Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

KITA MASIH SEMPURNA!

'mindaserikandi' kembali bersiaran, haaaaa, jaga-jaga....- barangkali ada sesuatu yg hendak diceritakan oleh cik azie ni... jom layannn~
"Bismillahirrahmannirrahimm & Assalamualaikum semua!
Tatkala jari jemari mungilku laju menekan satu demi satu butang2 di keyboard ni, adalah sesuatu yg tercoret di wall facebook (FB) ku, agak aktif jugak aku kat situ. Dlm kepenatan atau kesibukan yg teramat, hatta sewaktu outstation pun aku tak kan memberi ruang kosong di wall FB tanpa sebarang coretan. Seronok sebenarnya, atau barangkali aku puas bila dapat update segala aktiviti seharianku.

Tentang kenapa pula malam ini idea begitu bnyak berlegar dibenakku,.... YA, aku pasti... ada sesuatu yg aku ingin kongsikan dgn anda semua.. Oh, tetiba teringin utk ceritakan A-Z, banyakkkk.... means semuanya ttg benda2 dsekelilingku, tapi mana ku mampu. Di saat ini pun bukaan mataku sudah kurang normal, kuyu semacam jerk.. huhuuuu~

Petang tadi, sesudah solat asar di masjid Al-Hasanah, BB Bangi... sempat aku mnghabiskan bacaan Surah Al-Waqiah, rasa tenang n lapang dadaku tatkala aku menghadapi banyakk perkara sejak akhir2 ini, otak aku yg sgt2 tekun bkerja utk membantuku mngurus byk perkara... syukur ya Allah, kurniakan aku otak yg rajin serta bijak pula, :D Hasilnya sgt bagus... aku menjadi luar biasa hebat bilamana aku pasti yg aku tak pernah susahkan sesiapun utk selesaikn satu demi satu tugasanku, hanya dgn bantuan org2 dsekeliling, sudah tentu abg, anak2 & partnerku, Nizah - thanks sis!

Sedang aku n Nizah merencana destinasi site visit kami ptg tadi, aku terpandang sesuatu di wall FB Oja Rozana @ K.Lynn iaitu komen beliau untuk satu blogsite yg menarik minatku. Namun ia terhenti disitu disebabkan aku perlu selesaikan urusan yg lebih penting. Dan malam ini..... digerakkan olehNya utk aku sekali lagi menjenguk di wall K.Lynn, aku amat rasakan ada sesuatu yg bakal aku temua dari apa yg di sharing olehnya.
Dan ini dia.... Subhanallah, blogsite milik seorg OKU yg menggelarkan dirinya Kassim Selamat. Sungguh unik blog ini, aku selongkari.....patah demi patah.. bait demi bait... dari satu cerita ke satu cerita tanpa aku sedar deras air mata membasahi pipi ini. Terasa benar ucap syukurku begitu dalam ertinya padaMu Ya Allah!
Sayu hati mngenangkan nasib beliau, dalam aku syukur n bangga kerana masih diberi kudrat serta idea2 yg unik kpd beliau sehingga terhasilnya blog yg indah itu. Aku tidak pasti apa perasaan anda, atau org lain tatkala membacanya. Yang pasti, aku membacanya & melihatnya dgn mata hati.
Hampir 1 jam aku hayati indah bahasa & cerita, bukan omongan atau khayalan, benar... itulah perjalanan seorg insan yg aku namakan dia sebagai seorang pejuang! Sama mcm aku, yg membezakan cuma medan perjuangan kita berbeza, dalam pentas hidup yg sama!
Belum sempat aku keluar dari blog beliau, aku renung wajahku dicermin.. masih sempurna! (cantik & muda lagi aku ni... harharharrr), kubelek jari jemari, dan kulihat dua kaki, oh.. masih kukuh & kuat, patut laaa ramai yg gelarkan aku iron lady, wohoooo... tetiba koyaa jadi heroin Iron Man laaa pulak malam ni - gurau jerk! Ku renung jauh ke dalam diri, mmmm... masih waras pemikiran & tindakan aku, masih elok tubuh badanku, sempurna kesihatanku, 'SYUKUR' Syukur krn diberi kesempurnaan ini dan syukur mengilhamkan aku sesuatu utk aku muhasabah diri, dimalam ini.  Ehhh ehh... baru sedar yg aku ni jarang kenal dalam-dalam diri aku yg sebenarnya, setakat zahirkan ucapan syukur,.. tapi tidak mghayatinya betol betol...khilafnya hambaMu ini ya Allah... Astghfirullahala'zim.....

Untuk sahabat pengunjung blog ku semua... selamat melayari blog Kassim Selamat. mungkin ada sesuatu yg boleh kita hadiahkan kpd beliau, setidaknya2 doa kudus anda, atau kata2 semngat sebagai pemangkin utk beliau meneruskan hidup.
Pesan aku pada semua- Hayatilah.... Renungilah....Telitilah..... dgn mata hati, renung jauh2 ke dalam diri mu, Subhanallah... dijadikan diri kita sebaik2 kejadian, bukan???, SYUKUR! Dan ingatlah...., Allah lebih tahu akan setiap apa yg diberikan kepada hambaNya, baik ujian ataupun nikmat. Bersedialah kita bila2 masa, kerana segala yg kita ada hari ini semuanya milik Dia, if dia nak tarik... bila2 masa jer nanti Dia amik, Na'uzubillah..
Kasih & sayang- Azie~

Wednesday, May 12, 2010

Oh Mama, Ratu Hatiku....

