Tuesday, December 22, 2009

DCL Road To 2010 Seminar

DCL Road To 2010 Seminar... berlangsung di Empress Hotel, Sepang 19-20 Dec 2009.

Mcm seminar yang lepas2 juga, pengisian kali ini berkisar kepada bina semangat, motivasi dan jati diri. Apa yang lebih best dan bermakna, bila seminar ini turut menampilkan Dato' Stapa dan Dato' Azlina sendiri sebagai penceramah dan motivator sepanjang 2 hari ini. Lihatlah dunia, betapa mulia hati dua insan ini... yang tidak pernah kenal erti penat, putus asa dan kental jiwa raga dalam mempekasakan ekonomi ummah sejagat, terutamanya rakyat Malaysia. "Pemimpin yang berjiwa pengedar"... ungkapan yg sering meniti dibibir para pejuang DCL.

Maka tidak hairanlah, mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan meraih status jutawan melayu terunggul. Sebelum ini, seminar ini dinamakan Road to Crown Seminar, kerana pengisian lebih kepada cara dan pendekatan yang jelas untuk mencapai pangkat dan pendapatan yang tinggi dalam DCL.
Sepanjang kurang lebih 48jam berada dalam program tersebut, minda sarat terisi dgn pelbagai ilmu bermanfaat. Info syarikat, perincian tentang marketing plan, motivasi, perkongsian pengalaman dan macam2. Sesekali jiwa tersentap dgn apa yang disampaiakn oleh penceramah program. Dato' Stapa, CA Hjh Sarina Hashim, Cikgu Mursyidi, Mahaguru Zul, Pak Raja, CA Kamarudin, ... inilah nama2 yang cukup gah dipersada perjuangan ini, mereka yang sering tidak putus asa membangkitkan semangat dan kekuatan kami, agar tidak terus tersungkur dan terus mengharap ihsan Ilahi. Benar! Kejayaan tidak akan kita terpa tanpa usaha dari diri sendiri, pengorbanan yang kita labur bukan sedikit nilainya, ujian mendatang tidak akan putus2 kita hadapi, kasih sayang yang perlu dicurahkan bukan diukur dgn wang ringgit, sudah pasti menuntut keikhlasan dan kejujuran yang jitu, baik kpd diri sendiri, rakan niaga, rangkaian sendiri, keluarga, anak2, dan lebih2 lagi kpd Allah SWT.

Tamat program semalam, tertanam satu azam yang kukuh dan padu dalam hati aku. Aku tak akan rela sedikitpun impian aku berkubur walau datang seribu dugaan, ketepikan kau gunung, ketepi kau laut... aku akan hadirkan diriku biar sampai kehujung dunia. Perjuangan ini tak akan selesai, mengalah tak bererti kalah, aku undur setapak kebelakang adalah semata2 untuk membuat pencutan luar biasa, agar aku bisa menggegarkan dunia.. dan aku tidak akan malu menyatakan akan lahir seorang lagi serikandi dalam barisan perjuangan ini.

Just nak share dgn u all, dalam seminar semalam aku dapat satu penganugerahan. " The Best Presenter - Woman"................. sebenarnya, kemenangan yang lebih bermakna adalah kerana aku berjaya menyahut cabaran untuk tampil dan mengupas isu yang dikemukana. Peserta lain yang sama2 memberi persembahan semalam tak kurang juga hebat. Congrats for all. Dengan kemenagan ini, terpikul lagi satu amanah dan tanggungjwab yang amat besar dibahu. Seperti kata bisikan CA Hjh Sarina, inilah laluan terbaik untuk awak buktikan yang awak memang bakal menjadi pemimpin yang hebat dlm DCL. Ucap tahniah dan dorongan kawan2 bukan harus di pandang enteng. Apatah lagi, bersama plag kemenangan semalam, CA Hjh Sarina turut menyumbang cenderahati yang sungguh bernilai. Sejadah yang cantik, wangi dan bersih... adalah milik beliau sejak tahun 2003. Diatas sejadah itu, beliau menunaikan kewajipan, berdoa dan berharap kpd Allah... sehinggalah hari ini, setelah dikurniakan dengan pendapatan ratusan ribu, dan berjaya dalam karier beliau. Meraih pangkat tertinggi dan menjadi serikandi tersohor dalam DCL. Sejadah yang dihadiakan pada aku itu juga, telah dibawa beberapa kali oleh beliau ke Makkah dan Arafah ketika menunaikan ibadat haji dan umrah. Sewaktu menyampaiakn hadiah sejadah tersebut, teresak2 dia menangis seolah2 tidak sanggup jika aku mengsia-siakan erti besar yang telah dibawa oleh sejadah itu, ada sentimental value yang tinggi katanya.
"Akak... Azie janji, azie akan teruskan perjuangan ini dan buktikan kemampuan azie. Azie akan malu utk jumpa dan mendepani akak tanpa membawa apa2 kejayaan, ITU JANJI AZIE" - Dedikasi juga buat mama, insan tersayang, yang bertanggungjawab membawa Azie ke dunia DCL CA Syam yang dikasihi, anak2... adik2 dan kawan2 yang tak pernah jemu memberi sokongan. Luv u all.....

Bakal pemimpin dan jutawan hebat

Semangat bakal2 CA dan jutawan DCL

Bersama Pengasas 2 Dato' Azlina

Bakal Serikandi CA Azie

Soulmate... Bakal CA Rozi

Pejuang muda DCL bakal CA... Wan Mohd Azizol

Bersama CA Hjh Sarina Hashim

Bersama pemimpin hebat yang dikasihi CA Zainal Bahri (upline)

Mama, abang, along, adik.... adik2 along, kawan2 dan semua... doakan kejayaan saya, terima kasih, alhamdulillah.....

'berhenti berharap.....'


kdg2 kita menyalahkan orang lain yang memberi harapan,
tapi mungkin kita yang tersalah tafsir harapan yang diberi,

kdg2 bila kita menyangka cerah sampai ke petang,
tapi rupanya hujan di tengah hari,

kata orang, percaya pada gerak hati
tapi ada kalanya ia juga tersilap,

ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku,
mungkin hikmahnya belum tampak sewaktu kita amat sekali memerlukan dorongan serta kekuatan,
namun itu tujuan nya kita harus bersabar,
menerima kenyataan pahit itu setenang mungkin

p/s : mungkin ini saat dan ketikanya untuk aku berhenti berharap..

Tuesday, December 15, 2009

Hafiz Wedding n Road Tour De Malacca

Peristiwa : Majlis Perkahwinan Hafiz & Jue
Tarikh : 06 Dis 2009
Tempat : Kg Semabok Dalam, Duyung Tengah Melaka.

aktiviti sampingan....
Peristiwa : Jalan2 pusing Melaka, Azie & adik beradik n d geng'
Tarikh : 06 Dis 09
Tempat : Sekitar Bdr Hilir dan tempat2 bersejarah dan tempat2 yang mana sempat kami singgah.... ;D

Entry yang pending tapi belum basi....
Last 2 weeks berlalu.... penat lelah dah ilang semua pun. Ecececeeh.... macam laa teruk sgt buat keja. Pengantin lagi penat. Sian kena cuci periok besau2.... yang tu dah jadi adat mana2 tempat. Asal abis kenduri jer, pengantin kena buli sental periuk belanga. Sib baik time Azie kawin dulu, sempat ngelat. Hahaaaa.... aci tak?

Wokess... petang dah berganjak ke malam,
Ketandusan idea sudah. So... biarlah gambar berbicara. Sebenarnya byk pix yang x terambik pasal  time kelam kabut tu, lupa nak lantik tukang ambik gamboor. So, layann ajork.

Sbgai tuan tanah n org yang agak rapat dgn family pengantin, sudah pasti Azie menjadi org yg paling busy. ewahhh ewahhh...
Sampai nak tukau baju pun x sempat. Bila mama n family sampai dari Kajang, sempat layan mana patut jerk. Then... dgn kelam kabut juga menyertai rombongan mama n anak2 utk pusing Bandar melaka, tanpa sempat tukar baju jugak. Kali ni abg dengan agak sporting nak ikut kami... lalalalalalalaaaa~





















Sekian sudah...... ouchh, penat laa nak upload gamboor ni byk2. gambar2 yg berbicara tuh semuanya sbg kenangan Azie n family. korang suka x suka,... no hal. Apa yang penting.... kami happy!...........

