To all bloggers n viewers yang comey, encem dan semestinya baik hati budi semuanya...
Ni nak citer semalam punya citer.... (27.06.09) Hari yang banyak energy positif, hari yang sungguh bermotivasi dan hari yang banyak .....6...6....6.... (sape yang penah attand course Dr Azizan tahu laa apa maksudnya... :-)
Bangun seawal jam 6am, lps solat subuh siapkan baju2 along n adik yang nak bawak ke ofis. Hari ni abg long n adik terpaksa berdikari, dorang berdua kena stay kat ofis Azie, sementara tunggu Azie balik. Azie ada program dgn Pn Marsyita, (Pn Mas) "Majlis Discovery Wanita 3C". Ini kali kedua Azie jumpa dgn dia. Program ni khas utk peserta yg terpilih dari program Seminar Wanita 3C lepas, 16 yg terpilih daripada 107 org yg hadir. Kata Pn Mas.... org2 yg terpilih inilah untuk dibimbing dan kami akan bina satu group sbg wanita ikon, berjaya macam beliau dan memimpin wanita2 lain kat luar sana! Thanks to Pn Mas... menjadikan kami wanita yang sangat hebat....
Lepas antar Ateh pergi kelas kecantikan, sempat bfast roti canai + milo suam kat Restoran Sri Balang, then antar abg long ngan adik kat ofis. "Anak2 ibu tolong jgn nakal, tak mau gaduh2, tgk TV, baca buku, main game... elok2 tau! Kalau nak apa2 pergi cakap ngan pak alang, tok ma pun boleh jugak" Antara pesanan Azie setiap kali nak tinggalkan mereka.
Kali ni Azie tak boleh lambat, sebelum gerak sempat arrangekan kat workshop, meeting 10 minit dgn staff dan tinggalkan cash kat Ayie utk beli barang2, sure banyak kereta... biasa laa hari Sabtu kan. So nak kena stndby cukup2... nnt kelam kabut.
Singgah beli 'Berita Harian' n rembat sekali Mingguan Wanita, sampai menara Lovelure 9.55am. Wahhhh.... rupanya azie org 1st yg sampai. Iskk... salah tgk jadual ker, baca lagi sekali sms yg dorang antar 3hr lepas... a'aah.... tak silap pun, mmg program dijadualkan jam 10am till 1pm... hohohooo.... apa2 aje laaa,
Sementara tggu peserta yg lain sampai, sempat azie tengok2, jenguk2, usha2.... galeri produk kat area lobby ofis Pn Marsyita. Ada juga artikel2 kejayaan Pn Mas yang di'frame' dan digantung kat dinding2 sekeliling. Banyak!... Dalam hati, memang terlalu bangga dgn kehebatan wanita yang sorang ni. Iskk.... yg sebenarnya Azie terlalu cemburu! Cemburu dgn kejayaan Pn Mas, bergelar jutawan seawal usia 20-an. Memilki aset berjuta2, bisness yg maju, ada nama, family yg bahagia... n all about her...
Dia ni muda setahun jer dari Azie... hurmmmm.... Hopefully kejayaan Pn Mas menjadi aspirasi yg kuat utk Azie capai impian Azie jugak!
Lebih kurang jam 10.30am, program start.... bersemangat dan penuh teruja semuanya.. besh2...
Azie nak share dgn semua, apa ilmu yang bermanfaat yg Azie dapat dlm program semalam... Program lebih kurang 4 jam smlam just gambaran aktiviti dan perjalanan projek yg kami dan Pn Mas akan sama2 buat. Pn Mas penuh bersemangat mencabar keupayaan dan kemampuan kami, kalau nak berjaya kena berkorban! Yess... Azie bersetuju sangat.
So... will give 100% komitmen, jgn buang masa dan jgn tahu cakap saja. Dia mintak sape2 yang tak bersedia utk dibimbing dan tak mampu lepaskan keegoaan diri, minta tak perlu follow program ni. Iskk... Azie fikir2, ada ker org yang tak nak bjaya??? Dr Azizan cakap dulu, nak berjaya mesti ada ILMU, MENTOR, SISTEM. Ilmu ada kat mana2, kena rajin cari jer... paling mudah melalui pembacaan. Tapi MENTOR dan SISTEM ni masalah jugak. Kena dapatkan dan buat betul2. So... Kalau MENTOR (Pn Mas) sendiri dah ada dpn mata, offer diri utk bimbing kita.... ambil laah peluang tu! Alhamdulillahh... Azie tgk wanita2 lain yg dtg semalam pun macam azie, tak lepaskan peluang yg satu ni, apa yg penting kita kena praktikkan apa saja ilmu yg kita dpt, ikut nasihat dan cara mentor n buat ikut system yg betul, disiplin dan yakin!
"Bukan senang untuk SENANG dan bukan susah untuk SUSAH"
Ahaaaa.... memang tepat ungkapan ni, tak semudah yg kita fikirkan!
Program semalam memang penuh motivasi.... sekali lagi Azie rasa yang sebenarnya Azie dilahirkan dgn cukup hebat, bukan Azie sorang jer.... sape2 pun. So, gunalah anugerah Allah yang satu ini, rebut peluang dan hak kita untuk jadi org yg berjaya... Aminnn....
Azie sempat grab beberapa ayat dan perkataan yg azie nk share dgn semua...
" U have to let go, u have take the risk for success..."
