Friday, September 3, 2010

Rindu Ini Tak Tertahan

Salam, Ayah....
Kesekian kali.. kak long titipkan bicara! Bisu mulut tiada berkata2... kelu lidak tiada butir bicara... hanya jemari laju dgn hayunan, mngetuk satu demi satu butang papan kekunci ini... skdar utk meluahkan betapa kak long amat2 RINDU!
Ayah...
Ramadhan ini telah hampir kepenghujung. Deras benar masa blalu... tanpa tsedar yg dua alam memisahkan kita ini juga, meninggalkn kita dgn pelbagai ceritera. Beginilah anak ayah menyusuri hari2 di alam fana ini.
Ada suka.. ada duka.!
Namun semua itu tidak akan memdamkan ingatan kak long pada ayah.

Redup wajah ayah kak long tatap ketika berpeluang menjaga ayah di lewat usiamu dulu. Jemari ayah yg dingin itu masih kak long rasakan. Sungguh berbeza skli saat itu jika nk dibandingkan dgn wajah ceria ayah pada 10 tahun... 15 tahun sebelumnya.... Ketika masih dikurniakan tubuh badan yg tegap, sihat dan bersemngat. Ayah yg bersuara kuat, suka bergurau, dan kadang2 menjadi seorg yg sangat tegas! Oh Kak Long rindu sgt2...

Ayah,
Andai masih ada ruang dan peluang.. Ingin kak long berlari dapatkn dirimu, untuk berada dlm pelukan dan dibelai manja. Agar kak long bisa mencium tangan dan pipimu.

Sungguh indah bila dikurniakan ingatan ini terhadap dirimu. Manis kak long rasakan. Enak kak long berimaginasi & mngimbau tentang masa silam kita yg indah.
Sekalipun ada awan kelam yg pernah singgah mnurunkn hujan lebat... semua itu dugaan Allah yg mngajar kak long erti kehidupan. Memberikan kak long seribu kekuatan.
Dgn kekuatan yg terkumpul itu, menjadikan anak ayah ini berhati waja! Persis seorg srikandi... kak long telah buktikan satu demi satu, kejayaan besar kian diterpa!
Andai mampu Ayah lihat apa yg kak long telah buktikan, tentu sekali ayah bangga punya anak sehebat ini, mewarisi keberanian dan ketegasanmu. Mewarisi kerajinan dan tiada kenal erti putus asa. Namun, kak long sedar hakikat dua alam yg memisahkan kita. Semua ini tidak bisa menjadi nyata, namun pasti akan mnyatukan dua jiwa kita dgn alunan indah zikrullah dan sedekah Al~Fatihah buatmu, selesai setiap solat lima waktu ku.

Ayah,
Syawal datang lagi... gemersik takbir yg bakal bergema, pasti deras mencucur air mata ini. Tidak mampu kak long gambarkan, mendalam rindu ini padamu. Damailah dikau disana, tenanglah bersemadi... doa anakmu mengiringi perjalanan yang jauh. Kak long tinggalkan bicara ini, dgn air mata rindu... pasti akan bertandang dan bertandang lagi.
Al-Fatihah buat ayahanda Nawawi Ibrahim.

~Salam kasih sayang, Anakanda Rozila Nawawi~

No comments: