Monday, December 28, 2009

Ceritera 3 hari 3 malam

Entry kali ini agak panjang lebar... harap sudi layann. 3 in 1... sbb nk jimat masa, jimat idea n jimat tenaga elektrik.. heheheheee.....

Assalamualaikum WBT
Salam perjuangan, salam kasih sayang to all bloggers dan viewers...

Dua tiga hari yang berlalu ni aku betul2 busy. Dalam saat2 akhir menghabiskan cuti sekolah, menyediakan persiapan utk abg long ke standard 1, meneruskan tugas2 seharian dirumah dan ofis, menyelesaikan urusan client dan customer... Uhhh, sangat penat rasanya. Tapi, inilah aku.. selagi ada kudrat dan kekuatan.... kasih sayang dan sokongan insan sekeliling... ketegaran aku seorang serikandi tdk pernah menjadikan kesibukan itu sbg halangan. Sesekali aku juga tdk terlepas pandang dlm mnyempurnakan kewajipan dan tjawab pd family terutama buat abg long n adik...

Last friday, 25 Dis
with Zura go to KL.. convince mmber Zura utk joint dan hantar stok DCL... Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar. Hahaaaa... aku ngan Zura ambik kesempatan shopping2 ke SOGO n  Jalan TAR, bayar zakat hujung tahun kata Zura... Y.E.S yang ntah haper2... mengempiskan wallet aku ptg tuh.. huhuuuuu....

Belah malam pulak... aku bgegas ke Putrajaya... jmpa property customer untuk urusan tanah lot banglo. Nasib baik bawak budak2... so, boleh jadikan reason utk aku tidak berlama2 dan berbual2 dgn dia n d geng.. tambah2 aku mmg penat gileer. Takut woooo tgk abg tuh dgn geng dia, ala2 castello tuh. Hebatt... hebat... yg sebetulnya depa ni, broker gak.... Pepun, hopefully aku boleh relase property ni as soon as possible. Insyaallah...
Selesai urusan ngan depa.... bawak budak2 main keta control n bola kat Dataran Putrajaya. Hurmmm budak2 ni.. mmg x penah2 boring. Nak wat canerr... layann ajork..........








Esoknya Sabtu 26 Dis,
Aku bangun seawal 5.45am. Selesai solat subuh dgn tenang... doa aku agak panjang hari ni. Ntah aku x tahu knpa... mcm ada sesuatu yg tidak kena. Hati aku sedikit meruntun sayu. Padahal beberapa hari sblmnya aku cukup bersemangat mennatikan tarikh 26 Dis ini, utk aku hadir ke International Convention DCL. urmmmm... alaa, biasalah aku. Sering sgt bermain dgn gerak hati.
Sampai di Stadium Melawati kurang lebih jam 11am pagi itu... aku seperti belasan ribu tetamu pagi itu sgt teruja dgn majlis yg agak besar dan julung kali diadakan dan dihadiri oleh aku sendiri.
"Ibu.... cantik laaa ibu"... pujian abg long terngiang2 masa aku nk keluar umah pagi tu. Anak ibu sudah pandai memuji. Dress yang aku pakai hari tu agak kontroversi dan menjelesskan Ateh n Cik De... heheeeeeeee. Inilah kali pertama aku pakai dress tu selepas hampir setahun memilikinya. "You look cute.." kata akak  Lyn masa jmpa di stadium. Haaa... baru aku confident yg dress aku ni sedapp pada mata memandang. Sorry x snap pix pun cozz... sepanjang majlis tu sampai malam.. aku agak moody.
Kenapa??? susah nk subscribe jiwa lara aku kali ni. Sebenarnya lebih kpd sakit hati. Dalam majlis2 spt ni, nak2 dalam majlis anjuran syarikat MLM... biasanya kita akan lihat pemimpin (upline) akan menguruskan anak buah nyer dan saling memberi sokongan. Ini idakk... upline aku main sorok2. Siap x jawab call n aku rasa mcm tak dihargai langsung. Menda2 sebegini lah kadang2 menjadi semangat aku turun dan turun... sampai paras tumit kaki!!!! Sori terpaksa melepaskan ketidak puasan hati aku kat sini... sbb aku betul2 terasa dgn sikap dia kali ni. Nasib baik abg2 dari GlobaLine... abg yatim, Azrol, Abg Rizal n CA Azmi yang sllu support dan bg semangat kat aku, Zura, n dline aku kt sini. Really appreciate them n aku janji akan buat yg terbaik dalam bisness ni.

