PENGENALAN
Cabaran wanita masakini bukan harus di pandang sepi oleh semua pihak. Bahkan perlu dititik beratkan oleh kaum wanita itu sendiri. Samaada anda seorang yang punyai kerjaya tetap ataupun suri rumahtangga sepenuh masa. Keseimbangan antara kerjaya dan keluarga adalah menjadi keutamaan. Namun, jangan sesekali anda terlupa akan anugerah dan keistimewaan yang diberi kepada kita.
Siapapun anda, asalkan anda bergelar seorang ‘wanita’ sudah semestinya anda menginginkan satu kehidupan yang terindah. Kemanisannya dirasai tatkala kita menjadi pujaan sang pria. Kekalkan keanggunan, keunggulan dan kecemerlangan diri anda, agar keindahan itu sentiasa menjadi teman sepanjang hidup kita ke arah kehidupan yang bahagia.
Bengkel Wanita Anggun akan mencungkil bakat dan potensi diri, kenali siapa diri kita yang sebenar. Pelbagai aktiviti dan praktikal teknik tatarias untuk serlahkan kecantikan semulajadi anda disamping perkongsian motivasi bagi menzahirkan kecantikan luaran dan dalaman. Rahsia bagaimana untuk cantik, sihat bertenaga dan berjaya, semuanya akan dibongkarkan untuk anda! Banyak yang anda akan pelajari untuk menggarap realiti sebuah kehidupan yang terindah.
OBJEKTIF
☼Mengenali diri & personaliti yang lebih positif
☼Mengurus & menangani cabaran dalam pekerjaan / rumahtangga
☼Memberi inspirasi & motivasi serta meningkatkan keyakinan diri
☼Mencipta perhubungan baru yang lebih segar melalui teknik komunikasi, penjagaan diri & kecantikan serta nilai diri yang positif
☼Merangsang kehidupan yang lebih bahagia
TENTATIF PROGRAM
8.30pg – 09.00pg
Pendaftaran & Sarapan pagi
9.00pg – 09.15pg
Taklimat Bengkel
9.15pg – 10.15pg
Siapa Kita? :
Membuka Kunci Potensi Diri
Penceramah:
Puan Azie Nawawi
(Pengurus zee’NS Excellent Training & Solution)
10.15pg – 11.30pg
Cantiknya Saya! :
Tatarias Wajah & Serlahkan
Kecantikan
Penceramah: Cik Juhara (Usahawan Produk Kecantikan)
Monitor:
Cik Mimi (Ayumie Salon)
11.30pg –01.00ptg
Rahsia Cantik & Anggun :
Pemakanan & Kaedah
Penjagaan Kecantikan, Bina
Diri Dalam Diri Anda!
Penceramah:
Pn Masthura Razali(Usahawan /Perunding Kecantikan & Perniagaan)
01.00ptg : Makan Tengahari & Bersurai
TEMPAT
Pusat Tusyen Kencana (Tingkat 1)
Jalan Seksyen 3/2
Taman Kajang Utama
YURAN PENDAFTARAN
RM20.00 seorang peserta
RM45.00 berkumpulan 3 orang
Termasuk bahan program, minuma pagi & makan tengahari.
Peserta terhad kepada 50 orang sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
zee’NS Excellent Training & Solution,
Taman Kajang Utama.
Urusetia:
Pn Azie, Pn Iza, Cik Juhara & Cik Julia
Hubungi:
019-665 0879/019-965 2725/017-293 4919
azhaila06@yahoo.com / ajunzahid@gmail.com
BORANG PENDAFTARAN
(Untuk pengesahan penyertaan, sila isi borang beserta maklumat bayaran)
Perseorangan / Kumpulan (3 orang):
Nama :
K/P :
Alamat :
Tel :
Email :
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment