Monday, August 31, 2009

Merdekakah MINDA kita????

Selamat Pagi 31 Ogos................ Salam kemerdekaan buat semua.
Sambutan hari kemerdekaan kali ni, barangkali tidak semeriah tahun2 yang lepas. Hormat sanjung bulan yang mulia ini dari menganjurkan sebarang konsert atau persembahan yang tidak sesuai. Bagus juga dgn tindakan sedemikian.

But, tabik springg gak kat beberapa kontijen yang difahamkan akan membuat pembarisan pagi ni. Sambutan yang sederhana ringkas akan diadakan seperti biasa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Warghhh.... semangatnya mereka yang terlibat sungguhpun terpaksa berhadapan dgn bulan Ramadhan ni. TAHNIAH.

Bercerita tentang merdeka, sudah tentu ianya hari untuk kita memperingati saat2 manis negara bebas dari penjajah seterusnya mengambil semula hak keatas bumi Malaysia yg tercinta ini. Namun, bagi generasi kini, barangkali mereka yang lahir selepas tahun 70-an, cerita2 kemerdekaan tersebut kita perolehi dari mereka yang terdahulu, ataupun sekurang2nya dari pembelajaran di sekolah. Bangga bukan???

Persoalan tentang kemerdekaan,
Ianya bukan saja berkisar kepada perjuangan nenek moyang kita, yang bergadai nyawa untuk mmerdekakan tanah air, tetapi erti kemerdekaan ini perlu di lhat secara global dan bersesuainya dgn keadaan masa kini. Apa t/jawab dan komitmen kita dalam memeprtahankan kemerdekaan yang telah sedia ada ini.

Saya tertarik untuk menyentuh tentang suatu perkara,
Sudah 52 tahun negara kita merdeka. Di dalam keghairahan melaungkan MERDEKA, bercerita tentang MERDEKA, dan meraikan hari MERDEKA, sedih sekali kerana ramai diantara kita yang tak mampu untuk memerdekakan MINDA mereka sendiri. Minda yang sempit dan sentiasa negatif..... minda yang lemah dan minda yang sangat2 miskin. Miskin ilmu dan miskin berfikir! Itulah minda yang tak pernah kenal erti merdeka.

Minda yang tidak pernah merdeka inilah, banyak membawa tenaga negatif di dalam kehidupan kita sehari-harian. Ada sahaja cerita, berita, khabar dan tragedi2 negatif yang berlaku. Minda itu tidak pernah merdeka, kerana minda tersebut tidak mahu untuk diubah. Sering memberikan alasan dan bertangguh untuk bertindak. Minda ini senang dijajah oleh anasir2 buruk yang datang. Paling menyedihkan minda yang tidak merdeka ini,akan mempengaruhi orang-orang disekelilingnya.

Lontarlah apa sahaja kepada mereka.... pimpinlah dengan apa cara jua..... namun, minda yang tak pernah merdeka ini akan menolak dan menolak.
Anjakan paradigma dan perubahan zaman ini, menuntut untuk kita merdekakan minda-minda yang negatif tu. Matlamat dan impian semua pihak akan tercapai dengan mudah. Tapi sayang seribu kali sayang, agak payah kalau karat2 negatif tu dah sebati dalam minda mereka ni, bab bercakap semua tahu cakap.... "Aku juga ingin senang, aku juga mahu kekayaan, aku pasti nakkan kebahgiaan, aku akan capai erti kejayaan....." TETAPI, cukupkah dengan hanya berimpian dan berhasrat sedemikian jika mereka tidak mahu merdekakan minda mereka???

Sanggupkan untuk mereka berjuang habis-habisan untuk menentang musuh2 ketat demi memerdekakan minda mereka? Berjuanglah untuk menentang perasaan takut, dengki, khianat, malas, ego, bersalah, tidak yakin dan seangkatannya.
Umpamanya perasaan hasad dengki, satu sikap yang sangat2 jijik ini masih merajai minda2 mereka. Atau.... ada diantara kita??? Mereka ni, pantang melihat orang berjaya, kaya raya, senang lenang, hidup bahagia.... bermula lah agenda & susulan dari minda-minda yang sangat kolot ini. Menunding jari dan menuduh yang bukan2. Mula membawa cerita2 yang kurang enak dan tidak senang dgn kejayaan org lain. Tak kurang jugak yang pantang tengok orang bahgia. Hak kita jadi hak dia, suka2 hati jer.

Apa nak jadi????
Perasan tak orang yang macam ni lah sebenarnya orang yang tak punya apa2. Macam mana dia nak senang, nak kaya atau nak bahagia? Abiss, asyik perhati dan tengok kejayaan orang, lepas tu analisa sana analisa sini, kononnya dan selidik macamana org tu bole kaya raya, boleh ada bini cantik, idup bahagia.... Kajian pun bermula, dorang ni pakai ilmu itam ker??? makan duit rasuah kaa??? atau pelariss apa yer??? .... dalam masa yang sama dia tak bertindak apa2 melainkan mereka-reka cerita negatif untuk menjatuhkan orang. Inilah penyakit minda yang susah diubat, bawak laa dukun dari Siam atau Indonesia pun, yang sebenarnya orang seperti ini amat-amat parah penyakitnya.
"Hati yang kotor, dengki, khianat adalah tanda hati syaitan. Kalau hati dihuni syaitan, kiranya tuan punya hati pun umpama syaitan la jugak"

Dalam sedar atau tidak, minda seperti ini sangat-sangat banyak dalam masyarakat kita terutamanya sebangsa dan seagama dengan saya. Sedih sekali......!!!

Itu belum lagi masuk bab minda anak2 muda yang malas, banyak alasan dan takut! Belajar tingi-tinggi, abiskan duit mak bapak, bukan takat tu jerr... melantak duit PTPTN tak sedar ingat, dapat degree berlagak sana sinun. Setakat naik kancil tak main, segan la konon, kurang2 Satria Neo. Ewahhhh.... mentang2 graduan universiti laa gitu. Tapi, bila suruh berusaha, diberi peluang tak mahu. Belajar laaa ilmu keusahawanan, kemahiran kerr, dikatanya tak perlu. Tak sesuai! Yer laaa.... sebab, nak tunggu goverment offer keja, setakat sangkut2, sementara2, kontrak2 ni tak main..... konon nak jawatan tetap. Tambah sedih, peluang pertama datang di tolak, peluang kedua datang pikir dulu, peluang ketiga datang relaks jer, sudahnya peluang tak akan datang2 n melangukk leer tunggu canteek nya peluang seterusnya, Jangan haraplah! Sudahnya mula laah merempit sana sini, dan paling syahdu, buat kerja yang cepat duit masuk, jual menda haram, tak cukup itu.... dia sendiri balun cucuk sana, cucuk sini. Sedih kan......

Apa jadi pulak dengan minda yang sudah merdeka.... tapi tak terisi dengan ilmu dan panduan yang betul? Iskkkkk.... susah jugakkan. Sebab tu, prinsip mencapai kejayaan ini mudah saja, pertama kena ada ilmu, lepas tu, mentor dan seterusnya sistem. Kalu dah ada ketiga2 ni, petik jari jerr, sekali peluang datang, nikmat dituai beribu2 kali gandanya.

Sebab itu, belajar mestilah dengan berguru, dan pastikan guru2 yang betul dan boleh membimbing. Lagi satu, minda tu kena laah merdeka. Tengok saja jutawan2 muda sekarang ni, awal 30-an dah kumpul aset juta2, berkereta mewah, banglo besar, keluarga bahagia, sedekah sana, sedekah sini, Tunai Haji n Umrah, melancong luar negeri, dalam negeri, motivasi sana motivasi sini. Itu yang awal 30-an, yang tak sampai 30 tahun pun ramai dah bergelar jutawan tau!... Orang-orang macam ni yang kita perlu contohi. Ramai diantara mereka pun seperti kita, asalnya orang biasa2.... tapi dia boleh jadi luar biasa sebab MINDA mereka telah merdeka. Mereka orang-orang yang positif dan sering melemparkan tenaga positif. Sebab itu juga, tak hairan jika mereka banyak menarik tenaga2 yang positif.


