Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

3 hari yang sangat HEBAT

Entry ini sekadar berkongsi satu pengalaman yang Azie kutip lewat 6 hari berlalu. Oh! Indah dan hebat pengalaman itu yg Azie tafsirkan tiada mampu ternilai oleh wang ringgit, pengalaman yang sungguh berharga. Syukur Ya Allah! Kerana telah menggerakkan hati Azie, menghimpunkan Azie bersama ilmuan dan jutawan yang sangat hebat.
Program Intensif RKMJ oleh Richwork Resources, adalah kesinambungan dari WRTL yang Azie attnd last May dan Jun 2009.

Gigih n kental hati Azie mem’booking’ utk attand program ni, jenuhh jugak Azie duk pikir mana nk korek2 RMRMRM tuh… Hahaa, sebenarnya tak de leer mahal sgt nk attend Prog RKMJ ni, tapi pada org yang xde cam Azie, terasa leer jugak nilainya. Hehee… Pepun, yakin Azie akan niat yang suci ni, kalau memang dah dijanjikan kebaikan utk kita, kesenangan dan kemudahan akan datang dengan tiba2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aminn…

3 hari program berlangsung dengan jaya, 3 hari himpun begitu banyak tenaga positif yang ada disekeliling, 3 hari Azie lalui saat2 yang teramat indah, bersama insan yang Azie sayang, 3 hari ilmu2 dan teknik2 baru Azie pelajari, 3 hari meraikan diri sendiri dan kawan2 dengan bersemangat, meriah, seronok, gembira, terharu, sedih, hebat…. Segala macam perasaan itu dtg dalam suasana yang positif. 3 hari yang merubah segala2nya. Mengusai kekalutan dan kebimbingan dalam diri. 3 hari yang bermakna itu…. Terus menjadikan Azie orang yang sibuk menguruskan pelbagai peluang baru!
Hebat bukan…..???


Episode 3 hari ini akan Azie share dengan korang apa yang patut…. selebihnya ianya kekal dalam lipatan kenangan Azie, bersama rakan2 jutawan dan Dr Azizan Osman n the great team. Thanks Dr Azizan. Tidak lupa pada Pak Cik Osman (bapa Dr Azizan)….. yang turut bersama kami sepanjang 3 hari program tersebut. Tentu bangga Pak Cik Osman, mempunyai anak sehebat Dr Azizan.
K alls… tunggu entry khas Azie about 3 days for IRKMJ, Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Salam sayang….~Azie

Tuesday, August 11, 2009

Hikayat 3 Dekad Seorang Puteri


3 dekad berlalu. Kini tarikh dan detik keramat itu datang lagi. Maka, sejarah pun berulang!

Kelahiran seorang puteri yang menjadi dambakan sukma ayahanda dan bonda tercinta. Satu kelahiran yang dinanti2 kan... maka genap pada tarikh itu, 11 Ogos. Tepat jam 7.20 pagi yang dingin, bayi perempuan seberat 2.7kg dilahirkan. Dalam sebuah rumah yang sederhana dan serba kekurangan, selamatlah si puteri menjadi penyambung warisan, puteri sulung yang ditunggu2 dan di nanti2kan.

Perit jerih, sakit ibu tak terasa tatkala lahirkan si puteri, kecomelan wajah si puteri meredakan segala2nya. Maka berdoa ayahanda bonda tiap saat dan ketika, agar puteri membesar sihat dan menjadi anak yg taat dan berguna.

Membesarlah si puteri dengan limpahan kasih ayah bonda. Sedari kecil sehingga menginjak ke alam sunti, si puteri tidak banyak ragamnya. Berbangga ayah dan bonda bilamana si puteri sering menjadi sebutan, menitip dibibir rakan taulan ayah bonda, seluruh kaum keluarga kerana si puteri seorang yang bijak pandai lebih2 lagi menyaingi kawan2nya dalam menuntut ilmu dialam persekolahan.

Bila melepaskan puteri ke alam remaja, menganjak pula kedewasaan yg perlu puteri tempuhi. Gundah gulana hati ayah bonda... melepaskan puteri pada hidup hanya dengan satu tali kepercayaan. Puteri si dara sunti yang cantik, manis rupa dan baik pekerti. Nyata... puteri tidak pernah menghampakan. Kesantunan dan berbudi bahasa sebati dari dalam diri si puteri. Beradu ayah bonda dengan senyum bahagia dan bangga.

