Showing posts with label kawan2. Show all posts
Showing posts with label kawan2. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Jenguk2 blog n story about Movie LBS Part 1

Salam, hye alls.... lama tak bersiaran n berke'udara' kan. Hehhh... sibuk bebenor leer kununnya hamba nih... dan mmg sibuk pun sbnarnya.
Uwaaa... tu leer aku ni, org nak ber'blog' aku sibuk nak ber'blog'.... alih2 blog selalu dtinggalkan bsawang. hurmmm... tggu leer sket msa lagi aku da cukup kaki & tangan rasanya, hari2 aku akan hinggap n ngendap blog ni.heh ;D

Actually mlm ni xde pe sgt nak story, just update aktiviti aku.

Lepas balik dari S'pore last 2 weeks, aku di serang demam kus kus... uwarghhh... mmg tak menahan, mau hampir 5 hari aku x menjamah makan, mmg lembik longlai, dan Alhamdulillah, 2 hr sbl pulang ke kg, gagah n gigih pulak aku. Syukur aku x apa2... dan aku teringat kata2 ustazah aku dulu, musibah dan kesakitan yg Allah uji kita sebenarnya utk menjadikan kita org yg bersyukur, sabar serta menghapuskan dosa2 kecil, syukur Alhamdulillah...

Sessi cuti2 Malaysia aku anak beranak berakhir semlaam. wahhhh besh besh... 5 hari 4 mlm berada di Kelantan-Terengganu-Kelantan betul2 buat kami teruja, heh~ cuti2 versi combinasi with balik Kg n attnd mcm2 kenduri ni, mmg agak memenatkan, tapi kami ttp suka n happy, udah cuti2 gituuu... da tentu seronok, ye tak..?? ;D (nnt aku update story about our cuti2 n upload gambor2 tu semua, kendiann sket erk..)

Hari ni, kununnya aku sudah mula kembali dgn rutin2 dan kerja spt biasa. Temujanji dgn client yg tertunggak dari mggu lepas serta mcm2 jadual kerja yg dah berderet2 siap tertulis kat diary chomell aku ni, harap2 semua bjalan lancar n aku dpt sttle by this week.

Hampir terlupa sbnarnya yg temujanji n date line yg telah dipateri dgn 'en yaya' saya.... siann dtg jauh2 drive dr JB, pepun... semua aktiviti bjalan lancar, yg penting hajat yg bbuku kat hati pun dah tertunai, hopefully 'en yaya' saya berbesar hati, gumbara dan berbangga dgn cenderahati dari saya smpena besdayy die yg baru lepas... ptg td gak sempat layan Lagenda Budak Setan (LBS), betul2 rai besdayy nih...., moh citer pasal LBS jap...
Wohoooo... tangkap syahdu... korang layann ler sendiri, aku pun x mau story lebih2, sendiri tgk sendiri feel. Cuma, sedikit komen aku pasal movie tu, mmg leer sgt2 besh... nak2 pelakon pojaan aku pulak tu, yg potong stim lepas Ayu dah bertukar wajah, huaaaa... terus dah ilang feel. Ngehhhh, ngada aku ni, sekali layann citer jiwang, banyak cakapp pulak. pepun movie ni still x leh challenge dia nyer novel asal karya Sdra Ahadiat Akashah, mmg bravooo... nangisshhh wooo, hahahah! aku nak cari kat mana erhhh... novel ni mesti aku miliki, terbaeek katakan!

Dgn melayan LBS ptg tadi, aku tpaksa cancell bbrapa apointment n pospond ke malam hari, n everything sttled hmpir jam 10mlm baru aku sampai umah, take dinner n sambung on9 pulak... wahh wahhhhh........, boleh pulak mata aku membulat dan galak bila mngadap note book ni, heheee, melepas winduu leer ni.

Esok??? mmg sure ahh aku akan bz spnjang hari, bnyakk nyer lagi apointment n orang yg haruss aku ketemui. Tak pe2... tarik nafas... relax... senyum, jomm cakap sama2 : "saya suka sibuk! sbb sibuk buat saya bagus dan banyakkk duit!" heeee, ;D terapi minda dan emosi...

Wokey worait... mata dah mantukkk sgt2, nak out dlu. Aku nk kasi ending story mlm ni sampai sini leer, len kali kita sambung celoteh n kongsi citer2. wait wait... tel bunyik,....(( after 5 minutes- just received call from en yaya, dah selamat sampai JB pun dia dan dgr suara dari corong telefon, suara beliau yg sgt2 ceria, n happy... org dapat menda baru katakan, keta baru... lappy baru... sumer baru... bangga aku dgn dia!

Cam tu jugak utk uols... aku sntiasa bangga mmpunyai kawan spt anda semua, so still gud luck n keep up... macho, anggun n menawan, tertarik n menarik... minta diri,... Assalamualaikum wbt..

Tuesday, May 11, 2010

Mothers Day Story

Salam n pagi yg indah!
Semasa sedang menulis blog ini, aku baru sampai dari Kuantan 1 jam yg lepass... aarggghhh,... sesungguhnya penat n lenguh2 badan masih belum hilang, tp aku kuatkan hati jugak utk menitip sepatah kata, sbg tanda memoir smlam yg tak akan aku lupa.!

09052010,
Tarikh keramat tahun ini sbg satu tarikh yg cukup besar, khusunya utk aku. Yess, 'HARI IBU'.... So, happy Mothers Day again, of coz for myself first, and my love Mama, Pn Aminah Daud then for all mothers in d world!

Bicara tentang hari ibu, sbnarnya spt ramai pendapat yg mngatakan hari ibu apa laa sangat, tak perlu nk smbut2, tak perlu nk rai2,.. bukankah setiap hari pun hari ibu...., setiap hari syg ibu... setiap hari ingat ibu! Yesss, betul... tapi harus diingat, ada jugak manusia yg kat luar sana, masih ramai yg dia rasa dia wujud kat dunia ni keluar mcm 'magic' .. Lihat saja, di dada2 akhbar, berapa ramai yg sanggup buang mak bapak, ketepikan ibu & paling sedih ada yg tak mngaku ada ibu. Herannn betol aa, manusia jenis apa pun aku tak fahamm.

Banyak baiknya bila ditetapkan atau diisytiharkan satu tarikh khusus utk mnyambut hati ibu. Atas inisiatif ini, sekurang2 memberi sejentik rasa kpd manusia spt tadi bahawa dlm hidup mereka ada insan yg wujud bergelar seorg 'ibu'... mudah2an akan timbul ingatan atau rindu pada insan mulia ini dlm hidup mereka.
Aku doakan kpd mereka, agar segera diberi nur dan hidayah... kembalilah wahai saudaraku, kepangkuan ibu n ingatlah, tiada redha yg paling besar di atas muka bumi ini melainkan redha ibu,mu...

Alhamdulillah.... Aku ada mama, yg masih sihat... masih muda & bertenaga. Doa itulah yg selalu aku panjatkan pada Dia, moga2 mama masih sempat utk terus menikmati hidup disamping anak2 mama, masih sempat merasai jasa budi anak2 mama, walaupun bukan itu pun yg diharapkan dari mama.

Sepul mmg dah plan dari 3 mggu lepas utk adakan sambutan Hari Ibu tahun ni di satu tempat yg agak selesa, istimewa n seboleh2 nya dgn penuh rasa bangga mempersembahkan hari yg cukup indah dan bhgia buat mama. Thanks to Sepul yg memilih lokasi santai, romantik, dingin dan nyaman - 'Cafe Abdul & Charlie', Mines Wellness Resort Hotel. Plan punya plan... kami decide jugak utk kumpulkan anak2 mama, means adik2 aku semua. Alhamdulillah, semuanya berjaya spt yg dirancang malah lebih mmbanggakan aku bila dpt bawa emak, ibu mertuaku bersama abah. Dan lagiii... invitation khas jugak utk my beloved friend Niza, sekarang merangkap assistant n bisnes partner aku. Heheeee.... kata Niza, terharuu weeh, menumpang ibu orang seketika, sbb ibunya nun jauh kat Trg sana... tak poo lah Zah, ibuku, ibu mu jugakk, kan!
Seawal jam 12.30pm kami berkumpul di Restauran Rasa D'Timur Barat, bergerak kesana jam 1pm seramai 26 org termasuk kanak2 riang. Waaahhh.... betul2 meriah ni, konvoi 4 bijik keta, dah macam family day pulak! Syukur... inilah saat yg aku rasa hati mama cukup gembira, bahagia & bangga, bila anak2 bersatu hati n bkerjasama. Hakss hakkkksss... yelah, nak besarkan kami 8 beradik, jenuh jugak mama! Mama sllu citer, kami ni asal bkumpul jer, ada jeer hal. Biasalahh, budak2 kan... sket2 nk gaduh, sket2 dengki,... 'Itu dulu Ma.... sekrang tidak lagi!" hahaaaarrr....... semua dah besor panjang, isk malu arhhh, sesekali jer, k.long dorang suka merajuk, harhahaaarrr....

1.15pm : Sampai di lokasi kejadian, masing2 mngambil tempat duduk n terus belasah menu2 yg tersedia... perghhhhh,..... sangat sangat sangat "marvelous" Thanks again kat Sepul rekemenn ini tempat, heee... apa tak nyeer, xtually inilah tempat kerja last beliau sbl berganding bahu dgn aku mngusahakan Restoran RDTB milik family kami. Layanan para pramusaji kat sani pun sgt2 excellent. Tq tq...

Aktiviti makan2 tak hingattt, dari satu menu ke satu menu, ... tak sedar masa pun dah berlalu hampir 2 jam..., sambil berbual mesra dari satu isu ke satu isu, hua hua huaaa....  nak2 pulak, sambil melayan lagu2 yg sungguh romantik dan indah dari corong speaker. Ptg tu, pihak hotel siap adakan aktiviti cabutan bertuah n pertandingan menebar roti canai. waahhh, waaaah... ini sudah bagus. Nama org bertuah yg pertama dipanggil, adik ipar aku, Cik Nor! Alhamdulillah, rezeki baby dlm perut laa tu. Ramai jugak laa yg dpt Lucky Draw ptg tu, antara hadiah nyeer, Voucher percuma utk Lunch, Dinner n Hi Tea dari pihak hotel, bbagusss..... bertambah laa maju harapnya bisness depa! Then, jeng jeng jenggg.... tiba pulak, masa pertandingan menebar roti canai. Antara peserta yg menunjukkan kehandalan menebar roti canai petang itu, sape lagiii... 'hakuu' laaa.... , of coz gak pemenang petang itu jatuh kepda... jeng jeng jeng.. tak lain tak bukan memang aku pun! Wohooo, cayook! (Aku cuba upload video aku menebar roti canai tu, dari smlm... tak dpt2 lagi nk upload, nnt dah dapat aku heboh2 kt uols...)
Alhamdulillah... bertambah lagi rezeki aku. Dgn mememnagi pertandingan tu, aku menerima hadiah Penginapan 2D 1N di Mine's Wellness Resort Hotel, bernilai RM500. Anybody wanna to sharing??? heeeee.....