Bagaimana untuk memerdekakan MINDA anda itu?Tips nyer senang sahaja, anda mesti ada keinginan yang tinggi untuk berubah. Hasrat, kehendak, azam, kemahuan, sasaran, target dan cita2 pertu mantap, jelas dan ikhlas. Ia akan menjadi. U deserve to change! Dampingi orang2 yang positif dan berjaya, bersedia melepaskan sikap negatif n tanggapan2 negatif tentang kejayaan, kekayan atau kebahgiaan. Kena banyak membaca.... tak kira apa jua bahan bacaan. Buat dengan konsisten dan berdisplin, seterusnya dapatkan seorang mentor untuk membimbing anda dalam mencapai impian atau berjuang utk merdekakan minda anda tu. See..... senang aje kan. Pokok pangkalnya kita kena POSITIF.

Dengan mengubah pemikiran anda, Anda mengubah pendirian anda

Dengan mengubah pendirian anda, Anda mengubah harapan anda

Dengan mengubah harapan anda, Anda mengubah perilaku anda,

Dengan mengubah perilaku anda, Anda mengubah cara hidup anda
Dengan mengubah cara hidup anda, Anda mengubah prestasi anda
Dengan mengubah prestasi anda, Anda mengubah HIDUP anda!

Then..... Enjoy your life!!!! (Opss... nampak perut boroiii pulak!)
******************************

Semoga dengan santapan minda pagi ni, menjadi permulaan yang hebat kepada pembebasan minda, perjuangan untuk merdekakan minda kita. Sedikit sahaja dari saya yang sangat cetek ilmunya. Apa yang terkandung dalam entry ni adalah peringatan kepada diri saya juga.
"Syabas anda yang dah bangkit dari rebah, awas kepada anda yang belum pernah rebah dan sabarlah kepada anda yang baru saja rebah!*
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke52 & Salam sayang...... Azie~

*Saya bukan setakat rebah, tersungkur pun pernah, tapi saya tak pernah putus asa.

Sunday, August 30, 2009

Abg Long ft Ayah Su

Salam dan selamat pagi buat semua.....

Pagi yang indah, nyaman dan bertenaga. Syukur hari ni seperti biasa dapat nikmati makan sahur yang sgt beshh walaupun serba sederhana. Dah hampir satu pertiga Ramadhan. Cepat betul masa berlalu...kan.

Hari ni seperti hari2 yg lepas jugak, cuma ari ni agak santai2..... lps solat Subuh jap lagi dah niat nk sambung tido balik. Heheee.... ari ni kan cuti, sessi balas dendam utk dua tiga ari lepas yg sgt2 busy.... mmg tak cukup tido n rehat.
Tadi masa bangun sahur, abg long turut sama bangun mcm smlam dan kelmarin. (Walaupun tak pose) Tapi.... murung n muncung jer dia pagi ni. Herrmmmm..... sian anak ibu. Abg long pun x jamah makan sahur macam smlm dan kelmarin, sebab dia terperasan satu kekurangan ......"Ayah Su dah tak de, Ayah Su dah balik kampung...."

Sejak lima hari lalu, adik bongsu Azie (Adik Emy) datang sini menghabiskan cuti sekolah. Abg Long org yang paling hepii bila ayah su nyer dtg sini. Berkepit sana sini 24jam, macam belangkas. Agaknya abg long belum faham, ayah su itu berstatus pak cik nya... then dia buat ayah su macam geng bas sekolah dia pulak. Tapi, bagus jugak begitu, sekurang2nya hubungan mereka lebih terbuka dan rapat. Walaupun dah masuk 15 tahun, ayah su boleh pulak ngam ngan abg long yg baru berusia 6 tahun tu. Heeee.... kadang kelakar pun ada. Ada byk persamaan sebenarnya antara dorang berdua..... tapi susah Azie nk xplain. Ada beberapa kemungkinan jugak yg buat dorang rapat walaupun jarang2 jumpa.
Adik bongsu Azie ni, penah stay ngan Azie kat Kajang selama 2 tahun. Masa tu dia darjah 3. Hahaaaa... dia dipaksa mama bersekolah kat Kajang, sebab kat kg sana (Kelantan) dia sangat liat nk ke sekolah. Macam2 dah mama ikhtiar, n akhirnya kena eksport jugak ke sini. Sepanjang kat sini, Azie byk support adik Emy belajar. Dari ZERO to HERO gituuu! Hahaaaa.... kadang kesian bila ingat2 masa tu. Azie ni mmg garang gileer time mengajar adik2 belajar. Siap ada rotan kat tangan. Nak2 time tu Azie juga baru resign dari jawatan guru sementara. Adik Emy siap nangis2 lagi bila nk siapkan homework atau hafal apa2. Pepunn... Azie puas hati dan rasa sgt2 berbaloi dgn usaha dan ketegasan Azie tu. Hasilnya..... Adik Emy bole tunjuk improvement hampir 100% kalau nk banding sebelum dan selepas stay ngan Azie. Siap boleh bagi jaminan kat mama. Dia dah rajin belajar dan rajin pergi sekolah. Masuk darjah 5, adik Emy kembali pulang ke kampung sambung sekolah kat sana balik.
Ahaaa...... kaitan nyer ngan abg long pulak. Sepanjang2 adik emy stay ngan Azie, masa tu jugak Azie disahkan mengandungkan anak pertama. ABG LONG. Hari2 melayan kerenah adik emy..... ajar dia belajar, ajar mengaji, marah dia, pujuk dia.... sayang dia, nasihatkan dia.... dan macam2...... agaknya terbawak2 ke dalam kandungan dan mempengaruhi janin abg long masa tu kot! Org tua2 kan sllu ckp cengitu. Yer laaa.... dari awal mengandung sampai laaa lahirkan abg long, adik emy stay ngan Azie. Sampai org pun ingat Azie mengandung anak ke-2, pastu dorang cam heran2..... isk, tak kan kawin awal sgt kot, anak pertama dah besar, mak nyer muda lagi. Heheeee.... pastu puas laa azie nk kena explain. Kalau agak2 malas, iyerkan ajer! Heeeeee.......

See...... sampai sekranag pun, abg long cam banyak ikut sikap adik emy. Muka abg long masa kecik pun cam muka adik emy sket. Dah besoor ni, lain laa pulak. Adik Emy penah cakap, "Napeer abg long tak ensem cam ayah su?" Abg long sengih sambil tayang gusi....... heeeeee.......
Sepanjang 5 hari adik emy kat sini, tak sempat bwk jalan kemana2. Yer laa time pose2 cam ginii.... tak koseer laaa nk jalan2. Cuma kelmarin sempat bawak dia beli kasut raya n dua helai baju raya. Cam biasa laaa..... kak long jugak kena sponsor! Adik emy ni x byk kerenah, itupun paksa2 dia pilih, kalau tak dia tak nak.... semuanya "tak payah laaa.... baju adik dah byk, nnt baju adik ada cikgu beli, nanti ada ustaz beli......" Memang, murah rezeki adik emy sejak stay kat asrama anak2 yatim. Taun lepas ajer berlambak2 dapat pakaian raya, ramai penaja yang baik hati dan dermawan. But, sbg kakak.... Azie nk jugak dia merasa hadiah dari kak Long nyer, bukan selalu pun.

Malam tadi, Adik Emy selamat naik bas sorang2 balik Besut, then ptg karang terus ke asrama. Masa antar adik emy naik bas malam tadi, sayuu jer tengok mama. Berkaca2 mata mama. Macam biasa mama akan sedih bila terkenangkan adik emy yang sorang2 stay kat Kelantan. Sejak tahun lepas selepas mama dan adik2 lain stay kat Kajang sama ngan Azie. Adik emy kat sana, hanya kawan2 seasrama dan satu sekolah yang jadi pengibur dan pendengar setia bila adk ada masalah. Kesian memang kesian, tapi kami bersyukur sangat2 kerana sejak tahun lepas menjadi penghuni Darul Aitam Kota Bharu, byk perkara yang mengubah sahsiah adik Emy. Dia cukup berdikari, matang dan positif. Dia sangat rajin belajar dan faham kesusahan yg dia lalui masa kecik2 kot. Kami semua kat sini doakan semoga adik Emy berjaya dalam PMR tak lama lagi. Tahun depan boleh laa adik Emy hijrah ke sini bersama kami semua n jadi warga Kajang. K alls.... see, abg long n his Ayah Su, in memory!

Gambor ni sekitar jalan2 kelmarin n sepanjang adik Emy kt sini...... layannnnn.... Warrrghhhh.... sungguh tak menahan bila orang pose terpaksa layan kerenah org tak pose makan es krimm... huhuhu....



K alls............... see next entry ya!........ luv all, Salam~

Thursday, August 27, 2009

Apartment Untuk Di Jual : 90K (Nego)




Salam & Salam Sejahtera...................
Iklan Hartanah 1
Lokasi : Apartment Suteramas Sungai Chua, Kajang
Kedudukan : Tingkat 2
Harga Jualan : RM 90K (Nego)
Jenis : Apartment Kos Sederhana, 3 bilik tidur dan 2 bilik air

Kemudahan Lain Yang Tersedia:
> Surau
> Kawalan Keselamatan 24 Jam
> Lot parking kereta tersedia
> Lif dan penyelenggaraan bagus dari pihak pengurusan penyelenggaraan
> Taman Permainan Kanak-Kanak
> Taska / Tadika
> Komuniti Melayu
> Berhampiran sekolah
> Kemudahan Restoran / Kedai Runcit
> Berhampiran Putrajaya & CyberJaya
> Lokasi sangat strategik dengan rangkaian jalanraya/highway menghubungkan Putrajaya/Cyberjaya,KLIA, Cheras serta Highway ke Semenyih & Seremban.
> Laluan tanpa tol ke Putrajaya/Cyberjaya.
> Berhampiran kediaman Kakitangan Hospital Kajang / Serdang
> Urusan lawyer & bank akan disediakan.

Anda berminat dan ingin melawat /melihat lokasi, boleh hubungi saya segera:
019-3311 678 (Azie)
03-8734 3827 - Waktu pejabat sahaja

Serikandi dihatiku... TOK PUTIH

Kadang-kadang perkara yang kita kenangkan buat kita gembira, ada masa perkara yang kita kenangkan menyentuh hati dan membuat kita menangis...... mohon dijauhkan kenangan yang membuat kita marah apatah lagi dendam, dan alangkah indah jika perkara yag kita kenangkan membuat kita insaf dan redha pada ketentuanNya.....*

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.....
Dah sahur semua,kan? Now dah pukul 5.15am, Alhamdulillah perut sudah terisi dan berlaku amalan sunnat pertama dipagi yang indah ini. Makan sahur Azie serba ringkas tapi penuh nikmat......,

Pagi ni Azie masak ayam masak kicap n ikan bilis + kentang goreng.... heee.....
Berselera Azie makan pagi ni pasal tidk lagi terkulat2 makan sorang2. Pagi ni adik Emy tidur kat umah Azie n kami makan sama2.

Wokehhh.... xtually bukan nak citer pasal makan. Ini pasal citerr hati pilu... HAHHH??? Apa tuu..
Meh nk share, tadi sementara Azie siapkan makanan n nasi, on channel OASIS, program Tadarrus Al-Quran. Azie kt dapur time tu tetiba rasa macam suasana kat umah Tok (nenek belah arwah ayah).......

Zaman persekolahan Azie sekitar awal 90-an.... banyak dihabiskan di rumah Tok. Bila cuti sekolah jer, Azie akan ke sana. Tok tinggal dengan Long (Mak Long -kakak sulung ayah), arwah Aki (Datuk) sudah lama meninggal. Azie pun tak sempat kenal. Menurut cerita arwah ayah, Aki meninggal di Tanah Suci Makkah dan dikebumikan di sana, masa tu ayah ngan mama baru jer kahwin.
Tok pulak gigih meneruskan hidup dalam lewat usia dengan tabah. Azie kagum dengan Tok sebab Tok seorang guru mengaji Al-Quran yang sgt disegani kat Kg Seberang Jerteh tu. Tak herann la Tok ni seorang yang sgt garang dan tegas. Setiapkali pergi umah Tok, Azie jadi budak baik. Tak berani nk tengok TV, nak main bukan2..... tapi, tak tahu lah kenapa, dalam takut2.... seronok jugak bila dapat habiskan cuti sekolah kat sana.

Yang buat Azie terkenang, bila dengar alunan bacaan Quran Tadarrus kat OASIS td, terngiang2 mcam suara Tok mengaji. Tok sangat rajin dan akan bangun seawal jam 4 pagi, tak kira bulan ramadhan atau bulan2 lain. Tok akan bangun solat dan mengaji sehinggalah hari siang. Azie akan terjaga dan dengar suara Tok itu... tapi, xde pulak Azie bangun dan ngaji sama ngan Tok. Hahaaa... usia belasan tahun mcm tu, Azie memang liat kalau nk bangun pagi, solat subuh pun org panggil Subuh Gajah, .... apa tu??? Tanya org belah Pantai timur tau laa dorang...

Sambung pasal Tok....
Tok sangat rajin, bercucuk tanam... menternak ayam itik, bela lembu, berkebun dan macam2 kerja dia usahakan. Rezeki Tok melimpah ruah, Azie masih ingat... setiap kali musim buah, ramai pemborong dtg beli durian, rambutan, duku langsat dan manggis hasil dai usaha Tok. Azie yang kurang mengerti masa u, tak terfikir yang itu berkat dari amal mulia dan bersih suci hati Tok. Di usia yang sgt usang, Tok sangat gigih, selagi kaki masih larat melangkah, mata melihat dan telinga mendengar. Masa tu Tok cuma selalu mengurut kaki dan lutut bila balik dari berkebun atau bagi makan lembu2 yang Tok bela. Azie baru faham yang Tok sebenarnya ada sakit gout. Tapi, x serius sangat sebab Azie tgk Tok masih gagah berdiri mendirikan solat dan turun naik tangga rumah kampung yang dibina agak tinggi.

Siapa yang tak kenal Tok. Seluruh pelusuk kampung mengenali orang tua ini, yang di panggil Tok Putih. Azie bangga menjadi cucu Tok Putih. Sesuci nama Tok, itulah keperibadian yang dimiliki. Sempena orangnya yang mempunyai kulit bersih, putih dan cantik, Tok dinamakan sedemikian. Di zaman mudanya, mungkin Tok sangat cantik dan digilai ramai jejaka. Bertuah Aki dapat menakluki hati n diri Tok sebagai isteri. Tapi, kenapa Azie tak mewarisi keputihan dari Tok? Heheeee..... xde rezeki la tu, Azie warisi kulit hitam manis ni, dari belah mama. Tak kisah la tu, janji sempurna sifat dan yg penting Azie comey, ahaks~

Satu fe'eel Tok yang kadang-kadang buat kami cucunya cuak dan kurang senang, Tok ni suka sangat suruh2 dan paksa kami melawat rumah sedara-mara. Tak kira belah Aki atau belah Tok sendiri. Bila cuti atau musim perayaan, Tok akan tanya satu persatu, "dah gi rumah Tok Ngah? Tok Su? Tok Cik?.... Umah orang tu..... rumah org ni......" Bila menjawab belum.... mulut Tok bising dan akan membebel2... "Kena laa pergi, itu tok sedara kamu, itu mak cik pak cik kamu, itu sepupu sepapat kamu..... jangan tunggu orang sakit atau meninggal baru nak kenal sedara mara...." macam tu lah lebih kurang bebelan Tok. Dan kami anak beranak akan dibawak ayah melawat semua sedara mara yang Tok maksudkan. Tak heran laa sehingga kini pun, walaupun ayah telah tiada, Azie dan adik2 masih berhubung dan tahu susur galur keluarga kami, walaupun status tiga pupu, cicit sedara atau atok sepupu. Azie adik beradik juga sangat rapat dengan mak cik pak cik sebelah ayah serta sepupu2 kami. Baru kini Azie faham yang Tok sebenarnya sangat menitik beratkan soal persaudaraan dan hubungan kekeluargaan. Mulianya Tok sebab Tok sangat menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. "hablumminallah... hablummnannas...."

Tok Oh Tok....
Selangkah menginjak ke alam dewasa, Azie berada diperantauan dan jarang jenguk Tok. Bila sekali sekala jenguk Tok, dapat rasakan Tok letih dengan keuzuran dirinya. Namun tetap kagum dengan Tok yang gigih beribadat dan megajar anak2 kampung mengaji. Tajam lagi penglihatan Tok yerr. Tak pernah pulak nampak Tok kenakan cermin mata. Tapi menurut Long, katarak mata Tok makin teruk. Pergerakan Tok terbatas. OoOoOohh.... agaknya Tok sudah hafal satu Al-Quran dan menyenangkan dia mengajar sekalipun matanya kurang nampak. Lebih penting Tok dikurniakan mata hati yang cerah.