Next destination...? Nantikan entry seterusnya................ bye. Salam....

AKU TIDAK AKAN MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA


Aku tidak akan memilih menjadi insan biasa
Malah aku berhak untuk menjadi lain dari yang lain
Kini aku mencari-cari peluang bukan jaminan
Aku tidak rela menjadi insan yg terkongkong,
Menjaga diri dengan merendahkan diri dan menipu,
Aku berhasrat mengambil risiko yg terkira,

Untuk bermimpi dan membina, untuk merasai kegagaan dan kejayaan
Aku enggan menukar cita-cita untuk kehidupan yang sepi
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari hanya kewujudan yang sia-sia
Aku lebih rela menghadapi cabaran hidup dari kehidupan yang terjamin
Kegentaran pencapaian menggantikan utopia yang kaku
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan
Walaupun menggadaiakn maruahku dengan hanya hidup menerima

Aku tidak akan tunduk kepada sesuatu yang mengakui ‘ penguasa’
Atau mudah tunduk jika diancam

Adalah menjadi warisanku untuk berdiri teguh, bangga dan berani,
Untuk berfikir dan bertindak sendiri
Menikmati hasil kejayaan sendiri
Menghadapi dunia ini dengan berani
Lalu berkata “INILAH HASIL USAHA AKU!!!”

Kerana inilah ertinya kehidupan sejati.

Im Back... CAKKKK!!!

Salam...

Hai hai hai....
Muahss muahsss....
Winduu nyer kt uols. winduu lagi kat blog daku yg sudah lama kesepian ni. Ehee... ini pun tgh bersiap2 pegi jumpa customer. Sempat menjengah kejap, sbb tadi terpandang msg Alang kat sebelah. A' aaa laa.... baru perasan yg Azie mm dah lama tak story mory kt blog ni. Sori Alang, sori kengkawan,.... xtually Azie betuoii2 busy lately.

Okehss... bermula dari detik yg diam membisu tuh, sampai laa hari ni, rasanya banyakkk sangat peristiwa, cerita ceritut yg Azie lalui n nk share ngan uols. ;)
.............. About life, karier, bisnes, my heros... cayang... n mcm2.

Kang kalau nk citer skrang mau sampai subuh esok baru abis ni. So.. diringkaskan mana yg berpatutan shj... len kali kita sama2 citer lagi.

Mmmm... apa ek, (tak tau nk start dari mana...)
Camni.... Azie mula sibuk sejak full ccntrate jadi property negotiator n handle beberapa listing property, mengaturkan mcm2 strategi utk dapatkan buyer n melalui beberapa proses pembelajaran. Huhhh... mencabar jugak jadi negotiator ni tau! Kata org, bekerja dgn cabaran, membuat kita lebih matang, berani, kental.. n of coz snng berjaya. Nak tak nak.. bila dah nmpak peluang dan mula buat apa yg kita minat, x kira apa yg berlaku kena facing jugak. Insyaallah... walaupun agak merangkak n masih bertatih... so far Azie rasa masih enjoy n happy. Waaah wah... nak nak bila dapat close deal ngan buyer.... lalallaaalallala~
Apa yg penting...
Rezeki Allah Taala ada dimana2, dan bergembiralah bagi orang2 yang tahu menilai nikmat yang dikurniakan olehNya... dengan penuh rasa syukur dan sentiasa berusaha utk menjadi lebih baik.

Yang membuatkan Azie lebih busy adalah utk menguruskan workshop. Biasalah... hujung tahun camni, mcm2 nk kena sttled. Sib baik budak2 ni sporting... abg n ayie yg selalu support n faham. Klau dlu 80% waktu Azie di ofis workshop, uruskan mcm2 hal... dari order brg, deal ngan customer, stock, akaun n admin... sekrang tidak lagi...!!! Cuma hujung tahun camni, kena buat internal audit, sendiri kena ingat laa... kang meniaga penat setahun, untung rugi ntah kemana. Huuuh............ ponatt tau mok cik!




