##Debaran ini, Mama##
Mama,
Ketika kau serahkan aku kepada hidup,
Tahukah debar di dada anakmu ini?
Azimat kata nasihatmu,
Indah laku dicontohiku,
Redup wajah percayamu,
Namun masih belum mampu meredakan hatiku....
Mama,
Tika kukuh tali ketabahan kau lepaskan
Deras pula diriku ini kau dewasakan
Dan hari ini, mama bukan lagi sekadar inspirasi
Kerana tempatmu tiada yang terbanding untuk kami
Mama,
Asuh itu permata budi,
Kilauannya tak akan pudar oleh asakan zaman,
Ceritera terasa indah kulalui semalam dan hari ini,
Sekalipun berliku, onak dan berduri
Kerana tegas sekali katamu,
"Anak mama sesekali tak akan goyah, warisilah kesabaran ini...."
Kau serikan hidupku dengan pelita yakinmu!
Mama,
Akan ku lakonkan watak dipentas sandiwara dunia ini tanpa sedikitpun cela,
ku buang jauh akan hiba, duka mahupun putus asa,
Andai pincang langkah dan percaturan untuk kesekian kali ini,
Malu aku untuk menyatakan, ada episod baru hidupku,
Masih mahu kupinjam pelita yakinmu!
-Nukilan rasa hati anakmu, aZZiela~mindaserikandi
*****************************************
##Mawar Putih Untuk Mama##
Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
- Lagu Nyanyian Datuk Sharifah Aini
No comments:
Post a Comment