 kita renung serta fikirkan…~

“Idea yg baik dtg dari imaginasi yang baik,
mencetuskan impian yg baik2,melahirkan kekuatan dan semangat yg baik2 ; kesungguhan, ketekunan, kesabaran…. sudah pastinya membuahkan hasil yang baik….”


~Salam sayang~

Pn Rozila Nawawi,
Pengurus Hazinan Auto Service

5 comments:

CiNtA tANPA SEMPAdAN said...

TAHNIAH... Moga terus maju jaya!!!

aZZiela said...

thanks jid....! Doakan yong terus sucsess....

jiming said...

tahniah kak,

saya custimer akak yg selalu dtg kedai(dulu)

nway, kalu akak buat kelas ngajar org buat bisnes bagus jgk tu.

ramai org kita diluar sana yg perlukan bimbingan.

aZZiela said...

thanks jiming...
kalau ada link, tinggalkan kat sini.. sini akak nk jejak.!

Ross said...

wah...banyak promosi k.azie ni .....kuih2 tu nampak cam besh la!