Then, mooh kite layann beberapa foto yg ku abadikan disana sanaaa sanaaaa.....
Hampir jam 3.30 ptg, selepas solat zohor n merakan foto2, kami beransur pulang. Ye laaa.... makan dah kenyang, bergambar dah jenuh2 jugak... budak2 kecik dah melalak2 keboringan...
T.kasih pihak Cafe Abdul & Charlie Mines Wellness Resort Hotel krn memberi layanan istimewa, mnyedia menu yg sgt2 sedapp, meraikan aku dan ibu2 semua dgn suasana yg meriah & havoc.... Insyaallah, kita jmpa lg dalam percutian aku (free tadi tu) akan dtg, tak lama lagii... hahaaaar, poyoo jerk...

Hari santai bersama kaum ibu2 ptg tu, diteruskan dgn macam2 lagi aktiviti susulan... biasa arr adik2 aku ni mmg pantang cuti, pantang jalan2, sure susah nk kembali ke sarang. Sib baik beramai2.... n aku bgga ngan adik2 aku xtually... kebanyakan masa cuti dorang selalunya dihabiskan kluar bjlan dan bersuka ria dgn kami adik beradik jeer... gud gud....
@ Mines Shopping Centre pulak, aktiviti bowling + karaoke + wayang... mngikut citarasa masing2. Hampir jam 10 sampai umahh, lepakkk abessshhhh... wohooo, penat + happy!


Sblum melelapkan mata, aku senyum bila mngingatkan raut wajah mama yg happy bangat sepanjang ptg itu. Betul laa cakap Dr Azizan, sekali kita memberi kegembiraan kpd ibu bapa... berjuta2 rasa bahgia akan terbit di hati, jiwa rasa tenang & damai. Insyaallah... rezeki akan melimpah ruah.. berkat doa mama, k.long harap mama dambakanlah pd yg Esa moga2 pjalanan  anak mama ini sentiasa dirahmati n dilindungi, selamat dunia akhirat!

Macam ckp mama ptg tu, lps citer2 psl bayaran utk kos majlis ptg tu, seolah2 rasa bersalah... "Banyakk nyeer kak, kan ma royakk doh... kita g makan2 tmpat biaso pun xpo..." Aku senyumm sambil tnya tanya mama, "Sedakk ko x sedakk make sini td? seronok ko dokk?" Mama jawab balik... "Sedakkk bedo'oh laa klau mahal gini gak, tepatt comey, macam2 ado. Nyo sukoo..." - Dan itu jer pun yg aku nak, brp nilainya... kita x payah persoal... yg penting hati mama senang! Camtu jugakk utk adik2 aku, aku kan kak long haruss aku ajer sokmo yg kena ngepoww, Sepul jugak, hahaaaa.... tokey katakan! No hal, janji aku pun sama, HAPPY...lalalalaaa~

Tu leer story morry spnjang seharian meraikan HARI IBU. Buat mama... tggukan lagu n puisi indah kak long kpd mama, skrang ketandusan idea leer pulak!
Aku hrp korang pun sama, turut menggembirakan n meraikan ibu masing2 dgn penuh rasa syukur. Bersyukur masih ada ibu disisi utk sama2 meraikannya, ~

Luv,
-Azie

Friday, May 7, 2010

Kentalkah Hatiku???

Salam n morning to all my beloved friends~ Always wishing all wonderful n amazing life journey… with lot of love for u guys!

Lenaku terganggu lagi. Dan kesempatan sebegini aku penuhi tanpa mmberi sedikit ruang masa berlalu tanpa apa2 yg aku sumbangkan bt diri sendiri mahupun org lain, lets me sharing something. Ok OK???

Smlam yg baru saja berlalu, 05052010…Hari yg aku lalui sgt2 dasattt, sedasatt tenaga & kehebatan diri aku, dgn kekuatan yg Allah berikan utk aku. More story to sharing u… ! Syukur, peluang utk hidup hari ini aku manfaatkan hingga ketahap maksimaa. Haaaa…. Betul2 kaww punya. Jomm feeling story life aku smlm, bersama Niza … sahabt aku dunia akhirat yg sggup bersusah2 dgn aku!

