Tuesday, June 30, 2009
Kisag 'Abg K' & Manager Workshop
Ada story beshh nak share... meh layann...
(Sorry, this time Azie terpaksa membiasakan diri dengan panggilan ‘aku’ – supaya nampak lebih ganazzzzzz…. Hahahaha…)
Macam2 ragam manusia…
Walaaweiiiii, dah laa aku tengah sakit kepala sampai ke otak dah! Pak cik sorang ni menambahkan kepeningan kepala aku laa pulak!
Ni haa kawan2… adat seoraang peniaga, pastu merangkap seorang bos (aku lah itu) macam2 aku kena hadap… masalah staff satu hal.. sib baik malaunn sorang tu dah chioowww dari companay aku yg terhormat ni (sowwy terkasar bahase plak!)
Then, kadang2 kena hadap jugak ngan supplier yang agak2 bingung,… tahu nak collect duit jerk… dia bagi kredit barang 45 ari, belum sampai sebulan udah ding dong ding dong minta bayar… apa daaaa….
Ni lagi satu hal, customer yang aku tak tahu nak katagorikan macamana. Isk, kang terkasar bahase tak boleh pulak, periuk nasik ku bergantung kat dorang. Walaaweiii…. Ni laa aku “nak di telan mati mak, nak diluah kang mati bapak”
So, aku hadappp dan hadap macam2 fe’el customer aku ni dgn berpegang pada slogan yang kita pun suka sangat2 kan??? “customer always right” lagi satu “Customer is a king”
woOOoohooooOOo……
Meh tengok king tak king customer aku ni yang aku namakan pak cik tu ‘Abg K’… sowwy yeak Dato’ Siti…. Bukan Dato’ K tau…. harhaRRharrr…
Pada satu ptg, last 2 weeks seingat aku,
'Abg K' dtg servis keta kat workshop. Aku perhati dan tgk dari jauh je staff aku buat keja dgn dedikasi. Aku tak heran apa sgt… staff aku memang bagus. Lepas tukar oil filter dan masuk minyak enjin yang baru, budak Ayie ni check apa2 yang patut kat keta Abg K ni. Itu adalah prosedur kerja yang wajib kami praktikkan kat wshop. Staff aku pun memang dah kalis dah…lepas buat service dorang akan check keempat2 tayar, siap check tayar spare, kalau kurang angin nyer… kami akan top up angin tayar tu, FREE jer…. Then, tambah air bateri secara PERCUMA jugak, check pulak semua lampu2 yang berkaitan, depan belakang kiri dan kanan, abiss dorang kena check, mana yang dah nazak dan koma tuh, kami gantikan dengan kos yang tertentu, check belting luar dan dalam… haharrHarr.. harap korang masih faham bila aku mula sebut spare parts keta ni, check lagi brake system n suspension…, Lps check semua nya.. kami akan panggil customer n advise apa yang patut.
Berbalik kpd kes 'Abg K' tadi, bila di check dengan teliti oleh Ayie, Ayie dapat mengesan timing belt dia yang memang dah nazak tahap tunggu time putus nyawa jer … benang2 kat belt tu dah siap kuar2 dah… uhukss… sian sungguh! Aku mula masuk campur time Ayie advise Abg K tadi… aku offer dia dengan harga yang sgt berpatutan, give 10% diskaun lagik! Ehh ehhh…. Abg K cakap… "uisshhhh tak kan tak boleh kurang lagi cik kak?"… aku hitung kira, itu ajer laa best price yang aku bole kasik, coz aku pun nak gak untung… meniaga tak dak untung baik golek2 atas katil kat umah beb, lagi besshhh!!! Kah kah kahh…
Aku cakap ngan dia, xpe laa abg, kalau abg tak buat ari ni pun tak xpe, esok lusa boleh jugak. Tapi tak boleh lama ni, takut putus tengah jalan kang lagi bahanaaa… langsung kena angkat head. Ayat aku yang menggerunkan tu sedikitpun 'Abg K' tak heran agaknya…
So, aku tak kisah laa coz aku dah buat amal kemasyarakatan.. hahaAaa…
Dia bole cakap… “Xpe laa, bole lagi ni, korang memang semua benda suh customer tukar, sebab korang nak untung” Wallaaweeeiiii… terbakar siuut hati aku, sib baik aku tak fire 'Abg K' tu… kang tak pasal2 jadi Ultromen Taro plak…
Aku sengeh2 jer laa bila dengor dia cakap cangituu.. kasi chance je laa… “Customer always right…” lerr katakan!
Selepas dia bayar kos servis tadi, dia balik dan aku sambung keja cam biasa. Credibility aku sbg “Manager Pompuan sebuah Pusat Servis Kenderaan seolah2 tercabar” hurmmm…
Actually aku dah lupa pasal kes ‘Abg K’ tu ari sebab aku da biasa sgt2 dgn kerenah customer, lebih dari itu pun aku penah hadap.
Sehinggalah tiba hari ini....hadap dia punya kess lagi, buat hati aku cukup bengkak!!! AummmMMmm.... grgGggRrhHh….
Tengah aku syok2 kira stok, tetiba Abg K muncul dgn wajah yg agak keruh dan bengis, dia ckp kat staff aku.. “Dik, keta abg brakedown laah, kat Jln Reko” Budak Latif yg lurus bendul tu tanya leer… “Kenapa bang?” Hangin leer org tu… “Mana laaa aku tau, boleh pegi tengok jap?”
“Macamana bole mati bang?” Staff aku sorang ni sibuk tanya lagik, betul jugak sebenarnya dia tanya. Sebab… kalau diceritakan serba sedikit cara2 kematian keta tu, seorang penyelamat seperti pomen boleh mengagak sebab2 kejadian… “Ntah laa, lepas traffic light tu, nak masuk gear 2 jer, tetiba berenti… pastu aku susur tepi, langsung dah x nak gerak”
Aku yg dengar citer dia, dah boleh agak! Sure timing belt dia yang putus. Aku rasa nak masuk bawah meja n gelak kuat2. Hahahaaa… tak baik kan, aku ni???