Utk upline aku td... aku still positive thinking... aku bagi chance n maybe dia alasan tersendiri. Wishing him gud luck n aku tahu... kejayaan kita dlm this bisness MLM ini lebih kepada sikap kita sendiri, kesungguhan sendiri... bukannya terlalu bergantung harap pada org lain, terutama upline. Apa yg penting... kita sendiri mesti memnjadi pemimpin yang baik dan jujur terutama kpd rangkaian dibawah kita, atau dgn kata lain... jaga downline kita tanpa memandang apa yang org atas dapat or buat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui ttg apa yang aku rasa dan aku usahakan... semoga mendapat ganjaran dan keberkatan dariNya.
Dgn rasa bangga juga... aku berinspirasi dgn kejayaan 8 orang Duta Juta CA DCL yang di nobatkan pd hari tu dgn mendapat peransang utk aku melakar sejarah tersendiri dimasa2 akan datang.

Majlis berakhir jam kurang lebih 6pm... perjalanan menaiki bas ke BC Kajang agak lama terasa walaupun dari Shah Alam ke Kajang shj. Maybe keadaan traffik yg sedikit slow... tambah2 hati aku x berapa keruan dan hari itu tambah meruntun jiwa lara aku dgn huja renyai2. Seharian dalam majlis sebegini, boleh buat badan penat jugak... Esoknya aku kena joint lagi family day atau majlis ramah mesra ahli DCL group GlobaLine dibawah pimpinan CA Azmi. Maybe sempena meraikan kejayaan Ca Azmi yang baru dinobatkan Duta Jutawan. Pepun, aku terharu n bbesar hati atas jemputan dan pelawaan dorang walaupun aku sedikitpun xde kaitan ngan group dorang. Haaa.... ni lah best nyerr DCL yang sgt memntingkan ukhwah, kasih sayang, dan tidak mngira kita dari rangkaian mana. Apa yg penting, sama2 ikhlas utk bantu antara satu sama lain, bukan pandai cakap tapi....  cakap x serupa bikin!

Semalam Ahad, 27 Dis
Support aku pada GlobaLine utks sama2 memeriahkan family day di Dusun DCL, Janda Baik, Pahang. Kawasan perkelahan ini, mmg dinamakan sedemikian sbb ini tanah yang dibeli dan dibangunkan, diperelokkan dan dipercantikkankan oleh pihak pengasas DCL sendiri, Dato' Stapa n Dato' Azlina. Mmg cantik sgt kawasan air terjun ni. Perghhh.... seharian program yang sgt meriah... mmg  puas berada disini. Betul2 dapat releaskan tension dan jiwa aku yg sblmnya agak kacau. Kah kah kah... Aku, abg long n adik beserta abg yang sama2 ikut....
Seawal jam 8.30 berkumpul di Gombak dan ala2 konvoi ke Janda Baik... Sampai jerr abg long n adik teruja utk mandi. Aku pun sama.... heeeeeeee....;D
abg long n adik mmg amat suka dgn aktiviti mandi, x penah bosan walaupun tiap2 minggu kami mengahbiskan masa dgn aktiviti seumpama ini. Last week baru pegi Sunway Lagoon... sampai kecutt, pucat lesi.. pun still OK. Heeee........

Selain mandi2, semalam jugak mcm2 yg kami semua buat.... sukaneka, BBQ, taaruf n makan2.... gambar2 ini akan berbicara n layannnn.....




