Spt yg dirancang, aku keluar rumah seawal 9.30 pagi. Hari ni aku kna singgah ofis Hazinan Auto. Sepanjang mggu ni, aku kena bg xtra attention pd bisnes yg ini juga, mmndangkn projek mega aku akan bmula x lma lgi. Maka hampir jam 11 jugak baru dapat gerak… Bismillahirrahmanirrahim,... pemanduan aku menuju ke destinasi pertama iaitu ke ofis ke-2 aku, Rescom at BB Bangi. Beberapa urusan di BBB dapat sttle within 1 hr, termasuklah submit doc n discussion dgn lawyer Shukri kt Kmpleks Diamond. Hahaaaar, asal je close case laju jerk aku pi jmpa abg lawyer nih, bkn apa… lagi cepat sttle lagi cepat boleh claim komisyen… ngeh ngeh.. Mata duitan beb! .. harahaar,... Alhamdulillah… sesekali kena bangga dgn nikmat Allah, spya kita ni tidaklah tergolong dgn golongan yg kufur nikmat, ye takk?

Continue… Spnjang stngah hari yg blalu, bayakkk sgt yg aku n Nizah dpt sttle. Huissh, macam2! Apapun, energy aku still maintain. Mau tak maintain… tetiba aku teringat ttg sampul surat ber'print' JUSCO kt depan tu, yg aku received last week. Tetiba!
Hahaaaar…. Today is, J CARD Members Day kat Midvalley. Ngeeeh ngeeh~ patut laa pandai jerk setting appointment ari ni byk ke belah2 PJ jerk, mcm dah tau2 ada agenda lain. Apa aku keesah, aku kan sendiri running ini bisness, YES or YES???
Apa lagiii…. Aku n Nizah tmpang mnyibuk dlm kesesakan tu, konon nk cuci mata… haaa, amik ko!... skali cuci abessh poket2 seluar. Sib baik bawak nipis jerk…. , itu yg bagus klau dah pkai teknik money magnet, duit mmg susahh nk kuar. Caneer nk explain erk, …. Lebih kurang camni laa ayatnya…, "Bila money magnet kuat, kita jadi ilang nafsu gitu…" Woitts, bkn nafsu tu leer, ilang nafsu yg aku mksudkan... 'nafsu membeli belah tu', tetiba jadi cam biasa2 jerk, tak seghairah zaman kebocoran n zaman melnggar dinding tu, ~adusshhhh … sakit!

Beberapa item yg aku tangkap spnjnag di Midvalley pun adalah item2 yg mmg aku nk beli , n kena beli… nak tau keer? Alaa… beberapa persalinan baju n blaus utk urusan seharian aku shj!...

Perjalanan penuh cabaran diteruskan,
WohooOooo…. Gileer kentang! Aku mau pegi ke Puncak Alam utk ptama kali. Dgn confident aku drive woommm.... woooomm...wooooooom menuju ke Shah Alam! Sampai persiaran Kayangan tu… hah! Mula leer aku n Nizah dah feningg2 lalat. Sure, aku salah direction!Ntah mna2 kami masuk, kuar … masuk… kuar , perghhh mau nangis!! Hari pun dah hmpir malam time tu. Actually going there just for do inspection. Wohooo, klau ikutkan jarang egent yg nk handle property belah2 sana, tmasuk aku, bkn nak eksyeen ker hape, cuma… tau je laa kan, sket punya dekat itu tempat! Tapi apa daya… owner tu  hampir2 nagiss tu merayu2 nk aku jugak yg handle dia punya property. Heeeee, bangga seeh! Aku pun terima dgn penuh harapan , moga2 pngorbanan aku mmbuahkan hasil!

Aku n Nizah mula memsuki area bkt Jelutong n around that… hampir 8 malam baru nmpak signboard ke Puncak Alam, haaaa lega! Nak ke Pristana pulak, mengong2 aku n nizah xtau nk masuk simpang mana satu, hoo….. berat otak aku nk pikir. "Malu bertanya sesat jalan" makanya… aku xmau tergolong dlm golongan yg sesat.. :D
Aku berenti sebelah kampus II UITM Puncak Alam… ingt hnya mau btanya pada abg yg bniaga steambot tu… sambil tnya smbil jelling steamboat~ waaah, mana tahannn… belasah dlu, hahahaar~ (sempat lagii ;P)

Nnt klau korang lalu sna, singgah laa pekena steamboat abg tu , thumbs up for steamboat yg really marvelous!!! - siap promote tuh!

Ding dong ding dong… kerja2 kami settled around 9.30. Alang2 da sampai ke Puncak Alam,  aku amik kesempatan jumpa Suzaily, luangkan masa kejap n smpat borak2. Hampir jam 11 bertola pulang ke Kajang. Syukur Ya Allah…. Camtu laa aku ngan Nizah, kadang2 kami gelak tak hingatt bila ada menda mlucukan, sllunya pasal salah jalan laa, terlajak laa… Smtime kami marah n mmbebel2, bila hadap driver2 samseng kt jalan raya, smtime kami terharu n nak nangiss pun ada bila kenang susah payah nk hadapp menda2 cam gini, insappp insappp… & yg paling syok, kami 'horayyy' tak hingat bila dpt call dari buyer kata jadi nk beli rumah sekiann sekiann…

Aku sampai umah hampir jam 12 mlm... baru terasa penat. Penangan dah 4 hari tak kuar2 cam ni... ambikk kooo! After, take shower... solat insyak n terus pengsan! Yg pasti lena abg long & adik dalam pelukan ibu! Really luv both of u darlings~