Bukan begitu maksud aku…. Rasanya korang boleh mengagak apa yang bermain kat fikiran aku. Sungguh… aku tak penah pun doa kesusahan untuk dia, tambah2 dia tu customer aku. Tapi, aku harap dengan kejadian ni, merendahkan sket ego dia, yang telah mengguris hati aku 2 minggu lepas tuh… Nak nak.. statement dia yang dah aku highlight tu…
Wakk waaakkk… korang pun sama tau… lepas ni kalau aku advise bab2 penjagaan keta ni, jangan pandang rendah kat aku, tau...???
Heheee….
Apa jadi seterusnya….
Keta abg K telahpun di towing masuk workshop aku, ni haa tengok laa staff aku yang sedang meeting gaban untuk selesaikan misi menyiapkan keta dia… siap Abg K boleh cakap…
“Dua hari jer tau, aku tak de keta lain dah pakai”
Then…. Membebel2 pulak tu..
“Korang tak cakap kalau menda ni putus boleh effect engine… aduhh problem betul laa… tak pasal2 kena budget sampai 500 ratus lebih, kira cincai2 jer la…”
Aku rasa bebelan tu ditujukan kat aku… uhukss…~
Aku malas nak amik pusing, then aku mintak Latiff handle kes Abg K ni.. Pepun, aku sentiasa bekerja keras untuk menjaga reputasi workshop dan company yang amat aku sayangi, kerana disinilah aku membanting tulang empat keratku, mendapat rezeki demi untuk membesarkan dua permata hatiku… uwaargghh~
...... dan macam tu laa ragam manusia2 disekeliling ku… yang aku nak citer kat korang semua..... So, apa pendapat korang dengan kess aku ni, adakah patut aku bagi mangkuk hayunn kat Abg K tuh.???.. miahaahaahaaa.... lallalaaa~….
Chioww dlu,... bye... Salam.
Monday, June 29, 2009
Hati aku sentap!!!
Uhukss.... Azie baru bangun tido, lepas makan ubat ptg tadi memang tak larat nak bangun... ngantuk gilerr... Sib baik Alang berbaik hati jemput abg long ngan adik dari tadika...
Rasa2kan badan, rasanya better then ptg tadi. Alhamdulillah kepala kembali ringan dan free jerk... Harap2 esok semua dah ok... sebab esok banyak keja ni nak siapkan!
Bangun tido tadi tetiba perut menyanyi merdu.... baru teringat rupanya hari ni perutku tak terisi dengan sempurna. Mama bertumpah kasih kat anak dia yang sorang ni buatkan sup ayam... Nyumm nyummm... thanks ma!
Belek2 handphone................... banyak nya misscall, sowwy laa... sepanjang ari ni terpaksa silent mood memandangkan hari kedamaian sedunia utk diri Azie, but something yang buat daku merajuk......
........................................ huhuhu....~ where my cayang???? tau laa bz.... tadi ptg try call tak pick up, dah agak, memang busy tahap gaban laa tu! malas laa call lagiks, cukup laa sekali dah bagi hint, lagipun bukan tak tau yang cayang dia tak sihat... harhar.... Azie terpaksa buat ayat gediks konon nak tarik perhatian lah tu... ~bermakna kah???
Lagi sekali cayang buat Azie sentap.... tengok laa nanti, sape yang sentap2 nak pujuk kang. Gigih ker tak gigih dia pujuk Azie ni... uwaargghh... rasa cam nak nangisshhh jerk....
:-( .......................................................
Dah laa kecanggihan handphone yang ada 3G tu tak mau guna, Azie bukan main gigih hati hadiahkan handphone tu masa birthday last year, konon canggih laa tu, at least jauh2 sket... bole leer guna... rupanyaa... hampesss tul! uhuksss... xpe2 laa... Azie kan memahami, ...
(Kalau tau kasi handphone cap ayam pun tak pe.... kuang kuang...)
Pepun... malam ni rasa sangat ok setelah seharian santai2 manja keseorangan diri kat umah...
Masih memerlukan rehat yang cukup dan kumpulkan tenaga yang sepatutnya sbg bekalan hari esok...
k alls.... adik dah mintak buat susu botol, abg long dah pegang buku "a story a day"............. time to rest, kami semua dah nak masuk tido............. bye, Assalamaualikum WBT...
Azie demam~
Entry ini ditulis, tatkala Azie ada tenaga sket selepas terjelupuk satu pagi kat opis ni. Tadi baru makan nasi setengah mangkuk, minum limau suam.. n makan ubat. Huhu….AZIE DEMAM…. Betul2 tak larat, demam kali ni siap tangkap sendi2 pulak tu… Na'uzubillah... harap demam ni, demam biasa2 jer, tak de kaitan dengan apa2 virus yg sedang berleluasa. Uhukss~
But ibu fully respect kat anak ibu… walaupun adik belum ok sangat… tapi adik betul2 gigih pegi tadika ari ni… tahniah tuk adik…
Tengok laa muka monyok abg long n adik masa siap2 nak pegi tadika pagi tadi…
Uhuhuhu.... Ni picture yang alang snap pakai hp dia.. iskk… sempat lagik tu!...
(Cian azie kang... memang x larat gileerr... sampai tetido kat keta)
Alkisahnya~ Ptg smlam bukan main lagi kami plan itu ini, macam2.... tu laa cakap… apa yang kita rancang x semestinya terlaksana. Tapi.... lepas kemas2 ofis semlam, tgk adik lain macam merengek. Pastu baring jerk atas sofa, adik batuk2, hurrmmm… sah adik tak berapa sihat.
..................................................................
Azie : “Sian kat adik kan…” Azie cuba menarik perhatian.
Abg long : “Yea laa….. tapi ibu kena beli puzzle BEN 10 yang abg long cakap tu”
................................................................
Ptg semalam sebelum balik rumah, sempat singgah pasar malam. Belikan jigsaw puzzle tuk abg long. Oleh kerana adik x berapa sihat, Azie pun macam xde selera sangat, so beli buah ajer.Sbl gerak dari ofis sebenarnya Azie dah jamah Keaw Teow Ladna, kat Restoran DTB… tapi x abis pun…
Sampai umah, ngam2 masuk waktu Isyak. Abg long kusyuk buat jigsaw puzzle yg baru beli, so Azie tak ajak abg long solat ngan ibu sekali. Kasi cuti laaa.. Sebab nengok abg long pun cam xde mood jerk… huhu.. Azie sgt2 rasa bersalah. 3 menda yang tak tertunai utk dia ni,
Lepas kasi adik makan ubat demam (paracetomol), tuam badan adik n adik tido dgn lena…zzZZzzz…. Harap2 adik cepat sembuh. Rasanya adik tak la serius sgt, macam baru2 nak kena demam camtu. Abg long pun tido agak awal mlm tadi. Lps abg long n adik tido, Azie meneruskan t/jawab spt biasa, prepare beg dorang utk ke tadika, lipat baju, iron baju sekolah n mcm2. Start mlm td jugak kepala Azie dah mula denyut2…
Pagi tadi, tgk reaksi adik macam ok jer, sekali kejut jer dia terus bangun menuju ke bilik air. Masa mandikan adik, Azie dpt rasa suhu badan adik dah kembali normal. So… adik boleh pegi tadika macam biasa, harap adik ok.
Azie pulak, dah alang2 dtg ofis, lepak aje laa kat sini walaupun diserang demam2 rinduu ni,.. ahaksss!
Until now pun, xde satu keja pun yg Azie buat. Hahaa… ni haa gigih2 jengok blog n bukak YM, saje usha kengkawan kat situ. Tgk listing on9 member kat YM, macam ada kekurangan jerk… UhuHhuUUuuUHuu…. So, xde mood! Zasss.. terus offline!
For now, dah ringan sket rasa kepala ni, nak solat zohor n nak balik lepak kat umah… lalalalaa~
Doakan azie kembali sihat dan ceria spt biasa…. Aminn…
Tattaa tittiii tuttuuuu………… chiowwsss…
Salam~
Sunday, June 28, 2009
Dari hujung jari
Pilihan???
Coret-coret hujung minggu
Plan ni sudah pun dipersetujui oleh semua pihak, hopefully plan ni berjalan lancar dan baik untuk semua orang.... thanks to all my staff yang sgt supportive!
Ptg ni sedikit hambar, sebab hujung minggu yang dihabiskan pd ari ni tak macam biasa2, yang selalunya penuh dgn aktiviti kat luar utk Azie anak beranak. But, promise to Abg long n adik... minggu ni jer ibu tgk2 kat wshop, len kali kita g jalan2 yea. Abg long n adik ok ajer....
Hari ni walaupun kat ofis, Azie xde laa buat kerja sangat, just santai2 n layan abg long n adik jer, sbb niat azie just dtg tgk sambutan customer mcmana, bg moral support kat staff azie sekali.
Abg long seronok, menghabiskan masa buat colouring book, tgk tv n DVD cartoon, layann PS2 sampai lebamm.... hahahaarrr... ibu bg kebebasan kat abg long sbg ganjaran sbb dapat menyiapkan homework malam td dengan kemas dan cemerlang!
2-3 menda jugak Azie nak review kt sini, Azie sempat jenguk blog kawan2 Azie ari ni, esspecially blog Jid, gilrs dia n blog Su Shaidah, blog kawan2 lain pun sempat Azie scroll up n down. Thanks.... byk info n ilmu yang Azie dpt.
Tahniah dan selamat dtg to Su Shaidah ke alam blog, harap jaringan blogspot ni mengeratkan silaturrahim kita dan kawan2 yg len. Meh jenguk sekali : http://anissufiyyah.blogspot.com/
Azie tgh pikir gak ni,... mcmana nak ajar Syam buat blog, dah laa jauh... dia pulak bz memanjang. Rasanya perlu utk buat blog memandangkan ada beberapa bisness yg kami nak ketengahkan, Hurmmm... tgk laa macamana, pelan2 kayuh yea tak..... semalam dah pi bayar Celcom Broadband tu... means 1st step dah berjaya. Just wait n see first....,
Malam kang ingat nak bawak a.long n adik tgk movie kat Alamanda. Dari semalam lagi dorang berkelakuan baik dan sopan semata2 nak bodek ibu... hahahaa.... siann la, sampai camtu sekali. "Transformers"............ semestinya menjadi pilihan santai2 kita kat pawagam kali ni. tapi tak bole janji la.... Ofis Azie dah macam tongkang pecah ni, macamana nk pegi... ok xpe, wait n see again...
Okesss..., last week Azie beli sebuah buku motivasi, "Nak Jadi, Jadi" tulisan Dr HM Tuah Iskandar. Tapi last week tak b'kesempatan nk baca... so, ari ni curik2 masa, then... with one shoot reading, Azie dpt habiskan buku yang sangat menarik tu. Thanks to god krn mengurniakan diriku dgn kecintaan yang tinggi pada ilmuMu... Aminn...
Malam kang kalau jadi pegi Alamanda, Azie nak singgah MPH Book Store, ada lagi satu buku yang Azie nak dan kena baca.... hehe... tunggu.....
Uhh... macam2 laa plan utk hari ni.... masa pulak yg agak jealous kat kami.... terlalu cepat berlalu. For our dinner tonite, dah promise jugak ngan abg long n adik nak makan kat BBQ Chicken, entah kali keberapa kami makan kat situ pun, Azie tak ingat.... tapi memang bessh sangat2, semestinya ibu suka apa saja yang anak2 ibu suka!
