Sambutan hari kemerdekaan kali ni, barangkali tidak semeriah tahun2 yang lepas. Hormat sanjung bulan yang mulia ini dari menganjurkan sebarang konsert atau persembahan yang tidak sesuai. Bagus juga dgn tindakan sedemikian.
But, tabik springg gak kat beberapa kontijen yang difahamkan akan membuat pembarisan pagi ni. Sambutan yang sederhana ringkas akan diadakan seperti biasa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Warghhh.... semangatnya mereka yang terlibat sungguhpun terpaksa berhadapan dgn bulan Ramadhan ni. TAHNIAH.
Bercerita tentang merdeka, sudah tentu ianya hari untuk kita memperingati saat2 manis negara bebas dari penjajah seterusnya mengambil semula hak keatas bumi Malaysia yg tercinta ini. Namun, bagi generasi kini, barangkali mereka yang lahir selepas tahun 70-an, cerita2 kemerdekaan tersebut kita perolehi dari mereka yang terdahulu, ataupun sekurang2nya dari pembelajaran di sekolah. Bangga bukan???
Persoalan tentang kemerdekaan,
Ianya bukan saja berkisar kepada perjuangan nenek moyang kita, yang bergadai nyawa untuk mmerdekakan tanah air, tetapi erti kemerdekaan ini perlu di lhat secara global dan bersesuainya dgn keadaan masa kini. Apa t/jawab dan komitmen kita dalam memeprtahankan kemerdekaan yang telah sedia ada ini.
Saya tertarik untuk menyentuh tentang suatu perkara,
Sudah 52 tahun negara kita merdeka. Di dalam keghairahan melaungkan MERDEKA, bercerita tentang MERDEKA, dan meraikan hari MERDEKA, sedih sekali kerana ramai diantara kita yang tak mampu untuk memerdekakan MINDA mereka sendiri. Minda yang sempit dan sentiasa negatif..... minda yang lemah dan minda yang sangat2 miskin. Miskin ilmu dan miskin berfikir! Itulah minda yang tak pernah kenal erti merdeka.
Minda yang tidak pernah merdeka inilah, banyak membawa tenaga negatif di dalam kehidupan kita sehari-harian. Ada sahaja cerita, berita, khabar dan tragedi2 negatif yang berlaku. Minda itu tidak pernah merdeka, kerana minda tersebut tidak mahu untuk diubah. Sering memberikan alasan dan bertangguh untuk bertindak. Minda ini senang dijajah oleh anasir2 buruk yang datang. Paling menyedihkan minda yang tidak merdeka ini,akan mempengaruhi orang-orang disekelilingnya.
Lontarlah apa sahaja kepada mereka.... pimpinlah dengan apa cara jua..... namun, minda yang tak pernah merdeka ini akan menolak dan menolak.
Sanggupkan untuk mereka berjuang habis-habisan untuk menentang musuh2 ketat demi memerdekakan minda mereka? Berjuanglah untuk menentang perasaan takut, dengki, khianat, malas, ego, bersalah, tidak yakin dan seangkatannya.
Apa nak jadi????
"Hati yang kotor, dengki, khianat adalah tanda hati syaitan. Kalau hati dihuni syaitan, kiranya tuan punya hati pun umpama syaitan la jugak"
Dalam sedar atau tidak, minda seperti ini sangat-sangat banyak dalam masyarakat kita terutamanya sebangsa dan seagama dengan saya. Sedih sekali......!!!
Itu belum lagi masuk bab minda anak2 muda yang malas, banyak alasan dan takut! Belajar tingi-tinggi, abiskan duit mak bapak, bukan takat tu jerr... melantak duit PTPTN tak sedar ingat, dapat degree berlagak sana sinun. Setakat naik kancil tak main, segan la konon, kurang2 Satria Neo. Ewahhhh.... mentang2 graduan universiti laa gitu. Tapi, bila suruh berusaha, diberi peluang tak mahu. Belajar laaa ilmu keusahawanan, kemahiran kerr, dikatanya tak perlu. Tak sesuai! Yer laaa.... sebab, nak tunggu goverment offer keja, setakat sangkut2, sementara2, kontrak2 ni tak main..... konon nak jawatan tetap. Tambah sedih, peluang pertama datang di tolak, peluang kedua datang pikir dulu, peluang ketiga datang relaks jer, sudahnya peluang tak akan datang2 n melangukk leer tunggu canteek nya peluang seterusnya, Jangan haraplah! Sudahnya mula laah merempit sana sini, dan paling syahdu, buat kerja yang cepat duit masuk, jual menda haram, tak cukup itu.... dia sendiri balun cucuk sana, cucuk sini. Sedih kan......
Apa jadi pulak dengan minda yang sudah merdeka.... tapi tak terisi dengan ilmu dan panduan yang betul? Iskkkkk.... susah jugakkan. Sebab tu, prinsip mencapai kejayaan ini mudah saja, pertama kena ada ilmu, lepas tu, mentor dan seterusnya sistem. Kalu dah ada ketiga2 ni, petik jari jerr, sekali peluang datang, nikmat dituai beribu2 kali gandanya.
Sebab itu, belajar mestilah dengan berguru, dan pastikan guru2 yang betul dan boleh membimbing. Lagi satu, minda tu kena laah merdeka. Tengok saja jutawan2 muda sekarang ni, awal 30-an dah kumpul aset juta2, berkereta mewah, banglo besar, keluarga bahagia, sedekah sana, sedekah sini, Tunai Haji n Umrah, melancong luar negeri, dalam negeri, motivasi sana motivasi sini. Itu yang awal 30-an, yang tak sampai 30 tahun pun ramai dah bergelar jutawan tau!... Orang-orang macam ni yang kita perlu contohi. Ramai diantara mereka pun seperti kita, asalnya orang biasa2.... tapi dia boleh jadi luar biasa sebab MINDA mereka telah merdeka. Mereka orang-orang yang positif dan sering melemparkan tenaga positif. Sebab itu juga, tak hairan jika mereka banyak menarik tenaga2 yang positif.
Bagaimana untuk memerdekakan MINDA anda itu?Tips nyer senang sahaja, anda mesti ada keinginan yang tinggi untuk berubah. Hasrat, kehendak, azam, kemahuan, sasaran, target dan cita2 pertu mantap, jelas dan ikhlas. Ia akan menjadi. U deserve to change! Dampingi orang2 yang positif dan berjaya, bersedia melepaskan sikap negatif n tanggapan2 negatif tentang kejayaan, kekayan atau kebahgiaan. Kena banyak membaca.... tak kira apa jua bahan bacaan. Buat dengan konsisten dan berdisplin, seterusnya dapatkan seorang mentor untuk membimbing anda dalam mencapai impian atau berjuang utk merdekakan minda anda tu. See..... senang aje kan. Pokok pangkalnya kita kena POSITIF.
Dengan mengubah pemikiran anda, Anda mengubah pendirian anda
Dengan mengubah pendirian anda, Anda mengubah harapan anda
Dengan mengubah harapan anda, Anda mengubah perilaku anda,
Then..... Enjoy your life!!!! (Opss... nampak perut boroiii pulak!)
******************************
4 comments:
Gua sangat sangat sangat!! Suka ngn Entry nih!!
Merdeka kan minda semua jom!!
Azzie Gua dah amik Entry Merdeka Lu ini dan Gua dah pubblish dalam Blog Gua untuk sama 2 kita kongsikan....
JAngan Marah ya....
Hidup Indah kiranya dapat dikongsikan Ilmunya..
HepyMerdeka!
=D
Salam.. thanks all comment.
Abg Epoi,
Silakan.... silakan.... Setuju sgt tuh! Yang baik sama2 kita panjangkan... amin.
Eazy,
Sama2.....
sbb tu la remaja kita MENYUMBANG pada negara dengan aksi SUMBANG.... emmm ...akidah mereka belum merdeka...
Post a Comment