Awal pagi, jam 4 .. lena aku terusik... ohh! time to tafakkur & tazakkur... syukur Ya Allah, kesedaran dariMu sering menyelinap dlm hati, kerdilnya aku, segunung syukurku belum tentu menyamai selangit Rezeki n kasih sayangMu padaku.. after that, alpha mode till 5am & continue my dream.. heeeee~

Pagi ini,
Aku belek2 dairi, ampunnn.. bnyak lagi kerja, apointment, submission, meeting, event, n mcm2 yg aku kena sttle. Hopefully everything going success, support from u all guys! Weekend aku spnjang bulan ni padat - this weeken, Sat at Malacca n Jasin. Sunday - Mine's Resort City to Celebrate Mothersy Days, next week 15-16 May at JB, to attnd meeting n site visit too.... and next, 22 May Seminar Wanita Anggun, 23 Board Meeting regards for Hazinan Auto mega project, 27-30 May at S'pore, Family & BusinessTrip. Oooucch~
Hpefully everything will settle up with success result!

Hari ni, pjuangan aku diteruskan... Bisakah hati ini menjadi sekental hari2 semalam, lebih dari itu... aku harapkan pjalanan hari ini jauh lebih baik n cemerlang utk aku sndiri khususnya... aminnn...

Monday, May 3, 2010

Story IMKK & REUNION SMKANI

Salam n morning alls~
Hari ini aku bangun dgn rasa segarr bugar, heheeee.... ye lah, mlm tadi tido awal gileer beb! Sesekali dpt tido awal... mmg perghhh mengancam laa. Lagipun, dah lama tak dapat tilam empukk seempuk tilam kat umah ni. Actually da 2-3 mlm aku kat luar kawasan n mmg sure aku rindu utk bergolek2 n santai2 di rumah sendiri. Spt pagi ini, huhuuuu... syok layann FB n blog smpai ok bluurrr nk pikir apa aku nk sttle spnjang hari ini. Kalau di pikir mmg banyakk giler keja, but aku mngambil keputusan utk berada di rumah sajork, esok masihh ada. Bukan apa uols... sesekali aku ni kena 'recharge'.

Sampai dari Terengganu 3pagi Sabtu, aku dapat rehat hanya 2 jam sahaja n terus ke Wisma MCA to joint Richwork Resources as a IMKK program krew. Hohoooo....mau tak pening2 lalat aku pagi tu. Tapi, biasalaa aku steady sokmo. Alhamdulillah, bermula dari urusan registration sehinggalah aku meninggalkan majlis ptg smlam, ianya berjalan lancar. Aku syukur setiapkali berada dlm program2 camni terutama program Dr Azizan, aku senantiasa rasa 'very energetic', walaupun dlm IMKK smlam as a krew shj. Perrgghh, power tuh! Antara photo2 yg sempat dirakam, mohh kita layannn....



Dari Wisma MCA ptg smlam, aku bergegas drive ke  Kajang buat persediaan apa2 yg patut utk mini re-union EX-SMKANI. Alhamdulillah... everything sttle up dgn result yg BRAVOOO!!! T.kasih byk2 kt kwn2 yg sudi dtg smlam..., memeriahkan keadaan n suasana. Walaupun tak berapa ramai tapi cukup puass hati. Itupun dah cukup gempakkk beb. Heheee... I cant imagine kalau kita dapat berkumpul lebih ramai... n ramaiii lagiii, n ramaiiiiiii lagi lagiiii.... sure BESARRR PUNYA GEMPAKK!!!

Apapun2, kita layann aje laa gambar2 yg gempakk ni,

Aku mau chiooow dulu. Sebelum beransur just note here yg sebenarnya posting kekurangan idea, sbb posting yg terpaksa setelah godek2 facebook yang amat 'mengong' pagi ni, tak dapat upload pics there n aku terpaksa move here sbg melepaskan ketidakpuasan hati. Hahaar...., apa kess ntah tetiba unavailable pulak.. hukss....

k alls,
mintak diri, cenyummmm selalu, cheeeeseee! Salam~

Friday, November 13, 2009

Hidup Biarlah Selalu Menghargai

Dedikasi buat sayang & semua teman-teman dan sahabat Azie, walau dimana anda berada. Dengan untaian doa, semoga kasih sayang & ukhwah kita terus berkekalan. Aminn.....



Saat bertemu dgn org yang benar2 engkau kasihi

Haruslah berusaha mmperoleh kesempatan utk bersamanya, seumur hdupnya…
Krn ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yg dpt dpercayai, rukunlah bersamanya
Kerana seumur hdup manusia,
Teman sejati tak mudah ditemukan

Saat btemu penolongmu, ingat utk bsyukur pdnya
Krn dialah yg mngubah hdupmu

Saat btemu org yg pernah kau cintai
Ingtlah dgn tersnyum utk bterima ksh
Krn dialah org yg mmbuatmu lbh mngerti ttg kasih.
Saat bertemu dgn org yg pernah kau benci
Sapalah dgn tersenyum, kerana dia membuatmu lebih teguh n kuat
Saat bertemu org yg pernah mengkhianatimu
Baik2 lah bbncang dgnnya
Krn jika bkn krn dia, hari ini kau tak mngenali dnia ini,
Saat btemu dgn org yg pernah diam2 kau cintai
Berkatilah dia.
Krna saat kau mncintainya, bukankah kau mengharapkannya bahagia?