Huuuuhhhh....
Best kann...!
Dan hari ini, 28 Dis aku meneruskan kerja2 kat ofis ni dgn mood yg sgt ok setelah dapat recharge sepanjang hari semlam. Hari2 yg sgt happy dan bermotivasi. Mlm tadi jugak, got SMS from CA Zainal yang juga sering bagi support kat aku, buat aku sedikit terharu. Aku tak akan pernah jemu meneruskan perjuangan ini walau apa sekalipun yang berlaku. Ada sesuatu yang perlu aku buktikan pada seseorang, ada bahagia yang perlu aku bawa... Tugas aku as a property negotiator juga semakin baik dan baik, syukur dgn rezeki Allah Taala. Cuma banyak listing aku yg x dapat upload. Kat rumah line internet agak 'mengong'.... so, waktu yg terhad dan curi2 masa kat ofis ni, agak membataskan aku. Tunggu aku dapat broadband n full ccntrate then...

To all my friends, my kids n my love..... u are my soul n my heart. Luv u all..........

Thursday, December 24, 2009

Maafkan saya....

23 Dec 2009
5.27pm


Salam... Maaf laa petang ni aku nak jiwang sket. Jiwa lara aku kini kian berbunga2.... Sori laa syg, kalau terbaca luahan hati syg kat blog ni, ..... Udah syg hari2 pun doa syg... ckp syg kreatif, bijak, pandai... hahaaaa... kan betoii, udah terlebih kreatif laa ni, kan kan kan....


Petang ni, fikiran aku sudah agak lega dan tenang, dgn berakhirnya kisah jiwa sentap. Dan begitu lah aku, bukan tak pernah tetap dengan pendirian. Tapi... aku x boleh nak marah lama-lama... nak merajuk lama-lama...., nak nak dgn syg... mahu meroyann klau gaduh sket... dan apa yg lebih nyata... aku sunyi, jiwa aku kosong bila kasih kian menjauh. huhuuuu...., udah jiwa aku macam ni. Aku mmg agak kasar dalam berkata2, apatah lagi tatkala jari2 laju menaip SMS... uhhh... mcm2 yang terkeluar dan tercakap.... tapi, jauh disudut hati, aku tak berniat nk mengasari syg pun. Aku sebenarnya terlebih paham ttg apa yang berlaku dan x penah mencuragai kejujuran syg. Syg tersepit dgn keadaan dan kemelut bisnes, nak handle problem dan cari jln penyelesaian.... aku pulak sibuk nak suruh paham perasan aku sorang jerr. Tapi,... huhuuuuu... nape laah aku rasa ada ketidak adilan bila aku tahu last minute ttg apa2 yg berlaku. Adakah aku ni tak penting??? Knpa sanggup ketepikan aku???.... oh hati... berdamailah dan bertenanglah.... kasih sayang antara kau dan dia sesekali tak akan goyah.
Dan semalam...... Semalam dapat berbicara dari hati ke hati dgn sayang. Semua kekusutan dah berakhir dgn baik.


Berkali-kali aku mintak maaf ngan syg, sbb aku tak berniat nk berkasar bahasa pun dgn dia. Sometimes org x paham, cara kita melepaskan perasan dan geram. Dgn cara begitu jugalah utk aku luahkan cinta dan kasih sayang aku secra in-direct.... yoo lah, kang kalau aku direct cakap kang... syg ckp aku buang tebiat pulak. hikss hiks...


Kekhilafan aku ni, harap syg terima dgn redha. Aku faham... kenapa kita ditemukan orang yang sebigitu atau sebegini... kerana kita hidup berpasangan ini adalah untuk saling melengkapi. Sedangkan lidah lagikan tergigit... maka sakit dan pedih harus kita hadap dgn sekental nya...


Sehingga ptg ini, bicara aku dan syg berentak sama seperti sediakala. Kata org jawa... "back to normal" Namun tempias dan bisa masih sinis terasa..., bagai meraih perhatian dan simpati... aku cuba kembangkan kelompak2 mesra... tapi.... syg cam xde apa2 pun.. uhhh, payah betoii syg ni. Tu laa org laki kan.. ego.. tak abis2. Ahhh... xpe laa, janji dia sayang aku. ahahhhhaaaaa.... mmg aku terlebih confident!


