Cerita pada suatu hari,
Selesai urusan dibank lewat tengahri itu, aku menuju ke kereta yang di parking agak jauh sedikit daripada biasa. Bulan Ramadhan ni, sesak di Pekan Kajang len macam sket, tambah2 pulak sudah minggu kedua ini... org ramai mula keluar melengkapkan keperluan masing2.
Selesai urusan dibank lewat tengahri itu, aku menuju ke kereta yang di parking agak jauh sedikit daripada biasa. Bulan Ramadhan ni, sesak di Pekan Kajang len macam sket, tambah2 pulak sudah minggu kedua ini... org ramai mula keluar melengkapkan keperluan masing2.
Sedang terkial mencari kunci kereta dalam handbag, aku sempat terdengar perbualan dari seorang kakak yg selang satu kereta dari aku.
"Duit sumbangan ni akan disalurkan ke rumah2 anak2 yatim, orang2 kurang upaya dan badan kebajikan. Terpulanglah kpd encik nak beri berapa"
Aku nampak keikhlasan pada wajah pompuan yang bercakap itu. Sambil tunjuk2kan buku yang dipegang. Itu aku tak ambik pusingg... yang buat hati kecil aku tersentap....dgn pihak yg lagi sorang. Dah laa tak pandang pun muka kakak tu, cepat2 dia nak masuk keta, sambil cakap
"Boleh tepi sikit tak?... Tak pe... tak pe.... ta nak! Buku macam ni dah berlambak2 kat umah saya. Saya nak cepat ni. Tepi sket..."
Masa muka kakak tu berpaling pada aku, nampak wajah kecewa, tapi dia tetap memberi senyuman kat aku. Aku membalas senyumannya spontan. Langkah nyer kedepan menghampiri aku dan tunjuk buku tu. "KERAMAT SEORANG IBU" Persembahan tajuk dan visual kulit buku yang agak menarik. Ooohh, yg lebih penting niat kakak tu tadi. Dia ckp buku tu jual kat pasaran RM15, seperti tercetak kat kulit belakang. Dia ckp kat aku lagi terpulang kat cik nak bagi brp, 5 ringgit, 8 ringgit, 10 ringgit. Tak kisah... sbb sempena bulan ramadhan ni, just sumbangan utk amal jariah dan salur kat mereka yang perlu. Aku senyum, hulur 2 kpg not kertas dan ambil buku tu. Kakak tu senyum lebar, ucap terima kasih n sempat doa, "semoga murahh rezeki cik..." Insyaallah.....Aku aminkan dalam hati.
**********************************
Assalamualaikum n pagii kawan2....
Okey alls....
Azie bukan nak menunjuk2 apatah lagi nak bermegah dgn sumbangan yang tak seberapa tu. Just nak kongsi moral yang terselindung disebalik apa yang berlaku.
Inilah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan harian, walaupun bukan berlaku pada kita... tapi ia berlaku kpd ramai org. Abaikan sindiket2 haram.... semoga mata hati kita mampu menilai dan beza natara orang2 yang benar2 memerluakan dan mereka yang cuba mengambil kesempatan. Ini nak bercerita soal harta benda dan hati!
Azie teringat pesan guru2, mentor2 yang bersemangat bercerita tentang kekayaan. Membuka minda akan erti sebenar kejayaan! jom Azie share.....
Tentang harta benda....
Kenapa islam menuntut kita mencari seberapa banyak rezeki dan kekayaan? Kenapa kita wajib kaya dan mesti kaya? Kenapa kita perlu ubah diri kita?
Ini laa antara sebab2nya...
Kerana kita perlu bantu ramai orang yang memerlukan. Ramai org salah anggap tentang keperluan untuk senang dan kaya. Ada yang cakap, tak perlu jadi kaya sbb takut jadi tamak, takut jadi lupa diri, lupa daratan. Takut kena khianat, takut kena rompakk..... Hah!!! ada kan kan yg berangapan mcm tu. So... orang macam ni akan pilih utk hidup sederhana dan seadanya. Itu lah silap kita, mind set pun dah tak betul.... macaman laa Allah nak kurniakan kekayaan kat kita. Asyik negatif jerk...
Ini laah keperluan kita supaya menjadi senang, berduit atau kaya. Kita nak buat amal jariah xde laa berkira2 sgt. Ada sesetegah orang tu, sepanjang2 hidup tak pernah keluarkan duit poket utk derma kat org susah, apatah lagi nk salur kpd badan2 kebajikan, sbb apa??? Sbb makan pakai sendiri pun cukup2 jerk. Keja siang malam, kuar pagi balik balik petang.... hidup x pernah berubah. Bila orang2 yg memerlukan datang utk minta belas ihsan, dipandang dgn serong. Padahal isi poket dia yg berbicara masa tu....
Dgn berharta, byk yang bole kita lakukan. Bantu ahli keluarga, sanak saudara seagama, amal jariah, tunai haji, kerjakan umrah....
Bezanya jugak kalau kita tak punya apa2..... usahkan nak bantu orang lain, mak bapak sendiri tak penah rasa nikmat pemberian dari seorang anak.
So.... Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni,
Azie just nak bukak mata kawan2... peringatan utk diri Azie jugak, knpa Azie selalu cakap, ubah minda, ubah pemikiran, kita perlu berubah....., sebab ini lahh..... Kita perlu menjadi senang dan kaya bukan untuk diri kita sendiri, kita perlu bantu ramai lagi insan2 yang dhaif, anak2 yatim, orang2 kurang upaya, dan ramai lagi. Lebih indah kalau kita telah peruntukkan setiap bulan atau tahun hasil kekayaan itu kepada badan2 kebajikan tertentu. Nikmatnya hanya Dia yang tahu. Bila niat kita ikhlas.... Allah akan datangkan rezeki itu dgn mudah, menetapkan hati2 kita menjadi lembut dan sentiasa ihsan kepada mereka yang memerlukan. Apa yang lebih penting... tukar mind set kita. U DESERVE TO BE RICH, TO BE MILLIONAIRE!!!
Azie doa semoga kta semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, hati2 yang bersih dan kita bersedia untuk bantu lebih ramai orang.
Amal jariah kita adalah pembersihan harta dan jiwa yang tak ternilai, kecil atau besar sumbangannya itu bukan ukuran yang sebenar. So... tidak ada alasan lagi kenapa kita perlu memilih kepada jalan kekayaan. Sedangkan bangsa dan kaum lain sudah jauh meninggalkan kita, sedang kita asyik berkira2 takut untuk menjadi kaya! Alangkah rugi.....
Setiap insan yang dilahirkan adalah hebat, ada potensi diri masing2, ada kemahiran dan kelebihan yang terselindung. Gunakan apa saja peluang yang datang dgn bijak. Peluang tidak selalu dtg, gagal mengambil peluang adalah antara ciri-ciri orang yang gagal dalam hidup!
Salam hormat salam sayang........ ~Azie
*Ramadhan yang kian hari berlalu pergi.....
1 comment:
tak patut orang tu wat cam tu ....kalau die tak nak skali pun ..tolonglah jangan biadap camtu ..cakap elok2 kat akak tu ape salahnya???....Ni la orang yang tak pernah fikir perasaan orang lain ... :(
Post a Comment