Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010.... BESHHH!!!

Dari bukit datang menurun,
Dari lurah datang mendaki,
Dari pulau datang belayar
Dari hulu datang berdayung,
Yang buta dtg bertuntun,
Yang tempang dtg bertongkat....

Assalamualikum WBT, kawan2....
~mindaserikandi kembali bersiaran utk anda, layannnnnn.......

Sedap pulak bunyi gurindam kat atas tu...Ahaaaa.... gituu la gamaknya gambaran yg aku nk habaq kt uols. Bukan pasaii apa, tak lain x bukan psl Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur'10 (PBAKL) baru2 ni. Alhamdulillah, dalam kesibukkan yg teramat sgt smpat gak aku mencuri saat2 kecederaan utk menjengah ke sana. Memang BRAVOO leer rakyat M'sia. Apa yg aku lihat dari mata kasar, masih ramai rakyat M'sia setia menjadi pencinta Ilmu. HohooOOooo... of coz gak aku bangga ngan diri aku sendiri yg termasuk dlm golongan itu! ahaks~

Aku dah alert abour PBAKL ni 1 month bfore. Thats why sebulan sblum tu aku terpaksa mngikat perut smta2 simpan duit utk naskah ilmu yg aku dah set utk aku beli. Haaahaaaaa, iyer laa sgt tu! tak dook ahh sampai gitu, gimikks semata2,heeeee.....
PBAKL tahun ni aku rasa x byk beza ngan tahun2 yg sudah... cuma aku agak ralat bila ada 2-3 naskah yg x smpat aku cekupp. Budget aku 1k, sempat aku abiskan rm400-500 sajork, uhhh..... apa sudah jadi! Aku pegi kali ni ngan Nizah, tak plan actually.... main pegi jerk. Abiss aku punyer senarai buku yg nk beli tu tertinggal.. huhuuuu~ But pencarian aku petang tu berjaya jgk membawa pulang naskah2 ini sbgai santapan minda.
Perghhh.... mmg mengancam! Alhamdulillah.... sampai ke hari ini, 02 April... semua buku2 itu telah dikhatam dgn selamat kecuali Tafsir Al-Quran itu jerk... yg itu haruss nyerr aku jadikan sbg bhn rujukan utk personal research / study. Aku berkira2 utk pegi kali ke 2 sbl PBAKL berakhir pd 28hb... ooouch, lupa yg tarikh itu aku masih berada dlm TTT program. Uhukss~ wajibnyaa jugak mna2 buku yg tak sempat di cekup tu kena laa pandai2 carik kat MPH or sewaktunya...

Menghabiskan masa kurang lebih 5 jam di sana, something yg sgt2 best bilamana kita dikelilingi tenaga2 ilmu yg sungguh dasyat. Penat tak terasa dan pulang dgn sarat membawa rasa cinta yg mendalam pada bait2 ilmu yg terbias dipandangan mata sepanjang berada disana... wohooooo~ rasanya ingin membawa pulang SEMUAAA naskah2 itu, baik dari buku kanak2 sehinggalah ruas2 utk org dewasa, semuanya amat2 menarik... mau idak semua harga runtuh beb!
Apa pun, mudah2an dipanjangkn umur, murah rezeki.. haruss sabar utk PBAKL next year 2011.

Sila layannn gambar2 ini bg mereka yg ingin sama2 merasakan getaran dan tenaga positif di PBAKL lalu.... AZIE n NIZA, memoir @ PBAKL 2010.... happy viewing yeah~

pencinta's ILMU
Muka dah penat... kaki dah lenguhh...
Maskot KAWAN yg glemeer!
Merakam memori bersama Kumpulan Rabbani di booth MUSTREAD Sdn Bhd
Aku buat posting ni semata2 nk update about PBAKL'10.... xtually bykk lagi story lain nk share ngan uols. Esspecially about TTT Program selama 5 hari last week, yang tu lagiiiii BRAVO! so... waiting for me k!
K alls,
Minta diri n thanks for wonderful attention from u guys... with luv;Azie~