Salam, buat renungan kawan2 juga peringatan khusus kepada diri sendiri,

Firman Allah, Surah Al-Isra' : 23
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak mnyembah melainkan kepadaNya semta2 & engkau berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg daripada keduanya atau kedua-dua seklai sampai kpd umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu makan janganlah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun spt perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan jgnlah engkau menengking atau mnyergah mereka tetapi katakanlah kpd mereka perkataan yg baik & mulia (bersopan santun)"

Firman Allah, Surah Luqman : 14
Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya, dgn mnaggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusuinya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. dengan demikian bersyukurlah kepadaku & kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku, Akulah juga tempat dikembalikan untuk memnerima balasan."

Sabda Rasullullah SAW:
Bermaksud: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bu bapa, makanakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"

Sabda Rasullullah SAW:
Bermaksud: Muawiyah Bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kpd Rasullullah SAW, "Siapakah orang paling patut aku berbuat baik?" Baginda menjawab, "Ibumu". Aku bertanya lagi, "Kemudian siapa?" Baginda menjawab, "Ibumu" Aku bertanya lagi, "Kemudian Siapa", Baginda menjawab, "Ibumu". Aku bertanya, "Kemudian Siapa?" Baginda menjawab, "Bapamu, seterusnya org yg paling hampir denganmu"

Firman Allah, Surah Al-Isra' : 24
Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendahkan diri kpd keduana kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhan kami, cucrilah Rahmat kpd kedua ibu bapa kami, sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidiknya sejak masih kecil"

Waallahua'lam....
_______________________________________________________________

Dari Firman Allah & Sabda2 Rasullullah tersebut, jelaslah bahawa betapa tinggi martabat seorang ibu, juga semestinya seorg bapa jua. Maka letak lah martabat seorg ibu dan bapa, pada tempat yg paling istimewa dalam hati serta seluruh kehidupan kita.

Adalah sesuatu yg amat mengecewakan, bila aku lihat di media... makin ramai anak2 yg tidak lg hormat sanjung ibu bapa, berani memaki hamun apabila tdk mndapat apa yg dihajati malah lebih dasyat sanggup melakukan jenayah spt memukul, sepak terajang bahkan sanggup membunuh. Inilah tanda jiwa mereka telah tandus dari rahmat Allah & dikuasai syaitan laknatullah!
 Sempena hari ibu ini,
Jomm kita sama2 renungkan pengorbanan ibu kita, moga2 dgn perkongsian ini dapat meleraikan jiwa yg kusut dan dendam. Kasih sayang n pengorbannya memang tidak mampu dibalas, apa yg mampu kita lakukan hanya memberi seberapa byk kebahgiaan, mengindahkan dan harumkan taman2 didalam hati ibu. Elakkan mereka bersedih dan kesal kecewa terhadap kita, syurga kan di bawah telapak kaki ibu.....

Untuk aku, dan kawan2...
Syukur stkat hari ini, kita tidak pernah lupa utk mendoakan ibubapa kita, kann.... Teruskan doa dan hadiah munajat buat mereka, moga2 perjalanan hidup mereka akan terus dihiasi rasa bhgia n bangga terhadap anak2 spt kita, utk uols yg dah xde ibu bapa, jangan laah sedih, doa itu juga penghubung antara kalian dgn mereka... Sentiasalah doakan mereka!

Pendapat aku, bila ditanya SIAPA IBU ANDA? Maka jawab aku,,,,,
Mama Cikgu saya
Mama Ustazah saya
Mama Kaunselor saya
Mama Doktor peribadi saya
Mama Jururawat saya
Mama Akauntan saya
Mama Idola saya
Mama beautician saya
Mama Chef terbaik saya
Mama Penasihat kewangan saya...
Mama RATU HATI SAYA!

Nota untuk mama...
"Ma, tiada kalungan emas dan permata lebih berharga utk k.long hulurkan melainkan ucap syukur kpd Ya Maha esa, kerana masih berkempatan bersama mama saat ini, diberi peluang utk mengucup pipi dan menyalami tanganmu setiap hari. Dalam sendu, tawa dan bahagia... terkenang juga dosa2 silam yg tak tertebus oleh K.Long. Banyak nya doasa anakmu, ... yg seringkali alpa dan leka dgn suruhanmu, yg sering berdalih itu dan ini, bermuka2 merajuk tak pasal2 dek teguran dan nasihatmu. Mama... Ampunkanlah k.long sedari menumpang dalam rahimmu, sehinggalah kini tegar aku menyusuri jalan hidup sendiri. Terima kasih mama, doa dan redhamu mengikat dua jiwa kita, sehingga aku benar terasa zat nya dalam seluruh kehidupan ini. Dengan redhamu, jiwa aku sentiasa tenang dan sabar dlm menghadapi jutaan pancaroba, dgn redhamu jua aku nikmati kekayaan dari Yg Maha Esa... kejaayan aku ini, tanda terima kasih buat mama, k.long telah buktikan apa yg mama inginkan, walaupun belum mampu menjadi terbaik, sebaik dirimu Mama... I LOVE U, sooooo much!"