Saat btemu org yg bergesa2 meninggalkanmu
Berterima kasihlah krn ia pernah berada dlm hidupmu
Krn ia adalah bahagian dari nostalgia n kenanganmu


Hidup biarlah selalu menghargai.....

Wednesday, September 30, 2009

Selagi Ada Rindu

Khas untuk semua, sahabat2, kawan2.... yang mengenali diri ini dialam nyata ataupun maya... especially for my cayang!


with luv,
Azie~

Sunday, September 13, 2009

Geng MYVIANS menjengah...

Malam ni aku jadi blogger tegar... Sambil mencari idea utk masukkan dalam projek paper ni... banyak pulak cerita dalam kpla ni yg nk djadikan entry. Eheee.... nyata, blogging ni terapi minda yang sgt menarik jugak utk aku! Heeeee;-D

Ini cerita 3 hari lepas, masih belum basii utk aku share.............. cerita tntg geng MYVIANS datang serbu Restoran Rasa D'Timur Barat. Thanks kawan2 yang masih ingat kat aku, especially Ieta & Iwan... hohoOoOOo... korang memang sporting habess....

2 Ari sbl kejadian... Ieta call aku....
Kringgg Kringgggg.... (bunyi monophonic tel opis...)

sinun : Assalamualaikum Azie....
sini : W'salam... sape ni...
sinun : Ieta nii....
sini : Ieta mana yeak....
sinun : Loor Azie ni, tak kenal doh kitee.... Ieta Myvians leer
sini : Laaaaa.... Ieta, hehee... x camm...

bla....bla....bla....

Tanya khabar bagaii... then Ieta kaboor hasrat utk jengah aku kat sini, nak berbuka puasa kat Restoran kami ngan budak2 Myvians zon Putrajaya. Rasa terharu + segann jugak, pasaii nyer dah lama sgt2 aku tak joint any xtvt dorangg... sampai ramai ahli2 baru Myvians yg aku mmg x kenal langsung. Ohooo.... terharu beb... kita tak ingat kat orang, dorang plakk teringat kat kita n siap support bisness. Tak ingat pada aku tuu... bukannya lupa, x ingat pasall x joint apa2 yg dorang buat....
Eheeee... Start awal tahun tu ari, aku x bole bersosial suka sukii.... keja aku berlambak... kejar sana sini... lagipun budak2 myvians ni, ramai yg bujang trangg tang... senang leer depa. Aku pulak nak kena angkut hero 2 org ni kalau nk pi mana2. Oh sungguh tak koseeer.........

Sekejap pulak masa berlalu, terbayang2 lagi kemeriahan seluruh ahli Myvians buat majlis berbuka puasa last year kat Restoran Azie ni.  Masa tu restoran ni baru beroperasi jeerr... atas jasa baik Ieta yang rekemenn kat dorang... maka dpt gak laa bisness n kira event paling besar berlaku kat Restoran kami. Masa tu hampir 100 bijik keta myvi yg parking n mmg meriah abessss.....
Okess..... terkenang sudah, sampaikan melalut sudahh....

Cite 3 ari lepas, majlis bukak pose ni suka2 n x rasmi punya. Ieta invite geng Myvians dari Putrajaya je. yang joint lebih kurang 15 org. Aku serve with 100% bisness class.... makanan pun mmg cunn abess khas utk dorang... Alhamdulillah, aku nampak muka dorang hepi n puas hati.

Ieta, Azie comey n Sha.... bdk ni sgt manja n suke ngendeng2 ngan aku kat wshop... heeee...


Bebudak Myvians yang sgt sporting walaupun 1st time kami jumpa....
Romantik kapel.... ieta n iwan...

Selesai makan, solat n beramah mesra... dorang gerakk menuju ke destinasi memasing... say bye2... n thanks to alls....................................... Aku sgt hepi jugak!

Tuesday, August 11, 2009

Lagu Dedikasi RKMJ Aug'09

Lagu dedikasi khas kepada kawan-kawan Azie yang attand Intensif RKMJ Aug '09, Dr Azizan Osman. Semoga kalian tak akan lupa hari2 hebat yang kita lalui bersama.

Lagu ITS MY LIFE ni, dah jadi bessh pulak tetiba. Tak terkira berapa banyak kita raikan diri kita semua dengan lagu ni. Oh... meriah nya....

'Pandangan Mata' yang sama-sama kita alunkan. Masa ni kita lepaskan belon2 dan tinggalkan diri kita yang 'lama' itu pergii.................. terkesan dengan lagu ni yang sungguh sentimental! Heee............



Lagu 'Tercipta Untukku'............ hari kedua. Oh best pulak tetiba dengan lagu ni.


Selamat maju jaya buat kawan2 semua. Azie pasti rindukan bisikan dan energy positif dari semua.... Salam sayang~Azie.

Monday, August 3, 2009

Award dari MM lagik!

Salam alls....
Entry ni khas untuk tayang n tempek award yang diterima dari my lovely blogger friend, cik puan MAMAMANJA. Singkatannya... MM.

Thanks MM ea... di atas award yang sgt cun nih.

Award ni bersempena dgn kesudian daku memeriahkan contest yang dianjurkan oleh beliau. Walaupun tak menang dan tak dapat hadiah yg diidam2kan tuh... tak pe lah. janji kita enjoy! heheee.......... yang best jugak bole huhaaa huhaaa n eratkan silaturrahim kat sini, tak gitu MM???