Wednesday, March 24, 2010

BENGKEL WANITA ANGGUN: Cantik Luaran Cantik Dalaman

PENGENALAN
Cabaran wanita masakini bukan harus di pandang sepi oleh semua pihak. Bahkan perlu dititik beratkan oleh kaum wanita itu sendiri. Samaada anda seorang yang punyai kerjaya tetap ataupun suri rumahtangga sepenuh masa. Keseimbangan antara kerjaya dan keluarga adalah menjadi keutamaan. Namun, jangan sesekali anda terlupa akan anugerah dan keistimewaan yang diberi kepada kita.
Siapapun anda, asalkan anda bergelar seorang ‘wanita’ sudah semestinya anda menginginkan satu kehidupan yang terindah. Kemanisannya dirasai tatkala kita menjadi pujaan sang pria. Kekalkan keanggunan, keunggulan dan kecemerlangan diri anda, agar keindahan itu sentiasa menjadi teman sepanjang hidup kita ke arah kehidupan yang bahagia.
Bengkel Wanita Anggun akan mencungkil bakat dan potensi diri, kenali siapa diri kita yang sebenar. Pelbagai aktiviti dan praktikal teknik tatarias untuk serlahkan kecantikan semulajadi anda disamping perkongsian motivasi bagi menzahirkan kecantikan luaran dan dalaman. Rahsia bagaimana untuk cantik, sihat bertenaga dan berjaya, semuanya akan dibongkarkan untuk anda! Banyak yang anda akan pelajari untuk menggarap realiti sebuah kehidupan yang terindah.


OBJEKTIF
☼Mengenali diri & personaliti yang lebih positif
☼Mengurus & menangani cabaran dalam pekerjaan / rumahtangga
☼Memberi inspirasi & motivasi serta meningkatkan keyakinan diri
☼Mencipta perhubungan baru yang lebih segar melalui teknik komunikasi, penjagaan diri & kecantikan serta nilai diri yang positif
☼Merangsang kehidupan yang lebih bahagia
TENTATIF PROGRAM

8.30pg – 09.00pg
Pendaftaran & Sarapan pagi
9.00pg – 09.15pg
Taklimat Bengkel
9.15pg – 10.15pg
Siapa Kita? :
Membuka Kunci Potensi Diri
Penceramah:
Puan Azie Nawawi
(Pengurus zee’NS Excellent Training & Solution)
10.15pg – 11.30pg
Cantiknya Saya! :
Tatarias Wajah & Serlahkan
Kecantikan
Penceramah: Cik Juhara (Usahawan Produk Kecantikan)
Monitor:
Cik Mimi (Ayumie Salon)
11.30pg –01.00ptg
Rahsia Cantik & Anggun :
Pemakanan & Kaedah
Penjagaan Kecantikan, Bina
Diri Dalam Diri Anda!
Penceramah:
Pn Masthura Razali(Usahawan /Perunding Kecantikan & Perniagaan)
01.00ptg : Makan Tengahari & Bersurai
TEMPAT
Pusat Tusyen Kencana (Tingkat 1)
Jalan Seksyen 3/2
Taman Kajang Utama
YURAN PENDAFTARAN
RM20.00 seorang peserta
RM45.00 berkumpulan 3 orang
Termasuk bahan program, minuma pagi & makan tengahari.
Peserta terhad kepada 50 orang sahaja.
MAKLUMAT LANJUT
zee’NS Excellent Training & Solution,
Taman Kajang Utama.
Urusetia:
Pn Azie, Pn Iza, Cik Juhara & Cik Julia
Hubungi:
019-665 0879/019-965 2725/017-293 4919
azhaila06@yahoo.com / ajunzahid@gmail.com
BORANG PENDAFTARAN
(Untuk pengesahan penyertaan, sila isi borang beserta maklumat bayaran)
Perseorangan / Kumpulan (3 orang):
Nama :
K/P :
Alamat :
Tel :
Email :

Sunday, October 4, 2009

I am Robert Kiyosaki Malaya

Salam alls... n selamat malam yang indah....
Salam kerinduann utk semua.. uhhh, tangkap syahdu plak!