For all of u, my friends...
Ketika berat hati kita utk membalas jasa dan mendoakannya, kenangkanlah.... betapa suatu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya. Tidak kira betapa besar dan merah hatiku,... semerah semngat dan rasa hatimu. Jazakallah....

Perkongsian ikhlas,
-Azie

Thursday, May 6, 2010

Bisikan UntukMu

Tuhan...... kubisikka rinduan, keinsafan, pengharapan….
Tuhan...... kusembahkan pngorbanan, membuktikan kecintaan…
Bisikan ku untukmu, Munajatku mohon restu,
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku


Munajatku dlm syahdu, merundui Maghfirahmu
Mardhiahmu dlm restu, harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpinanMu, KeangunganMu dlm doaku
Kebesaran, pada kudratMu
'Ia membina…. 'rohaniku'….
Tuhan.... kubisikka rinduan, keinsafan pengharapan….
Tuhan.... Ku sembahkan, pengorbanan membuktikan kcintaan
Ujian kepahitan didalam kehidupan
Padanya ada kemanisan, ketenangan & kebahagiaan
Bayangan syurga idaman


Munajatku dalam syahdu, merindui Maghfirahmu
Mardiahmu dlm restu, harapan tulusnya hatiku…
Kurindukan pimpinnmu, KeangunganMu dlm doaku

Kebesaran, pada kudratMu
'Ia membina…. 'rohaniku
….…….
Tuhan...... kubisikka rinduan, keinsafan, pengharapan….

Tuhan...... kusembahkan pngorbanan, membuktikan kecintaan…

Salam sayang,
~Azie

Monday, May 3, 2010

Story IMKK & REUNION SMKANI

Salam n morning alls~
Hari ini aku bangun dgn rasa segarr bugar, heheeee.... ye lah, mlm tadi tido awal gileer beb! Sesekali dpt tido awal... mmg perghhh mengancam laa. Lagipun, dah lama tak dapat tilam empukk seempuk tilam kat umah ni. Actually da 2-3 mlm aku kat luar kawasan n mmg sure aku rindu utk bergolek2 n santai2 di rumah sendiri. Spt pagi ini, huhuuuu... syok layann FB n blog smpai ok bluurrr nk pikir apa aku nk sttle spnjang hari ini. Kalau di pikir mmg banyakk giler keja, but aku mngambil keputusan utk berada di rumah sajork, esok masihh ada. Bukan apa uols... sesekali aku ni kena 'recharge'.

Sampai dari Terengganu 3pagi Sabtu, aku dapat rehat hanya 2 jam sahaja n terus ke Wisma MCA to joint Richwork Resources as a IMKK program krew. Hohoooo....mau tak pening2 lalat aku pagi tu. Tapi, biasalaa aku steady sokmo. Alhamdulillah, bermula dari urusan registration sehinggalah aku meninggalkan majlis ptg smlam, ianya berjalan lancar. Aku syukur setiapkali berada dlm program2 camni terutama program Dr Azizan, aku senantiasa rasa 'very energetic', walaupun dlm IMKK smlam as a krew shj. Perrgghh, power tuh! Antara photo2 yg sempat dirakam, mohh kita layannn....



Dari Wisma MCA ptg smlam, aku bergegas drive ke  Kajang buat persediaan apa2 yg patut utk mini re-union EX-SMKANI. Alhamdulillah... everything sttle up dgn result yg BRAVOOO!!! T.kasih byk2 kt kwn2 yg sudi dtg smlam..., memeriahkan keadaan n suasana. Walaupun tak berapa ramai tapi cukup puass hati. Itupun dah cukup gempakkk beb. Heheee... I cant imagine kalau kita dapat berkumpul lebih ramai... n ramaiii lagiii, n ramaiiiiiii lagi lagiiii.... sure BESARRR PUNYA GEMPAKK!!!

Apapun2, kita layann aje laa gambar2 yg gempakk ni,

Aku mau chiooow dulu. Sebelum beransur just note here yg sebenarnya posting kekurangan idea, sbb posting yg terpaksa setelah godek2 facebook yang amat 'mengong' pagi ni, tak dapat upload pics there n aku terpaksa move here sbg melepaskan ketidakpuasan hati. Hahaar...., apa kess ntah tetiba unavailable pulak.. hukss....

k alls,
mintak diri, cenyummmm selalu, cheeeeseee! Salam~

Sunday, March 14, 2010

My Private Holiday

Salam... Hye alls!
Waah, lamanya tak hupdet ini blog. Tengok! Bukan main sawang... huks. For intro.... meh nak sharing the nice pic utk tatapan uols.... taraaaaaa.......


