Saturday, May 22, 2010

KITA MASIH SEMPURNA!

'mindaserikandi' kembali bersiaran, haaaaa, jaga-jaga....- barangkali ada sesuatu yg hendak diceritakan oleh cik azie ni... jom layannn~
"Bismillahirrahmannirrahimm & Assalamualaikum semua!
Tatkala jari jemari mungilku laju menekan satu demi satu butang2 di keyboard ni, adalah sesuatu yg tercoret di wall facebook (FB) ku, agak aktif jugak aku kat situ. Dlm kepenatan atau kesibukan yg teramat, hatta sewaktu outstation pun aku tak kan memberi ruang kosong di wall FB tanpa sebarang coretan. Seronok sebenarnya, atau barangkali aku puas bila dapat update segala aktiviti seharianku.

Tentang kenapa pula malam ini idea begitu bnyak berlegar dibenakku,.... YA, aku pasti... ada sesuatu yg aku ingin kongsikan dgn anda semua.. Oh, tetiba teringin utk ceritakan A-Z, banyakkkk.... means semuanya ttg benda2 dsekelilingku, tapi mana ku mampu. Di saat ini pun bukaan mataku sudah kurang normal, kuyu semacam jerk.. huhuuuu~

Petang tadi, sesudah solat asar di masjid Al-Hasanah, BB Bangi... sempat aku mnghabiskan bacaan Surah Al-Waqiah, rasa tenang n lapang dadaku tatkala aku menghadapi banyakk perkara sejak akhir2 ini, otak aku yg sgt2 tekun bkerja utk membantuku mngurus byk perkara... syukur ya Allah, kurniakan aku otak yg rajin serta bijak pula, :D Hasilnya sgt bagus... aku menjadi luar biasa hebat bilamana aku pasti yg aku tak pernah susahkan sesiapun utk selesaikn satu demi satu tugasanku, hanya dgn bantuan org2 dsekeliling, sudah tentu abg, anak2 & partnerku, Nizah - thanks sis!

Sedang aku n Nizah merencana destinasi site visit kami ptg tadi, aku terpandang sesuatu di wall FB Oja Rozana @ K.Lynn iaitu komen beliau untuk satu blogsite yg menarik minatku. Namun ia terhenti disitu disebabkan aku perlu selesaikan urusan yg lebih penting. Dan malam ini..... digerakkan olehNya utk aku sekali lagi menjenguk di wall K.Lynn, aku amat rasakan ada sesuatu yg bakal aku temua dari apa yg di sharing olehnya.
Dan ini dia.... Subhanallah, blogsite milik seorg OKU yg menggelarkan dirinya Kassim Selamat. Sungguh unik blog ini, aku selongkari.....patah demi patah.. bait demi bait... dari satu cerita ke satu cerita tanpa aku sedar deras air mata membasahi pipi ini. Terasa benar ucap syukurku begitu dalam ertinya padaMu Ya Allah!
Sayu hati mngenangkan nasib beliau, dalam aku syukur n bangga kerana masih diberi kudrat serta idea2 yg unik kpd beliau sehingga terhasilnya blog yg indah itu. Aku tidak pasti apa perasaan anda, atau org lain tatkala membacanya. Yang pasti, aku membacanya & melihatnya dgn mata hati.
Hampir 1 jam aku hayati indah bahasa & cerita, bukan omongan atau khayalan, benar... itulah perjalanan seorg insan yg aku namakan dia sebagai seorang pejuang! Sama mcm aku, yg membezakan cuma medan perjuangan kita berbeza, dalam pentas hidup yg sama!
Belum sempat aku keluar dari blog beliau, aku renung wajahku dicermin.. masih sempurna! (cantik & muda lagi aku ni... harharharrr), kubelek jari jemari, dan kulihat dua kaki, oh.. masih kukuh & kuat, patut laaa ramai yg gelarkan aku iron lady, wohoooo... tetiba koyaa jadi heroin Iron Man laaa pulak malam ni - gurau jerk! Ku renung jauh ke dalam diri, mmmm... masih waras pemikiran & tindakan aku, masih elok tubuh badanku, sempurna kesihatanku, 'SYUKUR' Syukur krn diberi kesempurnaan ini dan syukur mengilhamkan aku sesuatu utk aku muhasabah diri, dimalam ini.  Ehhh ehh... baru sedar yg aku ni jarang kenal dalam-dalam diri aku yg sebenarnya, setakat zahirkan ucapan syukur,.. tapi tidak mghayatinya betol betol...khilafnya hambaMu ini ya Allah... Astghfirullahala'zim.....

Untuk sahabat pengunjung blog ku semua... selamat melayari blog Kassim Selamat. mungkin ada sesuatu yg boleh kita hadiahkan kpd beliau, setidaknya2 doa kudus anda, atau kata2 semngat sebagai pemangkin utk beliau meneruskan hidup.
Pesan aku pada semua- Hayatilah.... Renungilah....Telitilah..... dgn mata hati, renung jauh2 ke dalam diri mu, Subhanallah... dijadikan diri kita sebaik2 kejadian, bukan???, SYUKUR! Dan ingatlah...., Allah lebih tahu akan setiap apa yg diberikan kepada hambaNya, baik ujian ataupun nikmat. Bersedialah kita bila2 masa, kerana segala yg kita ada hari ini semuanya milik Dia, if dia nak tarik... bila2 masa jer nanti Dia amik, Na'uzubillah..
Kasih & sayang- Azie~

No comments: