Thursday, July 30, 2009

Peraduan KISAH & LAGU


Salam.,.....
Azie dah lama alert pasal contest yang dianjurkan oleh mamamanja ni.
Link blog mamamanja korang boleh terus kesini : http://mamamanja79.blogspot.com/
Sejak dia isytihar pasal contest nih lagik, Azie dah set kat kepala lagu apa yang nak kupertaruhkan. Memang banyak sangat lagu, ada yang suka, duka, suka sukii pun ada gak. But, untuk memeberi energy positif, biarlah lagu tu ada kaitan dengan orang yang kita sayang kan. Sape tu? Anak2 Azie kah... ??? owhhh... tak sesuai pulak kalau nk letak 'lagu Puk Amai Amai...' hehee... so, lagu ni laaa., lagu Azie khas untuk cayang....! Lagu ni jugak fevret song Azie bila karoeke.. heheee.... bessshhh....
K alls, sila layann dan hayati kisah dan lagu ku sempena contest my lovely friend, MM.
taraaaaaaaaaaaaaaaaa


V


V


V


V


V



AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG - KHAIRUL IDLAN
Aku yg kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janjimu yang suci...

Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali lagi

Korus:
Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siangku menyebutmu,
Dimalam sunyi, ku digoda rindu... oh...
Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Mengusap muka mu oh sayang....

Lagu ni sangat bermakna buat Azie.
Bait2 kata yang tersusun indah tu, luahan hati khas untuk sayang, Azie…
Sedikit unik kan bila kita dengan si dia sama2 panggil ‘sayang’ dan ‘sayang’… betul tak?

Daku kisah kan…………
Sedikit masa dulu,
Kami cukup akrab, dari kawan menjadi teman sehingga terjalin kasih mesra. Kala suka dan duka sayang tak pernah jemu menjadi pendengar dan pengubat yang setia. Hari2 yang dilalui terlalu indah, sehinggakan diri ini tekad untuk tidak meletakkan siapapun diruang hati.
Dalam menitip hari-hari bahagia kita,
Tak pernah terduga………. Sesuatu yang datang merobek kebahagiaan. Ntah apa yang sayang fikirkan sehinggakan sayang berubah sedikit demi sedikit meninggalkan diri ini. Hancur harapan dan impian untuk kita membina mahligai yang didambakan. Kekentalan diri ini menjadikan hati cukup kuat untuk memujuk diri sendiri dan sayang dari kejauhan. Dendangan lagu “Aku Yang Kau Panggil Sayang” nyanyian Khairul Idlan tambah mengusik jiwa lara. Oh, sedih dan pilu sekali!
Setiapa kali mendengar dan menghayati bait2 bicara puitis dari lagu ini,…….. jiwa pasti meruntun hiba dan menangis aku sendirian. Betapa kuat dan dalam cinta ini pada sayang, harapan tinggi diriku letakkan untuk mengecap bahagia bersama. Tak pernah sekali ku berputus asa. Melalui email, ku rintihkan rasa cinta dan kesungguhan dalam menyayangimu… lagu ini rasmi kutujukan khas untuk mu dengan seribu harapan agar sayang memahami akan maksud tersirat.

Agak lama kurasakan kita renggang terpisah……….. sehinggalah
lewat pertemuan itu………
Betapa suka dan terharu diriku bila terdengar lagu itu dari telefon bimbit sayang yang telah sayang set kan sebagai ‘ringtone’ mungkin. Oh…….. hampir gugur air mata ini untuk kesekian kali. Sayang juga pasti tahu, diri ini tidak pernah leka dari mengharapkan dirimu untuk kembali menjadi pendamping yang setia seperti dulu. Dari dalam hati dan diri, kuat ku nyatakan yang kita akan bersama……..
Bagai memahami akan isi dalam setiap bicara lagu itu…. Sayang akhirnya faham dan kembali memberi sinar. Bagaimana episod kedua kita bermula….??? Biarlahh ianya menjadi lipatan sejarah nan indah untuk kita. Apa yang pasti, tatkala hati kembali bersatu, kita gengam erat janji yang satu itu dan termetri kasih sayang sejati yang membuatkan diriku cukup bahagia hinggalah ke hari ini.

Sayang…
Terima kasih kerana memberi bahagia………… luv u so much!!!


K alls, sekian sudah................. tangkap leleh oooo... sob sob...
*sesapa yang nk joint contest ni, cepatt cepatt.... KLIK SINI masa masa tinggal beberapa jam lagi sebelum...... preeettttttt!!! MM kasik wisel tamat. Hehee

Tuesday, July 28, 2009

Tukar Imej

Testing…. Testing… testing…
Cengituu laa kenkonon nyerr.

Ini citer pasal Tudung Ariani.
Last week masa jumpa ex-neighbor,Pn Wan kat umah Sg Chua… sembang2 pasal tudung Ikin. Kalau kat KL n Kajang ni memang berlambak, nak2 kat pasar malam. Murah2 pulak tu. Azie penah laa beli 2 helai, satu tu kat Putrajya dan satu kat Pasar Malam.
Hahaaaa…….
Bila pakai, cam lawak gileeer. Langsung tak kena ngan muka. Azie tak bekenan sgt tang awning yg kerass tuh, n nmpak muka cam petak2 jerk. Heheee….

Okeh…….
Citer yang berbeza pulak masa sembang2 ngan Wan tu ari, Wan nunjuk yang dia beli kat Butik Ariani, kira original punya laa…. Pastu dia suh Azie cuba. Sekali sarung kat kepalaaa…. Waaaaaaaaa…. Kena pulak ngan muka aku yg memang dah kiut nih. Sungguh! Lawaaa…..
Bukan Azie yang lawa… tudung tu laaa yang lawa… chittt….

Kesimpulan eehh… muka Azie ni nak suh pakai yg original lool.........!!!

Mampukah aku??? Sebab, kalau tudung yang lawa tu dibeli kat Butik Ariani, boleh cecah ratus ratusan RM sehelai, kalau yang tak sampai seratus tu… maybe yg sangat2 simple n plain. Uhukssss…

Ingat bole aje ku abaikan pasal tudung tu, tapi balik umah teringat2 akan ke’lawa’an tudung Ariani tersebut. Makanya, hari ini pencarian dan jejak Azie bermula dgn intai2 ke Butik Ariani, Bdr Baru Bangi. Dalam duk intai2…. Terbekenan pulak dan terhangkut laaa 2 helai. Adoii mak! Baru je nk bermula misi berjimat cermat. Tapi tak pe laa, demi menutup aurat dan urat2… daku redhakan jugak. Memang Azie ni jenis menang membeli dan menang memakai. Ini kess Ateh puji semalam, masa try2 pakai tu, “Eh Long lawa laa…. Sesuai jer. Nampak sopan abbess!” kah kah kah…. Aku bantai gelak sambil mengiyakan dalam hati.

Dengan memiliki tudung Ariani bernilai ratusan RM ni, Azie ingat nk isytihar “Tukar Imej” … heheee…. Before this kan asyik pakai selendang jer, n rasa itu jer yg terbaeek.

Kalau udah org2 sekeliling duk cakap lagi lawa pakai tudung Ariani ni, maka terima aje hakikat nyerr… Masa citer2 kat cayangg, cayang gelak2 n ok aje!..
But, ini masih dalam peringkat percubaan…. Tggu dah lihat… heheeeeee…
*Tambahkan lagi satu tabung dan dana bulanan untuk beli tudung kat Butik Ariani.

Meriahnya besday adik!


Next story…. About Birthday Adam Haiqal…
Oh! My encemm boy dah 4 tahun yerrr.....
Sungguh pantas masa berlalu, tanpa sedar ianya begitu pantas meninggalkan kita. Tapi masa itu jugak menjadi terlalu indah buat ibu bila dapat melihat anak2 membesar didepan mata, walaupun bersulam 1001 kisah pahit dan manis....!

Adam Haiqal sinonim dgn panggilan adik, seorang anak yang sangat aktif, bijak, walaupun kadang2 menjadi seorang yang pemalu tetapi murah dengan senyuman dan sengihan!
Adam Haiqal lahir dan dibesarkan dalam kesibukan ibu bertatih mengenal dunia perniagaan. Segigih usaha dan sekental hati ibu, begitu jugalah sifat dan sikap yang menyerap dalam jiwa anak2. Adik seorang yang sangat mengalah, sabar dan tak pernah putus asa.
Congrats darling!......

Siapa sangka, seawal pertengahan 3 tahun… adik dah mula mengenal alam persekolahan dan bergaul mesra dgn kawan2 yang pelbagai kaum, berdikari dan menahan sabar bangun seawal jam 7 pagi…. Gigih mempelajari butir2 ilmu dari cikgu dan ustazah di tadika. Hebat... hebat...
Tiba masanya… di hari ulangtahun kelahiran adik ini… ibu tak akan lupa untuk menjadikan ianya sangat istimewa dalam hidup kita. Kali ini, ibu tak sediakan sambutan khusus untuk adik sebab ayah tak sihat dan jadual kerja ibu yang padat. Biarpun tak terungkap dari bibir adik, ibu tahu adik amat gembira dgn ucapan dan kucupan sayang dari ibu. Kali ni kita raikan adik anak beranak jer. Istimewa jugak laa, sbb dari ptg sabtu sampai laa hari ahad, macam2 ibu masak n buat untuk abg long n adik. Antaranya.... ayam percik dan bubur durian kegemaran adik... beshhh woooo....
Ayah pun ambik peluang bermesra dan menggumbirakan hati adik, ayah bawak g mini fun fair, heheee,…. Seronok, n ibu tumpang menyibuk!
See……..

Citeer birthday adik lagiii....., secara rasmi sket, ibu lengkapkan jugak ngan kek besday walaupun sekadar konon2. Heheeee… Kek birthday adik, kek slice yang ibu beli mengikut citarasa kita masing2. Kalau dah nama nyerr kek Secret Recipe, memang bessh yangg amat. Nyumm nyum..... 1 slice Choc Indulgence for ibu, 1 slice Chocolate Cheese Cake for ayah, 2 slices Chocolate Strawberry for both of A.long n Adik …………. And kek2 ni kita angkut bawak ke Restoran BBQ Chicken, kegemaran abg long n adik.……..pada malam tadi (Huhh dasatt tul, 3 hari 3 malam sambut besday adik, heheeee)….


.................Taraaaaaaaaaa…............
Saksikan gumbira nyer adik, abg long, ibu dan ayah jugak!


Doa dan harapan hanya laah yang terbaik utk adik, sayang adik selalu... muahsss muahsss....

Mocca Milo & Kasut Baru

Ini bukan citer Azie shopping kasut baru, atau kasut azie koyak ganti baru… atau bukan jugak citer pasal azie bantai kasut 2-3 inci…. Ini adalah citer my MOCCA MILO dah tukar kasut baru. Heheeee….



Sape MOCCA MILO tu???

Heheee… MOCCA MILO is my cutey, Myvi.Nama MOCCA MILO ni sempena nama asal kaler dia, MOCCA SILVER, tapii…. Dia dah bertukar milo tu sbb milo2 selalu singgah dan tertumpah kat seat tuh, sian sungguh. Rasanyerrr lebih 3-4 kali, sampai dah serasi sgt dgn air milo yang tertumpah tu. Tak lain tak bukan keja abg long ngan adik leeer. Uhuks….

Okeh, berbalik pada kasut baru. Sejak 3 minggu lepas MOCCA MILO banyak rest kat garaj umah, adapun sekali sekala tukar rest kat workshop pulak… Azie jarang bawak sbb getah tayar dah hauss giler. Dgn kata lain dah botak licinnn. Dasattt tuh, lom 2 taun dah cam gituu, apa idak nyerr main lanyak sana sinunn tak hingattt, macam aku sorang ada myvi ler konon! (xde laa sampai cengitu…) heeeeeeee…;-)

Tadaaaaaaaaaa….. nil ah ghupe MOCCA MILO yang standard gabann…..


Sian MOCCA MILO, walaupun tak lama lagi akan bertukar milik, (Insyaallah)… tapi Azie tetap sarungkan kasut baru kat dia, supaya Azie boleh bawak dan lenjan dia puas2 lagi sbl hand over kat Ayie… lebih confident…
Nak round2 d world………hehee………………………….. n bila Ayie rasmi pakai keta ni, boleh claim balik harga kasut baru ni, mahal tuh! Kasut Azie pun tak sampai ribu riban… wak wakkk….

Setelah disarungkan kasut baru, alangkah cunn nyer dikau! Muahhhss ;-*


Tarikh perasmian MOCCA MILO pakai kasut baru nih, semalam 27 July. Lepas ni apa lagi,.... mohh kite jalan2..... hahaaa.....

Kasut baru untuk kaki ku???.... bila pulak? dah lama tak bertukar ni, heheee..... tetiba!

K alls, chioooww dulu n salam..... see u soon... bye!

Program MASS sessi ke-2

Salam....

Jeng... jeng... jeng....
Bila hatiku dah mula berbicara, jemariku dah berada di key board ini... hahaaa, amik koooo.. kasi entry tak hingatt!

Layannnn ajork!....
Pasal ari Sabtu 25 July'09.
Sabtu yang indah dan ceria, hari ni birthday Adam Haiqal. Plan untuk buat sambutan birthday Adam masih belum dpt green light dari ayah, lagipun sehari dua ni ayah Adam tak sihat… so, kite tgk keadaan ayah dulu macamana, yek!
Hari Sabtu jugak,
Misi dan perjuangan Azie diteruskan. Progran MASS untuk sesi ke-2 berjalan lancar spt biasa di Menara Lovelure bersama Coach Azlan.

Menara Lovelorn Lure milik Pn Marsyita


Hari ni kami belajar tentang ‘Marketing Mastery’. Banyakkkk Blinding Flashes of the Obvious (BFO) yang kami grab n get.

Wahhhh…. Kalau betul2 praktik dan apply teknik2 yang di ajar oleh Coach Azlan ni, memang boleh buat bisness n marketing dengan wallaaah! Petik jari jerk, betull…
Kalau ada sape2 businessman or businesswomen yang berminat utk tahu lebih lanjut, boleh laa Azie share n kalau nk lagi best korang ikut laa sendiri program Action Coach ni, mmg sgt berbaloi. Heheee… Thanks to Pn Marsyita yang sponsor kami Wanita 3C utk ikuti program yang sgt hebat ni. Tabik springgggg kat Pn Mas. Toooinggg!!!!

Belajar dgn Coach Azlan jugak, membuatkan kami cukup enjoy, huhaaa huhaaa gelak, senyum2, angkat tangan sana, angkat tangan sinun… memang bersemangat semuanya. Dah masuk sessi ke-dua ni kami semua pun semakin rapat dan akrab. Macam adik beradik dan rasa sgt best bila dapat share mcm2 idea dalam kelas.
Akukah itu??? Hahaaa Azie mcm biasa, kalau attand mana2 course pun mmg agak agresif dan aktif. Bukan tunjuk pandai atau berlagak atau seumpanya, tapi mmg Azie suka bertanya, udahhh aku tak paham… aku tanya ajee lah! Hahaaa
Pepunn, geng W3C sumeer mmg sporting. Bila Azie sharing pendapat atau buat apa2 pertanyaan pun, dorang support abess. Thanks kakak2 n adik2…… ;-)

Program selesai kurang lebih jam 1pm. Ptg tu sbl balik Azie sempat lunch ngan Fiza, Fazila n Kak Fatimah. Dan kami layann makan nasi pilihan lauk masing2. Nama restoran ni, Restoran Gulai Kawah, gulai kawah dia mmg wallaaaaaaah macam mama punya masakan. Dah tentu!

Lepas kami konyang2 makan, Azie drive dgn hati senang balik ofis, rindukan abg long dan adik yang tgh berkampung kat ofis. See all soon for next session, on 01 Aug 09. Kiraa last session leer…. Huhuhu… sob sobb…

K alls, bye………. Chiowww!
Salam………

*Fikir2 renung2:

“Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk melibatkan diri”


“Jika perkara yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang berbaloi, maka kita akan membuat perkara itu dengan teruk pada kali pertama”

“Untuk kita berjaya, kita mesti lakukan perkara yang paling kita tidak suka dan takut untuk melakukannya”


“Bila kita takut untuk lakukan sesuatu perkara, ia adalah bagus utk diri kita”


“Gunakan banyak strategi untuk mendapat lebih banyak peluang”

Monday, July 27, 2009

n3 tumpang lalu....

............Hye alls,.............

n3 yang secoit ni just nak intai2 korang. Dont worry, walaupun Azie tak sempat nk berceloteh kat blog ni, Azie tetap ambik kesempatan tuk baca coretan uols... kawan2 blogger yg baik hati sumer nyerr. Heeeeeeee....
Perghhhhh..... bz sungguh ari nih!

Banyak story nak share ngan uols pasal 2 hari yang berlalu ni. Tapi tu laa kan, detik masa yang tik tok tik tok tanpa henti ni amat mencemburui kita.... huhuuuuuuuuuuu.....
Nanti Azie akan share ngan uols, pertamanya pasal Program MASS yang Azie attand last Saturday, lagiii about birthday my hensm boy, Adam Haiqal....n then pasal Seminar Kenali Potensi Diri with Dr Azizan,....... lagi pasal kasut baru n banyakkkkkkkk lagiii dan lagiii dan lagiii....
Maybe malam ni Azie cuba luangkan seberapa banyak masa yang boleh n conteng puas2 kat blog ni. Hahaaaaa.... wait for me k!
Bye n chioowwwww.... peace!
*sebenarnyaa tak de laaa busy sampai camni punn...heeee

Saturday, July 25, 2009

Award dari Eazy


Ini award dari Eazy sebab jadik follower dia. Thanks to Eazy, sbb dia dulu yang follow Azie. Pepun dunia blogger penuh warna warni, best! Azie hargai kawan2 yang support dan sudi menjadi pengunjung tegar kat blog ni.



* Jaga-jaga.............................
........ada orang follow! "
heeeee...hehe

Hepi Besday Adam Haiqal


Happy birthday to u ...

Happy birthday to u ....

Happy birthday Adam Haiqal

Happy birthday to u......


" My encem boy was 4th yrs old today 25'July. Doa dari seorang ibu semoga adik menjadi anak yang baik, taat ibu bapa, berjaya dunia akhirat. Ibu sayang adik seperti nyawa ibu sendiri.... muahhsss..."

V


V


V


V


V


*Kek yang kat atas tu, bukan kek adik pun, pinjam dari 'pak cik google.' heheee...

Gataii tangan!

Ari ni aku gataiiiii tangan pi godek2 blog, ini kess bekenan kt blog org, pastuh sajerk konon2 nk ubah kasik cantik2 blog aku ni, sekali ambik koooooooooooooooo.... aku kehilangan banyak menda kt blog aku nih! Itu nasib baik ada back up, so... tak de laa ilang sumer, but jenuh jugak bila nak masukkan gambor tu semula satu2, n lagi senarai blog kawan2 yg aku dah add pun udah ilang jugak.
aku pun terhegeh2 laaa.......

Dari terghari tadi aku duk terkial2 masukkan balik satu2... n akhirnya berjaya dgn perasaan yang agak2 mengong dan bengang ngan diri aku sendiri [mood kebingungan] chittt!
Kalau laa boleh aku telan dan pulun2 key board nih, mau aje.... grhhhh...
Oh Noooo!!!!

Friday, July 24, 2009

sakit2 lenguh2

Salam alls....... n3 sengal2.... heheeeee
Badan Azie sakit2 lenguh2...... sumer sendi kaki, lengan dan tangan,... huuuuuuu..
pasal 2-3 menda yang dah lama Azie tak buat, tetiba semalam buang tebiat pi buat, sajee carik pasal.

PERTAMAnya...
Main badminton tak hingatt!!! Sampai umah kul 6pm... terus capai raket n hayun puas2 hati. Pe lagiii... dapat pulak lawan nyer sama terror ngan Azie,(Alang) pergghh... semangat dan terus semangat leer. Dah agak, mesti sakit satu badan pasal sbl main lupa warm up n hayun sana sini.... lagi satu sbb dah lama gileeer gileeeer tak jumpa batang raket tuh! Hampir setengah taun. mwaahaahaa...
..... dan main main main,... sampai puas ati!

Dari masjid kedengaran azan maghrib, Azie n anak2 cepat2 masuk umah, mandi n siap2 nk ke surau. Malam jumaat ada bacaan yassin berjemaah, itu yg ringan kaki sket. heheee...

Tapi, kerenah abg long n adik yg bermacam2, ... sekali kita dah terlambat. Xpe la, kita semua solat kat umah je. Lagipun Cik de tel, kjp lg Sayuti (bofpren dia) nak antorr durian, n sekali nk makan malam kt umah kami.

sebab KEDUA...
Lps solat, baca yassin n cepat2 masuk dapur tanak pulut, nyummm nyummm cedappnyer pulut durian. Nak2 Azie yang buat, betul!!! Lemak n berkrim. Arwah ayah suka sgt kalau beli durian, dia minta Azie sediakan pulut n kuah santan. Nak tahu apa rahsianya? mana bole bgtau, udah nama nyerr rahsia! chitttt.......

Elok jerk masak pulut, didihkan santan, buat air gula melaka, taraaaaaaa.......Durian pun sampai...
Per lagi, pulun pulun tak hingat. Lepas satu ulas, 2 ulas, 3 ulas, 4 ulas dan seterusnya.....
Azie dah lama tak makan durian bnyak2, kalau mkn pun seulas dua, pasal ada elergik sket. Sekali ambik koooooooo, x dapat tido sampai ke pagi! angin kuss kuss sudah malii....

dan SETERUSNYA...
wokeyy, sambil dorang semua pulun doyann tu, Azie sempat buat kuah laksa,... asam laksa yang Azie buat mmg fevret adik2, bila dah siap terhidang, kami belasah pulakk laksa... mau sampai kul 11 malam, duk kat meja makan, borak makan.. borak makan.... borak makan...adoi doiii....

Mau tak sakit badan, hayunn tangan.... makan doyaan, pulut santan, laksa asammm....

K alls.......... chioowww!

*Orang Malaysia byk penyakit sbb terlebih makan (termasuk aku kah???)

Selamat Ulang Tahun Mama

Entry Khas Sempena Ulangtahun Kelahiran Mama ke-49
***********************************



##Debaran ini, Mama##

Mama,
Ketika kau serahkan aku kepada hidup,
Tahukah debar di dada anakmu ini?
Azimat kata nasihatmu,
Indah laku dicontohiku,
Redup wajah percayamu,
Namun masih belum mampu meredakan hatiku....

Mama,
Tika kukuh tali ketabahan kau lepaskan
Deras pula diriku ini kau dewasakan
Dan hari ini, mama bukan lagi sekadar inspirasi
Kerana tempatmu tiada yang terbanding untuk kami

Mama,
Asuh itu permata budi,
Kilauannya tak akan pudar oleh asakan zaman,
Ceritera terasa indah kulalui semalam dan hari ini,
Sekalipun berliku, onak dan berduri
Kerana tegas sekali katamu,
"Anak mama sesekali tak akan goyah, warisilah kesabaran ini...."
Kau serikan hidupku dengan pelita yakinmu!

Mama,
Akan ku lakonkan watak dipentas sandiwara dunia ini tanpa sedikitpun cela,
ku buang jauh akan hiba, duka mahupun putus asa,
Andai pincang langkah dan percaturan untuk kesekian kali ini,
Malu aku untuk menyatakan, ada episod baru hidupku,
Masih mahu kupinjam pelita yakinmu!
-Nukilan rasa hati anakmu, aZZiela~mindaserikandi


*****************************************
##Mawar Putih Untuk Mama##

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
- Lagu Nyanyian Datuk Sharifah Aini

Pohon Berduri & Ulat Bulu


"...Jika selama ini kita memohon setangkai bunga, tetapi Tuhan memberikan kita pohon berduri. Kita minta sang rama-rama, Tuhan berikan ulat yang berbulu, sbg hambaNya, kita sering mengeluh dan mengadu.
Hakikatnya......
Tak semestinya apa yang kita minta kita akan perolehi, disebalik itu ada hikmat dan nikmat yang tersembunyi. Dalam sendu, tangis sebuah pengharapan, tak siapa yang menduga, disebalik pohon yang berduri, akan terbit sekumtum mawar indah mewangi, dari sang ulat bulu.... jelma akan si rama-rama yang cantik berseri...."

Thursday, July 23, 2009

Amoorea

Salam.... Hye alls,

Lupa laa nak citer pasal semalam. Ada ex-ofis mate kat Nadi dulu, .. nama nyer Amoi a.k.a Hana dtg workshop Azie, tujuan utama dia sebab nk beli n pasang soft wiper kat keta dia............ Sib baik dia cal dulu, sbb masa tu Azie da nyaris2 nk kuar, so sempat laa azie tunggu dia sampai.
Sementara keta nyerr dipasang soft wiper dan di periksa sana sinun oleh staff Azie, sempat laa kami borak2...... banyak menda citer, al-maklumm leer lama tak jumpa.

Antara kami kami borakkan, pasal bisness semestinya, sbb budak Amoi ni rajin juga meniaga, walaupun secara kecil2lan atau boot car jerk. Dulu masa kat ofis lama kami, dia laah tokey Avon, tokey Tupperware, tokey Tudung Bawal.... dan macam2. Kalau tiba musim raya pulak... dia jadi tokey Biskut Raya, Kuih Raya, Kerepek Raya.... Baju Raya pun ada kot. Ihiksss.... jgn marah Moi, aku promote jerk...

But, Amoi ni mmg sporting gaban, dia penah jualkan Azie nyer kain pasang yg Azie bawak dari Kelantan n masa raya taunn 2007 n 2008 lps, dia jugak jualkn Azie punya biskut raya,..... Cayook laaa!!!
>............ semalam nyer citer lakk... tetiba dia dah jadi tokey sabun. Sabun yg kategori ajaib ni nama "AMOOREA"..................
Urrmmm..... maybe korang biasa dgn sabun seumpanya yg b'jenama EUMORA, ahaaaa sabun nyer lebih kurang camtu leeer.
Amoi kuarkan sabun tu dr bag dia n citer pung pang2x pasal sabun n kebaikan menggunakannya. Azie memang agak kurang yakin pada mulanya, sbb ada member pakai EUMORA nyer sabun tu, mula2 ok... pastu lama2 muka dia jadik teruk sgt, siap parut2 itam kat muka... oucchhh,... takut kan. Alaaaa.... actually tgk kulit kita gak kot, sesuai ker idak.

Tapi, bila Amoi citer kisah dan keaslian formula sabun ni, Azie terus yakin yang sabun ni better then Eumora tadi tu, sorriiiiiiiiiii ......... ini pendapat Azie jerk!
Azie pun sempat surf n cari maklumat kt 'pak cik google' pasal Amoorea ni, ermmmmmm.... akhirnya,...Cuba aje lah!
Tujuannya satu jerk, Azie nk remove n hapuskan habis-habisan jerawat mengong nih! Iskk... dia ilang kjp, timbul balik, ilang ... pastu timbul balik. Ohh,.. sungguh mnyakitkan hati n jiwaku! Semua menda udah Azie cuba nk ilangkan jrwat punya pasal, tinggal lg tak tempek minyak itamm je kat muka! uwaargghh.. aku rindukan wajahku yang licin dan gebu macam dulu2..... sob..sob...
Pepun, Azie acu cuba try test dulu sabun 'Amoorea' nih, menurut Amoi n kat internet tu, kesannya dapat dilihat secepat 1 hingga 3 minggu, mengikut jenis n masalah kulit.

Heheee........ Harap2 kali ni menjadi. Mahal woooo sabun tu, 'secootet' jerk besau nyer, lbh kurang brp 25g cengituu, Azie pun tak perasan. Rege nyerrr adalah RM90. Sib baik ada promosi shgga akhir July ni, so dapat laa harga promosi RM50.

Sekarang Azie da pakai 2 ari... n alhamdulillah jerawat dah kecut sket, tunggu dulu... sehingga next week, kalau ok, kasi order lagi sbl promosi tamat, boleh wat stok n boleh jadik dealer teruss, hahaaaaaaaaa.... (kalau dah nama nyer otak bisness)
Ada korang penah guna sabun ni tak? Jom laaa share..........
K alls, doakan Azie yeak! Bye alls......................... muahhss... ;-)

Wednesday, July 22, 2009

KedaiGambarKami Give Away


Hai hai...

Tadi kan, merayau2 baca artikel kat blog Mamamanja, sekali terjumpa gambar kamera yg besar gedabak ni... ooOoOWwh... ghupeenya, ada cam peraduan jugak gitu, tapi yang ni tak payah2 pun entry khas ke hapeeer, saje Azie gatai2 nk citer jugak n buat n3. Syarat nyer cukup senang dan mudah, cuma pemenang akan diadili secara rawak melalui cabutan bertuah. Owhh, bertuahkah diriku ini... nanti sama2 kita nengok! Yang pastiiii joint dulu....
Give Away dianjurkan oleh Cat tuan punya kepada blog ; http://kedaigambarkami.blogspot.com/

K... kpd sesaper yg minat gak nk joint tuh, boleh laa lawati blog beliau spt di atas.

Bye....................... Selamat Maju Jaya utk diriku, eheeee....

Apa yang tak kena????

Salam semua......
Azie baru sampai ofis ni, hampir satu ari bawak mama pusing2 tengok perabut....
Fuyoooh! Macam2 ada.... hampir tergoda, sib baik boleh kawal nafsu, lagipun umah ku bukan laa umah banglo yg boleh diisi dgn perabot besau2... cukup sekadar yg ade, heheee.....
Actually bkn nk citer pasal perabot pun, ini citer teka teki, geli hati.... tapi tak de niat nak kutuk sape2, cuma nak bagi korang berfikir sket petang ni. Ihiks~
Perhatikan gambar2 dibawah ni? Korang rasa kan... ada apa2 tak yang tak kena??? ;-)
dan yang tak kena nyer, adalah...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*
*
*
*
*

.........taraaaaaaaa.......

*Peristiwa baru berlaku ptg tadi, di Bandar Kajang. ( Sempat pulak aku gigih2 kuarkan kamera n snap gambor budak ni.... hehee) Azie terpikir2, mesti banyak sebab kot dia x pakai kasut/selipar. Maybe slipeer dia kena kidnap ngan org atau mungkin sliper dia putus atau mungkin.............. dia jenis bawak motor x pakai kasut/sliper....

Iskkk,........
Kalau drive keta tak pakai kasut tu, tak de laa herann. Macam Azie lah! Hahaaa.... bawak keta mesti buka kasut atau sliperr... lebih selesa dan confident, ada sape2 tak yg sama cam Azie... hahaaaa.....
Chiaoooooooooooooowwww.... n bye2...

Tuesday, July 21, 2009

shopping kat TESCO

TESCO Kajang

Salam.. hye alls, ari ni yang sangat busy. (Kenkononn.....)
Pagi siapkan list harga stok minyak enjin baru sampai, tghari baru sattle n sempat bfast merangkap lunch... manyak betoll mkn ari ni.
Sori to cayang!!!........ tadi janji kite nk citer2 lps mkn tengahari, sekali Azie kuar berurusan kat bank n macam2 tempat sampai ptg baru reti carik jalan pulang. Hahahaa.... dan paling tak boleh blah, boleh plak siap pi shopping kat TESCO. Bila terima sms cayang baru terperasan sudah lewat ptg... uisshhh... tu la pasal, lama gileer tak shopping kat TESCO..., dan sudahnyeer cam satu kompleks tu Azie rasa nk borong,... tak hingaat lagik!!! Bukan niat membazir, brg2 tu sumerr mmg plan nk beli, kebetulan pulak brg dapur pun da abess, baik belanja skrang, kalau nk tunggu lagi 2-3 ari, org gomen dapat gaji... wuuuuuuu .... paling tak suka shopping time2 cengitu.. sbb org gomen kalau shopping pun tak hingaaat jugak!
Betol kan??? ;-P

Ohhh tak sanggup betul, n tak koseeer nak Q panjang2........ dan pada Azie, time shopping yang sesuai utk Azie adalah seminggu sbl org gomen gaji, ataupun 3 minggu slps itu... pegi mana2 shopping kompleks pun lengang jerk... nak2 office hour... lalalalaaaaaa~~

Leka pulak belek2 barang kat TESCO, eheeee... besh nyer, macam2 brg murah. Oh, aku ni pantang tulis perkataan PROMOSI. Kalau org tipuu pun, aku main belasah jer, janji dia tulis PROMOSI....
................. al-kisahnya.....
Sangat heran dan pelik tgk bil dan buat bayaran kat kaunter tadi, shopping santai2 camtu pun boleh cecah RM250++............................., masa tolak troly, masuk brg ke bonet, masuk keta n nak start keta puun, Azie masih tenung2 bil kt tangan nih, a'aaah betul laaa....
huhuuuuuu... sungguh tak expect sampai byk cengitu azie belanja walaupun tak sampai satu troly, memang patut pun.... sebab,


Azie angkut sebijik BLANDER brand PANASONIC
(blander kt umah dah bunyik cam lesung batu, takut nk guna lagi kang meletop x pasal.... heee)
.... seketul bread TOASTER cap ayam jewk,
BAJU TIDO utk adik n abg long
2 paket susu DUGRO adik
2 biji bantal pelukk brand TESCO... tak pe lahh murah, janji dapat peluk.... ini kess bantal pelukk kena kipnap ngan Ateh, dua malam tido xde bantal pelok, tak lenaa woooo....,
sekali beli 2 bijik, amik koo!
Brg2 dapur n beras... dan seangkatannya, katagori stok kecemasan
(hahaaa, kekononn rajin je masak, padahal ari2 mkn kat restoran......................)
... Suar Dalam pun sooosah jugak~ (yg pastinya bukan brand TESCO,...heeee)


dan lagi... dan lagi... dan lagiii........... baru lah dapat terima hakikat memang bil tu xde salah dan silap pun, uhukss~.......................................................


*Moral : lepas ni, nk g shopping kena buat listing betol2, baru laa tak pelik dan herann dgn jumlah bil. Sib baik cukup duit, kalau tidak???? Oh Noooooo...

Monday, July 20, 2009

XTVT hari minggu kami

n3 pasal weekend, Sunday 19 July 09
Pagi ahad yang indah……..Azie bangun seawal 6.30am… lps solat subuh, sempat kemas almari baju abg long. Pandang luar jendela… ralit Azie tengok orang yang sedang berlari2 anak… menyusuri sepanjang jalan dihadapan rumah Azie, “beshh jugak kalau jogging ni....” tetiba pulakk terfikir.Try kejutkan abg long n adik….Eh ehh…laju jer dorang bangun bila ajak nak jogging………………. So, cucikan muka dorang, kami mula jogingg… heheee, tengokk laa kerenah abg long n adik. …..







Fuhhh... lega dapat pusing2 jongging....besh.............

Balik darii jogging, abg long n adik lepak.. ngadap citer cartoon pulak...., Azie sibuk cari bfast. Mana lagi, dah tentu kat restoran kami, memang xkan berpaling tadah dengan air tangan mama!
Sarapan kami pagi tu........~ Keaw Teaw Goreng, Bihun Goreng & Roti Canai.. taraaaaaa....


Abis sarapan, adik ngan abg long gigih tolong Azie kemas umah, cuci toilet, mop lantai, basuh keta........... sattle dah kul 1 lebih......... penat nyer!
Pastu... kami terbongkang lena depan TV lps solat zohor.Bangun tido hampir jam 4, siap2 mandi............ abg long n adik sungguh ceria.
.......... and next,
Abg long bersepah2 lagi, tapi ati ibu sejukk bila tgk abg long sepah2kan buku n beg sekolah jer, sebab nak siapkan homework. Ibu syukur dapat anak yg bertanggungjawab, tanpa disuruh atau dipaksa abg long pasti menyiapkan semua tugasan dan amanah oleh guru2 kat sekolah.... cam tu laah abg long setiap hari. Cuma adik agak liat sket.... heheee... tak pe lah, adik kan baru 3yrs.
Malam pulak.................,
Ateh, Ayie, Yus n Che De... sumer lepak kt umah Azie........ Camni laah kami, kalau tak keja, semestinya hari ahad merupakan hari bersama family, bukan setakat Azie anak beranak, tapi termasuk adik2 Azie. Beshh cam ni kan...
Cuma sian kat busu Emmi, dia sorang masih stay kat Kelantan, sebab duk sekolah asrama... Awal tahun tu ari Emmi tak dapat transfer ikut mama ke sini sbb taun ni Emmi ambik PMR. Pepun, kak long selalu doa yg terbaik buat Emmi, gud luck dik!

Wokeyy..... apa aktiviti malam tu??? Haahaaaa.... Kami 'karokk' sampai lebam. Sib baik jiran Azie kiri kanan xde umah... budak2 ni, melalak tak hingat. Adussss.... semua lagu dorang bantai, dari irama malaysia sampailah rock n roll..... Michele Jackson punya lagu pun dorang soosahh! huwaahuwaaa...

Pepun, we are happy family n Azie sangat syukur ada adik2 yg sangat sporting gaban, cayook!
Itu jer pun xtvt last weekend, ........ chiowww first, bye...muaahss..!!!
......................~Azie

shopping n makan

Sabtu manyakk busy, seperti jugak ari Jumaat. Tapi, ntah macamana fikiran Azie lebih santai pada ari sabtu tu... mungkin sbb Ateh tolong kat ofis... pastu, sambil buat keja sambil bergosip dgn dia... huhaahuhaaa .... siap boleh layan DVD Syurga Cinta. Pukul 3pm, sumer keja dah beressss..... dan rasa sungguh merdeka!

2-3 ari ni, Ateh baik2 ngendeng ngan Azie.... jgn tak tahu... ada lahh tu dia nak bodek something. Tiba masa spt yg dijanjikan........................................... Ptg tu kami kuar sama2, kekonon nak g ambik gambar pasport kat kedai gambar, n Azie just nk g Maybank, bank in cheque jerr... sekali, hasutan Ateh yg cukup power tu, melencongkan kami ke Mines Shopping Centre pulaks. Haha... aku semestinya suka laa kalau dapat curik2 tulang. Time tu dlm pukul 3pm, keta berderet2 tu kat workshop. tapi xper.... ari ni cik abg pomen Azie kat workshop sporting abess, heeeee...
So, shopping sakan Ateh, actually dia ada hi~tea next week... so, beli dress utk melaram la tuh! Yang shopping sakan Ateh, yang pokai mokaii kak long dia, x sukeeeeeeee.... uwaaarghh....
(balik umah cepat2 list dalam buku 555 yang tulis kat depan nama "ATEH") hahaa

Shopping ptg tu, turut diiringi adik, ibu cukup suka bila bawak adik jalan2, sebab adik banyak idea utk bertanyakan macam2 soklan baik dalam keta mahupun bila sampai kedestinasi. Abg long plk x ikut n sibuk layan game kat PC Azie, kt ofis. Bila abg long dah besar ni, dia mmg jarang nk ikut Azie pi mana2 dah...

Da abis shopping brg Ateh, adik sibuk2 minta beli kasut, dan mmg spt ibu janjikan utk beli kasut sek baru kat adik, kasut lama adik sebelah dah masuk longkang. Sejak 3 ari lepass adik g sekolah pakai sliperr. Cian adik, bukan ibu x mau beli terus, tapi susah nk dapat saiz sbb kaki adik kecik sgt, saiz 7 utk kasut sekolah mmg susah nk dpt.
Adik sukee dapat kasut baru,

Bukan takat adik je dapat kasut, ibu pun sama... kasut jogging... waaaa, bkn main.


Lebih daripada itu................. Azie dah dapat buku yg diidam-idamkan sgt2, teringin nk baca sejak last week, ini bukunya....
dan... Ateh telah merasmikan buku ini sebaik saja sampai dari shopping kareen ptg tu. Tak aciiiii.... uuuhh~
Salute kat Ateh, sejak Azie citer kelebihan byk membaca kat dia, dia pun dah mula rajin baca buku2 ilmiah, xde laaa ngadap novel cintan siang malam. This book, about adik Nik Nur Madihah, catitat yang berbuku ini sooo touching n sangat2 bermotivasi. Next n3 azie special tulis about this book, so tungguuu.... Insyaallah.

Sabtu malam..... sampai umah lebih kurang jam 9pm... bersihkan badan, dan take rest kat bilik sorang2. Janji ngan Abg Izani pun tak tertunai atas sebab2 yg x dpt dielakkan. Try cal cayangg.... lupa, bateri HP dua2 dah out, malas nk turun bawah.. sayup2 dgr suara abg long n adik kat bawah gelak2 tgk DVD cartoon, apa ntahh nama citer tu.
Baru nk layann baca buku tu, dengar pulak org bagi salam kat luar pagar. Ayie dtg.
Belom masuk dalam umah, Ayie da bukak mulut...
"Kak Long, ma ajak kuar makan"
Baru teringat, restoran kami bercuti malam ni, sebab pekerja yg masak masakan panas tu balik kg dua ari. So.... 2 malam dorang sumer rehat, restoran hanya beroperasi pagi sehingga makan tghari je...

Malam tu Azie adik beradik semua berkumpul, Cik De pun ada, kebetulan cutinya jatuh Sabtu, meriah ramai2 makan kat restoran yang agak fevret jugak, area BB Bangi... 'Yunkies Hut'...
Memasing order tak hingatt........... sekali, ambik kooo penuh satu meja.

(Huhuu... kamera lupa nak bawak... HP xde bateri... so, satu gambor pun x snap... dorang bukan retii tolong snap gambor, bila dapat mengenyangkan perut... belasah sampai lebam)

Time membayorr??? hahaaa... beshh part nih, buat2 tak paham pulak dorang... eheee... xpe, nasib baik Azie dah berniat ikhlas utk belanje dorang... uishhh boleh tahan bil, RM130++, layann ajork!
Ateh ngan cik de ngendeng2 dakap Azie, "mekasihh Long!" huwaaagh.... pandai korang amik ati aku ea??? Xpe laaa... aku kan 'kakak'. Setakat blanjer2 makan, no hal laaa...
Malam tu, sampai umah agak lewat, umah yang bersepah, Azie buat2 tak nampak sebab esoknya Ahad, dah mind set... hari utk kemaskan umah. Misi malam tu hanya satu... khatamkan "Catitan Nik Nur Madihah"
Alhamdulillah.... dapat khatam hampir jam 3am.
Tidoo dgn lenaaa.... zZzzzZZzzzZ....