Apa yang apa berlaku tuk malam ni, nantikan hupdet azie pada esok hari, insyaallah..... bye...
Salam sayang...~Azie.
Assalamualaikum WBT
'Positive Energy' day
Malam tadi, lps maghrib baru kami sampai umah. Tak ada aktiviti sgt... just tgk abg long buat homework dan layann cerekarama kat TV3... Dinner malam tadi kita semua makan masakan ibu yang anak2 ibu cakap beshhh sangat, telur masak kicap dan sambal sardin. Hahahaaa.... muaahss, sayang anak2 ibu, yang selalu puji masakan ibu. Kredit lagi kat diri aku sendiri....
Ok alls... bye n jumpa lagi....................................Salam sayang....~Azie
Saturday, June 27, 2009
Kanak-kanak bijak
......dan memang betul, kita lihat hasilnya dari abg long n adik.............,Isk, siap dia snap gambar ibu tgh tido. Hahaaarr... tgk la! sape yg bacakan buku kat sape pun tak tahu lah... hehee
Oh Kuala Lumpur yang menyiksakan!
Semalam, (26.06.09) menghabiskan masa round2 d world kat tgh2 bandar KL, ohhh!!! Kuala Lumpur yang sungguh menyiksakan.
Adusss.... punya laa seksa azie semalam, nak pegi ke satu tempat, kat jalan Raja Chulan, nama tempat tu x mau laa azie cakap, karang ada yg gelak kat azie, apa laa azie ni, nak pegi situ pun bole sesat.
huhu... bukan apa, azie confius betul leer, pusing2 kuar jalan sama, belok kiri belok kanan, tang tu jugak..., tau je laa kat situ kan area Bukit Bintang, memang crowded! Pastu tersasar sampai ke area Puduraya, then... masuk lorong apa2 ntah.. iskk... menggerunkan pun ada.
Ingat nak buat teknik 'water triangle/trigger' (Azie x sure sgt dgn spelling dia, bila azie rujuk kamus maksudnya mmg berbeza...) yg Dr Azizan ajar, ~ sesapa yg tahu, tolong betulkan azie..hehehe... tapi tak boleh wat teknik tu... sbb tgh drive, kang tak pasal2 tercium bontot keta org. Itu pun dah byk kali jugak kena hon... "ponnn ponnn" hahahaarr, padan muka aku sbb tak prepare awal2. Masa mula2 nk pegi bukan main print maps jalan tu, sekali tertinggal daaa..... desyummm!!!.. sekeh kepala sekali....
Hampir 3 jam berhempas pulas, waargghh... akhirnya jmpa jugak! fuhhh............ lega dan bercampur nk marah... tapi, marah kat sape??? Marah kat bangunan tu yg tinggi sangat, sampai Azie pun x perasan dia punya sign... nun atas kat puncak building tuh... menara lerr katakan!
Padahal, dua tiga kali duk lalu depan building tu, bole tak perasan... hurmmmm...
pepun, dah sattle kes semalam... bisness pun dah deal, .... so, abis discussion cepat2 balik sbl sangkut jem waktu ptg. Kalau nk pegi KL, pikir 3-4 kali tau.... seksa!
Friday, June 26, 2009
Ketam dan kala jengking
Thursday, June 25, 2009
"BUSY" is good, iye ke?
Sejak Ateh masuk kelas jahitan advance (Jahitan Baju Pengantin) dia sejak last week, Azie pulak yg jadik busy. Tapi xpe, mcm sorang supplier azie cakap kat azie ptg semalam
"U ar amoi... selalu busy saya tengok.. sana sini business..."
Azie ckp kat dia.."itu laa tokey, sorry banyak2, lain kali kalau mau datang kasi call saya dulu laa..."
then.. apa dia kata, "xde hal laa amoi, saja singgah tengok2, apa barang mau kasi tambah, nanti saya kasi ...., busy is good for u laa amoi,... ada business, kalau xde busy, xde business itu macam..."
hayaaaa.... itu macam ka tokey??? Azie tanya dalam hati jeerr, pastu Azie masuk ofis sengeh2... iye laa tu tokey!
Pepun... harap2 apa saja yang azie buat walaupun sampai busy tahap gilooss ni, membuahkan hasil. Aminn....
hahaha... korang gelak laa gelak!!!.. ye laa... tau tu... ada yg cakap2 ea... "Apa laa Azie ni, cakap busy, tapi sempat lagi jenguk2 blog, buat posting laa....macam2 ada pulak tu"
ehh eehhh.... korang jgn tak tau, blog is one of my business, what!
Tak caya tanya cik abang azie tu.. ari ni kita dapat order One Drop Perfume 10 kotak, pos ke Sabah lagik, kan cayang??...
Thanks to Asu, (she call me with"Yong") kawan lama Azie... dalam duk jengok2 blog Azie, dia bekenan pulak nak order produk Azie. ~Su...mekacihh banyak2 support Yong eaa...
Pastu ada citer lagik... pasal tempahan jahitan pun bukan main menggalakkan. Yang ni serah kat Ateh, Azie as a manager just carik platform n buat market banyak2. Setakat ni Azie hitung bilang tempahan yang dapat dah tak cukup jari tangan dan kaki... Ini baru order2 yang dapat dari kawan terdekat, sebab iklan baru nak bukak. Kat blog pun baru semalam buat posting, gambor pun lom sempat upload. Tapi xpe, Ateh sangat confident n kami nak capai target, sekurang2 nya dapat amik dalam 200 ke 250 pasang. Tak boleh banyak2 sangat, target pun ikut kemampuan, sebab operasi masih kat rumah dan ada dua org tukang jahit sahaja. Next year kita buat grand2... doakan semoga pembukaan butik zeeN'S Kreatif akan berjalan lancar, insyaallah end of this year kot... Aminn...
Next story lakks...
