Wednesday, April 7, 2010

Thankfull!

Salam...
Oh mata... puas ku pujuk rasa, masih belum mau terlenaa.... 'mindaserikandi' menjadi mangsa utk aku melempiaskan kebosanan di pagi dingin begini.
Peristiwa petang berlalu, sewaktu aku singgah di HQ di Wangsa Melawati menguruskan satu dua perkara... terserempak dgn seorang lagi sifu yg cukup aku kagumi.

'Pak Raja' adalah satu nama yg cukup gah di dalam D'Eagle Motivation sendiri....
Aku & Nizah sempat mengutip bait2 mutiara yg terpacul dari mulut beliau. Sangat indah dan semestinya kata2 nasihat beliau bagaikan satu azimat.

Dia bertanyakan kami...
"Jika diletakkan harga, berapakah nilai utk 2 org anak-anak kami utk di jual?" Ohhhh... sungguh tiada jawapan yg wajar utk diberikan!
Dia bertanya lagi.... " Sayang tak lidah yg anda ada tu" "Sayang..." Jawab kami....
"Berapa nilai lidah itu utk dijual?" - terkesima! sungguh tak mampu utk kami meletakkan harga dan bukan sesuatu yg patut utk bergolok gadai!
Soalan ini pula menyusul...
"Sudah sedar benar akan 2 perkara yg sgt2 besar itu kurniaan Allah... berapa kali kita bangun di tengah malam semata2 utk ucap syukur & terima kasih di atas anugerah Allah SWT Taala ini kpd kita?"
 Diam....- Dalam hati aku menjawab, sangat2 jarang......

Dibawanya kisah seekor anjing jalanan...
Ada seorang pemuda.. sering memberi anjing jalanan makan lebihan tulang2 sewaktu menyusuri jalan pergi n pulang.. setiap hari!
Adakala diberikan juga bukan sekadar tulang, malah daging2 sekali...
Bila ianya menjadi tabiat, satu hari anjing mengekori dia dan duduk di tepi rumah utk berharap mendapat sisa makan n tulang dari pemuda tersebut. Ya... itulah yg anjing tersebut perolehi sehingga dia sudah mula menjadi penghuni di bwah rumah sang pemuda.
Pada suatu malam, sedang pemuda lena diulit mimpi... tiba2 datang pencuri yg menceroboh masuk ke rumah pemuda... Apa yang anjing tersebut telah lakukan???
Ya betol... susah tentu anjing itu mnyalak-nyalak bertuuan menyedarkan pemuda dan menghalau pencuri tersebut.

Motif/pengajaran : Hakikat seekor anjing mmg hargai setiap kebaikan dan tahu menghargai setiap apa yg diperolehi dari pihak lain, akan membalasnya dgn kebaikan...
Langsung berbeza dgn manusia yg sering alpa dan tidak bersyukur atas setiap nikmat yg dia perolehi dari Allah swt sekalipun terlalu bayakkkk dan banyakkkk sekali!

Terima kasih Pak Raja... perkongsian kita adalah halwa minda yang sgt bernilai... banyak lagii yang Pak Raja selongkari hakikat yang aku & Nizah sama2 insafi. Moga2 kasih sayang n perlindungan Allah sentiasa bersama kami.... Insyaallah!

1 comment:

ibunafis said...

salam,sama2 lah kita memuhasabah diri sendiri..kita sbg manusia mmg selalu lupa & mmg selalu kena ingat mengingati,thanx 2 u too..