Sorri sgt2 disbbkan lama mnyepikan diri,(Wallaaaa... baru bberapa hari sajork!)Heeee......,
Banyak sgt yg aku nak kena sttle, keja ofis.... budak2.... anak2.... bapak2... opss itu TIPU!...
Actually agak sibuk dgn urusan kt ofis dan masalah yg aku nk kena selesaikan sblum hujung tahun ni. Citer raya pun x sempat2 lagi nak view kat korang. Ohoooo...... masih bisakah,???........

Yang sgt2 beshhh, busy dgn kerjaya baru, wahaaahaaahaaaa... I AM  ROBERT KIYOSAKI MALAYA rite now!!!! tadaaaaaaaaaaaaaaa......
;D
Kerjaya ini yg aku anggap bisness baru aku, sgt mencabar rupanya. Syukur Alhamdulillah, permulaan yang baik utk aku bila aku dpt close deal dgn owner property tanpa byk masalah. Listing yg aku dpt pun boleh tahan. Hopefully aku boleh dapatkan buyer as soon as posible.... Insyaallah....
Ptg td sattle dgn sorang owner. Ecececeee.... mcm profesional je aku close deal ngan tuan tu tadi... heeee....Aminn, Alhamdulillah. Dah sattle walaupun kecut jugak perut aku.

Ari tu kan aku dah sok sek sok sek kat korang.... for now aku nak huhaaa huhaaa plak....
"Sesapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya, untuk menjual / menyewakan harta tanah /property anda (Rumah/Tanah/Kedai/Lot Banglo) Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik, dengan caj yang berpatutan. Rumah/hartanah anda dijamin terjual dengan kadar seberapa segera. Insyaallah...."
Uols boleh rujuk laman blog aku, khas utk property ni di http://nilaihartanah.blogspot.com/ (masih dalam pembinaan, hrp maaf pada kekurangan) ataupun melihat laman web company http://www.rescom.my/

Lain2 perkembangan pasal aku,
Xde apa sgt, cuma start next week jugak, aku byk nak kena turun padang support projek cayang... round2 d world. JB!!!! im coming.................. wait for me k!

Woshhhh, pinggang aku agak sakit dan sengal nih, semalaman semalam sattle keja umah, (gituu leer gaya kalau dah lama sgt tinggalkan kerjaya yg itu...hehhee...)
Adik2 abg dtg umah, beraya.... so, sekali sekala org dtg bukan main lenn lagi aku angkat pangkatt chef aku tu tinggi melangit. Fuyoooo.....

Sib baik sattle, n seharian ari ni pulak lepak2 umah sampai ptg. Udah cukup rehat.... apa lagi, jalan2 carik makan! Berkesempatan jugak aku mmenuhi jemputan rumah terbuka kengkawan. Thankss ea, sudi jemput aku.... kenyang perut nih.... cedappp korang masak..... (tahunn depan ajak leer lagi);D

Wokeyyy la, kang ada masa aku citer2 lagi kt korangg.... entry nih just bgtau yg aku masih sihat, syukur alhamdulillah.....
Aku harap korang doakan aku, semoga aku berjaya dunia akhirat, aminn ya rabb!
Korang jugak tau... all best for uols..... aku sayangg korang! Byee.... n salam.

Azie~

p/s: Aku gantung cita2 ku setinggi bintang dilangit, sedalam mutiara didasar lautan, biar payah akan ku gapai.... biar susah tetap ku selami.... kerana aku tahu.... bila aku perolehi kelak, ianya sesuatu yang cukup indah dan bernilai. Itulah aku, besar cita2 ku yang satu itu....
Dan, aku mahu menjadi sehebat dia.... Heeee....

Wednesday, September 30, 2009

Rescom Realty : Real Estate Agent

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...


Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah, akhirnya hajat n cita2 terlaksana. Satu bidang baru yang aku idam2kan... penuh cabaran dan perlukan besar pengorbanan. Tapi, keyakinan kuat dari dalam hati aku melunturkan semua gundah gulana itu... Yess, yakin boleh, pasti boleh!!!


But... jgn xtau, walaupun baru ... xtually aku dah lama dalami dan selidiki bidang ini. Petik jari jerk. Ecececeeee..... Sebenarnya ayat itu utk menambahkan keyakinan hati ni. ;D


Aku byk baca kejayaan dan kehebatan insan yg terlibat dlm bidang hartanah ini, melalui penulisan Sdr Azizi Ali, seorang mentor jutawan yang hebat.... > panduan, tunjuk ajar, motivasi, tips, pengalaman dan pengembaraan dari otai2 hartanah yg ditulis oleh beliau menggegarkan keinginan yg semakin kuat dan kuat. Aku tertampar juga dengan beberapa artikel yg mengutarakan kejayaan seorang demi seorang jutawan hartanah... Udah tertampar... rasa sakit dan sedih sebab bidang ini dikuasai oleh bangsa lain. Orang melayu kita berapa kerat jer yg berani duduk dalam bidang ni. Uhhh.... respect, tabik, hormat sanjung aku kat bangsa kita yg sudah ingin kembali berjuang, menyaingi mereka dan lahirlah otai2 yg hebat ....
Aku harap otai2 ini akan bantu dan pimpin aku aku seadanya utk sama2 berjaya dalam bidang hartanah ni.


Dalam Rescom ini pun, teraju utama iaitu En Budin (Mohd Burhanudin) bukan calang2 orangnya. otai Yus, Amrul dan beberapa yg lain sgt2 baik hati utk membantu dan merialisasikan semua agent2 baru macam aku. Huuh, hebat dorang ni...


Setelah mengikuti beberapa sessi taklimat, saringan dan dah terpilih... esok adalah 1st day training. Thanks kawan2 n hopefully uols sentiasa support dan memberikan dorongan positif walau apa jua yg aku lakukan.


Layari http://www.rescom.my







Ada rumah untuk dijual? Membeli rumah? Mendapatkan info? Mendapatkan maklumat? Mendapatkan panduan? Sila hubungi saya segera 019.665.0879 (AZIE)

Monday, September 28, 2009

Facebook leer pulak!

Salam.... arhhhh.... leganya, Alhamdulillah... seharian menahan lapar,akhirnya dgn penuh nikmat dapat makan nasi goreng buatan sendiri. Dalam kemalasan, terpaksa gagahkan diri masak alaa kadar, atas sbb2 tertentu... dan yg paling nyata sbb malas nk kua umah carik makan....





Hahaaaa...
Sambil santai2 tgk tv, layann abg long n adik baca buku................. maka aku dgn bersemngat nk sok sek sok sek kat uols.... Heeee.... malu pulak rasanya nak sharing ngan uols.


Ptg tadi, lps sttle urusan kat luar, Azie balik ofis n tegar mlayari laman blog kengkawan. Geli hati, suka sakan, sedih pilu, ... mcm2 cite uols azie layann.... beshh beshhh.... credit kat uols!


Dalam ketegaran tuh, teringat sembang seorg teman lama masa raya tu ari..., "Azie, best baca blog Azie... mcm2 ada. Rajin nyer awak...."
Eheee....  Azie x ambik pusing pun, da byk kali org cakap cengituu... tapi azie buat x retii jerk. Sebenarnya malu kt diri sendiri. Ada ker blog yg serabut serabai ni dorang ckp best... hahaaaa..... Sesungguhnya bkn x menghargai, tapi.. aku sedar diri yg aku ni masih byk kekurangan. Pepun.. thanks to alls yg sudi menjengah dan menyinggah kat sini, yang tinggalkan komen n yg rajin2 jerit kat shout box....macihh2...
Sekalipun blog ini x sudi korang singgah pun, aku peduli hapeer... janji aku boleh mencurah isi hati, meluah perasaan dan corat coret ikut apa yg aku suka. Udah blog aku, apa aku kesahh? mokcik mmg cenginii yer anak2... heeeee


Okess..... sambung citer,
Azie ckp kat mber tu, saja suka2, luang masa lapang... minat pun satu hal. Kunun dulu2 nak jadi sasterawan negara, karyawan gituu... namun apa daya... minat x dipupuk, soo.... perasan sorang2 maka jadilah seperti sekarang, "blogawan"... heeeee... sib baik x jadik degawan!