Apa kess citer sedih semalam tuh??? Hehe... orang2 kampung semua ...jangan risau kan Azie,.. im ok rite now...., berdrama sekali sekala! tapi, itu kisah benar, bukan rekaan powwn.. cuma Azie dah buang jauh2 n buat pe nak sedey2 kan, masalah datang n akan pergi dgn baik, janji...handle it with smart minded... smart action!
Today story.... berkisarkan pasal keja je, pagi2, lps antar along n adik ke tadika, masuk ofis dgn semangat..., walaupun mcm x cukup tido (tido kul 3am).... ini kess layann sinarfm + buat homework WRTL, saja jerk... buat kajian n eksperimen metafizik, kata guru Azie yang cerdik pandai "Ilmu yang tidak diamalkan, seperti pokok yang tidak berbuah..." senang cakap... menyusahkan orang, menghabiskan duit..! Tak nak laa malu kat diri sendiri, ... so, curik masa utk belajar n belajar sampai pandai seterusnya mahir dan... jadi pakar! wallaahh.... blink..blink... kredit dan tabik kat diri aku sendiri!
Azie tgk ofis pun feninngg... semalam petang, punya laa otak ni dah serabut serabai sampai malas nak kemas meja n ofis, sekali pagi ni... kena merajinkan diri. hahah... padan muka aku yang comey ni!
Bukan apa, x sukee kemas2 ofis waktu pagi, sebab time tu laa sumer menda nak buat, lagi haru bila customer pun dah ada pagi2. Isskk... sogann laa. Kalau ptg2 tu.. kedai tutup, n kemas ofis bersih2... dtg pagi esok, nyaman jerk, sejuk mata, sejuk hati....hehehe....
Tghari....
Siapkan document n invoices yg nak di antor ke company2 berkenaan. (tak siap2 jugak, ptg td x sempat antor) ini kes kelam kabut, arrangekan order ODP Asu tu, eheee.... padahal saja suka2 melambat2kan keja sebenarnya.
Ptg....
Ada apointment ngan officer MIDF pasal new project tu ari, sib baik apointment tu tak formal. Tadi dah pegi, terpaksa pusing balik ke Kajang, coz sampai Cheras tadi jemm gileer.. ada xcident. Bila Azie agak2 x sempat sampai sana, terus cal officer tu, mtk discuss esok.
Then balik ofis, sambung keja, buat draft promotion raya, buat data customer, check stock.... hehe, itu je yg sempat dibuat pun. (shhh.... sempat layann tv3 online, keke)
Lewat ptg....
Kemas2 ofis, dah amik along n adik tadi... ni dorang tgh layan PS2, jap lg kami nak makan malam, awal sket ni ari. Nak balik awal sebab malam ni kan malam jumaat. lalalalalaa.....
~ (ada makna kah???)
hati n jiwa 'ter'haru biru lakss bila tiba ari khamis.... ssshhh agains!
so..... macam tu la Azie, still banyak keja, ari ni bertambah lagi satu keja yg nak kena sttle esok. So esok pg2 kena g KL, ada smthing nak buat kat SSM, then... kena pegi bank utk 2-3 urusan wajib. Harap walaupun hujung bulan, tapi blog ni tak akan bersawang. Biasa laaa, kesibukan azie pd hujung bulan meningkat 2 kali ganda, pepun... Azie will make sure blog ni sentiasa ber'update'..
Wokeyy bro n sis............. ciaooowwww first!!.. da nak maghrib sudaaaa...
Azie skrng tgh training A.long n adik solat... nak standby for maghrib pray....
undur diri, salam hormat...
sayang semua... ~Azie
Assalamualaikum wbt...
Wednesday, June 24, 2009
Tempahan Jahitan Baju Kurung
- KURUNG BIASA / KURUNG MINI / KURUNG PAHANG / KURUNG KEDAH~RM 35/sepasang
- BAJU FESYEN~RM40/sepasang dan ke atas
- KANAK-KANAK 6 TAHUN KE BAWAH~RM18/sepasang
- KANAK-KANAK 6-12 TAHUN~RM25/sepasang
- JAHITAN LEHER : BELUT/MATA LALAT/KERANG~RM6
Promotion : Service Package
Package include : 3L Engine Oil + Oil Filter + Battery Water + Labour Charge
CAVIAGA 10W40 SM - Power Syn Super Motor Oil
Apa erti pengorbanan...????
Ya Tuhan…. Bagaimana nak aku gambarkan rasa yang berkocak didada!
Marah, sakit, geram, sedih, pilu, kecewa, semua bercampur baur....
Disaat aku kekalutan mencari jln penyelesaian … tentang satu masalah itu yang tak sanggup lagi aku bekorban rasa…., lalu ada lagi insan2 yang dtg menambah beban!
Aku terkadang tak memahami, apakah ini yang dinamakan hukum alam???
Semakin kuat diri menahan goyah dengan pelbagai dugaan, namun makin deras jugak kesabaran diri teruji.
Aku cukup yakin dan pasti, sesekali aku tak akan mengundur dan berserah, jauh sekali utk mengalah…..
Namun….seolah tercampak hati kelautan api, sakit, perit dan pedih aku rasai sekalipun belum sempat membakar diri. Apa makna satu pengorbanan, andai satu penghargaan bukan lagi menjadi nilaian??? Terlalu kecilkan erti ucapan ‘terima kasih’ atau terlalu jengkilkah ucap 'syukur' dalam hati2 mereka??? Sehingga ada makna disebalik ungkapan, “buat baik dibalas tuba…”
Aku bukannnnya terlalu mulia, tapi aku dikurniakan sekepig hati yg naïf.. Aku terlalu naïf dalam mecari jujur dan ikhlas dalam hati kalian,,.. hati mereka jua. Lantaran tak penah kupeduli apa jua yang bakal mereka dambakan. Aku sanggup bekorban, memberi, berkongsi,
………… apa saja yang aku ada! Ada dikalangan mereka atau kamu penah mendengar bibit bicara ku “Apa yang aku ada, akan aku kongsi… sama2 jadi milik kita…”
Dan itu laa aku, aku tak penah lokek utk sama merasa… namun adil dan hak tetap kpd empunya jua….