K, alls, sehingga ketemu lagi, chioowww........ Azie~

Lega & Gumbira...

Assalamualaikum WBT
Selamat ptg kengkawan, rakan bloggers yang baik hati, chanteek n encem2 semua nya, jugak buat all viewers yg sangat hebatt…….
Entry yang ni, merangkap entry hilangkan bowink, ntah leer…. Aku pun da jadik cam korang, asal ari senin je mula liat nk buat keja… huwaahuwaaaa….
Tapi yg sebenarnya, hati dan jiwa aku tetap bersemangat nih, eceeeh….

K,
Sesungguhnya ari ni aku jugak merasa sedikit lega dan gumbira, antara sebab musababnya… hehee




  • Meja aku dah clear, (Kan 80% keja aku dah beress)
  • HP aku pun kurang berdering, (Aku malas nk jawab phone, tambah2 supplier yg call..hahaa)
  • Aku boleh duk ofis diam2, (semalam x ckup tdo, tutup pintu n take rest.. but bukan curik tulang tau!)
  • X payah kuar sana sinun (lepak ofis, sambil wat keja sambil godek2 blog)
  • Aku syok tengok duit masuk dalam laci, (ari ni byk keta..hehee)
  • Pagi tadi aku bantai makan nasi goreng + roti canai sekeping (perut kenyang.... ati senang :-P)
  • Cayang wish “gud morning sayang…” pagi2 buta, (aku ingt dia buang tebiat, hahaa… hati aku berbunga2!)
  • Aku dah arrange penghantaran sumer invoice n statement kat Debtor (Ujung bulan tunggu payment.. yeahaaa!)

Dan, banyakkkkkkkk lagi sebab musababnya, tak perlu aku list kat sini, sbb aku bukan niat nk menjeleskan korang, yang kat atas2 tu, sekadar memotivasikan korang, bahawa… ada org dan ada benda yang akan datang utk membahagaiakan hati aku n kamu! So… tunggu giliran utk korang pulak.. hehee…

Jap lagi aku sambung utk Entry about Sabtu dan Ahad yang aku lalui dgn mcm citer….. tunggu….


Salam Sayang…Azie~

Sunday, July 19, 2009

Sattle 80%

Salam semua....
... hai hai...

Setelah dua ari blog ni tak terusik, akhirnya Azie dtg melaporkan diri... roger.. roger... eheeeeeee ;-)

Wokeyh... pe citer dua ari ni?.... uisshhh uishhh.... memang tak tercerita, banyak sangat! Macam2 jugak peristiwa yg berlaku... Meriah abesss! Dari ari Jumaat, sibuk sattlekan keja... sampai malam stay ofis n berakhirnya pada ptg semalam (Sabtu), terhela nafas lega dapat menyiapkan hampir 80% kerja2 nih, huwaaa huwaa.... tu leer pasal, suka sangat bertangguh, hambik kooo... sekali pulun, sampai keluar bintang jula juli bijik mata... wohoooooooooo....
pepun, janji setelllll, tak caya, mohh nengok!

SEBELUM

SELEPAS
Tima kasih kat adik Azie, Ateh yang sanggup memberi bantuan kecemasan... walaupun sekadar memasukkan data2 kat UBS system. (walaupun sebenarnya bantuan ateh lebih kepada bodek, sbb ptg sabtu dia nak ajak g jalan2 abiskan duit ... uhuuu~~...)

Ptg Jumaat yg haru biru..... tapi Azie tetap.... ;-) = smile~
Berkejar sana sinun lagik, pagi ke pos ofis, terus ke Putrajaya lagik, tghari balik ofis... ptg kuar lagi antar invoices... sehingga kan tak sempat tunaikan janji ngan cayang......... sori cayang! Muaahhsss....

Mintak tolong Alang bank in kan duit, sekali dia melencong pi Sri Kembangan, antar member katanya... apa kes Alang pulak???
Ptg tu, hampir senja ..... "terettttttttttttt....." tel Azie berbunyik, sore Alang kat dlm tel tenggelam timbul, ada nada keluh kesah dan gelabah! Rupaaa eh tayar keta pecah. Huwaaaaarrghh!!!...

Apsal pulak Azie yg terlebihhh... ??? dah tentu la, sbb Azie tahu, duit Azie yang melayang. Budak2 ni, kat sape lagi dorang nak mintak bantuan kewangan kalau bukan kat Azie, mcm kata Ateh, akak bukan setakat kak long kami, tapi awakkan 'Along' kami. Ewaaah, manyakkk canteek!
So... setelah diperhitung dan dipertimbangkan, Azie bg green light kat Alang pakai duit yg Azie suh dia bank in tadi tu... makanya, keta da selamat di towing n tukar keempat2 bijik tayar. Kesian jugak Alang!.......................... melepek...

*Pengajaran: Cek tayar keta korang, kalau dah botak, pandai2 laa bawak ganti, jangan tunggu meletup tepi jalan baru gelabah, bukan setakat nk kena ganti tang tu jugak, silap2 fuluss lagi manyak kuar sbb nk bayar duit towing bagai!

Sattle kisah Alang dan tayar keta yang pecah tu....
Malam tu, Azie n anak2 dinner cam biasa kat Restoran kami, D'Timur Barat. Menu malam ni, ala-carte jer... nasi goreng seafood utk Azie, mee goreng utk abg long n adik. Then,
Lepakk ofis lagi, Azie nk siapkan lagi sket keja... sambil anak2 layan PS2......
Kul 11pm baru balik umah, dgn kepala hotak yang masih terbeban dgn macam2 perkara, pepun... Sabtu yang bakal menjelang esoknya tu... disusuli dgn beberapa keja lagi... huwaarrgghHhh.........

k alls... azie nk kuar sat, bebudak ni (adik2) dah nunggu..., kami ada misi kat Alamanda... heheee, (shhh... misi mengahabiskan duit) hamboi hamboiiii... tak hingat!
Citer utk hari smlm (Sabtu) dan ari ni, (Ahad)... Azie citer dalam next n3,

byeee n tataaaaa~