Thursday, August 27, 2009

Serikandi dihatiku... TOK PUTIH

Kadang-kadang perkara yang kita kenangkan buat kita gembira, ada masa perkara yang kita kenangkan menyentuh hati dan membuat kita menangis...... mohon dijauhkan kenangan yang membuat kita marah apatah lagi dendam, dan alangkah indah jika perkara yag kita kenangkan membuat kita insaf dan redha pada ketentuanNya.....*

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.....
Dah sahur semua,kan? Now dah pukul 5.15am, Alhamdulillah perut sudah terisi dan berlaku amalan sunnat pertama dipagi yang indah ini. Makan sahur Azie serba ringkas tapi penuh nikmat......,

Pagi ni Azie masak ayam masak kicap n ikan bilis + kentang goreng.... heee.....
Berselera Azie makan pagi ni pasal tidk lagi terkulat2 makan sorang2. Pagi ni adik Emy tidur kat umah Azie n kami makan sama2.

Wokehhh.... xtually bukan nak citer pasal makan. Ini pasal citerr hati pilu... HAHHH??? Apa tuu..
Meh nk share, tadi sementara Azie siapkan makanan n nasi, on channel OASIS, program Tadarrus Al-Quran. Azie kt dapur time tu tetiba rasa macam suasana kat umah Tok (nenek belah arwah ayah).......

Zaman persekolahan Azie sekitar awal 90-an.... banyak dihabiskan di rumah Tok. Bila cuti sekolah jer, Azie akan ke sana. Tok tinggal dengan Long (Mak Long -kakak sulung ayah), arwah Aki (Datuk) sudah lama meninggal. Azie pun tak sempat kenal. Menurut cerita arwah ayah, Aki meninggal di Tanah Suci Makkah dan dikebumikan di sana, masa tu ayah ngan mama baru jer kahwin.
Tok pulak gigih meneruskan hidup dalam lewat usia dengan tabah. Azie kagum dengan Tok sebab Tok seorang guru mengaji Al-Quran yang sgt disegani kat Kg Seberang Jerteh tu. Tak herann la Tok ni seorang yang sgt garang dan tegas. Setiapkali pergi umah Tok, Azie jadi budak baik. Tak berani nk tengok TV, nak main bukan2..... tapi, tak tahu lah kenapa, dalam takut2.... seronok jugak bila dapat habiskan cuti sekolah kat sana.

Yang buat Azie terkenang, bila dengar alunan bacaan Quran Tadarrus kat OASIS td, terngiang2 mcam suara Tok mengaji. Tok sangat rajin dan akan bangun seawal jam 4 pagi, tak kira bulan ramadhan atau bulan2 lain. Tok akan bangun solat dan mengaji sehinggalah hari siang. Azie akan terjaga dan dengar suara Tok itu... tapi, xde pulak Azie bangun dan ngaji sama ngan Tok. Hahaaa... usia belasan tahun mcm tu, Azie memang liat kalau nk bangun pagi, solat subuh pun org panggil Subuh Gajah, .... apa tu??? Tanya org belah Pantai timur tau laa dorang...

Sambung pasal Tok....
Tok sangat rajin, bercucuk tanam... menternak ayam itik, bela lembu, berkebun dan macam2 kerja dia usahakan. Rezeki Tok melimpah ruah, Azie masih ingat... setiap kali musim buah, ramai pemborong dtg beli durian, rambutan, duku langsat dan manggis hasil dai usaha Tok. Azie yang kurang mengerti masa u, tak terfikir yang itu berkat dari amal mulia dan bersih suci hati Tok. Di usia yang sgt usang, Tok sangat gigih, selagi kaki masih larat melangkah, mata melihat dan telinga mendengar. Masa tu Tok cuma selalu mengurut kaki dan lutut bila balik dari berkebun atau bagi makan lembu2 yang Tok bela. Azie baru faham yang Tok sebenarnya ada sakit gout. Tapi, x serius sangat sebab Azie tgk Tok masih gagah berdiri mendirikan solat dan turun naik tangga rumah kampung yang dibina agak tinggi.

Siapa yang tak kenal Tok. Seluruh pelusuk kampung mengenali orang tua ini, yang di panggil Tok Putih. Azie bangga menjadi cucu Tok Putih. Sesuci nama Tok, itulah keperibadian yang dimiliki. Sempena orangnya yang mempunyai kulit bersih, putih dan cantik, Tok dinamakan sedemikian. Di zaman mudanya, mungkin Tok sangat cantik dan digilai ramai jejaka. Bertuah Aki dapat menakluki hati n diri Tok sebagai isteri. Tapi, kenapa Azie tak mewarisi keputihan dari Tok? Heheeee..... xde rezeki la tu, Azie warisi kulit hitam manis ni, dari belah mama. Tak kisah la tu, janji sempurna sifat dan yg penting Azie comey, ahaks~