View secantik ini diambil dari balkoni bilik Azie, 2 hari lepas. Sape2 yg mengikuti perkembangan Azie di FB pastinya mengetahui alkisah Azie n cuti2 Malaysia..kan!
Alhamdulillah,
Refresh n recharge energy utk 3 hari 2 malam yg serba OK... selamat semuanya. Ini yg bersemngat nk hupdet blog! Actually bnyakk nk sharing uols...

As usually... klau dah byk story xtau nk mula dari mna. Nak citer psl keja... korang dah tau sgt kan ttg kesibukan Azieyg ntah apa2 ni. Lps sattle satu.. satu pulak menyusul... then, tungkus lumus sattle... dtg balik yg lain pulak! As a businesswoman... Azie x nafikan semua ni perlu. "Busy is good for me!" - of coz kena motivatekan diri dgn kata2 positif. Sedar tak sedar sudah masuk 4 bulan azie kerja n fikir byk menda tanpa azie rehat. Meh azie citer dulu pasal private holiday azie last 2 days....
Di Suatu malam (last week klau tak silap) tgh azie riki2 jadual kerja... azie citer2 ngan cik abg,
Aku - "Abg, bulan ni mama dah start bz balikk arr..."
Abang - "Bukan ker mmg sllu bz jer pun"
Aku - "Ye laaa... tp mama dah kena outsttn la, group mama dah besar. Tak de org nk tolong mama service dorang laa. Lagipun mama nk kena archive target cepat2 ni.."
Abang - "Suka ati mama laa... tapi, tahan ke badan tu.. ke hulu ke hilir...issk mama ni" (Teguran berbauur tak setuju ngan aku nyer statement)
Aku - "Asalkan abg support jer, mama mesti ok punya lah!"
Abang - Ye laaa... tp boleh ker? ini kang butik lagi, lom sattle. Pastu kata nk bukak stokis sumer tu... siann la abg tgk mama"
Aku - "Betul laa abg. Ingt tak Dr Azizan ckp mama ni, kena recharge... baru ok. Kan abg kan?"
Abang - Abis?
Aku - "Abg kasi tak mama nk g berehat. Alaa... dalam sehari dua. Mama g mana2.. then bg mama recharge energy sket. PD keer... Cameron ker..."
Abang - "Huiiih... jauhnya! Sorang? Isskkk....."
Aku dah agak, sure melompat laki aku ni.... ggrrrr....takutnyeer....
Perbualan diteruskan dgn beberapa arguement dan akhirnya berakhir dgn terkeluarnya statement ini dari mulut abang...
Abang - "Mama pegi Melaka je laa... tak de jauh sgt. Tgk laa mana2 Resort yg ok. At least jadi apa2, nak balik sennag... abg nk pegi pun tak jauh sgt.... rehat je 2 ari kat sana... tak payah pikir psl kerja sumerr ni. Budak2 pandai laa abg handle. Tapi janji, kena jaga diri baik2. Setiap 1 jam kena call abg, boleh?

YEBEDABEDUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!

Untuk pertama kali aku merasai 'private holiday' tanpa sesiapa dan betul2 gamble, independent konon! Aku cukup confident dan aku dah set kat mind seawalnya yg aku sgt pasti aku akan selamat dan berjaya dgn visi kali ini. @ Everly Resort Hotel, Malacca...., dgn package bernilai RM335++/nite... Betul2 rehat n aku dapat recharge. Yang agak mengerikan cuma keadaan bilik yg sgt2 besar itu aku duk sorang2. Mula laa fikir bukan2. Ahhhh... kena kuat lawan perasaan. Hua huaaaa.... giler beb, nak lawan persaan penakut ni bkn senang tau! Pepun.... kesimpulannya, DONE with amazing result!

Hari ini, kepulangan azie kepangkuan abg n anak2 dgn satu perasaan yg agak luar biasa. KOSONG. Membawa maksud, azie dah releasekan sgla mcm masalah... kira dah buang semua2 tu kat Tanjung Kling sna tuh.... hahaaaa... mcm org buang saka gitu!

Hopefully dgn energy dan semngat yg baru ini, boleh memberi keputusan yg lebih baik dlm apa jua yg Azie lakukan. korang doa2 laa weei. tau! ........ ha'aaaa, td dah nampak hasilnya, hari pertama slps bercuti, terus ikut program 'Klinik Cergas Minda' Di BC Saujana Prima. Waaaaahhhh, bsama penceramah En Murshidi Jailan, mmg besssh giler ah! Banyakkk sgt yg Azie belajar. Hampir 100% azie dapat grab every single facts n ilmu yg dia ajar. Azie tak sabar2 gak nk kongsi dgn sesiapa yg sudi. Ilmu yg sgt2 bagus utk membina otak yg cerdas ke arah kehidupan yg lebih sempurna. Maha Besar Allah yg jadikan kita manusia sebaik2 kejadian!... Syukur Alhamdulillah.....