Azie ckp lagi, bagus ada blog ni, sometime boleh ketengahkan bisness apa2 yg kiter ada, boleh tambah rakan taulan yg support bisness kite, n then boleh ramaikan network..., makanya... si polan pun mencadangkan, "camtu... masuk lah facebook, u bole advertise kat situ, lagi ramai kawan u boleh dapat! betul azie...."


Tetiba, teringat pulak....Nizah penah cakap pasal betapa syok nyer ada facebook ni, but aku x penah kisah.... hhuuuhuu... ntah leer, like a friendster n tagged... aku anggap facebook ni laman sosial yg x brp senonoh... ntah hape2 n sape2 yg add kite kat situ.... kadang aku naik heran, yg x bmoral terlebih sudah!


Tetapi hari ini...
aku mencuba n yes... berjaya create account facebook seperti yg dwar2kan.... yg herann, aku suke! Heeee... sbb, lps aku belek2... ramainya wajah2 yg aku kenali kat situ.... but, sehari ini aku sekadar memerhati sajork, selebihnya aku akan add dorang dari masa kesemasa....
Dusshhhh..... betul ker aku ni?


Sayang sure sporting.... x kisah pun aku ada facebook kaa.... headbook kaa.... kepalalututbook kaaa.... janji kena bijak bawak diri di alam maya ni. Kan cayangg kan kan kan???


Heeee.... itu le dia yg Azie nk share ngan korang.......... so, sape2 y ada facebook jom meriahkan site Azie. Kite bole sharing macam2, ada business kaa... ada komen kaaa... pendapat, buah hati, buah fikiran, apa2 buah ajer... sape yg nak add Azie, janji ada buah tangann... ;D


*Laman facebook saya masih dalam pembinaan, segala kekurangan hrp maklum!


wokess....... adioosss..... bye n salam.
~Salam sayang..... azie

Monday, September 7, 2009

Akhirnya Sempurna!!!

Salam buat semua.
Ramadhan kian berlalu............ Azie harap kawan2 masih di beri kekuatan untuk meneruskan ibadat yang maha hebat ini.

Dua hari menyepikan dari mencoret dan menjenguk kawan2, ada misi sebenarnya yang perlu Azie selesaiakn.
Alhamdulillah...... kesibukan Azie ni tak pernah menjadi penghalang di atas segala usaha2 murni. Agaknya berkat bulan ramadhan kot.

Secara tak rasmi, Azie nak share ngan kawan2, yang Azie sedang sibuk mengadakan satu program keusahawanan untuk kawan2 Azie kat luar sana.... Dua tiga ari ni sebenarnya Azie sedang menyiapkan laman portal / blog khas untuk program bisness Azie.
Haaaa.....
Tahniah jugak kat uols, sebab Azie tak akan lupa uols. Sape nak nak bersama Azie, Azie amat alu2kan.

Bukan mahu menabur janji, tapi... Azie just nak zahirkan niat murni Azie ni untuk bantu kawan2 melalui program yang sedang Azie giat lakukan. Alhamdulillah... setakat ni sambutan amat baik. Azie just bagitau kat uols, terpulang kat uols semua nk buat keputusan. Kalau rasa peluang ini bagus, garap dan kita sama2 gapai. Sekali uols sudi, seribu kali Azie sedia membimbing.

Azie tak nak citer lebih2....
Semua maklumat tentang program Azie tu, uols boleg tengok kat laman blog Azie lagi satu kat sebelah sinun.... ni dia.
http://mydcl2u-syazie.blogspot.com/
....WELCOME.....WELCOME....WELCOME.....

>>>>> Pesanan untuk kawan2 yang baik hati,
Sudi2kan panjang blog ini kat sahabat handai. Jangan lupa jadi followers. Sape2 yang jadi followers Azie kat situ, Azie gerenti bagi special price bila uols membeli belah produk2 Azie. SURE!.... khas untuk kawan2 jer....

Wokess sumer,
thanks sbb uols sudi support Azie,..................... cayangg sumer!

Salam hormat,
~Azie

Thursday, August 20, 2009

Rezeki Ramadhan

Salam n selamat malam buat semua....
Kini kita semua berada diambang ramadhan al mubarak. "Ahlann wa sahlan ya Ramadhann...."

Banyak persediaan yang telah dilakukan sempena ramadhan kali ini. Mental dan fizikal mestilah sentiasa seiring. Penyerahan dan pengharapan hanya padaNya....

Rezeki ramadhan kali ini datang melimpah ruah, pemberian dan anugerah dariNya atas usahaku yang tak putus asa. Syukur dan terima kasih Ya Allah.... memberikan aku ruang dan peluang untuk kesekiannya...

Ari ni Sepul beli 2 biji periuk besar.... ni dia, ambik koo....
Ooh.... semangat aku makin membuak2 untuk meneruskan perjuangan dan ibadat padaNya. Mencari rezeki itu suatu ibadah.... begitu juga dengan kami. Sumber pencarian rezeki kami lebih kepada perniagaan, dan kesempatan ini dtg dengan begitu banyak peluang.

Tahun ni, kami dapat tapak bazar di PKNS Bandar Baru Bangi. Nantikan kemunculan kami di sana. Untung2 korang boleh jumpa Azie. Ahaks~

Setakat ni, perancangan rapi dah dibuat n xde apa2 masalah. Harap semuanya ok sehinggalah hari pertama operasi kami esok hari. Kat sana Azie dah arrngekan dua org staff utk tolong Sepul, berharap jugak rezeki melimpah ruah untuk kali ini.

Kat bazar ramadhan nanti, kami tampilkan menu istimewa dari Restoran Rasa D'Timur Barat iaitu Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa , Aneka Sup & Aneka Kerabu....

For alls, yang tingal area Kajang dan Bandar Baru Bangi, sudi2kan singgah ke gerai kami. T.kasih....
Info niaga bulan ramadhan Restoran Rasa D'Timur Barat:
1) Tapak bazar ramadhan : Tapak bazar PKNS Bdr Baru Bangi
Waktu niaga : 4ptg hingga 7.30mlm (sehingga waktu berbuka)
No gerai : 202
Menu : Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa, Aneka sup & Aneka Kerabu
Penyelia / pengurus gerai :
Chef Saifuddin Nawawi (Sepul) - 012 2643016*

2) Restoran Rasa D'Timur Barat
Waktu niaga : 4ptg hingga 4pg (waktu sahur)
Alamat : No 9, Jln Sek 3/2 Tmn Kajang Utama
Menu : Lauk pauk tradisional, ulam dan kerabu, masakan panas (Tom Yam Thai), Sup, aneka kuih muih.
Penyelia / pengurus restoran :
Rozila Nawawi (Azie) - 019-3311678*

*Sila hubungi pengurus gerai / restoran untuk pertanyaan atau tempahan.
Kesempatan yang ada ni jugak, Azie nak mintak maaf dari semua especially kawan2 blogger kt sini dengan ucapan selamat menjalani ibadat puasa. Semoga keberkatanNya mengiringi ibadat suci ini, aminn.

Salam hormat,
~Azie.

Wednesday, July 1, 2009

PERCUMA!!!

Salam n happy evening kat uols............ harap hari ni uols ceria dan gumbira semuanya...
Azie ada berita menarik dan tertarik... TAWARAN HEBAT.

Korang masih ingat tak pasal Azie selalu duk gembar gemburkan tentang progran Dr Azizan, macam2 laa Azie citer... pasal WRTL n apa2 ajer tu. Azie rasa uols pun selalu gaks tengok iklan dari Dr Azizan berkenaan program terbaru, Seminar Kenali Potensi Diri.
Kalau ikutkan nak attand kos tu, mahal gak... kos sebenar around RM400++. But, sempena ulangtahun WRTL yg pertama, tiket tu diberi percuma... just bayar duit proses jer sebanyak RM30 utk satu tiket.