Satu fe'eel Tok yang kadang-kadang buat kami cucunya cuak dan kurang senang, Tok ni suka sangat suruh2 dan paksa kami melawat rumah sedara-mara. Tak kira belah Aki atau belah Tok sendiri. Bila cuti atau musim perayaan, Tok akan tanya satu persatu, "dah gi rumah Tok Ngah? Tok Su? Tok Cik?.... Umah orang tu..... rumah org ni......" Bila menjawab belum.... mulut Tok bising dan akan membebel2... "Kena laa pergi, itu tok sedara kamu, itu mak cik pak cik kamu, itu sepupu sepapat kamu..... jangan tunggu orang sakit atau meninggal baru nak kenal sedara mara...." macam tu lah lebih kurang bebelan Tok. Dan kami anak beranak akan dibawak ayah melawat semua sedara mara yang Tok maksudkan. Tak heran laa sehingga kini pun, walaupun ayah telah tiada, Azie dan adik2 masih berhubung dan tahu susur galur keluarga kami, walaupun status tiga pupu, cicit sedara atau atok sepupu. Azie adik beradik juga sangat rapat dengan mak cik pak cik sebelah ayah serta sepupu2 kami. Baru kini Azie faham yang Tok sebenarnya sangat menitik beratkan soal persaudaraan dan hubungan kekeluargaan. Mulianya Tok sebab Tok sangat menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. "hablumminallah... hablummnannas...."

Tok Oh Tok....
Selangkah menginjak ke alam dewasa, Azie berada diperantauan dan jarang jenguk Tok. Bila sekali sekala jenguk Tok, dapat rasakan Tok letih dengan keuzuran dirinya. Namun tetap kagum dengan Tok yang gigih beribadat dan megajar anak2 kampung mengaji. Tajam lagi penglihatan Tok yerr. Tak pernah pulak nampak Tok kenakan cermin mata. Tapi menurut Long, katarak mata Tok makin teruk. Pergerakan Tok terbatas. OoOoOohh.... agaknya Tok sudah hafal satu Al-Quran dan menyenangkan dia mengajar sekalipun matanya kurang nampak. Lebih penting Tok dikurniakan mata hati yang cerah.

Akhir 2001, Azie berada di Kajang masa tu bertugas sebagai guru sementara. Lewat senja, Azie mdapat panggilan dari mak cik yang beritahu Tok baru saja meninggal. Terkejut dan terkedu. Sebulan sebelum itu Azie baru saja pulang ke kampung melawat Tok. Sedikit pun tidak menunjukkan Tok mengalami apa-apa masalah kesihatan. Azie redha dan mengganggap Allah lebih sayangkan Tok. Perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke Jerteh malam tu rasa begitu lama. Lagipun ayah yang memandu kereta masa tu, batuk2 dan tak berapa sihat. Azie masih belum ada lesen kereta, begitu jugak ngan adik2. menjadi lebih lambat bila ayah terpaksa berhenti utk berehat dibebrapa tempat.

Awal pagi sampai di rumah Tok, kami tengok ramai sangat orang. Mengalahkan majlis kenduri kahwin, begitu ramai orang datang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Tok. Sehinggakan terpaksa menunggu giliran untuk mendekati jenazah dan mencium dahi Tok.
Azie tengok wajah bersih Tok dan seakan tersenyum manis. Ramai yang memuji2 kebaikan Tok dan jenazah Tok diuruskan begitu senang.

Azie dapat cerita dari Long dan mak cik, Tok meninggal dalam keadaan yang sungguh tenang. Masa tu, Tok baru pulang dari sabit rumput untuk diberi kepada lembu2 belaan nya. Hampir senja itu, Tok sudah membersihkan badan, berwudhuk dan menunggu Azan untuk solat maghrib. Tok duduk dibirai tangga, berzikir, tasbih dan tahmid. Dadanya berombak seolah kepenatan dan tertidur.
Bila Azan berkumandang, Long cuba kejutkan Tok, tapi..... rupanya Tok sudah tiada.

Orang yang mendengar cerita dari Long & mak cik itu, mereka tersenyum. Mentafsir dgn kebanggaan dan kepuasan.
Sudah hampir 8 tahun Tok tiada, apa yang Tok tinggalkan kini, nama yang cukup harum, semua orang tak lupa nama Tok. Bila tunjuk rumah kampung Tok, orang akan sebut.... itu rumah Tok Putih. Walaupun rumah tu didiami Long dan Mak Cik. Jalan kampung yang nak masuk ke rumah Tok, walaupun nk pergi rumah orang lain..orang akan sebut.... Jalan Rumah Tok Putih...

Doa buat Tok, semoga Tok tenang dan menjadi tetamu mulia di sana. Al-Fatihah...... buat serikandi dihatiku PUTIH BINTI AHMAD. - Azie try cari gambar Tok n akan upload kat entry ni kemudian.

*Syukur hari ni dibukakan pintu hati untuk mengingati arwah Tok, sekurang2nya membuat Azie sedar banyak kekurangan diri ini, jika nak bandingkan dengan Tok. Kenangan yang membuat Azie terasa insaf......

Sehingga ketemu dalam entry seterusnya....... Salam Sayang~

1 comment:

h4ni3 said...

k.azie.. sayu pulak baca N3 akak hari ni. teringat jugak kat arwah atuk pompuan saya, nama dia pun Putih.. Putih bt Abdullah, anak cina yg diserahkan kepada keluarga melayu. arwah pun pegi mengejut, beberapa jam selepas mak usu saya dinikahkan. so hari ni kenduri kahwin, esoknya jd kenduri arwah. sedih sgt waktu tu.

sama2 la kita sedekahkan al Fatihah. semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg dikasihiNya