Puteri di alam kedewasaan. Puteri penyambung warisan. Puteri menjadi serikandi kebanggaan. Keanggunanmu laksana bulan. Puteri oh puteri...
Lautan mana yang tak bergelombang. Begitu jugalah perjalanan hidup yang dipercaturkan. Air mata si puteri gugur lesu dipipi... rahmat dariNya datang dari bentuk ujian, demi ujian. Namun, puteri tak pernah goyah. Kekentalan jiwa puteri segagah hati bonda melawan arus kehidupan yang tak pernah padam. Berbekal seribu satu kekuatan, puteri bangkit... puteri selalu bersemangat. Dan... hasilnya ada ditangan puteri. Telah puteri kecapi dan kongsi dengan ramai teman, sahabat dan taulan. Puteri buat bonda betul2 berbangga. Walaupun ayahanda sudah jauh dari puteri, dua alam telah pisahkan puteri darinya... tapi, inilah puteri.. kelahiran yang menjadi kebanggaan. Kelahiran yang tidak pernah menghampakan. Puteri terus mencipta nama dan tabah melakar kejayaan. Puteri miliki segala-galanya. Maha pencipta yang memberi seribu rahmat, puteri dikurniakan hati suci, puteri tidak pernah lokek berkongsi apa yang puteri ada. Puteri akan terus memberi dan berkongsi apa yang puteri ada. Itu lah puteri.

Puteri oh puteri,
Dikaulah permata hati yang memberi sinar tak pernah padam. Kini puteri pula menjadi obor gagah menerangi seluruh kehidupan dan warisan. Putera kelahiranmu berbangga dengan bonda yang menjadi menyerlah bak mutiara dari dasar lautan. Berharganya dirimu dengan nilai yang tiada tandingan. Teruskan perjuanganmu wahai puteri penyambung warisan...
ROZILA NAWAWI yang sangat hebat!
Begitulah kisah puteri. Serikandi laksana bulan purnama, bintang berkelipan.
Satu pengiktirafan buat diri aku sendiri:
Azie,
'Selamat Ulang Tahun Kelahiran'

Semoga ulangtahun kelahiran yang kesekian kali ini, memberi satu rahmat dan berkat.
Azie sentiasa hebat, Azie akan mencapai apa sahaja yang Azie nak. Azie tak akan mudah putus asa. Azie akan bantu ramai orang dan Azie akan mendapat banyak peluang yang baik.
Azie... teruskan perjuangan dengan rahmat dan redhaNya....

'I am a powerful creator'

Terima kasih buat semua... yang memberi ucapan dan penghargaan. Kalian sungguh bermakna dalam hidup Azie. Azie percaya dengan kata guru " Lebih banyak yang anda beri... lebih banyak yang anda akan perolehi" Syukur, Azie telah kecapinya.

T.kasih sayangg.... menjadi orang yang pertama, ucapan ikhlas dari hati nurani sayang itu akan menjadi semangat yang tak pernah padam. T.kasih mama... yang lahirkan kak long. T.kasih anak2 ibu, yang memberi ibu kekuatan. T.kasih kawan2 yang sentiasa memberi sokongan, Asu Shaidah, Syuk, Abg Awie, Syada, Ross aka Mawar Berduri, yang tak lupa wishh kat Azie. Dan terima kasih semua... anda memang hebat!
Salam sayang.........~azie

Monday, August 3, 2009

Award dari MM lagik!

Salam alls....
Entry ni khas untuk tayang n tempek award yang diterima dari my lovely blogger friend, cik puan MAMAMANJA. Singkatannya... MM.

Thanks MM ea... di atas award yang sgt cun nih.

Award ni bersempena dgn kesudian daku memeriahkan contest yang dianjurkan oleh beliau. Walaupun tak menang dan tak dapat hadiah yg diidam2kan tuh... tak pe lah. janji kita enjoy! heheee.......... yang best jugak bole huhaaa huhaaa n eratkan silaturrahim kat sini, tak gitu MM???


Ini dia award yang cun abess... taraaaaaaaaaaaaaa........

Award yang ni pulak khas untuk kawan2 tercinta MM.... aku lah salah seorang daripadanya.. heeehee... thanks again MM.

Saturday, July 25, 2009

Award dari Eazy


Ini award dari Eazy sebab jadik follower dia. Thanks to Eazy, sbb dia dulu yang follow Azie. Pepun dunia blogger penuh warna warni, best! Azie hargai kawan2 yang support dan sudi menjadi pengunjung tegar kat blog ni.



* Jaga-jaga.............................
........ada orang follow! "
heeeee...hehe

Wednesday, July 1, 2009

Award dari MM

Salam semua....
Hari ni dapat award dari mamamanja, sempena penghargaan beliau kepada peserta yang joint Fathers Day Contest tu ari. Eheeee,.... thanks MM!

Actually tak kisah pun sebab tak menang, just mengeratkan silaturrahim dan menambah kenalan, itu lebih penting!


Ni haa..... kita dah tempek award tersebut untuk untuk tatapan kawan2 kiter sumer.................

taraaaaaaaaaaaaaaaaa..... award yang sangat CUNN!k uols...... dah layann kan, mohh sambung keja semua! bye....