K alls... entry ni sbgai muqaddimah utk entry esok lusa yg akan menyusul, sbgai tanda ingatan dan buah tgn stelah lama menyepikan diri, hiks hiksss... nnt azie citer lagi tau. The most important... story about "My MR LAVVI - Grand Livina" yg blom Azie share ngan uols.... itu very2 motivated story tuh!. nnt laaa, tggu kan kemunculannya.

Sori, x dapat upload gambor2 Azie sepnajang holiday smlam... coz x smpat amik gambor pun. Habis pegi sorang2, .... nak suh hantuu mana yg tolong amik, kan???. heheeee... ada laaa sekeping dua yg azie amik dlm bilik utk tatapan anak2 n cik abg, kenangan tuh. hheeepppppsss, mana boleh tunjuk kat uols... sshhhhh, kureng sopan leer! hahaaa

k laaar, sampai ketemu lagi, salam sayang buat semua!.... chiooowwww....
Salam..

Friday, February 12, 2010

Semangat Harus Kuat...!!!

Hari ini, sungguh tenang dan indah.... pengisian sentiasa ada memnuhi kekosongan hari2 hidup yg dilalui. Namun, pasti ada duri ada racun... dugaan yang tak terlepas dari untaian perjuangan. Hanya kekuatan dan semangat menjadi benteng mengharungi segala macam pancaroba....

Assalamualaikum WBT semua... salam perjuangan, salam kasih sayang.....

Sememangnya byk story nk share ngan uols, tapi mcm biasa... bila dah byk story.... aku sndiri dah kehilangan idea. Dua tiga hari ni aku agak busy menguruskan rangkaian DCL, hari2 keluar menjalankan kerja n t/jawab... bantu downline n meeting sana sini. yang paling menerujakan aku... program sehari bersama CA Kamal kat Crystal Crown Hotel last week. Husssshhh... pengisian yang sungguh hebat dan dasyat. Nanti bila free aku share ngan korang.

Then, isnin lepas dapat jumpa CA Cikgu Anizah dalam weekly meeting kat BC Kajang... byk kata2 CA Anizah yang buat jiwa aku betul2 tersentap, aku betul2 tercabar. Yess.... ada masa semngat kita akan up n down... dan program2 sebeginilah sbnarnya tmpat kita recharge energy yg sedia ada. Hopefully kawan2 dan rangkaian aku sentiasa segar semangat nyer sesegar semngat aku, besar jiwa dan impian, sebesar jiwa dan impianku!

Sejak tghari semalam sampai petang... penat aku tak ilang lagi. Mana taknya drive ke HQ DCL ke Melawati, balik bkejar pulak ke Bangi antar brg yg Hajar order.... dapat call dari wshop, ada problem nk kena sttle ngan supplier.. (pasal cek utk byr stok...huuuuhuuu macam2...) berkejar aku balik workshop.... penattttttt.....
Lewat petang,
Aku dapat call dari Rynn, downline aku kat Puchong. [Rynn - "Azie, boleh datang sini tak malam ni, Rynn nak barang, esok nak balik kg. Pastu nak suh Azie citer ngan mak cik Rynn pasal Diebeherb"]
Masa tu.... aku tgh bersiap2 nk kuar g Warta, teman abang antar kereta customer. Pastu abang nk bawak budak2 cari accesori PSP. memang dah lama sangat aku tak temankan dorang jalan2 santai2...
Agak serba salah aku nak bgtau abang aku tak boleh follow dia. Pada aku, klau ckp elok2 ngan abang .. ok ajer. Tapi, aku tak smpai hati nk bgtau abg long ngan adik, kmi x bole makan kt Restoran BBQ Chicken sama2 mcm yg aku janji.... Huksss.... jiwa aku sentap!
Dalam pusing2... haruss aku call Rynn, mintak lewatkan apointment, Aku -["Rynn, azie sampai lambat sket ea. dalam kul 11. Boleh tak Rynn. Azie ada hal kejap ni. Nnt Azie call Rynn bila nk gerak kang ye.. bye"] Ryyn ok ajer, cuma aku yang tak berapa confident, betul ker aku nk drive sorang2 g Puchong kul 11, pkul brp pulak nak balik... iskk... semangat harus kuat! Kali ni aku tidak mungkin akan hampakan abg long ngan adik, sbb aku tau ... klau x bawak mlm td, malam ni aku sure x dapat nk bwak dorang kuar... aku dah set apointment dgn owner property, utk collect document. Saturday till Monday pulak aku outstattn ke Kelantan, .... ouchhh....
Kesudahannya.... semua sttle. Lps tutup kedai semalam terus kami kuar ke Warta, jalan2... makan2... Alhamdulillah, aku happy... abang happy... abg long n adik jugak happy... walaupun kami kepenatan.