Akhir 2001, Azie berada di Kajang masa tu bertugas sebagai guru sementara. Lewat senja, Azie mdapat panggilan dari mak cik yang beritahu Tok baru saja meninggal. Terkejut dan terkedu. Sebulan sebelum itu Azie baru saja pulang ke kampung melawat Tok. Sedikit pun tidak menunjukkan Tok mengalami apa-apa masalah kesihatan. Azie redha dan mengganggap Allah lebih sayangkan Tok. Perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke Jerteh malam tu rasa begitu lama. Lagipun ayah yang memandu kereta masa tu, batuk2 dan tak berapa sihat. Azie masih belum ada lesen kereta, begitu jugak ngan adik2. menjadi lebih lambat bila ayah terpaksa berhenti utk berehat dibebrapa tempat.

Awal pagi sampai di rumah Tok, kami tengok ramai sangat orang. Mengalahkan majlis kenduri kahwin, begitu ramai orang datang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Tok. Sehinggakan terpaksa menunggu giliran untuk mendekati jenazah dan mencium dahi Tok.
Azie tengok wajah bersih Tok dan seakan tersenyum manis. Ramai yang memuji2 kebaikan Tok dan jenazah Tok diuruskan begitu senang.

Azie dapat cerita dari Long dan mak cik, Tok meninggal dalam keadaan yang sungguh tenang. Masa tu, Tok baru pulang dari sabit rumput untuk diberi kepada lembu2 belaan nya. Hampir senja itu, Tok sudah membersihkan badan, berwudhuk dan menunggu Azan untuk solat maghrib. Tok duduk dibirai tangga, berzikir, tasbih dan tahmid. Dadanya berombak seolah kepenatan dan tertidur.
Bila Azan berkumandang, Long cuba kejutkan Tok, tapi..... rupanya Tok sudah tiada.

Orang yang mendengar cerita dari Long & mak cik itu, mereka tersenyum. Mentafsir dgn kebanggaan dan kepuasan.
Sudah hampir 8 tahun Tok tiada, apa yang Tok tinggalkan kini, nama yang cukup harum, semua orang tak lupa nama Tok. Bila tunjuk rumah kampung Tok, orang akan sebut.... itu rumah Tok Putih. Walaupun rumah tu didiami Long dan Mak Cik. Jalan kampung yang nak masuk ke rumah Tok, walaupun nk pergi rumah orang lain..orang akan sebut.... Jalan Rumah Tok Putih...

Doa buat Tok, semoga Tok tenang dan menjadi tetamu mulia di sana. Al-Fatihah...... buat serikandi dihatiku PUTIH BINTI AHMAD. - Azie try cari gambar Tok n akan upload kat entry ni kemudian.

*Syukur hari ni dibukakan pintu hati untuk mengingati arwah Tok, sekurang2nya membuat Azie sedar banyak kekurangan diri ini, jika nak bandingkan dengan Tok. Kenangan yang membuat Azie terasa insaf......

Sehingga ketemu dalam entry seterusnya....... Salam Sayang~

Wednesday, August 26, 2009

CANDID - GIVEAWAY CONTEST

Tengahari ni, xde aktiviti nak buat. Walaupun kerja atas meja ni berlambak2, tapi feel x dtg2 lagi. Huaaa... dassaatt aku ni...
Apa lagi, aku jadi blog walking, mana tahu ada bahan2 atau entry yg bole dijadikan santapan minda.....

Hai, Assalamualaikum semua..... apa khabar ari ni uols?
Haa.... tgh kusyuk2 blog walking tuh, terjumpa leer dua tiga contest. Pergghhh..... rajin sungguh kawan 2Azie ni, kreatif pulakk tu, ada jer idea buat contest itu, contest ini.
So, Azie just amik t/jawab utk memeriahkan contest2 yg ada... Insyaallah setakat yg mampu.
Kalau untung sabut timbul leer, untung batu tenggelam... hahaaa.... x gitu!

Wokey, contest yg pertama anjuran Zieha. Contest yang bertajuk CANDID-GIVEAWAY CONTEST. Uols boleh layari blog beliau melalui link ini : http://zieha-myworld.blogspot.com/

Azie pertaruhkan gambor candid ini... yang Azie sure memang betoii2 candid... dan amat melucukan, memalukan, dan mengerikan ngan muka aku sendiri yang macam tu. Hua hua.... muka apa pun tak tau leer, tapi azie dapat describe seribu satu macam perasaan masa tuh. Dan yg paling pasti gambor tu mnggambarkan Azie seorng yg sgt penakut. Haahaa.........
Gambor ni time Azie joint aktiviti utk Myvians Kids last year. Kamera Azie kat sorang member n Azie suh dia tolong ambik2kan gambor, sbb time tu Azie sibuk nk layan hero2 Azie. Bila Azie dapat balik kamera tu, inilah salah satu gambor yg muncul n azie x sure bila masa dia snap. Okehh... gambornyer adalah.... jeng jeng jeng....

Okeh Zieha,

Syarat2 nyer pulak rasanya semua dah lengkap, 1-8..... hehehe

1) Gambor/ Banner contest tu dah copy di n3 dan sidebar.

2) Dah jadi pengikut setia... & blog nyer udah ada dalam my blog list.... hehehe

3) Gambar yg dipertaruhkan dah lengkap n terletak cantik. ;-)

4) Link dah ditinggalkan kat kotak komen.

5) Gambar mmg sure menraik dan sesungguhnya benar2 candid. hehee

6) Hadiah surprise tuh, daku tak sabar nk tahu. heee

7) Masih belum terlambat. Tarikh tutup 31 Ogos.

8) Keputusan ditunggu dengan redha....

Amacam....? Kalau ada apa2 yg terkurang dan terlebih tuh mintak Zieha maklumkan yer.... k. Kawan2 yg nk joint contest ni, silakan. Masa masa panjang n sama2 kita meriahkan contest cik Zieha. Just klik banner kt side bar atau atas tu jerk. To Zieha.... Thanks kerana menganjurkan contest ni dan salam perkenalan dari Azie... bye!

Air Tebu Giant

Salam sumer......... selamat pagi Rabu yang HEBAT!!!
Hah!!! Tanpa sengaja aku jugak telah menggunakan word HEBAT ni. Pasal apa??? ini kes selalu jenguk blog cik abg kat sinun tu... bukan men lagi... entry pasal hebat jerk memanjang. Promote lagi,! Tak len tak bukan blog abg ensemm, chetat. Sape nama che tat angkat tangan!

Wokeh.... apa cer.... malam n awal pagi ni?
Hua hua hua.... udah pukul 12.45am... aku masih setia menjadi blogger tegar kat sini. Semangat nih. N3 nis ekdar ilangkan boring n nk jenguk2 korang.... Heeee.... alhamdulillah, perut aku dah sihat 100%. Bukak pose td bukan men lagi berhati2 dan takut2 nk makan itu ini. Daripada sebesar2 nafsuku itu.... aku cuba kecikkan sekecik2nya..... now, dah kecik pun. Cuma air tebu masa berbuka tadi tu, gelas nyer terlebih besauu sket. Heeee, kemaruk n teringin giler2 nk minum air tebu.... so, jangan maree...

Seyeeesss.... ari ni aku makan sikit dan sekadar muat2 perut jer... udah boleh control sbb dah masuk hari ke-4. Ini baru betul... setting canteek.... solat terawih tadi ringan je badan, segar bugar. So, uols... ingat, berbuka n makan tu berpada2... Heee....

K alls... enjoy with our fasting.................................

Tuesday, August 25, 2009

Carik penyakit!

Now 4.39pagi.... nothing to do, nothing to eat..... huhuhu.... Apa kes ni???

Assalamualaikum WBT... Selamat pagi n selamat bersahur semua.......
Heheee... itu bukan kess jiwa lara ker hapaa. Pasal nyer... Aku tak larat gileer nak masak. Ntah ler, lewat malam td perut aku udah mula buat hal. Asyik memulas2 jerk. Tidur pun x lena.