Ini dia award yang cun abess... taraaaaaaaaaaaaaa........

Award yang ni pulak khas untuk kawan2 tercinta MM.... aku lah salah seorang daripadanya.. heeehee... thanks again MM.

Sunday, August 2, 2009

Congrat Papa Nazim


Papa Nazim dapat baby!!! 31 July 09.
Congrats pa......................., Akhirnya selamat sumer. Azie selalu cakap, Azie sayang kawan2 Azie, temasuk papa Nazim n seluruh yang papa ada. Baby cute cam aunty Azie dia erk?,... heheee... dah tentu lah,kan. Jaga baby n mak baby tu baik2 erk....

Kita tunggu papa Ajim MMS gambor baby n boleh la view kat sini. heeeeeeeeeee......

Saturday, July 25, 2009

Award dari Eazy


Ini award dari Eazy sebab jadik follower dia. Thanks to Eazy, sbb dia dulu yang follow Azie. Pepun dunia blogger penuh warna warni, best! Azie hargai kawan2 yang support dan sudi menjadi pengunjung tegar kat blog ni.



* Jaga-jaga.............................
........ada orang follow! "
heeeee...hehe

Monday, July 13, 2009

Selamat Ulang Tahun utk Papa Nazim

Special for Papa,
Happy 32th Birthday All best wishes for u, my friend!

peace:: aZZiela ::

Thursday, July 2, 2009

Aku terkenang


Entry ni dedikasi buat kawan2 yang amat aku rindui….

Jid, Alang, Teh, Asu, Cik Long, Ngah, Chek, Cik Da & Chik. Dan… aku sendiri (Ayong)

Ini pasal kes jiwa ter ‘sentappppp’ lagi laa nih, malam yang penuh rasa gundah gulana. Lps kami solat tadi, abg long n adik sibuk colour gambar Power Rangers, sib baik homework a.long da siap. So, ibu yang da beres sumer keja umah ni, amik kesempatan layan apa entri terbaru kengkawan n nak entri satu menda….
Sejak akhir2 ni, lps anak2 Azie tido…. Boleh pulak layan MP3 sampai awal pagi. Tak tahu leer apsal dua bijik mata bulatku ini tak mau lelap pulak… sekali sekala tangkap jiwang beshh jugak, ahaks~
Wakk… wakkk… malam td siap layan 5 lagu Ukay’s… uwarrghhh… syahduu beb! Azie tetiba terkenang zaman remaja bersama kengkawan sekitar tahun 90-an. Kawan2 kat SMKANI. Winduuu sangat2 kat korang. Sib baik dah dapat jejak kasih sorang dua, inipun sejak ada blog. Rajin pulakk bebudak ni cntact Azie. Pepun, Azie sanjung kesetiaan kawan2 yang gigih utk eratkan silaturahim kita. Special to Jid, Asu, Alang, & Cik Da. Yang len2 tu, maybe agak bz dgn t/jawab memasing.

Pe kata ari ni Azie review kenangan zaman sekolah Azie dulu2…. Banyak sgt kenangan beb! Suka, duka, pahit, manis…. Oohhhh… macam2!
Azie ingat nak posting muka2 yang Azie rinduu sgt2 tu. Malam tadi gigih belek album lama… hampa!
Album gambar lama2 banyak tinggalkan kat kampung, uhuks~ Kalau ada dalam simpanan kat sini pun, paling lama gambar kat KUSZA dulu.
Yang ada ni , sorang dua jer…. Tapi tak per, nnt Azie try dapatkan ngan dorang..
Nak mula dari mana erk… hehe… Azie citer sket2 jer laa,
Dari form 1 sampai form 3, tak banyak yang Azie ingat. Zaman kegemilangan kami bermula masa form 4 rasanya. Kami dah start jadi satu geng. Nama2 tu, kami susun dari Cik Long sampai laah ke Asu, mengikut susunan tarikh lahir. Kami semua satu kelas ting 4 Ibnu Sina.
(Heheee… kami dulu budak sekolah menengah agama tau…. budak baik2 gitu! )
Kami terus menjadi rapat & akrab sampai laa tamat persekolahan lps SPM.
Kawan2 azie tu, semuanya baik2..….
Kalau nak tahu jugak, geng kami ni, antara student yang leading darisegi pelajaran. Nakal2 kami pun… setahu Azie kami semua dapat pangkat 1 masa SPM tahun 1996.
Bila citer bab nakal2… azie ingat2 balik, kami memang nakal! Apa tak nyer…. Seawal tingkatan 4 tu, kami semua dah bergayut2 cintan monyet konon. Memasing ada pasangan hidup… eeaaa….. gelinya! Harharhar…. ! Yang tak main couple2 ni Cuma Angah sebab dia ni brutal sket, Asu pun sama… Asu ni sebab dia budak baik diantara kami yang baik2 ni. Heheee…. Sorry Su, tolong promote jer….
Masih segar kat ingatan Azie akan pasangan couple kami, tapi Azie tak mau sebut kat sini… tak nak kasi sentap hati kengkawan Azie. Itu lebih baik utk menjaga hati mereka nun kat luar sana…. Pasal Azie sorang boleh laa…. Miahaahaaaha… tentu kengkawan Azie ingat lagi, Azie couple ngan budak baik sorang kat sekolah tu, uissshhhh… kontroversi abis. Budak laki tu, nama dia WAN OMAR. Kelakar giler…. Azie start couple masa ting 3 lagi. Hahaaa… memang jiwang gile mamat ni, sampai aku sekali jadi minah jiwang. Hahaa...
Kami siap dua kali putus cinta n boleh lak sambung balik. Wakkk wakkk….
Azie ngan Wan lagik… abis SPM, masing2 bawak haluan, n kami contact semula masa Azie 2nd year kat KUSZA, kawan kejap jer, pastu clash lagi. Kali ni, mmg betul2 putus atas sbb dia cemburu buta. Apa yg lebih penting, Azie anggap xde jodoh jer la. Okeh, Azie dah lupa pasal sumer tu,
Ingat lagi, masa citer kat huby pasal boyfrend lama Azie… hby gelakk jer, dia cakap bini abg ni memang nakal! Hehee…. Macam2!
But, dalam kelakar dan gumbira… sedessss bila ingat kat kawan2. Mana laa haluan memasing. Nak2 kawan lelaki. Budi, Rozman, Junaidi, Khairul (ermmm…. Sape lagi erk) Suhaimi, arghhh….. betul2 tak boleh ingat nama yang lain2 tu.
Azie rasa kawan2 lelaki Azie tu, semua dah jadik bapa orang… Azie doakan semoga kalian semua bahagia dunia akhirat.
Berbalik pada kisah kami......................................~
Kami ni selalu prap / ulangkaji pelajaran sampai lewat malam. Layann lagu ukays ni laa, banyak sangat lagu2 nya.... Azie rasa kengkawan Azie sumer masih ingat lagi. wargghhh…. Indahnya, masa tu…. Nak2 hostel puteri n putera bertentangan… hahaaa… time ni laa konon, curik pandang2 jeling2… walaupun ada tembok tinggi yang memisahkan dua bangunan tu.