Sampai umah kurang lebih jam 10.20pm... aauushhhh, mantuknyaa....
Tapi kann dah janji ngan Rynn, mak cik dia plak baikkk punya prospek tu! So, mandi... n terus pegi Puchong. Semnagat harus kuat... lalalalalaaaaaa....~

Sesampai di Puchong, suasana umah Rynn masih kecoh. Owwh, dorang baru lps kenduri doa selamat ghupenyaa.... Aumm.. segannya aku. Dtg umah org mlm2 buta, huhuuu....,ehhh... pujuk pujuk hati.... bukankah Rynn yg beriya mtk aku dtg antar brg. Apa lg, bila dah ada chance bercerita, pung pang pung pang aku citer psl dieberherb kat auntie Rynn... Kan aku dah ckp, semngat kuat, jiwa besar, usaha .... pasti akan ada kemanisan yang dijanjikan. Rezeki aku bertambah walaupun dilewat malam, aminn Ya Allah... pengorbanan aku berbayar!

Aku gerak balik dari Puchong jam 12.15am... tak gigih nyeerr nk drive. Mmg aku ngantuk sgt2.
Nak dijadikan cerita... aku hampir2 terbabas kat selekoh depan IOI Resort / Marriot Putrajaya..., Ya Allah....., Ghupenya aku sendiri macam drive sambil tido... sepanjang2 jalan Puchong - Kajang tu, aku hanya drive dgn 60km/hr.... dah x leh nak blahhh.... Ya Allah, syukur masih menyelamatkan aku dari khayalan. Aku tersentak sedar tgk2 keta aku skett je lagi nk langgar divider jalan, haaaaahhh... lega bercampur dup dap dup dap... apa lagi, drive lagi ke depan n aku masuk susur ke Hosp Serdang. Aku park keta tepi jalan tu, tarik nafas panjang2 n pejam mata... tak kira laa... aku kena tdo jugak, kang jadi apa2... kesian kat anak2 aku... kat family.... nau'zubillah!
Sempat terlelap kurang lebih 20 minit... n aku teruskan perjalanan.. mmg dah tak jauh sgt dah nk sampai umah... menggagau aku carik air mineral dlm keta utk cuci muka... bahye jugak klau sampai pagi aku tertido kat sini. Iskkkk... x mungkin! Sib baik ada  air oxy-pi, stok br amik ptg tu... zasss terus cuci muka...
Mata aku kembali membulat dan segar bugar. Aku pecutt tak ingt, tak sabar nk sampai umah dan kembali kepangkuan anak2....

Terasa jauh perjalanan mlm tadi..., walaupun bbrapa kilometer sahaja. Sambil layan 91.5 IKIM.FM... aku terfikir byk menda ttg perjuangan hidup. Kisah2 yg aku baca dalam surat khabar akhir2 ini membuat hati aku sedikit terkesima. Nak2 kisah kemalngan ngeri pengarah urusan Fadhilat Herbs... seusia yang muda begitu, mereka sekeluarga kembali ke Rahmatullah dgn keadaan yg sungguh menyayat hati, aku berdoa dan bermohon moga2 aku dijauhkan dgn ujian yg sedemikian, ....
Bagai paham layanan perasaan aku mlm td, lagu di IKIM FM buat jiwa aku kembali sentap... tanpa sedar... air mata aku menitis dan aku sedar, apa yg aku buat dan usahakan ini, sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayangNya, masakan tidak... sehingga ke saat ini... aku merasakan Allah tidak pernah menzalimi aku dan sentiasa bermurah rezeki dgn melimpahkan pelbagai nikmat... Ya Allah, tabahkan hatiku. Semangat Harus Kuat!

Jomm layann dan hayati 'Epilog Silam' Lagu yang aku layann dalam keta malam tadi.



Sampai rumah jam 1.40am... aku renung dan cium anak2... doa ibu mengiringi lenamu...
Aku tak sedar bila aku tertido....
Bangun seawal jam 6 pagi tadi, dgn jiwa penuh tenang... Syukur Alhamdulillah....
K alls.... mintak diri dulu, doa kalian adalah kemanisan dan penghargaan yang tidak ternilai. Aku sentiasa doakan kalian juga... semoga perjalanan hidup kita sentisa ditemani kasih sayang Allah Taala....

Tuesday, December 15, 2009

AKU TIDAK AKAN MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA


Aku tidak akan memilih menjadi insan biasa
Malah aku berhak untuk menjadi lain dari yang lain
Kini aku mencari-cari peluang bukan jaminan
Aku tidak rela menjadi insan yg terkongkong,
Menjaga diri dengan merendahkan diri dan menipu,
Aku berhasrat mengambil risiko yg terkira,

Untuk bermimpi dan membina, untuk merasai kegagaan dan kejayaan
Aku enggan menukar cita-cita untuk kehidupan yang sepi
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari hanya kewujudan yang sia-sia
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari kehidupan yang terjamin
Kegentaran pencapaian menggantikan utopia yang kaku
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan
Walaupun menggadaiakn maruahku dengan hanya hidup menerima

Aku tidak akan tunduk kepada sesuatu yang mengakui ‘ penguasa’
Atau mudah tunduk jika diancam

Adalah menjadi warisanku untuk berdiri teguh, bangga dan berani,
Untuk berfikir dan bertindak sendiri
Menikmati hasil kejayaan sendiri
Menghadapi dunia ini dengan berani
Lalu berkata “INILAH HASIL USAHA AKU!!!”