- Apa yang nak kena let go??? ehemmm... means, let go 'comfort zone' yang kita ada sekarang, tak boleh terus selesa dgn apa saja yg kita ada kerana motivasi dan kesungguhan diri tak akan dtg jika kita sentiasa rasa cukup... cukup dan cukup... Betul tu Pn Mas!!!
"U got to do it"
- Mesti buat!
Kalau nak capai sesuatu ada jalan dan caranya.
Cth : Nak pandai memandu, nak memandu.... mesti belajar dan ada lesen memandu, rite??? So.. kita mesti belajar dan ada lesen tu!!! MESTI...
Cam tu jugak, kalau nak berjaya kena ada Ilmu, Mentor n System.
So.. mesti ada!!! Ilmu dgn membaca, mendampingi org2 yg berilmu, org2 yg berjaya, kena banyak berfikir, dan menghadiri majlis ilmu.
Ada mentor - Kalau tak ada kena cari!!! MESTI.... (Org yang beraspirasi kpd anda utk anda ikut jejak kejayaan beliau....)
System - Tak ada org yang bjaya dia buat smthing suka hati dia jerrr.... org2 bjaya dia ada langkah dan strategi, disiplin dan capai matlamat step by step .....
"STRUGGLE is good"
Untuk berjaya memerlukan pengorbanan, merasa sakit dan pedih sebelum memilikinya.
-Seorang saintis memerhatikan seeokr rama-rama yang ingin keluar dr kepompongnya... kesian rama2 itu, bersusah payah dan seolah2 terlalu sukar utk keluar. Kembang kuncut jadi kepompong tu.... akhirnya dia berjaya, keluar dan menjadi seekor rama2 yg sangat cantik, bebas ke sana sini, menikmati manis madu dan indah alam.
Then rama2 kedua pulak ingin keluar, sungguh payah spt juga rama2 yg pertama.... Saintis tadi mendapat idea utk membantu rama2 tersebut, dia pun memotong sebahagian kepompong tersebut dan selepas itu dptlah rama2 keluar dgn senang tanpa perlu bersusah payah. Tapi, apa jadi kat rama2 tu???? kesian ,... rama2 tu, tak dapat terbang dan tak dpt menggerak2kan kepaknya....
Kalau nak tahu, masa rama2 nk keluar dari kepompong, ada satu jenis cecair yang melekat dan membantu rama2 utk terbang.... kalau dia senang jer kuar, cecair tu tak cukup laa menyerap ke bahagian tubuh dan rama-rama tu, .... (macam tu laa lebih kurang...)
So, kesimpulannya.... sometimes struggle is good.... betul jugakkan.
Itu jugak beza org yang kaya dengan mudah dengan org yang kaya dengan susah payah dan titik peluh mereka sendiri.... kemanisan yang sangat berbeza!
"Give a person a fish and you feed them a day...... Teach a person to fish and you feed them for a lifetime...."
-Peribahasa omputeh yang satu ni sgt bermakna, memberi dan mengajar adalah perkara yg sangat berbeza. 'Memberi' adalah membantu kpd org2 yang memerlukan. Cth : Kepada org2 yang berduit dan berharta, ramai jugak laa yang dtg meminta bantuan... alangkah baik jika hartawan itu td mengajar org yang meminta bantuan tadi, sama2 belajar dan menunjuk jalan untuk mencapai kekayaan sptnya.... org tersebut akan mendapat manfaat tersebut sampai bila2... itu laah satu perkara yang Pn Mas praktikkan utk kami, dan Azie akan buat kpd org2 sekeliling Azie.
"Apa yang menentukan yang anda ada pada 5 tahun akan datang, bergantung kepada buku apa yang anda baca, siapa orang yang anda dampingi dan apa tindakan yang anda buat..."
-by Brad Sugars : Brad Sugars merupakan pengasas program bimbingan keusahawan bertaraf dunia, pemilik syarikat ACTION COACH, penulis buku-buku keusahawanan dan motivasi kejayaan.
Okesss....
Actually banyakkkk sangat yang Azie dapat semalam, kalau bole Azie nak share menda ni dgn semua org tapi tu laah, Azie buat setakat Azie mampu dulu. Mereka yang sentiasa mendampingi Azie semestinya org yg bertuah utk azie appliment apa yg azie dah dapat, thanks to my love abg long, adik n my sayang.... pembakar semangat dan kekuatan Azie.
Balik ofis hampir jam 3pm, kereta berderet2 kat workshop, siann tgk staff azie bertungkus lumus. Azie sempat cover buat job sheet n prepare beberapa order, walaupun masa tu perut menyanyi minta diisi. Hampir jam 3pm Azie belum take lunch.
Huhuhu...Everything sattled around 4pm, cepat2 azie tinggalkan keja jap, pi makan... haaaa.... alhamdulillah, baru laa besh sket nk buat keja.Kul 6 tutup kedai, buat closing akaun utk hari semalam,... syukur Alhamdulillah, banyak ilmu, pengajaran yg azie dapat, rezeki ari ni jugak melimpah2.... Aminn....
Malam tadi, lps maghrib baru kami sampai umah. Tak ada aktiviti sgt... just tgk abg long buat homework dan layann cerekarama kat TV3... Dinner malam tadi kita semua makan masakan ibu yang anak2 ibu cakap beshhh sangat, telur masak kicap dan sambal sardin. Hahahaaa.... muaahss, sayang anak2 ibu, yang selalu puji masakan ibu. Kredit lagi kat diri aku sendiri....
Ok alls... bye n jumpa lagi....................................Salam sayang....~Azie
1 comment:
Good day!
It is my first time here. I just wanted to say hi!
Post a Comment