SEKITAR SEMINAR BINA JUTAWAN, CHERATING NOV'09

Yang bertambah2 busy jugak.. pasaii nyer, tgh build up DCL group. Semangat aku sebagai seorang pejuang n usahawan DCL tak pernah luntur. Bisness ni azie still pertahankan kerana ada sesuatu yg amat2 berharga. Ada tanggungjawab yang terpikul n ada rasa kasih sayang yang erat diantara Azie n rakan niaga yg lain. Walaupun dah buat keputusan utk ccntrate buat property tapi, Azie masih sempat turun padang n bantu rakan2 niaga yg lain. Lagipun, waktu  bekerja utk buat property n jalankan DCL ni, fleksibel. Orang nk ckp apa pun... terpulanglah, yang penting diri sendiri, tahu membahagiakan masa ... bijak mengatur strategi, n pantas bertindak. Lagipun Azie dah buat DCL sbl buat property lagi, bukan simply nak tinggalkan bisnes ni, ada nilai tertentu yg harus Azie pelihara. Duduk bangun bisness DCL ni, adalah sama penting dgn bisnes2 lain yang Azie buat dan majukan. Alhamdulillah... rezeki smkin bertambah n perjuangan ini tetap diteruskan dgn langkah gagah n berani. "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, kerana orang berjaya sentiasa mencari cara, orang gagal mencari alasan.." U ols tolong doakan Azie n thanks sayang yg x jemu2 support saya........


IBU, ALONG n ADIK... ;D
mmmm........ story about my cutie, my hero's n my love....
Banyak jugak cerita menarik. Akhir penggal persekolahn tu ari, abg long terima sijil n dapat piala khas untuk katogori "Pencapaian Pantas & Terbaik" - Alhamdulillah, abg long sentiasa membuat ibu rasa bangga. Graduation days di TBBK berjalan lancar n ibu akan kongsikan saat2 manis abg long terima sijil n hadiah tu, next entry k....

Cuti sekolah sudah tiba, n seperti biasa.... perancangan cuti-cuti malaysia sempena cuti sekolah sudah tiba. Last week pusing2 n ronda2 Malacca, next week insyaallah... kita akan teruskan perjalanan ke destinasi lain yg dirancang. Tungguuuuu story kami......... K!
Every weekend pulak, ibu sgt busy bila kena jadi dreber tegar bawak abg long n adik pusing2....  kemana??? heheee.... abg long dah pandai merungut, "asyik2 Putrajaya... asyik2 Putrajaya..." hahaaaa,... kita okeh apa, tiap2 minggu boleh lepak putrajaya kan. Orang len yang duk jauh2 sket punya bangga dapat dtg Putrajaya, kita yang dah selalu pegi ni, jgn suka2 nk rasa bosan kaa... hampeh kaa... menyampah kaa.... heeeeeeeee ;D ............. pepun xtiviti swimming kita last week sangat2 beshh........ nyummm....
then, minggu lagi satu pulak, kena rest n persediaan mental n fizikal utk abg long ke standard 1. wahhh wahhhh..... ibu pulak yg teruja n terlebih sudah....

Lagi.... lagi... n lagi....
Sepanjang bulan Nov n Dec ni, jadual keja sangat2 padat, 9am to 10pm, Mon to Sun - everyday. Fuhhh.... penat!
Outstation n attand seminar, course, meeting, .... walaupun agak memenatkan tapi, bila dah namanya tanggungjawab, keikhlasan kita dlm melakukan kerja2 kita akan menjadi lebih mudah n teratur. End of last month, Seminar Bina Jutawan yg berlangsung di Cherating, sgt besh n azie akan share n uols. (Tunggu next entry), Wedding Hafiz di Melaka tak kurang hebatnya bila kita menjadi org penting n dapat bermesra alam dgn saudara mara jauh n dekat. Lagi.... meeting2 mingguan di Rescom jugak, sentiasa memberikan perangsang n semngat baru, thanks all friends esspecially my bos, En Burhan.

Wokess sbl melalut... better Azie mintak diri dlu. Azie nk siapkan keja n sambung discussion. Insyaallah, nnt citer lagi............ adiossssssss, buiiii. Salam.

Friday, November 13, 2009

Hidup Biarlah Selalu Menghargai

Dedikasi buat sayang & semua teman-teman dan sahabat Azie, walau dimana anda berada. Dengan untaian doa, semoga kasih sayang & ukhwah kita terus berkekalan. Aminn.....



Saat bertemu dgn org yang benar2 engkau kasihi

Haruslah berusaha mmperoleh kesempatan utk bersamanya, seumur hdupnya…
Krn ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat

Saat bertemu teman yg dpt dpercayai, rukunlah bersamanya
Kerana seumur hdup manusia,
Teman sejati tak mudah ditemukan

Saat btemu penolongmu, ingat utk bsyukur pdnya
Krn dialah yg mngubah hdupmu

Saat btemu org yg pernah kau cintai
Ingtlah dgn tersnyum utk bterima ksh
Krn dialah org yg mmbuatmu lbh mngerti ttg kasih.
Saat bertemu dgn org yg pernah kau benci
Sapalah dgn tersenyum, kerana dia membuatmu lebih teguh n kuat
Saat bertemu org yg pernah mengkhianatimu
Baik2 lah bbncang dgnnya
Krn jika bkn krn dia, hari ini kau tak mngenali dnia ini,
Saat btemu dgn org yg pernah diam2 kau cintai
Berkatilah dia.
Krna saat kau mncintainya, bukankah kau mengharapkannya bahagia?

Saat btemu org yg bergesa2 meninggalkanmu
Berterima kasihlah krn ia pernah berada dlm hidupmu
Krn ia adalah bahagian dari nostalgia n kenanganmu


Hidup biarlah selalu menghargai.....

Thursday, November 12, 2009

Tadika Kanak-Kanak Bijak; Hari Sukan

Bismillahirrahmannirahim....
Salam n selamat malam semua...

Menggil rasa nak taip entry malam nih, punya laa lama x mencoret2 kat sini. Udah jadi bilik mayat ker hape blog aku nih. huhuuuuu.....
Ntah lerr, dengan idea yang kering kontang, gagah jugak utk sharing apa2 yang patut kat uols...

ahaaa, bagus jugak. Kan blogging ni salah satu terapi minda. (Sebenarnya hari ni jiwa lara... uhukss~)

Feel aku... "Lamanya tak menjenguk 'mindaserikandi'

Alangkah banyak nyer jugak citer yg Azie nk share ngan uols....,
Begini laah jadinya bila dah bertukar profesion (betoii ker spelling tuh...hahaaa .. abaikan) but aku still seorang businesswoman tegar. Heee;D
Apa yg duk sibuk sgt??? tu leeer..... hari2 ada jer apointment. Bila kala nyer aku nak berblog??? Tapi Alhamdulillah, itu laa namanya rezeki n apa yg lebih penting jgn lupa diri, selalu ingat Dia dan Syukur dengan setiap kurniaanNya,.... amin....

Wokess, pasai dah lama x jenguk, ni nak tayang story about my kids. Yang lebih utama mengabadikan kenanagn n kisah dua org permata hati ibu nih. (harap2 blog ni panjang umur )

Abg long yang dah semakin membesar, dah tumbuh gigi baru dan dah pandai macam2. Tak kurang jugak dgn adik. Tapi tu leer, bila masing2 dah cerdik pandai, panjang akal bukan main. Macam2 ragam ngan depa ni.... isk, pening jugak sekali sekala.

Ini kisah sebulan yang lepas....
Aktiviti depa kat umah, kat sekolah,... uiksss macam2. Sama naik busy nyer dgn ibu dorang. balik sekolah jer dorang sibuk2 nyanyi... ada lagu baru yg teachers ajar katanya. Owwhhhh, rupanya lagu untuk sport day, heeeee.....
Sangat2 hebat n ibu sgt bangga dgn anak2 ibu, 10.10.09 blangsung sport day di TADIKA KANAK-KANAK BIJAK.............. Abg long n adik menunjukkan kebolehan dan kegerdasan yang luar biasa hebat. Hasilnya... taraaaa............Jom layan aksi2 abg long n adik sepanjang Hari Sukan Tahunan TKKB.








Abg long collect 2 Pingat Emas dan Satu Perak,
Adik pulak, 2 Pingat Emas dan Satu Gangsa.


Thanks to all teachers yang bagi tunjuk ajar dan melatih anak2 ibu. Ibu akan sentiasa memberi sokongan padu kat anak2 ibu, dalam susah atau senang, dalam suka atau duka. Really love both of you, sooooo much!

Salam buat semua, salam sayang~Azie,