Kerana inilah ertinya kehidupan sejati.

Friday, November 13, 2009

Hidup Biarlah Selalu Menghargai

Dedikasi buat sayang & semua teman-teman dan sahabat Azie, walau dimana anda berada. Dengan untaian doa, semoga kasih sayang & ukhwah kita terus berkekalan. Aminn.....



Saat bertemu dgn org yang benar2 engkau kasihi

Haruslah berusaha mmperoleh kesempatan utk bersamanya, seumur hdupnya…
Krn ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yg dpt dpercayai, rukunlah bersamanya
Kerana seumur hdup manusia,
Teman sejati tak mudah ditemukan

Saat btemu penolongmu, ingat utk bsyukur pdnya
Krn dialah yg mngubah hdupmu

Saat btemu org yg pernah kau cintai
Ingtlah dgn tersnyum utk bterima ksh
Krn dialah org yg mmbuatmu lbh mngerti ttg kasih.
Saat bertemu dgn org yg pernah kau benci
Sapalah dgn tersenyum, kerana dia membuatmu lebih teguh n kuat
Saat bertemu org yg pernah mengkhianatimu
Baik2 lah bbncang dgnnya
Krn jika bkn krn dia, hari ini kau tak mngenali dnia ini,
Saat btemu dgn org yg pernah diam2 kau cintai
Berkatilah dia.
Krna saat kau mncintainya, bukankah kau mengharapkannya bahagia?

Saat btemu org yg bergesa2 meninggalkanmu
Berterima kasihlah krn ia pernah berada dlm hidupmu
Krn ia adalah bahagian dari nostalgia n kenanganmu


Hidup biarlah selalu menghargai.....

Thursday, October 8, 2009

Satu Penghargaan

Salam buat semua... semestinya hari yang indah dan hebat buat anda.
Sorry yang amat... blog azie ni udah makin hilang seri sket, al-maklum laa tuan tanah sibuk sana sinun. Tambah2 pulak musim2 raya ni, ujung minggu je merayau2.... penuhi jemputan open house yang tak putus2 tu. Rezeki rezeki.... ;D
Kesempatan yang ada ni, just nak share something. Bit motivation utk diri azie sendiri, maybe utk uols jugak. Azie anggap ianya satu penghargaan dari seorang yg cukup hebat.

Ini adalah penghargaan dari Dr Azizan yang berbesar hati untuk publish personal emel Azie pada dia. Lps dia receive email Azie, dia mintak izin untuk view dekat dia punya blog. Supaya orang ramai mendapat manfaat dari pendapat dan pengalaman Azie tu. Apa yang lebih penting adalah sikap positif anda, akan lahir dalam minda yang hebat, mengaplikasikan idea yang kreatif, usaha yang jitu dan padu, maka membuahlah hasil yang sangat2 cemerlang.

So, Azie memberi kebenaran tersebut atas niat utk berkongsi. Mana yang baik datang dari Allah SWT, yang cela dan buruk itu adalah kelemahan dari seorang hamba yang dhaif ini. Azie juga still in learning process dan masih perlu banyak yang perlu dipelajari.
Laman web Dr Azizan Osman http://richricherclub.com/

Terima kasih kembali buat Dr Azizan. ANDA DAN SAYA ADA KUASA MINDA JUTAWAN!!!

Wednesday, September 16, 2009

AKU & SKANDAL

Salam alls..... Kabare????

Auummmm... masih ada ker org yg nak jenguk entry nih? Mussti da ramai yg balik kg kan, kan... sedangkan aku kat sini masih terkial2 siapkan kerja2 yg berbaki... uwarggghhhhh... nangiss, sbb penat.... sesak....lelah..... semput....  (Kalau laa korang nk tahu, bukan senang menjadi seorang usahawan) Dan  kata hati aku pulak .... nak jadi jutawan..... bukan laa sesuatu yang mudah, nak tak nak... kena usaha.... macam kata Dr HM Tuah Iskandar... "Kalau tak penat, bukan usaha namanya!".... betul laa,kan.

Apa yg aku duk sibuk sgt, ni aku nak sok sek kat uols... huwaahhh.... tak menahan, aku sibuk BERSKANDAL!.... sorriii..... aku terpaksa buat pengakuan berani mati kat sini.

Bermula kisah,
Aku mula jatuh cinta ngan dia agak lama jugak, tapi dulu2.... cinta aku, bertepuk sebelah tangan. Maklum laa... masa tu aku tak punya apa2... dia nk pandang aku sipi2 pun tak sudi... apatah lagi nak pandang sebelah mata... pandang dua mata, lagii laa xde,.... tok sah harapp!!!

Aku tak putus asa, aku buat macam2 supaya dia membalas cinta aku. Dalam masa yg sama, aku masih berkira2... tidak yakin dgn apa yg aku buat. Yer laaa... pandangan org, jauh berbeza dgn kata hati kita! Salahkah apa yg aku lakukan ini??? .... Ahhh... peduli hapaa...yang pengting aku bahagia... aku suka dia, aku dah mula sayang dia. DEGIL!!! Itu laa aku....