Perjalanan hidup kami 10 orang sepanjang form 5 ... macam2 citer. Azie gak tak lupa dalam manis ada pahitnya, tatkala perselisiham faham berlaku, ada yang bermasam muka... huhu.... bila kenangkan balik, rasa sgt kebodohan diri kita semua. Ahhhh... anggap je laa masa tu kita masih belum matang lagi. Pada Azie... yong dah lupakan semua yang pahit2 tu... apa yang penting sekarang, kita sedaya upaya merapatkan hubungan yg sekian lama terpisah ni.
SPM yang kita sama2 tempuhi akhir 1996 akhirnya membuahkan hasil lumayan. Bangganya kita semua... dan bermula saat itu laah... kita semakin jauh dan jauh.....
Yang Azie betul2 dapat tahu perkembangan kawan2 hanya berapa kerat jer....

Cik Long : Last jumpa masa tahun akhir KUSZA, dia sama2 study kat KUSZA walaupun amik course berlainan. (2000) :: Tak tahu karier Cik Long, huhu......

Cik Ngah : Last jumpa kat kedai gambar (tak ingat nama kedai tu) kat Kuala Besut, masa tu tahun 2005. (Rasanya Cik Ngah skrang berstatus Ustazah)

Alang : Raya tahun 2007, kat umah dia...... :: Sekarang stay kat penang, Alang masih keja JPN kot. (tak sabar nak ajar alang buat blog, nnt tiap2 ari bole jumpa)

Ateh : Hurmmm..... lupa lah bila, tapi dah lama sangat2.... masa hari perkahwinan Azie kot (2001) ..winduuu nyer kat Ateh :: tak tahu karier / kerjaya beliau.

Chik : Raya tahun 2007 jugak, kat umah dia Kg Baharu, Besut :: Sekarang tokey hardware.

Chek : Last jumpa kat umah dia, Putrajaya tahun 2004:: Kerja gov. kat Putrajaya, Kementerian Pelajaran rasanya.... sorry Chek, lupa laaa...

Jid : Sekarang hari2 jumpa,... kat blog jer. Hehee... last week tel Jid, Jid pun dah tak cam sore Azie. heheee..... Harap 1 day dapat jumpa Jid. Stay kat Setapak skrang ni, berkarier suri rumah dan ibu mithali. Congrats sis!

Cik Da : Kerap jumpa, last sekali end of last year, dia dtg Restoran Azie kat Kajang, masa ada training kat Bangi. :: Berkarier sbg Pegawai apa yeak...kat Maybank, Kuantan. Rinduu jugak kat mu Cik Da...

Asu : Dah lama tak jumpa, last masa kat KUSZA kot, sama amik Diploma kat KUSZA, course berlainan. Sekarang Asu nun jauh kat negeri di Bawah Bayu.


Thats all..............!!! Kalau boleh, banyak sangat Azie nak citer tentang kawan2 Azie dan kenangan kami, semuanya indah2. Maybe next time Azie akan citer lagi.
Kepada semua kengkawan Azie, especially yang atas semua ni, Azie doa dan harap2 kita semua akan jumpa ramai2.... wakkkk wakkkk.... mesti meriah!
Tahniah jugak kat semua.... sebab memasing dah berjaya dalam karier dan hidup uols... all best for u alls....
Salam Sayang~ Azie