Terima Kasih Ya Tuhan…
Dugaan kesekian kali ini, sedarkan aku akan penilaian sebuah pengorbanan, tinggi nilai tangan yang memberi ini, sedarkan aku jua, akan beza mulianya jika dibanding dengan tangan yang menerima.
Bukan aku mendabik dada, tapi sekadar melontar rasa…. Agar mereka sedar, aka tiba suatu masa, yang mana mereka yg sering meminta2 itu akan jua rasa, betapa aku ini punya harga bila aku sudah tiada.!!!!
Aku teliti dan aku fahami,
Pengorbanan bukan sekadar pemberian, yang menerima harus akur, syukur... nilai yang satu itu. Sekadar letakkan dihati, kasih sayang, simpati budi. Bukannya kesempatan demi kesempatan yang dicari ….
Kudratku utk melawan takdir mu Ya Tuhan, tak terjangkau dek akal. Diri ini terlalu kerdil!!... Sungguh…..
Rahmat dan Redha mu Ya Tuhan, kembalikan hati2 mereka… berbalas kasih sayangku, sedarkanlah hati2 yang alpa itu. Pengorbananku bukan untuk dipermainkan..!!!
Bekalkan semangat serikandi ini dengan sabar yang menggunung, tabah yang melaut, redha laksana semesta alamMu. …
Aku bersyukur dengan sekecil2 zat sehingga sebesar2 nikmatmu Ya Tuhan…
Yakinku datang, jiwaku takkan goyang… ku pupuk azam, kerana langkahku langkah seorang pejuang.
Pasti menanti, ku tawan erti kejayaan!!!
Amin ya rabbal’alaminn….
Tuesday, June 23, 2009
Ucapan buat 'Abang'
Assalmualaikum… abang,
Dedikasi ucapan khas kat blog ni, utk tatapan abg. Mama tahu, dalam abg duk sibuk2 kerja, sebenarnya abg sempat menjenguk ke blog mama,kan. Mekasih….,
Alaaa, abg tak abis2 ngan ego tu. Time mama suh abg masuk n tgk blog mama, abg cakap “mana laa abg tau, abg kan buta IT” iskk… saja jer. Padahal.. dalam diam2 abg pandang2, jeling2 jugak. Hahaa… mama boleh check laa sape yg singgah kat bog mama ni.
Hrp abg masih ingat, dlm abg duk cakap2 abg buta IT, sebenarnya abg jgak laa yg bawak mama mengenali dunia IT ni, kiranya mama lagi buta tau! Tapi… itu citer 8 tahun lepas.. hehehe….
Okey abg, kat sinilah mama himpunkan semua rasa hati mama, suka, duka… dan macam2. Tapi apa yg lebih penting disiinilah juga tempat mama abadikan seribu satu cerita dua permata hati kita, a.long n adik. Kalau panjang umur blog ni, moga2 dapat laa jadi tatapan bila diaorg besar nanti. Kat sini jugak laa, wadah perjuangan mama, menyumbang idea dan celoteh membina utk kawan2 mama. Macam tak tahu, mama ni dari dulu kreatif sgt2 dan banyak idea. Ye tak?? Ahakss~
Lagi satu, niat mama mula2 sbb nak attach bisness dan produk mama kat sini. Dunia makin maju, zaman dah berubah, semua pun dah canggih, tanpa sempadan gitu…! So, mama ingat nak gunakan sebaik2nya. Tapi, ye laa... disebabkan masa mama yg agak terhad, mama terpaksa buat satu blog je, dan himpun rojak semua2 tu kat sini sekali…
Harap abg turut berbangga dengan apa saja idea dan usaha mama. Walau jauh dan dekat, mama sentiasa harapkan sokogan dari abg.
OK abg, sempena hari bapa ni… mama nak buat ucapan berani mati secara terbuka kat sini… jeng jeng jeng….
“SELAMAT HARI BAPA, ABANG……” hahahaaa… itu jer…
Ucapan2 lain, nanti laa mama bgtau. Abg kan suka private2 gituuu…. Hehehe…
Pepun, hrp abg akan sentiasa menjadi pemimpin yang terbaik, khalifah yang terhebat! Doa dan harapan mama, semoga abg berbahagia dgn kehidupan yang dianugerahkan ini.
Perancangan kita sbg manusia sudah tentunya yang terbaik, tapi ketentuan dan perancangan Yang Maha Esa, adalah lebih baik dari segalanya…
Best wishes for u…. Amin Ya Rabbal’alaminnn….
Salam kasih sayang.... mama~
prettycollection : Sihat Menawan
Sebuah Syarikat yang kukuh, pengasas yang berwibawa, produk yang bermutu, produk terjamin, harga yang berpatutan, kelulusan pihak berkuasa dan sijil pengiktirafan.… ANDA PASTI BERPUAS HATI. Lebih dari tu, peluang anda untuk menjana pendapatan LUMAYAN. Kerana, tindakan anda hari ini adalah tindakan seorang leader dan perantis yang HEBAT.
Info tentang Pretty Collection
-Beroperasi mengikut sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM).
Peluang perniagaan dan keusahawanan
- Sistem bonus e-perdagangan
- Bonus penajaan terus, bonus pasangan, bonus pencapaian.
Produk Pretty Collection bermula dengan pakej pelansingan, sesuai utk wanita atau lelaki. Seterusnya akan di ikuti dengan beberapa pakej lain. Pakej Pelansingan ini bertindak dengan 2 cara iaitu dari luaran dan dalaman.
HARGA PAKEJ : PEMBELIAN PERTAMA RM350 / PEK
PEMBELIAN ULANGAN RM300/ PEK
Harga : AHLI RM48.00
BUKAN AHLI RM59.9
Membersihkan usus dan membuang kotoran najis lama. Mencantikkan kulit serta membantu penghadaman.Sedap dan tidak berketul
Kebaikan:
1.Mengurangkan sembelit
2.Membantu Penghadaman
3.Mengurangkan Berat Badan
4.Membantu Pengedaran darah
5.Menguatkan sistem imunisasi
6.Melembutkan kulit dan berseri
7.Mengawal kadar glukosa darah
8.Mengurangkan kolesterol dalam darah
9.Menghindarkan penyakit jantung
10.Menghapuskan radang perut dan usus
Yaseru Sliming Patch
Harga : AHLI RM66.00
BUKAN AHLI RM88.00
Ketika peredaran darah di sekitar badan berlaku, Yesaru Foot Patch akan menyerap toksin dan menyingkir toksin tersebut melalui saluran liang-liang akupuntur yang terdapat di telapak kaki anda.
Kebaikan:
1. Menyingkirkan Toksin
2.Mengurangkan Berat Badan
3.Membantu Pengedaran darah
4.Menguatkan sistem imunisasi
5.Mengurangkan kolesterol dalam darah
6.Menghindarkan penyakit jantung
7.Meningkatkan metabolisma
Pretty Slym
HARGA : AHLI RM59.90
BUKAN AHLI RM89.90
Menseimbangkan metabolisma, membakar lemak menahan rasa lapar.
Kebaikan:
1.Menghilangkan rasa lapar
2.Mengurangkan Berat Badan
3.Membantu Pengedaran darah
4.Menguatkan sistem imunisasi
5.Meningkatkan metabolisma
6.Mengawal kadar glukosa darah
7.Mengurangkan kolesterol dalam darah
Minipack
HARGA : AHLI RM50
BUKAN AHLI RM65
Set percubaan untuk 3 hari penggunaan. Pasti anda dapat melihat kesannya.yang amat positif
Setiap kotak mengandungi :
3 sachet Pretty Slym
3 sachet Pretty Fiber
4 keping Yaseru Slimming Patch
(Jadual pemakanan dan penggunaan dicetak di bahagian dalam kotak)
AKAN DATANG!!!!
~ Produk keintiman suami isteri yang sangat hebat
~ Produk kecantikan dan penjagaan kulit
~ Wangian dan haruman Aura
STRATEGI PENJENAMAAN
- TV3
- RTM
- 8TV
- ASTRO
- ERA
- SINARFM
- UTUSAN
- BERITA HARIAN
- STARITS TIMES
- MINGGUAN WANITA
BERTINDAK SEKARANG!!!!
• IMPIAN DAN MATLAMAT TIDAK MENJADI APA APA ..JIKA TIADA “TINDAKAN”
• JIKA ANDA BERTANGGUH, 1 HARI AKAN MENJADI 1 MINGGU, MENJADI 1 BULAN, MENJADI 1 TAHUN MENJADI 10 TAHUN, MENJADI SEUMUR HIDUP…..
• BERTINDAK & BERTINDAKLAH SEKARANG!!!
“PELUANG YANG BESAR ITU DATANG SECARA TIBA-TIBA,DATANG TIDAK MENENTU MASA,DATANG DISAAT KITA KESEMPITAN ATAU KESUSAHAN.NILAILAH PELUANG ITU DENGAN SECARA BIJAKSANA.REBUTLAH PELUANG YANG BESAR ITU, KERANA PELUANG YANG BESAR ITU BOLEH BERLALU DENGAN TIBA-TIBA.JANGAN JADIKAN SERIBU ALASAN UNTUK TIDAK MEREBUT PELUANG YANG BESAR ITU!”
Pertanyaan dan penerangan produk/plan percuma :
Hubungi pakar kesihatan, kecantikan dan kejayaan anda hari ini……
AZIE, Tel: 03-8734 3827 / SMS: 019-3311 678 (Sila nyatakan nama, lokasi, no tel )
...kes pening-pening
Azie pulak ari ni yang x abiss2 menguap…. Uwarrggghhhh… mantuknya.......
Mau tak nya, malam tadi macam2 layan kerenah a.long n adik. Balik umah lps maghrib, dari mula sampai umah, hingga laa dorang tido.. macam2 kess dan cerita! Peninggggggg kepala ibu….. pepun, abg long n adik tetap penawar hati ibu. Aduhai….
Kes satu : berebut nasi kukus bungkus. Huhu.. sori, ibu beli satu jer. Ingt nak suh a.long ngan adik kongsi… apsal la tak nak mengalah pulak. Memasing nak sorang satu..., Padahal bukan bole habis pun….
Solutionnya, ibu yang suapkan so, kiri kanan anak2 ibu, semua dapat sama rata. Satu suap utk a.long, satu suap utk adik, …. Dua suap tuk a.long, dua suap utk adik….
Sampai laa nasi tu abis…. hehe, (ibu diet, tahann lapar walaupun terliur jugak)
Kes dua : Pensil warna tertnggal kat ofis ibu. Kecoh betul a.long ni! Dah siap cembeng2 muka dia, akhirnya nangis pulakk… “…tak boleh laa abg long nk buat homework ni, xde kaler caner, abg long kena kaler picture ni…” sian pulak anak ibu. Solutionnya, ibu abaikan penat. Cuba selongkar kotak2 yg ibu baru kemas kat bilik stor last week. Rasanya ada kaler2 lama abg long yg ibu simpan. Setengah jam mencari, akhirnya jumpa. Berpeluh2 ibu tau.,… dan bersepah2 balik kotak2 tu. Xpe laa….
Kes tiga : Adik makan banyak sangat, nasi tadi + 2 gelas milo ais + lps cuci kaki mintak buatkan susu botol,. Tengah2 minum susu, x sempat abis…dia tersedak, abis keluar balik. Adusssss…..kena karpet dan comforter jugak! Dah laa muntah, adik pulak siap nangis2….