Akhirnya...
Selepas mempersiapkan diri aku dgn mcm2 ilmu.... (ilmu pengasih terkecuali), aku telah berjaya merubah hatinya. Sekalipun kami jarang bersua... kehadirannya menemani aku dalam mimpi dan lena cukup membahagiakan. Aku berinspirasi sendirian...
Paling nyata, ketika mengikuti RKMJ last month.... dengan tiba2  dia melamar aku secara tak langsung! Ohhh... syahdu... menangis beb... masa tu mata aku tertutup rapat, dalam alpha yg sangat2 hebat.... Rasa nk peluk ciumm jerk... isk, gataii nyer aku!

Balik RKMJ, aku cuba2 mendekatkan diri aku, menambah mesra dan perisa dalam hubungan kami. Dalam usaha dan kedegilan aku... doa... harapan... penyerahan dan tawakkal aku... tidak berputus harap hanya padaNya.

Sepanjang bulan Ramadhan ni,
Dalam sibuk2... hati aku pun sama sibuk duk teringat kat dia. Iskkk! Susahnyer kalau dah jatuh cinta. Apa lagii... aku kerja keras2, sbb aku tahu.... bukan senang nak bagi dia jatuh cinta apatah lagi nk dia jadi milik aku. Huhuuuuu... demand betul laa si buah hati aku sorang nih!

Al-kisah,
Akhir2 Ramadhan ni, byk pulak peluang yg dtg kat aku, bisness sana sinun... setelah kaji dan hitung sana sini... inilah masanya! Aku grab peluang yg besar itu... aku akan sahut cabaran sayang! Aku akan buktikan dgn usaha keras aku... semata2 aku nak dia terus jadi milik aku. Ye benar.... sejak peluang demi peluang aku ambik... aku perasan yg dia semakin dekat dgn aku. Kami selalu berselisih dan aku malu2 kucing. Segan nak bertegur sapa.
Hari Isnin punya citer, sejak pagi sampai malam... aku pi mana2... dia mcm ikut aku jerk.. ader2 jer kami bertembung. . Hampir 15 kali rasanya... itupun utk ari tu jerk (isnin)...tapi, aku dan dia masing2 masih jual mahal..... huhuhuuuuu... apakan daya!

Semalam punya cite plk, masa aku pegi ambik cek dekat Cheras... dia dah mula ngendeng2 ngan aku, ehemmm ehemmm... dia duk sebelah aku. Ohh... baru aku sedar, jauh beza antara kami... bak pipit dan enggang, langit dan bumi....
Tapi, kan aku ni degil... tak sedar diri, kalau aku cakap aku nak, aku nak jugak! Aku mula berisyarat dan bgtahu dia... aku kena atur temujanji utk mengenali dia dgn lebih dekat... dgn kata lain, aku nk ajak dating... hahahaaaa... gatal nyer aku!

So.... hari ni, 16.09.2009 merupakan tarikh keramat kami. Aku bertandang ke kediamannya yg serba mewah. Kaum kerabat dia... tok sahh cakap.... hohOooOOo.... ahhh... peduli hapaa aku!
Tapi,kan...aku mula berdebar... takut... kelu... bisuu..... macam OKU dah aku dibuatnya... x menahan, aku tgk dia dgn penuh ghairah, meleleeh.... Bahyee betul... dah laa bulan2 pose ni, kan. :-D

Betapa aku bahagia... kali ini, bukan setakat sentuhan lembut, usapan manja dan sayang... aku rungkai dan kenali dia terperinci... luar dan dalam bagaiii...
Cintaku nyata... tak berbelah bagi. Aku terlalu syg akan diaa.
Terpatri ikatan suci antara kami... ...  Sabar duhai my ensemm... kita akan bersama! Aku akan pastikan, selewat2nyaaa... 3 bulan mendatang, kita akan tinggal sebumbung. "KAU MILIKKU....." - Itu janji aku pada dia.

Woiiitt... korang ni, teruja sgt ker ngan cinta SKANDAL aku ni??? Bahyee kan.... Tapi, tu laa... aku terpaksa luah kat korang... supaya aku lega, at lease korang tolong doakan aku, Aku terlalu ingin bersamanya...

Wokess wokess....
Ptg tadi aku sempat snap gambar2 kenangan dan inspirasi kami. Inilah bukti dan tanda dating yang sgt2 beshh....
Sbl berpisah tadi, sempat jugak aku dihadiahkan dgn buku keramat ni. Ini rahsia bertulis my hensemmm... malam ni aku tido tak dapat peluk dia... tp dapat peluk buku ni pun dah cukupp....
Aku dan dia... jeng.... jeng... jeng....
>>>>>>>

>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku doa sebelum balik.....
"Ya Allah... hari ini kau telah dekatkan aku dengannya, makbulkan lah doa ku utk dia menjadi milikku, Aminn... "