Asam garam kehidupan, indah bahagia tak terlepas dari pancaroba. Apalagi dalam kita sama-sama membina satu empayar besar, sama2 menjadi nakhoda kepada pelayaran untuk mencapai impian. Bukan sesuatu yang mudah. Badai yang mendatang adakala lembut menyapa... adakala juga ia menggila datang menerpa. Apa yang lebih penting, kena bersikap profesional, waras dalam tindakan dan pertuturan, bijak mencari jalan penyelesaian, jujur dalam perhubungan, ikhlas semua perbuatan, sabar hadapi cubaan... doa dan kepercayaan dgn tawakkal hanya pada Dia... yang lebih bijaksana atas setiap percaturan dan urusan seorang hamba yang khilaf spt aku.


Buat syg... maaf for everything semoga syg sama2 tabah dan dilimpahkan rahmat dariNya. Sabar dan sentiasa gandakan usaha utk mencapai semua impian. Semoga diberikan juga kesihatan yang sempurna, ketabahan dan kekuatan hati dalam usaha kita ini, memeperkasakan empayar bisness yang kita jalankan. Eheeee..... jgn lagi serik dan jemu utk memujuk tatkala hatiku sedang amuk dan rajuk. I love u........

Cintaku tak berdusta

Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku....


Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu


Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku


Oooo  
Salam ikhlas...

Wednesday, December 23, 2009

Cuti2 Malaysia: Sunway Lagoon

Salam kasih sayang buat semua...
Just update aktiviti azie n anak-anak. Last 2 weeks cuti2 ke Melaka, sangat2 happy coz dapat berseronok dgn family, adik2 n mama sekali.

Then spt yg kami rancang, minggu ni sptutnya kami berada di Genting Highland n Bukit Tinggi. Tapi tu laa... x semua yang dirancang akan menjadi. Jumaat lepas, azie cal utk confirm bilik. Ghupe nyerrr sumer dah full book. Uhuuuu.... agak frust jugak coz aku mmg teringin benor nk g Bukit Tinggi, mcm best jer dengor citer memember yang pegi. Bila dah tak jadi pegi sana... bertukar arah pulak ke plan B, kami sepakat nk pegi belah2 utara. Ingat nyerr ke Lost World Of Tambun then terus ke Cameron Highland. Wakkk wakkk wakkkk...... call punya call............ semua resort, hotel, motel, chalet, rumah tumpangan n sewaktu dengannya.... pun udah full book. Uh... dasattt sungguh rakyat malaysia ni. Memang very supportif dgn saranan gov utk support cuti-cuti malaysia. So... sape yang padan muka??? kami jugak.... hahahhaaa, itu leer x buat perancangan awal2... kan kan kan....

Ok xpe... kami dgn memujuk hati beralih ke plan C... ke mana??? ............... heheheee, akhirnya... go to SUNWAY LAGOON. Eh, besshh apa... untung lagiii... x payah stay hotel, jimat minyak, jimat tol, jimat makan, jimat masa, jimat tenaga.... heheee.... Jom layannn Azie n kids at Sunway Lagoon... jom...

Aktiviti : Jalan2 Poyo @ Sunway Lagoon
Ketua Rombongan : Pn Azie
Yang diraikan : Hakimi & Haiqal
Jemputan khas : En Hairul Aznan
Tukang menyibuk & tukang mengepaww : Ayie, Yus, Adik Emi

9.00am, bertolak dari rumah... singgah ofis workshop n pick up Ayie & Yus.




Pkul 10.30, keadaan di pintu masuk Sunway Lagoon yang agak sesak, beratur di kaunter tiket hampir 1 jam.


11.30am dapat masuk dgn hati yang girang dan lihatlah muka2 mereka yang jakun... hahahaaaa










prettttt... aktiviti mandi sudah tamat... jom jalan2 wildlife park...











udah penat, jom balik............



                     
Pukul 6.15 kami keluar, solat n makan..... sempat pusing2 cuci mata di Sunway Pyramid. Uhhh, nak shopping pun dah xde perasaan, mmg penat gileer....
Sampai umah hampir hampir 8.00pm, smpat solat maghrib... n ZzzZZzzZZZzz...........