Solutionnya, ibu pujuk adik, bawak bilik air, mandikan dan cuci karpet dan comforter tu. Ibu pulak rasa cam nk nangiss…. Huhu…
Then...., ibu suh a.long buat cepat2 la homework tu, dah lewat ni… kita tido jomm…
A.long ngan adik semakin membulat bijik mata. Apsal laa tak nak tido2 lagi. Apa2 ajer celoteh dorang berdua…. Pastu masuk pulak…
Kes keempat : Lps buat homework, abg long dh susu2 bantal nak tdo, then ternampak HP ibu siap ngan bluetooth… nak layaannnn lagu la pulak. Adeehhhh,... berebut lagik ngan adik. Kali ni nasib baik abg long mengalah. Abg long pun slow2 lending kat sebelah ibu, masa tu ibu tengah nak upload pic2 kita dari kamera ke lap top. Apa lagik, adik mntak ibu, amik gamborr dia dgn aksi mendengar lagu dgn bluetooth tu. Layannn aje laa aksi adik…
Hampir 11pm, abg long tertido. 15 minit kendian disusuli dgn adik, Setelah 3 malam ibu tak bacakan buku cerita, malam tadi ibu sempat spend masa, bacakan abg long n adik dengan satu wonderful story… "Tikus yang Penakut” salah satu citer dari siri buku,
Bacakan Saya Satu Cerita.
Abg long seronok sangat ngan story malam tadi, ini dah kali kedua ibu baca story yang sama rasanya.... macam2 abg long celoteh dan tanya, sampai ibu pun dah penat nak menjawab. Macam2 anak ibu….. ~
Setelah anak2 ibu tdo, barulah ibu sempat nak bersih badan sket, cuci muka, gosok gigi. Ingat nak joint tdo sekali, tapi dah terlebih penat jadik x ngantuk pulak… terkebil2 sampai kul 3am. Hahahaaa… rasakan, pagi tadi, punya laa liat nak bangun….
Pepun, anak2 ibu penawar dan pengubat segalanya. Apa jua kerenah sayang… ibu setiasa berbangga bila anak2 membesar dengan bermacam2 kisah dan cerita. Dalam suka dan duka, ibu sentiasa ada utk memberikan yang terbaik utk a.long dan adik, cinta hati ibu.
Love u soooooo much! Muuuaaahhsss~
Cayang, … ibu~
Monday, June 22, 2009
Mandi Manda Lubuk Pangsun
Hai hai hai……..
Hari isnin yang indah, hrp u all semangat semangat di hari pertama minggu ni.....yeah!
Beshh besh… smlam merupakan hujung minggu yang padat dgn mcm2 aktiviti. Hahaa… ingat tak posting azie pasal azie nak buat celebration father’s day tu.
Dalam duk fikir2 macamana nak bgtau kat hby pasal nak celebrate tu, tetiba teringat dgn cadangan adik pompuan azie, cik de…, pasal yg dia nak ajak g mandi-manda kat Sg Congkak. So… apa lagi! Heboh dan hebah kat semua kaum kerabat, ramai pulak yg nak joint.
Malam sbl kejadian, bgtau kt hubby, ajak joint adik2 azie mandi-manda, biasa laaa.. azie dah agak dia akan menolak, sebab dia mmg x berapa suka sgt dengan aktiviti sebegini,. Kebetulan pulak dia ada misi yg nak dia sattle katanya.
Huhuhu… azie carik lagi idea lain supaya dia ikut jugak, hrp2 plan surprise party azie kali ni menjadi. Well…. U know me! Bab pujuk rayu no satu… har har har…
Akhirnya abg bersetuju utk joint mama n d’geng kali ni.. oooyeaahhh!!!
Waakkk… wakk… pagi semalam awal2 dah bangun. Biasa ler.. selalunya kalau ari Ahad, lps solat subuh sambung tidoo tak ingat! Tapi semangat nak beraktiviti punya pasal, azie bangun palu kompang… punya laa susah nak kejutkan anak2 azie ngan adik2 azie yg kebetulan tdo kat umah mlm smlm. Sempat masak serba sedikit...
Jap jap.. ada pembetulan. Sebenarnya kami tak jadi pergi Sg Congkak, kami ke Sg. Pangsun, area situ jugak. Sini lebih okey, bawak budak2 sesuai sbb sungai dia tak dalam sangat.
Hari pun dah petang, kami bertolak balik lps solat zohor Memang semua seronok sgt ari ni. Say bye to Sungai Teluk Pangsun…………
Ewaah ewahhh..... dalam keta bukan main lagi, semua dah lentok! Azie drive dgn menahan rasa mengantuk yang amat sgt. Bahye betul…. Nasib baik selamat sampai.
Otw balik, sempat singgah UNITEN, jumpa akak Noraini amik tiket Seminar Kenali Potensi Diri, Dr Azizan tu…
Taraaaaaaaaaa……. Ni laa tiket nyaaa……
Okeh…. Berbalik kpd aktiviti Azie….. lepas dapat tiket,
Terus menuju ke ofis, abg pun sekali. Mula2 dia nak terus singgah workshop Nizam, tapi dia ikut joint balik ofis, nak tolong tengok keta customer…
Bye to all, luv u~
Azie.
Sunday, June 21, 2009
Rakaman Memori @ Lubuk Pangsun
waahh wahhh... sampai camtu sekali makan.. uikss...
mula-mula turun, malu2 kucing.... cejukkkk
bila dapat mandi, tak hingattt....
macam2 aksi ... syokk gileeer
time's up!!!!!!!!!!!!!!!!! moohhh naik sumer...
ada jugak yang tak nak naik... siap kena pujuk
aksi malu-malu mesra ayah n ibu
makan lagik... 2nd round, hehhee
posing dulu sebelum balik
sweet memories here... see again!
Banyak jugakk pic yang sempat kami rakam, tapi x boleh laa nak share sumer kat sini, serabut sarabai karang blog ni. hehhee,..................