Pikir2 balik... memang laa, apa tak nyer ini kes makan macam2..... main belasah ajer. Hua hua... tabiat buruk yang aku cuba nak ubah dari 2 tahun lepas, tapi tak boleh2 jugak. Asal bulan pose jer aku makan banyak2. Iskk.... malu ahh.. tapi xpe la kan... sekurang2 aku jujur. heheeeee

Nak2 semalam mmg aku lapar pelik sket, n rasa x larat giler2. Sehari yg sangat busy. Pagi2 pi meeting smpai ke Nilai nun sana.... then balik ofis siap2kan keja, pastu kuar balik sttle urusan kat bank, berkejar pulak sttle problem kt pejabat pos.
(x mau leer ingt kes semalam yg buat aku hanginn satu badan)

wokeyy... sambung pasal makan pulak...
Mengimbau 8 jam yg lepas. Aku berbuka dgn air kelapa bandung, kuih onde2 3 bijik + ............
...jap2.... makanan yg diorder dah sampai. Azie nk makan jap..... enjoy ur sahur k! (4.50am)

wokey... now dah puku 5.15am...
Alhamdulillah dh selamat sahur n gosok gigi....
see.... menu sahur Azie yang sgt simple tapi very superb. Kalau paprik yang sangat sedapp tu, dah tentu mama yang masak! thanks ma....

Ari ni aku main order jerr makan sahur. Kan udah cakap... tak larat gileer nk masak, pastu makan sorang2.... terkulat2. Erkk... tak koseer. Nasib baik adik2 aku baik ati dan rajin antoor ke umah pagi2 buta nih.

Wokey, sementara tunggu solat subuh, mehh nk sambung soksek2..... okeh, mlm td makan lagi... + 2 bijik kuih akok n pi solat maghrib.
haaa..... yang tak hingat tu... lps solat belasah nasi kerabu, laksa n kerang bakar. Perghhh.... giloo ahh, buruk lantak ker??? isk... xde laa sampai camtu!
..... malam td Azie x g solat terawih sbb Adam Haiqal buat hal. Abg, Ayie n adik Yu pegi macam biasa. So... Azie lepak n tengk2kan restoran. Malam td ramai jugak customer yg berbuka kat sini, so... agak sibuk jugak la...

Lepas dorang balik dari masjid, aku pun sibuk uruskan hero dua org ni. Masa untuk balik umah.... n jeng jeng jeng... Ateh pulak gatai2 offer....

"kak long, nak makan 'collek' ?" - rojak buah
Aku : "sedap jugak tuh!"
warghhh.... tak hingat lagi. Makan sampai senget2 perut aku!
mama pulak, sempat lagi tapaukan aku ngan macam2 - karipap leer, sira pisang leer, ....

Sampai umah kurang lebih jam 10.30pm. Udah tak larat nk buat keja umah. Santai2 sambil layan TV n santai2 jugak layann kerenah abg long n adik, jamah lagi kuih yg mama tapau. Tak sampai ati kalau x makan, kesian mama. heheee... alasan!.........
Ntah pukul berapa kami tertidur pun x perasan. Azie sedar dkat kul 1 pagi. Sbb belom solat isyak. Perut mula memulas2 n rasa lain macam. Adusssss...
Masa tgh solat rasa dah menggigil2 kepala lutut. Ambik koo.... berulang pi tandas lagi. Yang tak menahan tu, kepala dah pusing2... dugaan betul... tu dia, xde penyakit carik penyakit. So, amaran dah diterima... lepas ni, sendiri mau ingat!
penangan orang nafsu besar! nafsu makan leer....

Sapu macam2 minyak angin, minyak taufan pun ada.... n rasa lega sket. Buat alpha n cuba lawan segala rasa sakit n senak2 yg bergelora... heheee... berkesan gaks! Dapat leer lena until 4am td n sekali dapat bangun sahur. Sakit belum ilang sepenuhnya, mati selera nk makan sahur apatah lagi nk bangun masak. Tapi, fesyenn perut aku ni pulak tak boleh kalau tak ambik sahur, nnt lagi laa senget2 perut sepanjang hari. Bukan setakat gastrik, bapak gastrik sekali dtg menyerang. Apa lagi... panjang jer akal aku, tel dorang kat Restoran* nun.. ...

....trettttt2.... 10X dengar ring tone dari HP Ateh, Cik De, Ayie.... sorang pun x mau pick up call.. Mana leer korang campak HP nih... mulaa laa membebel2 dalam ati...
ntah kali keberapa, aku try lagi... dengar sore mama jawab:

"Ello.. haa, bak po?"
" Assalamualaikum. nasib baik ado org jawab"
"W'salam. Tu aahhh, tgh makan sumer nih"
"Maa.... sakit peroot laah. Tak makan apa lagi ni... suruh budak2 tu dtg antar makanan boleh dok?"
aku buat ayat manja n gediks... - ayat kesian.
Bila mama cakap okey jer, terus order paprik campur ngan nasi putih jerk. Ini kess 'toobat' laa ni x mau makan banyak2... fobia kejap jer... heee...

~siap ngada2 cakap, kalau bole mama yg buatkan. heee... bukan apa, tukang masak kami tu, kalau masak tak hingatt taruk cili api, cili padi, cili burung n spesiss yg pedass2 tuh.... tak menahan weeh pagi2 buta makan pedas. Kalau mama yg masak, sure sesedap rasa. Pepun, t.kasih jugak kt tukang masak aku yang sangat superb n powerr sehinggakan ramai n bertambah ramai orang yang makan kt restoran ni.

*(Utk makluman : Restoran Azie dibuka sehingga jam 5am - kemudahan utk anda yang malas nk masak sahur... boleh laa singgah makan kat Restoran Azie. Lokasi: Tmn Kajang Utama)
Now, everything dah sattle. Azan pun dah kedengaran. Azie nk mintak diri dulu.. solat jap. Pastu nak sambung baca buku yang baru beli semalam. Buku yang sangat best n power! Nnt azie share ngan korang..... buku yang ke15 dalam bulan nih.

Sehingga ketemu lagi dilain n3.... ntah bila. Al-maklum laa, bulan ramadhan ni, xtvt sangat padatss. Azie akan try curik2 masa untuk hupdet blog k.
Selamat menjalani ibadat puasa dgn penuh semngat n kesabaran buat semua. Semoga ibadat dan amal mulia kita semua diberkat olehNya... aminn...
Salam sayang,
~Azie.

Saturday, August 22, 2009

Jom masak!

Bahan2 sudah cukup, ayam dah potong, siap perap lagi.... nyumm nyummm...

::Jom masak bersama Chef Azie::

Salam... selamat petang sumer...

Haa... caner pose korang. Sekarang dah kul 2.30 ptg. Oh,.. kejap betol masa berlalu... lagi beberapa jam udah tiba waktu berbuka pulak.

Haaa... nak soksek2 kat korang menu berbuka puasa Azie n d'geng petang ni. Mempersembanhkan Nasi Ayam Aroma special dari Azie. Hua... hua... teruja betul nak masak ni. Dah laam benor rasanya tak kreatifkan diri azie kat ruang dapur. Pagi tadi masa masak sahur pun, terkekok2 pulak! Ahaks...~

Bukan apa ouls... al maklum leer, Azie ni kan ada restoran sendiri, makan ari2 pun kat restoran jerr... kalau teringin nk makan kat umah, amik lauk kat kedai pastu balik idang jerk...

Apsal ari ni masakk sendiri..???

Citerr nyer, ada orang istimewa menjadi tetamu umah Azie di hari pertama puasa ni. Heheee.... so, udah jumpa sekali sekala.. elok laa dihidangkan masakan dr air tangan sendiri, iyer tak?

Tadi dah pi restoran, mama dan tukang masak Azie duk sibuk n bertungkus lumus kat sana. Kelam kabut jugak jadinya... biasa laa ari mula2. Pastu masak lebih dari biasa, untuk cover bazar ramadhan n restoran sekaligus. Camtu laa jadi nyerr. Time nak masak ada jer, itu tak cukup ini tak cukup... dan apa lagi.. Azie jugak laa kejap2 pi kedai... kjap2 kena pi kedai... huhh, penat...

OhHoOooOOoOo.....

Dah tiba masa masuk dapur.... selamat masak-memasak kepada ibu2.... kaka2... adik2.... Nanti kita share n tukar2 resepi leer. Ada brann??? heheee.........

Bye n salam... Luv uols.... bye....

Dingin disubuh hari

Salam n selamat pagi semua.....
Kesejukan pagi ni menyucuk2 hingga ketulang sum sum ku...., tapi semangat aku gagah, bangun pagi menyediakan makan sahur. Seawal 4am td .....

