Wednesday, September 9, 2009

2 in 1.... Kejayaan & Kecantikan

Salam semua... Ni entry 2 in1.... sorry ek... tamak haloba sket! hehee ;D

Xtually hari ni xde berniat nk hupdet blog, tapi tu laa kan... udah ada menda nak kaboor kat korang, so... azie merajinkan diri jugak leer.
Story 1
Wokess wokess... perasan tak ngan date ari ni. 09-09-09..... wah wahhhh....
Kpd yang tak tahu... mengikut ilmu metafizik, no. 9 ini sangat bagus dan memberi maksud KEJAYAAN. Udahh maksudnya begitu, apa lagi... sukee lah saya!
Azie pulak mmg ada berkait rapat ngan no 9 nih, salah satunya sebab no root Azie adalah no 9.
Nak kongsi info sket.....,mengikut ilmu metafizik jugak..... secara umumnya, sape2 tarikh lahir dia yang menghasilkan root no '9', orangnya baik buruk bersifat dan bersikap begini, .....Waallahu'alam...
  • Sangat optimistik dan berfikiran terbuka.
  • Suka nampak cantik
  • Sangat beradab
  • Pintar, peka dan sensitif.
  • '9' tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri.
  • Bagus dalam memenangi hati orang.
  • Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dalam terperinci atau khusus.
  • Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan
  • Luaran nampak kuat tetapi lembut di dalam
  • Seorang yang emosional
  • Dikemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan kesepian
  • Tuah akan dalam dipertengahan umur, lingkungan 35 tahun ke atas.
Dan nak tambah sket... sape2 yang ada no akhir dia 9 camni... biasanya dia kan berjaya dalam hidup, berjaya dalam setiap apa yang dia lakukan. Aminnn... (harap2 nyer begitu)
Menarik kan... sape2 yg nak tahu lebih lanjut boleh contact Azie...


Okess, itu shj. Mana yang baik, syukurlah dengan anugerah Allah SWT... manakala yang buruk itu jadikan sempadan... sekurang2nya kita berusaha untuk sentiasa merubah diri kita ke arah yang lebih baik, betul tak?
So, percaya kepada keistimewaan diri sendiri.. sentiasa berfikiran postif! k.... ;-)

**********************
"Hati yang putih bersih, terzahir pada wajah suci bercahaya. itulah kecantikan yang sejati...."

Story 2
Citer cantik2 ni,
Sape yang tak mau cantik kan. Nak2 pompuan.....
Begitu jugak laa ngan aku.


Ni yang nak citer... aku teruja dgn nasihat2 dari Dr Rita.....

Ari ni 2nd treatment kat Dr Rita Beauty Centre (Pakar kecantikan dan kulit) Apointment kul 10.30 am. Tapi kul 11.45 baru aku sampai sana. Terkandass ditengah2 kesesakan bandar Kjg, dah tu pulakk pusing 3 round still x dpt parking. Huhuuu... nangis! aku parking nun jauh kat Kompleks Metro... n menapak leer! nangis lagik...


Kalau dah sampai lambat tu, terpaksa laa menunggu. Ramai pulak yang buat treatment ari ni. Kul 12 lebih baru dapat masuk bilik. Cam biasa muka aku kena tonyoh2, kena sental2.... sambil layan sembang ngan awek beautician tuh! (staff Dr Rita) Dia siap puji2... kata muka aku better then last week. Hua huaaa..... iyo leer tu, aku nengok cam biasa jerk, cuma jerawat tu dah makin kecutt... jerawat baru pun dah x berani tumbuh. Huhuuu... lagi satu siap cakap ngan aku, "kalau miss ikut betul2 kita punya advise... gerenti muka miss dah cantik masa raya nanti..." ewaaahhhh..... iyoo lah tu!
Tapi, hrp2 betul apa yg dikata walaupun aku tahu raya udah next week. Budak tu tadi confident bt statement cengituu mesti dia ingat raya lagi 2 bulan kot! Uhhh..... pedulikan....


