Firman Allah, Surah Al-Isra' : 23
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak mnyembah melainkan kepadaNya semta2 & engkau berbuat baik kpd ibu bapa. Jika salah seorg daripada keduanya atau kedua-dua seklai sampai kpd umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu makan janganlah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun spt perkataan "ah" adalah tidak dibenarkan dan jgnlah engkau menengking atau mnyergah mereka tetapi katakanlah kpd mereka perkataan yg baik & mulia (bersopan santun)"
Firman Allah, Surah Luqman : 14
Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kpd kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya, dgn mnaggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusuinya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. dengan demikian bersyukurlah kepadaku & kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku, Akulah juga tempat dikembalikan untuk memnerima balasan."
Sabda Rasullullah SAW:
Bermaksud: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bu bapa, makanakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"
Sabda Rasullullah SAW:
Bermaksud: Muawiyah Bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kpd Rasullullah SAW, "Siapakah orang paling patut aku berbuat baik?" Baginda menjawab, "Ibumu". Aku bertanya lagi, "Kemudian siapa?" Baginda menjawab, "Ibumu" Aku bertanya lagi, "Kemudian Siapa", Baginda menjawab, "Ibumu". Aku bertanya, "Kemudian Siapa?" Baginda menjawab, "Bapamu, seterusnya org yg paling hampir denganmu"
Firman Allah, Surah Al-Isra' : 24
Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendahkan diri kpd keduana kerana kasihan belas dan kasih sayangmu dan doakanlah untuk mereka dengan berkata: Wahai Tuhan kami, cucrilah Rahmat kpd kedua ibu bapa kami, sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidiknya sejak masih kecil"
Waallahua'lam....
_______________________________________________________________
Dari Firman Allah & Sabda2 Rasullullah tersebut, jelaslah bahawa betapa tinggi martabat seorang ibu, juga semestinya seorg bapa jua. Maka letak lah martabat seorg ibu dan bapa, pada tempat yg paling istimewa dalam hati serta seluruh kehidupan kita.
Adalah sesuatu yg amat mengecewakan, bila aku lihat di media... makin ramai anak2 yg tidak lg hormat sanjung ibu bapa, berani memaki hamun apabila tdk mndapat apa yg dihajati malah lebih dasyat sanggup melakukan jenayah spt memukul, sepak terajang bahkan sanggup membunuh. Inilah tanda jiwa mereka telah tandus dari rahmat Allah & dikuasai syaitan laknatullah!
Sempena hari ibu ini,
Jomm kita sama2 renungkan pengorbanan ibu kita, moga2 dgn perkongsian ini dapat meleraikan jiwa yg kusut dan dendam. Kasih sayang n pengorbannya memang tidak mampu dibalas, apa yg mampu kita lakukan hanya memberi seberapa byk kebahgiaan, mengindahkan dan harumkan taman2 didalam hati ibu. Elakkan mereka bersedih dan kesal kecewa terhadap kita, syurga kan di bawah telapak kaki ibu.....Untuk aku, dan kawan2...
Syukur stkat hari ini, kita tidak pernah lupa utk mendoakan ibubapa kita, kann.... Teruskan doa dan hadiah munajat buat mereka, moga2 perjalanan hidup mereka akan terus dihiasi rasa bhgia n bangga terhadap anak2 spt kita, utk uols yg dah xde ibu bapa, jangan laah sedih, doa itu juga penghubung antara kalian dgn mereka... Sentiasalah doakan mereka!
Pendapat aku, bila ditanya SIAPA IBU ANDA? Maka jawab aku,,,,,
Mama Cikgu saya
Mama Ustazah saya
Mama Kaunselor saya
Mama Doktor peribadi saya
Mama Jururawat saya
Mama Akauntan saya
Mama Idola saya
Mama beautician saya
Mama Chef terbaik saya
Mama Penasihat kewangan saya...
Mama RATU HATI SAYA!
Nota untuk mama...
"Ma, tiada kalungan emas dan permata lebih berharga utk k.long hulurkan melainkan ucap syukur kpd Ya Maha esa, kerana masih berkempatan bersama mama saat ini, diberi peluang utk mengucup pipi dan menyalami tanganmu setiap hari. Dalam sendu, tawa dan bahagia... terkenang juga dosa2 silam yg tak tertebus oleh K.Long. Banyak nya doasa anakmu, ... yg seringkali alpa dan leka dgn suruhanmu, yg sering berdalih itu dan ini, bermuka2 merajuk tak pasal2 dek teguran dan nasihatmu. Mama... Ampunkanlah k.long sedari menumpang dalam rahimmu, sehinggalah kini tegar aku menyusuri jalan hidup sendiri. Terima kasih mama, doa dan redhamu mengikat dua jiwa kita, sehingga aku benar terasa zat nya dalam seluruh kehidupan ini. Dengan redhamu, jiwa aku sentiasa tenang dan sabar dlm menghadapi jutaan pancaroba, dgn redhamu jua aku nikmati kekayaan dari Yg Maha Esa... kejaayan aku ini, tanda terima kasih buat mama, k.long telah buktikan apa yg mama inginkan, walaupun belum mampu menjadi terbaik, sebaik dirimu Mama... I LOVE U, sooooo much!"
For all of u, my friends...
Ketika berat hati kita utk membalas jasa dan mendoakannya, kenangkanlah.... betapa suatu ketika kita telah berhutang nyawa kepadanya. Tidak kira betapa besar dan merah hatiku,... semerah semngat dan rasa hatimu. Jazakallah....
Perkongsian ikhlas,
-Azie
No comments:
Post a Comment