Besh nyer, walaupun aku terkulat2 mkn berdua jer. Banyak n berselera pulak aku makan pagi ni. Apa idak nyer.... kena nasi panas2 tu + ikan pekasam goreng + sup sayur + sambal.. perghhh....... (makan sahur mengalahkan org pose)

Hari ni hari pertama puasa, feeling aku.......???? hurm, masih x bole nk describe caner. Siang pun belum lagi, perut pun masih kenyang, tunggu leer ptg kang baru citer bab2 feeling nih. (walaupun aku x dapat nikmat berpuasa pd hari pertama, tp kena gak tahan lapar... huhu...)

Ok alls........... adiosss n chioow. Salam.....
~Azie

Friday, August 21, 2009

Kad ucapan dari Ros

Salam n Selamat pagi semua....
Hari ni Azie dtg ofis dengan penuh semangat dan kerajinan 100%. Orang hebat katakan.:-))
Esok, kita semua akan menjalani ibadat dan kewajipan yang amat nikmat dan seribu rahmat. Masa jalan2 ke blog kawan2 tadi, rata2 entry terkini berkisar kepada sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Ahlan wa sahlann ya Ramadhann....
Azie juga seperti uols, ucap selamat kembali, .... "Selamat Berpuasa" semoga ibadat ini diberkati dan apa yg lebih penting semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang hebat, dapat menjalani ibadat dengan sempurna.

Yang ni pulak, kad istimewa dari ROSS aka MAWAR BERDURI. Sbg tanda penghargaan, Azie ambik n tempek kat sini. T.kasih buat Ross.....
Mintak diri semua.... Salam sayang, Azie~

Selamat Tinggal Sayang!

"Kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita amat sayangi demi mencapai kebahagiaan dan kebaikan untuk dia ataupun untuk diri kita sendiri. Itu lah yang dinamakan pengorbanan.... -melepaskan untuk mendapat yang lebih baik!"


Assalamualaikum n selamat malam semua.....
Bicara hati, antara rela & terpaksa.....
Hari ni, aku melepaskan kau pergi, terbanglah engkau ke sana. Ada seseorang yang lebih berhak untuk memiliki dan menakluki seluruh tubuh, jiwa dan ragamu. Seseorang yang terlalu mengharapkan mu... baginya, kau sinar yang akan menyuluh seluruh kehidupan dan mencapai impiannya.

Maafkan diri ini.... sungguhpun sayang dan cinta merajai hati, aku tidak mampu mempertahankanmu lagi. Cukuplah jarak waktu yang dipinjamkan itu, kau bersamaku. Terlalu banyak kenangan tercipta antara kita, luluh hati ini mengenangkan mu duhai belahan hati dinda...
Kita bermesra, selalu bersama, jarang sekali berenggang apatah lagi terpisah. Teringat aku saat indah kita dijodohkan, dengan mas kahwin yang agak lumayan.... yang pada mulanya aku sendiri tak terjangkau dek akal fikiran. RM1550!!! Tapi dek kerana terlalu ghairah dengan cinta buta kita, aku terima dengan hati yg berbunga2. Lantass, kau dan aku saling sayang menyayangi. Kala suka mahupun duka, dikau pengubat jiwaku yang lara. Alunan indah muzik hatimu masih terngiang2 ditelinga ini. Tidur malamku tak lena tanpa kau disisi.... rindunya aku utk membelai mesra tubuhmu dan terlena disampingmu oh buah hatiku! Pagi yang indah kurasa setiapkali suaramu membisik minta aku bangkit setiap hari. Aku akur akan pintamu dan tubuh mongel mu itu aku belai lagi sbl memulakan hari2 ku....

Ahhhh..... semua itu sudah berlalu!

Aku tidak mahu lagi terus mengungkit kenangan terindah kita, kerana ianya biasa melontarkan hatiku kedalam lautan duka.

Betapa berat mata memandang, berat lagi hati ini untuk melepaskan. Dari sehari kesehari aku berkira-kira..... mentafsir dari dlm kotak minda ini, apa benar keputusan yg telah aku buat???
Ternyata ianya bukan sia2. Hari ini menuntut satu kepastian yang berat... tapi ia yang terbaik.

Kat sana nanti, jagalah dirimu... maafkan segala salah silap diri ini. Selama mana kita bersama,.. ada byk perkara yg tak mampu tertunai. Tapi aku yakin... dikau pasti bahagia bersama dia. Dia akan memberikanmu nafas baru dalam penghidupan yang selalu bermula ini. Ingat pesan ku.... jgn notty2..... jgn banyak ragam..... kena baik2 cam dulu tau....

Rindu yang berbekas dihati akan mengajak aku pulang utk sesekali menjengah mu di sana. Insyaallah.... Abadikan semusim cinta kita yang putus ditengah jalan.... engkau dihati.... engkau dihati.... engkau dihati...... Oh Sa.............ngku..! Oh Sa............ngku..! (isk tak sanggup aku menyebutnya... jiwa lara!)

V
V
V



V



V


V


V


V




V


V


V



Oh Sa.....................msung ku!
*wajah2 babe sebelum diterbangkan....

~Gud bye ... babe!!!


*Sorry korang..... warghhh, suspense gileer kan!
Hua hua hua................. xtually ni kisah Azie ngan my lovely gadget, HP Samsung 480 nih. Uhh.... pilu nyer! Mulai esok kami dah bercerai badan. Dengan rasmi jadi milik sayang nun jauh kat sana. Atas sebab2 tertentu HP ni terpaksa jadi milik beliau n Azie x mau citeer lebih2. [Mood kerinduan sudaaah!] Yang pasti tinggal daku keseorangan menggunakan HP cap ayam nih. Huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......

Chioow beb.....~Azie!

Thursday, August 20, 2009

Rezeki Ramadhan

Salam n selamat malam buat semua....
Kini kita semua berada diambang ramadhan al mubarak. "Ahlann wa sahlan ya Ramadhann...."

Banyak persediaan yang telah dilakukan sempena ramadhan kali ini. Mental dan fizikal mestilah sentiasa seiring. Penyerahan dan pengharapan hanya padaNya....

Rezeki ramadhan kali ini datang melimpah ruah, pemberian dan anugerah dariNya atas usahaku yang tak putus asa. Syukur dan terima kasih Ya Allah.... memberikan aku ruang dan peluang untuk kesekiannya...

Ari ni Sepul beli 2 biji periuk besar.... ni dia, ambik koo....
Ooh.... semangat aku makin membuak2 untuk meneruskan perjuangan dan ibadat padaNya. Mencari rezeki itu suatu ibadah.... begitu juga dengan kami. Sumber pencarian rezeki kami lebih kepada perniagaan, dan kesempatan ini dtg dengan begitu banyak peluang.

Tahun ni, kami dapat tapak bazar di PKNS Bandar Baru Bangi. Nantikan kemunculan kami di sana. Untung2 korang boleh jumpa Azie. Ahaks~

Setakat ni, perancangan rapi dah dibuat n xde apa2 masalah. Harap semuanya ok sehinggalah hari pertama operasi kami esok hari. Kat sana Azie dah arrngekan dua org staff utk tolong Sepul, berharap jugak rezeki melimpah ruah untuk kali ini.

Kat bazar ramadhan nanti, kami tampilkan menu istimewa dari Restoran Rasa D'Timur Barat iaitu Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa , Aneka Sup & Aneka Kerabu....

For alls, yang tingal area Kajang dan Bandar Baru Bangi, sudi2kan singgah ke gerai kami. T.kasih....
Info niaga bulan ramadhan Restoran Rasa D'Timur Barat:
1) Tapak bazar ramadhan : Tapak bazar PKNS Bdr Baru Bangi
Waktu niaga : 4ptg hingga 7.30mlm (sehingga waktu berbuka)
No gerai : 202
Menu : Ikan Bakar Berempah, Kerang Bakar Istimewa, Aneka sup & Aneka Kerabu
Penyelia / pengurus gerai :
Chef Saifuddin Nawawi (Sepul) - 012 2643016*

2) Restoran Rasa D'Timur Barat
Waktu niaga : 4ptg hingga 4pg (waktu sahur)
Alamat : No 9, Jln Sek 3/2 Tmn Kajang Utama
Menu : Lauk pauk tradisional, ulam dan kerabu, masakan panas (Tom Yam Thai), Sup, aneka kuih muih.
Penyelia / pengurus restoran :
Rozila Nawawi (Azie) - 019-3311678*

*Sila hubungi pengurus gerai / restoran untuk pertanyaan atau tempahan.
Kesempatan yang ada ni jugak, Azie nak mintak maaf dari semua especially kawan2 blogger kt sini dengan ucapan selamat menjalani ibadat puasa. Semoga keberkatanNya mengiringi ibadat suci ini, aminn.

Salam hormat,
~Azie.

Wednesday, August 19, 2009

Sedikit bicara 'minda'

"Tindakan yang dtg dari minda yang sihat akan menghasilkan satu keputusan tepat dan cemerlang. Apa yang ada disabalik minda?... Tidak ramai yang menerokai rahsia dan zat tersembunyi...."

Assalamualaikum WBT. Sahabat blogger yang dikasihi....
Malam yang cukup indah dan luar biasa... Alhamdulillah.

Hari ini, Azie balik agak awal dari ofis, sempat menguruskan makan minum dua hero ni, meneliti kerja2 sekolah yg diamanahkan dan membacakan buku cerita kegemaran mereka. Aminn....
Pasal minda kat atas tu... xde per yg nk azie huraikan. Just fikir2 renung2............. ada makna tersirat. Tak pun korang search leer kt pak cik google / yahoo pasal menda alah ni. Belajar dan faham tentang MINDA. besshhhh........

Ianya ada jugak laa bkait dgn Azie. Ini x lain x bukan lps attand IRKMJ last week. So far so gud, n alhamdulillah... ada byk pembaharuan dan perbezaan bila kita dah gunakan minda dlm membuat apa2 tindakan n keputusan. Satu perasaaan yg susah nk gambarkan n kalau nk cite lebih2 pun better face to face. Pepun, syukur Alhamdulillah kpd Nya yg telah kurniakan minda yang hebat ini.

Berkait rapat pasal minda ni jugak, Azie teringat pasal 2 buah buku yg Azie baru beli dan terus khatam, juga merupakan buku yang ke 12 & 13 Azie baca dalam bulan ini. Oh!... tersedar, bulan Ogos ini terlalu padat sehingga membataskan minatku pada pembacaan, xpe laah....will cover back!...

Okehh.... ini dia bukunya...
Tentang 2 buah buku ini, Azie dah lama berhasrat untuk memiliki kedua2, kerana ingin memahami akan kuasa minda yg sering diperkatakan.... tetapi, fikir2 akan kata2 guru.... "memiliki ilmu yang berkesan dan terkesan adalah dengan berguru. Banyak beza antara ilmu yang diperolehi daripada guru dengan belajar dengan hanya menggunakan teori"

Sebagai membolosi langkah awal yg bijak, Azie cuba mendapatkan guru n mentor yg boleh azie jadikan panduan sbl azie belajar tntang teori dari penulisan buku tersebut. Bermakna sekrang... setelah azie diterangkan secara direct olh guru, pembelajaran dan teori dari buku menjadi lebih senang utk difahami dan di praktikkan. Hebatnya azie! heheeeee ;-)

Guru yang mengajar dan guru yang menulis, adalah dua insan yang berbeza. Namun, konsep dan objektif yg ingin disampaikan adalah sama.... dan kedua2nya terbaik. Apa yg lebih penting, ianya amat membantu dan memberikan impak yang besar dlm kehidupan dan business Azie. Azie tak anggap ini kebetulan..... kerana Azie dah set kan dalam minda azie, lepas azie belajar dan membaca... azie pasti mengusai apa yg terkandung dalam pembelajaran ini! Hahhh.... hebat bukan............ belum baca,..... belum belajar...................... dah buat mind set n menjadi pulak tu!

Okeh....
For alls.... memilki buku ini satu kemestian, menjadikan minda yang kita miliki amat HEBAT!!!!!.... tapi, pastikan anda bersama mereka yang boleh membimbing anda, ILMU, MENTOR dan SISTEM mesti seiring.

Bye n chiooow........... sayang sumer!

Mengubat jiwa lara!

Malam semalam.... kejadian lepas maghrib, 170809.

Tengah sodap2 makan.... mama datang n bincang perkara sama seperti malam yg sebelumnya. Aku yang tengah berselera, tiba2 terbantut dek pertanyaan mama. Sentap!
Bukan sentap n kecik ati ngan mama, sentap pasal memikirkan hal yg baik pada mama, tapi tak sukee pada aku!
Aku cuba habiskan nasi goreng sardin tu sampai abis... terkulat2 jugak.
Ateh menyelamatkan keadaan, dan cuba menjadi wakil aku utk luahkan perkara sebenar kat mama. arhhhh... lega sket!

Tapi... hati aku tak keruan.........., aku tak nak mama kecik ati dengan pengakuan ikhlas aku berwakilkan ateh tadi. Lepas makan aku sembang2 ngan ateh, sebenarnya lebih kpd meluahkan perasaan. Aku menangis lagi..... jiwa lara!
Aku cuba mngubat sendu.... melayani drama kat astro prima.... tak de satu pun yg menarik minat aku sbb otak aku ligat berfikir perkara yang satu itu. Naik pulak ke tingkat atas,.... aku menangis sepuas2nya...,

Masih ingat pesan guru2ku, ketika bersedih, serahlah diri kepadaNya lalu aku ambil wudhuk dan solat isyak...

Alhamdulillah... lega sket rasanya.........

Dari bawah, aku dgr suara ayie, alang n ateh... gelak2.....
then, Ateh naik atas dan pelawa aku joint dorang. Hurmmm... mcm2 bebudak ni.
ateh : kak long, jomm ar........... nok g metro point, karaoke. Saja suka2, ilang jiwa lara.
aku : karaoke apa mlm2 buta ni. (masa tu pukul 9.45mlm)
ateh : eleeey, kejap jer. sana tutup kul 1pg laaa. sejam jerr.... jom ar.... (memujuk)
aku : x dok mood lah...
ateh : uuk alooh, x dok apa nyer ramai2 nih, mari laaah.... saja nk ngikut abe chik.(ayie)

Lebih kepada tidak mahu menghampakan ateh n adik2 aku tu.......... aku turutkan ajer, tapi bila dah sampai sana.... aku pulak yang terlebih over... hahaaa... see!... nyanyi lagu febrett sampai 3 round, huhhh.... besh nyer - AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG & AYAT2 CINTA.... perghh, mengancam abissh sore ku yg merdu, ahaks~
Balik malam tu, kami tak banyak borak sebab masing2 dah penat. Azie just buat air milo n cicah biskut, naik tidooooooooo....

huhu, lara ku terubat ler sket dengan macam2 celoteh n cerita budak2 ni. beraksi melepaskan perasaan masa menyanyikan lagu kesukaan masing2.... memecah tawa dan gelak dari hati aku. T.kasih............ adik2 aku mmg sporting gaban n sangat2 beshh........
Bangun keesokan hari, jiwaku yg lara kian berlalu. Got SMS from sayang n his always charge my energy with positif support!...thanks syg, muahss muahss....... lalalaaalaaa~ kini hatiku berlagu riang! peace.......
~Azie

Monday, August 17, 2009

Siapakah dia???

Salam. Selamat petang alls.........
Tadi lepas ambik barang workshop kat BB Bangi, sempat nyinggah ke PKNS jap, carik plastik packing smple kuih raya.... hua hua hua... aku pun confiuss, status ku diragui, tokey workshop kah? tokey kuih raya kah? ................. apa-apa aje........
janji masyukkk.......... ;-)

Tgh ralit membelek2 barang. Seseorang menyentuh bahu Azie dari belakang, sambil menyapa dan hulur tangan nak salam..... Azie kerut2 dahi, dengor suara macam cam, tapi azie tak kenal siapa empunya diri. Macamana nak kenal.... ??? hurmmm
Azie tanya sape ni? dia gelak2...
Sekali dia tarik dan turunkan mask yang menutup 3/4 bahagian muka tuh... oOooOo.... Kak Siti ghupe nyerr.... hehee... kakak ni Azie kenal masa pergi seminar dua tiga bulan lepas.
...................trettt, x moo la citer pasal virus khinzir tuh, x mau tarik tenaga -ve.

But, still amik langkah berjaga2 demi keamanan sejagat. Bercerita jangan, diam2 udah .... n jaga mana yg patut. Seperti juga mereka, Azie for sure abg long n adik dilindungi. Pagi tadi sebelum kesekolah,
see......................................... Begitu semangat anak2 Azie, mereka pun faham pasal virus khinzir nih. Sian anak2 zaman sekarang, membesar dalam keadaan tertekan, macam2 virus n penyakit disekeliling. hurmmmm.... seingat Azie, zaman kita kecik2 dulu, xde pulak virus2 bahye ni, paling kuat pun wabak taun kot. ;-P
Pepun, sentiasa amalkan cara hidup yang berkualiti, semoga sihat ceria dan lindungi Allah SWT. Aminn..........................