Tiba pulakk muka aku kena taruk masker... 3 kali tuh! Mula2 yang kaler putih - bau dia cam bunga apa ntah, pastu kaler ijauu-bau dia cam sayur bayam... pastu kaler coklat-bau dia cam herba2 sket.... Hape hape jer laaa.... janji muka aku elok! Setiap satu masker tu amik masa lebih kurang 15-20 minit. Dah sattle dia tempek2 masker kat muka aku dia tinggal aku sorang2 kt bilik gelap dan sejuk tuuu.... Memang gileer sejuk! Hari ni dia lupa nak selimutkan aku agaknya. Ya Allah!!! .... mahu menggigil aku dibuatnya, 20 minit rasa mcm 2 jam. Sungguh kejammm... dosshhh!
Kurang lebih satu jam setengah......... muka aku dah siap dikerjakan. Alhamdulillah dan aku rasa sungguh nyaman. Ececececeeee..... tetiba!


Sbl balik, Dr Rita panggil aku masuk bilik dia n bagi advise pasal bekalan ubat-ubat yg aku dapat sekejap tadi tu. Yang tak menahan... Dr Rita pantangkan aku. So, mulai ari ni... aku kena betul2 pantang, utk kesan yg lebih baik ke atas proses perawatan dan pemulihan wajah aku nih. Aku rasa cam siksa. Tapi nak tak nak aku kena ikut....
  • Aku tak boleh minum ais langsung, walaupun sikit!
  • Tak boleh ambil makanan yg ada pedas, yang ada black paper, halia dan jintan!
Aku jugak wajib minum 8 gelas air sehari.... (yang ni mmg aku amalkan sokmo... so no problem)
Sebelah malam sbl tido aku kena amik segelas air + Lady Plus + Sebijik pisang.... (hahaaa... lps ni kena wat stok pisang bertandan tandan leer...) + makan dadih.
Dadih ni pulak, versi Dr Rita... dia siap ajarkan aku cara-cara buat dadih, heeee.... nnt leer aku ajorkan korang plk.


Pastu kan.. Dr Rita suh aku amik lebih banyak makanan yg support kulit, spt barli, oat, nestum, cream cracker, nestum, sengkuang, betik, cucumber.... n ada laah 2-3 menda lagi yg aku tak sempat nk catit...


Sattle2 kena advise ngan Dr Rita... aku rembat ubat2 utk pakai n brg yang aku dapat tu. Ni laa dia...
Siap ada masker bagai.... So, aku akan dtg utk 3rd treatment next wednesday. Huhuuuu.... gigih tu nak kena abiskan 12 sessi rawatan. Aku doa dan harap2 berbaloi dgn masa dan wang yang aku laburkan utk merawat kulit wajahku ini. Fobiaa wehh... muka aku asal normal skin tetiba jadi tempat jerawat bermaharajalela... Huuuuu....
Harap2 jugak berjaya dgn usaha dan ikhtiar terakhir aku ni. Aku suka ngan rawatan ni sbb lebih semulajadi. Aku berhempas pulass nak dapatkan 1.7K +- semata2 nk buat treatment nih. Sib baik cayangg aku sporting. Kata nak bini cantikk..... hehehee....


Sumerr dah sttle............. aku balik ofis ngan tenang. Buat keja n aku mula sibuk sana sinun! Alhamdulillah rezeki dan peluang melimpah ruah sejak akhir2 ni. Harap2 aku tak pernah alpa dan sentiasa dikurniakan sikap yg bersederhana... Aminn.....


Moral : Ada org, muka yang berjerawat pun orang pandang cantik dan lawaa. Tahu tak kenapa.... ??? Sebab ianya lahir dari hati yang bersih. Ada org, muka cantik putih melepak... tapi tengok pun tak de selera... huhuhuuuu, kenapa pulak tu??? :-)

Alang-alang bercerita canteekkk... nak tayang baju baru dan tudung baru yang sangat canteekkk... aku paki ari ni. Heeeee. Jgn maree.... uols!
*aku pulak asal pakai baju baru atau tudung baru, mesti keja bersemangat len macam jerk... hua hua huaa......
K laa.... chiooow dulu... bye. Salam.
Luv alls....~Azie

1 comment:

Mawar_berduri said...

kak Azie, Ross lahir 9 Disember 1985 ade 9 tuh..wah...beruntung la ye?..hihihihi mudah-mudahan..