Ari tu, Azie dah amik 3 tiket = RM90.... saja amik lebih, ingat nak ajak hby ngan Ateh joint jugak. Tapi.................................... tetiba ari ni, abg long n adik bawak invitation card dari tadika. Parents di jemput utk hadir satu event kat tadika, pada tarikh yang Azie kena g seminar tu. Uhuksss....
Azie tak fikir panjang, Azie terus decide utk tak pergi seminar tu semata2 nak bagi moral support tuk abg long n adik. Frusst jugak sebenarnya... tapi, Abg Long n adik lebih penting.
Apa jadi kat tiket tu?????
Ini yang nak offer kat korang.
Azie berbesar hati nak kasi kepada sesiapa sahaja tiket ni secara PERCUMA. Azie ikhlas tolong bayarkan kat korang ni..... cepat... cepat....Mehh sesapa yang nak kan tiket ni, Azie boleh kasi. Better u uols kat area Lembah Klang laa... pasal masa pun dah suntuk sangat.

Jumlah tiket yang Azie nak kasi PERCUMA tu : 2 Tiket
Harga Tiket : Harga sebenar RM400++, tapi Azie bayar masa nak amik tiket sebanyak RM30 X 3 (Bayaran proses)
Bayaran yang Azie nak kenakan kat korang : TIADA
Tarikh seminar : 4 Julai 2009 (Sabtu)
Tempat : PWTC (Dewan Merdeka)
Waktu : 8.30 pg hingga 5.00 ptg

Seminar ni sangat berguna dan Azie harap uols tak akan lepaskan peluang ni.
Kalau nak info serba sedikit pasal seminar ni, boleh link ke blog Dr Azizan:
Kepada sesiapa yang berminat boleh contact Azie segera!!!!............. 019-3311678

Monday, June 29, 2009

Azie demam~

::Assalamualaikum WBT::
Entry ini ditulis, tatkala Azie ada tenaga sket selepas terjelupuk satu pagi kat opis ni. Tadi baru makan nasi setengah mangkuk, minum limau suam.. n makan ubat. Huhu….AZIE DEMAM…. Betul2 tak larat, demam kali ni siap tangkap sendi2 pulak tu… Na'uzubillah... harap demam ni, demam biasa2 jer, tak de kaitan dengan apa2 virus yg sedang berleluasa. Uhukss~


Start ngan adik ptg semalam la ni, adik yang demam, then tetiba ibu pulak…
But ibu fully respect kat anak ibu… walaupun adik belum ok sangat… tapi adik betul2 gigih pegi tadika ari ni… tahniah tuk adik…
Tengok laa muka monyok abg long n adik masa siap2 nak pegi tadika pagi tadi…
Lps antar abg long n adik, Azie sampai ofis kul 9.10am. Abg pulak bz kat workshop adik dia, ada urgent matters! Agak2 tak boleh tahan, Azie minta alang antar g klinik, sebelum melarat. Doktor kat Klinik Zalfah tu kasi ubat bukan main lagi banyak… ahaahAAahaa… aku bukannya makan pun kang banyak2 tu!

Uhuhuhu.... Ni picture yang alang snap pakai hp dia.. iskk… sempat lagik tu!...


(Cian azie kang... memang x larat gileerr... sampai tetido kat keta)

