Adam Haiqal bin Hairul Aznan, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, 10 bulan, 3 minggu dan 1 hari (masa ibu create entri ni)... lagi sebulan lebih kita ramai2 akan sambut ulangtahun kelahiran Adam yang ke-4. Dari kecik lagi satu family panggil Adam Haiqal ngan panggilan "adik".... urmm?? x tau laa nape, huhu... patut leer sampai ari ni pun Adam Haiqal belum dapat adik, agaknya dia nak jadi adik for ever kot. Isk... tak pe laa, kalau ada rezeki, ibu nak jer family kita lagi bertambah dan berkembang. hiks hikss.....
Adik ni dah sekolah tau.... seawal 4 tahun dia dah mula menunjukkan minat nak belajar. So, ibu tanpa gusar antar adik masuk sekolah sama ngan abg long. Adik belajar kat TADIKA KANAK-KANAK BIJAK, Jalan Bukit, Kajang. Ibu tak risau sgt, sbb teacher kat sekolah tu cakap, untuk kanak2 yg umur 3 & 4 tahun, pembelajaran agak ringan, x spt kindergarden or pre scholl kids tu. So... dorang akan lebih seronok! Lagipun dorang yg "kecik2" ni diberi waktu rehat yg khusus.... neway, ibu happy sbb adik dah boleh independent.
Ssshhhhh..... walaupun adik dah pegi sekolah, tapi adik masih minum susu botol tau..! hehehe...., mula2 ibu kisah... tapi bila x kasi botol.. adik x mau minum susu langsung walaupun dlm cawan, so.. ibu pun tak kisah lah. Sket masa lagi ibu train adik ea....
Adik sgt comel, dikurniakan seraut wajah yang manis... biasa menambat hati sesiapa saja yg memandang, tambah2 ibu! Adik ni sungguh pandai bergaya atau posing dan sangat suka bila diambil gambar. Ibu pulak apa lagi, mmg ibu pun suka sgt2 amik gambar abg long n adik. Thats why kamera ibu yg tak berapa canggih ni menjadi teman setia bila jalan2, hihihi...Banyak sgt nak citer pasal adik, sejak kecik malahan dari dlm kandungan ibu pun adik x banyak ragam. Macam abg long, masa mengandungkan adik ibu tak mengalami alahan yg teruk. Alhamdulillah. Cuma satu perkara yg ibu ingat... sepanjang mengandungkan adik, ibu suka sangat makan, dan memang byk makan. Sehinggakan Dr dpt kesan ibu ada disbetise-kencing manis. Masa tu kandungan ibu masuk 4 bulan kalau x silap. Isk... nasib baik x serius n ibu sempat control. Ibu tersangat laa suka masak sepanjang 'pregnant'kan adik, hehehe.... macam2 ibu ni. Tapi yang pelik nyer.. adik pulak bila dah kuar dan sampai besar ni pun jenis susah nak makan. Patut laaa adik kecik dan comey jer. Adik akan makan bila ibu suap dan ibu pujuk2. So... tiap2 kali mkn malam... ibu akan suapkan adik. Baru laa adik ada selera sket.
Sepanjang proses pembesaran adik, tak banyak perkara yg berlaku... Ibu tidak jemu memantau setiap perkembangan adik. Adik pun macam abg long, cepat belajar dan cepat mengingat. Susah jugak, bila dia jugak senang mengikut apa saja perkataan atau perbuatan, samada baik atau buruk. Ibu harap adik akan jadi anak yg baik dan akan dengar nasihat2 yg baik sahaja.
Adik ni sedikit manja tetapi tegas. Adik akan selalu menarik perhatian orang disekeliling terhadap dia. Bila nak pegi sekolah dan balik sekolah... ibu kena peluk dia kuat-kuat dan cakap "saaayang adik!" dan adik tak pernah lupa membalas "saaaayang ibu!"... barulah dia ceria.
Sejak akhir2 ni, adik pelik sket, x bole diusik atau dimarah langsung, dia akan merajuk dan akan bertindak luar kawal. Hahaha.... ibu faham sgt dgn adik ni. Bila dia buat salah pun sama jugak, ibu yg tegas ni of coz akan marah dan cakap apa yg betul dan salah... adik pulak mula tarik perhatian... dia kan bertanya setiap kali tgk ibu marah atau tegur adik..."Ibu marah adik tak...?" selalunya ibu terus cakap "tak laaa, ibu tak marah adik, ibu sayang" terus dia sengih walaupun masa tu dia tgh nangis. Tapi kadang2 ada jugak ibu jawab..."ye laaa, marah lah, adik buat salah." Tapi... bersedia lah utk menjawab soalan yg sama berulang kali sampai laa kena cakap tak marah, n sayang adik! hehee.... macam2 adik ni...
Sepanjang membesarkan adik, ibu sangat bahagia dan ibu selalu rindukan keletah adik bila kita berjauhan. Adik banyak cakap dan suka tanya soalan2 yg menguji minda...
Neway ibu syukur sgt2, anak2 ibu tak pernah susahkan ibu. Walaupun kenakalan mereka sedikit sebanyak menguji kesabaran diri ini... namun ibu masih berbangga bila ibu tgk kenakalan a.long dan adik lebih kepada proses pembelajaran. Selagi ibu boleh bg tunjuk ajar... ibu akan pastikan ank2 ibu menjadi anak yg baik, hormat orang tua, dengar cakap, beradab sopan, bijak, pandai dan soleh... Amin...
I can't smile without both of you, luv sooooooooooo much, babe!
witz luv... ibu~
2 comments:
Salam.....
Inilah Kurniaan Yang Maha Esa....yang TERBAIK....
Gau doakan adik....supaya Kuat aka macam Dj Epoi hehehhhehehe
Hebat arrrr dia....seawal usia 3 tahun dah kesekolah....
Clap x 3
Tahniah aarrr Buat Seluruh keluarga disana....
mekacihh di atas komen membina dari Dj Epoi...
waaaa.... jadi cam Dj Epoi? baguss jugak tu.
Tapik springgg kat Dj Epoi.
ahak~
Post a Comment