Down Town Cheras

Kemana kami pergi??? ni dia...... as last entry..... citer g Down Town....
macam2 ada wooo.... sumer cantik, sumer sukeee, sumer bekenan, sumerr cun,.... itu yang tak menahan tuh.

Dalam duk tahan nafsu, Azie rembat 4 helai tudung ala-ala ariani, xpe... itu stock utk raya punya! hehee......... then, i got d cute bangle, blink blink lagi.... heeeeeeeee....

Layan ajer......... usha2 Down Town Cheras


Balik dari Down Town, singgah mamamm kat Anjung Restoran, makan satey, makan bubur, makan nasi itu, nasi ini... macam2 kami berempat ni. Abg long n adik udah lena tido kat umah, ada bibik yg dijemput khas jaga dorang... heheeeeeee....
Mama sungguh sporting layann kami belasah makan sampai lewat malam. hahaa.... sekali sekala berhimpunnya semua kaum hawa dalam family kami, macam ni laa jadinya....

Sampai umah dekat kul 1.30am. Sweet kisses for abg long n adik... then, Azie merebahkan badan sambil ligat berfikir tentang bicara mama tadi.... ;-I uhuks....~

Salam sayang...~Azie

Hujung minggu padat, santai puass

Salam....
Sudah jam 12.40pm. Ohhh.... masa berlari begitu pantas, permulaan ini yang sentiasa segar dengan ikrar dan semangat juang, meneruskan kehidupan. Thank you Allah... give me a powerful energy...

Malam tadi... jiwa kacau lagi. Bicara mama waktu dinner kat luar, seolah tercucuk sembilu jauh ke dasar hati. Perhitungan bermula... dan minda mula berkira2.
neway... everything just small matter n jawapn itu dah pasti ada dalam diri Azie sendiri.
Lupakan tentang bicara itu.....

Hujung minggu yang padat, santai, puasss.......

[Padat] Bangun pagi, kemas umah, cuci baju, iron baju, sidai baju........ sattled at 10am. Siapkan makan pakai my boys... n diorang berdikari, duduk rumah berdua jer, layan Astro Ceria. Azie pegi ofis nk siapkan sample kuih raya until 1pm.
Sepetang meluangkn masa penuhi jemputan dan undangan rakan taulan. Tuan Syukri - ex-neighbour: buat majlis kesyukuran sempena masuk banglo baru... kat Bdr Baru Bangi. Tahniah kepada Syukri n family. Then, bergegas pulak ke Tmn Bkt Mewah, Pn Sabrina-kawan azie: buat besdayy party untuk cute girl, Sofea. "HAPPY BIRTHDAY Sofea (3 Tahun)"
Antar abg long n adik balik umah, dapat rest 3 jam sbl mama calling calling... after maghrib, Azie kuar pulak bawak mama shopping, cari keperluan puasa n raya.... huyooooooooo sampai kul 1am. ke mana kami pergi??? tunggu.....

[Santai] Abg long n adik x banyak ragam. Dalam umah asyik main game, tengok TV, conteng2, colour2... siapkan homework bagaii.. sikit pun x kacau keja ibu. Gud boys... muahss muahss... waktu2 selang Azie sementara menguruskan aktiviti, sempat Azie siapkan baca 1 buku... godek2 blog... buat terapi minda.. n golek2... heeeee...

[puass] Azie menunaikan janji yang seterusnya, untuk Ateh, Cik de n mama... Bawak mama, tengok2 langsir, carik baju kurung siap... n macam2 laaa mama,... Pasty, jam 11 zasss pulak menuju ke Down Town Cheras. Udah lama tak kesana, tapi x banyak yang berubah. Ramai pengunjung ke Down Town, walaupun malam Isnin. Nak parking keta sket nyer seksa, sib baik minda Azie berfungsi dengan baik, buat 2-4-8 alpha... dapat parking yang cunn abess. Alhamdulillah. Puas tgk mama, mama nak beli apa jer, kak long bayarkan n mama malu2 cakap "tak per ker ni, heheee..."
Apa lah nilai sangat setakat nk belanja dan memnuhi keinginan mama tu, bukannya selalu dapat Azie belanja cam ni. Lagipun bukannya mama mintak barang yg mahal2 pun, setkat langsir, baju n tudung jerk... muahss muahss.... sayang sama mama!

Yang tak menahan nyer, masa mama singgah kedai emas semalam, nak repair rantai... mata Azie blink blink.... wahhh, baru semlam tgk set jewellery orkid edition yg iklan kat paper tu, sekrang dah ada depan mata. berkenan... berkenan....Tapi poket dan dompet ku kempiss ler.... hua hua hua....
Minda segera memainkan fungsi, positif thinking in my mind. beshhh beshhh....
da sharing ngan syg, n syg dah bg green light. Amin... harap2 tercapai! blink blink...

Pepun, setiap hari n detik dalam hidup daku sentiasa istimewa.............. Alhamdulillah.

Bye, chiaooow....

Sunday, August 16, 2009

Bunga-bunga cinta

Salam sumer....
Azie kat ofis sorang2 cam mati kutu, cadang nyer nk datang packing sample kuih raya. Tapi... boleh pulak tertinggal plastik packing tu. Adusssssssss.... rancangan terbantut!
[jiwa kacau] Ntah nape, pagi ni mood kebosanan melanda. Ada sesuatu yg bermain2 di kotak minda! Aummm... kena pastikan minda2 ni takkan dipengaruhi oleh sore2 budak kecik.... payah jugak tu .......... huhu....
Ingat ari ni ingat nk rest banyak2, duk umah santai2. Longgarkan2 urat sendi yg ketegangan bekerja keras sepanjang minggu sudah. Huh beshh nyer...
[hatiku berbunga2] Malam tadi dapat bacakan banyakk citer2 menarik utk abg long dan adik. Ibu dah qada' janji ibu, yesss! Little Balls : Kisah Bambi n Thumper, bukan main seronok abg long ... Lagi, ibu cerita kisah Batu Hikmat & Berus Gigi yang Malas... semua nya dari siri buku Bacakan Saya Satu Cerita. Penatt melayan anak2 ibu....
Malam minggu yang tak kemana2 malam td pun Azie just layan cerekarama, citer 'Ayat-Ayat Cinta' ni menusuk keseluruh jiwa. hahaa... jgn tak tau, azie ni kalau tgk TV layan sepenuh hati dan perasaan, mula lahh tangkap leleh! hua hua hua....
but seriuss........................ kalau sape2 yang pernah tgk cerita 'Ayat2 Cinta' tu... korang akan faham. Tinggi nilai cinta, kasih dan sayang. Besar erti satu pengorbanan. Tulus sebuah kejujuran dan keikhlasan.....
Tafsir indah kata2 - " Rasa cinta dan keinginan untuk memiliki adalah dua perkara yang berbeza..." air mataku hampir gugur....

Pastu... time keluar lagu Ayat2 Cinta nyanyian Rossa tuh, hati Azie sentapp.......... oh, teringat masa dalam kelas IRKMJ last week, irama lagu ni beralun syahdu, rasanya hari kedua, time ni tgh tulis declaration, guna tangan kiri... hohooo... cayangg ingat tak?
[bangga] Ptg ni, Azie akan tunaikan lagi satu janji. Kak long akan bawak mama shopping shopping shopping. Plan kami nak g KL, maybe area jalan TAR, Sogo n sekitarnya.... Siann mama, dah banyak kali k.long janji... dan banyak kali udah kak long bagi reason... tak sempat tak sempat tak sempat... Sebelum puasa next week, sattled dulu mana2 yg patut, tidak laa kelam kabut jadi nyer. Dah buat arrangement, abg long n adik kena stay umah, layan channel 611 sampai lebam. Wabak yang sedang mengganas dan menggila2 kat luar, membataskan kebebasan abg long n adik.... sib baik anak2 ibu faham. Muahss muahss....

Wokey2..... Azie nk chioow dulu, nk balik2 siap... menjengak ke Bangi sekjap, memenuhi jemputan dari jiran lama, Tuan Syukri buat majlis doa selamat sikit.... jumpa lagi, sayang sumer.
Salam, ...~Azie.