Alkisahnya~ Ptg smlam bukan main lagi kami plan itu ini, macam2.... tu laa cakap… apa yang kita rancang x semestinya terlaksana. Tapi.... lepas kemas2 ofis semlam, tgk adik lain macam merengek. Pastu baring jerk atas sofa, adik batuk2, hurrmmm… sah adik tak berapa sihat.
..................................................................
So… slowly pujuk abg long,
Azie : “Kita g tengok transformer len kali laa bang long yea? Cuba rasa badan adik ni, panas je…” Along long letak tangan kat dahi adik… dia tak cakap pe2, cuba mencebik jer, macam tak puas hati sbb x dapat tunaikan hajat dia. Uhh… serba salah dibuatnya.
Azie : “Sian kat adik kan…” Azie cuba menarik perhatian.
Abg long : “Yea laa….. tapi ibu kena beli puzzle BEN 10 yang abg long cakap tu”
Uiksss…. Siap kena tebus janji pulak.
................................................................
Apa2 aje laaa,… nasib baik puzzle tu harga 3 hinggit jerk! Hehe
Ptg semalam sebelum balik rumah, sempat singgah pasar malam. Belikan jigsaw puzzle tuk abg long. Oleh kerana adik x berapa sihat, Azie pun macam xde selera sangat, so beli buah ajer.Sbl gerak dari ofis sebenarnya Azie dah jamah Keaw Teow Ladna, kat Restoran DTB… tapi x abis pun…
Sampai umah, ngam2 masuk waktu Isyak. Abg long kusyuk buat jigsaw puzzle yg baru beli, so Azie tak ajak abg long solat ngan ibu sekali. Kasi cuti laaa.. Sebab nengok abg long pun cam xde mood jerk… huhu.. Azie sgt2 rasa bersalah. 3 menda yang tak tertunai utk dia ni,
(1.Tgk movie, 2. makan kat BBQ Chicken, 3. Pegi jalan2)
Lepas kasi adik makan ubat demam (paracetomol), tuam badan adik n adik tido dgn lena…zzZZzzz…. Harap2 adik cepat sembuh. Rasanya adik tak la serius sgt, macam baru2 nak kena demam camtu. Abg long pun tido agak awal mlm tadi. Lps abg long n adik tido, Azie meneruskan t/jawab spt biasa, prepare beg dorang utk ke tadika, lipat baju, iron baju sekolah n mcm2. Start mlm td jugak kepala Azie dah mula denyut2…
Pagi tadi, tgk reaksi adik macam ok jer, sekali kejut jer dia terus bangun menuju ke bilik air. Masa mandikan adik, Azie dpt rasa suhu badan adik dah kembali normal. So… adik boleh pegi tadika macam biasa, harap adik ok.

Azie pulak, dah alang2 dtg ofis, lepak aje laa kat sini walaupun diserang demam2 rinduu ni,.. ahaksss!
Until now pun, xde satu keja pun yg Azie buat. Hahaa… ni haa gigih2 jengok blog n bukak YM, saje usha kengkawan kat situ. Tgk listing on9 member kat YM, macam ada kekurangan jerk… UhuHhuUUuuUHuu…. So, xde mood! Zasss.. terus offline!
For now, dah ringan sket rasa kepala ni, nak solat zohor n nak balik lepak kat umah… lalalalaa~

Doakan azie kembali sihat dan ceria spt biasa…. Aminn…
Tattaa tittiii tuttuuuu………… chiowwsss…
Salam~

Friday, June 19, 2009

Azie OK!

Assalamualaikum WBT semua...
Selamat hari Jumaat, (kpd mereka yang bekerja, hari ni merupakan hari yang paling beshh, tul tak..?)
hehehe.....
Ni haa, azie nak kabor,
Oleh kerana ramai sangat yang duk YM azie, sent msg kat TAGGED azie... dan bertanya khabar azie. Tapi... azie tak berkesempatan nak menjawab... so, Azie mintak maaf banyak2. Yer laa kalau hari2 Azie nk jawab, betul2 tak sempat.
Tak mau laa ada yg cakap Azie sombong, nk balas kt YM pun tak sempat laa... ada yg siap marah2 pun ada! isskkk...,
Azie da bgtau, kalau nk tahu cerita terkini Azie, business or family Azie, just jenguk2 blog ni. Buat masa ni, Azie sentiasa sihat. Insyaallah, kesihatan Azie akan sentiasa baik tanpa sebarang masalah, kalau Azie tak sihat atau ada apa2 perubahan nanti Azie buat pengumuman kat sini, k!
Terima kasih kepada kawan2 yang prihatin... Azie sayang semua.